Setiap pasangan yang bakal mendapat bayi pastinya teruja dengan kehadiran si comel di dalam rahim. Si kecil inilah bakal penyeri rumahtangga kelak. Bila disahkan hamil, tentu sekali persiapan untuk menyambut si kecil dilakukan dengan penuh teliti. Segala barang keperluan akan di beli.
Kebanyakan ibu dan ayah akan membeli barang kelengkapan bayi serta baju bayi setelah mengetahui jantina bayi tersebut. Namun pastinya ramai yang mengalami situasi dimana keputusan scan menunjukan jantina mungkin perempuan, tetapi apabila lahir sebaliknya.
2 KALI SCAN, 2 KALI PEREMPUAN.
Sama seperti ibu ini, dia telah melakukan imbasan jantina (scan) sebanyak 2 kali untuk melihat jantina bayinya dan 2 kali jugalah keputusan menunjukan bayinya mungkin bayi perempuan.
IBU BELI BAJU PINK SEMUA, BILA KELUAR BABY BOY RUPANYA
Segala kelengkapan telah dibeli. Yelah, bila baby girl mesti teruja nak belikan barang warna pink.
“Sekali keluar lelaki pula Alhamdulilah. Ibu dah beli baju semua Pink”
https://www.tiktok.com/@rhyalaa/video/6959028611059846401?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6943865093122344449
Rata-rata warga maya berkongsi pendapat dan pengalaman di ruangan komen. Ada juga yang mengalami nasib yang sama dengan ibu ini.
ALAA NASIB KITA SAMA
BELI SELAIN WARNA PINK DAN BLUE
IKUT NALURI
Kredit: Dania
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Tidur Lambat Berpotensi Untuk Obesiti, Gagal Dalam Akademik! Bapa Ini Kongsi Cara Jadikan Rutin Anak Masuk Tidur Lebih Awal
Sebagai ibu bapa memang ramai yang tahu bahawa kanak-kanak memerlukan tidur yang cukup untuk perkembangan tumbesaran yang baik. Namun dengan gaya hidup pada hari ini, untuk menidurkan si kecil kita memang sesuatu yang agak mencabar.
Menurut Khairul Abdullah melalui pembacaannya dalam satu jurnal, pakar menyatakan bahawa anak-anak yang tidur lambat berpotensi untuk mengalami obesiti, gagal dalam akademik dan juga dalam hidup.
Dia juga turut menyatakan waktu tidur sesuai dengan usia anak-anak. dalam masa yang sama bapa ini juga turut berkongsi beberapa tip untuk mendidik anak-anak supaya cukup setiap malam.
Selain itu juga, ayah ini turut berkongsi kebaikan tidur yang cukup buat anak-anak:
Korang tahu tak, anak-anak yang tidur lambat berpotensi untuk gemuk, gagal dalam akademik dan juga dalam hidup. Itu kata pakar kanak-kanak mengikut artikel yang aku baca.
Anak-anak yang seawal jam 8 dah bersiap sedia untuk tidur didapati lebih sihat dan kurang risiko dijangkiti penyakit, kurang risiko untuk gemuk bila dewasa dan berjaya dalam akademik.
Waktu tidur untuk anak anak yang disarankan adalah seperti berikut:
Bayi 0-1 tahun perlu tidur antara 12-16 jam.
Anak berumur 1-2 tahun perlu antara 11-14 jam.
Anak berumur 3-5 tahun antara 10-13 jam.
Anak-anak yang tak cukup tidur akan terganggu kemampuan depa untuk belajar, menyimpan maklumat, dan mengatur emosi. Kesan lain tak cukup tidur ni adalah potensi untuk kena penyakit, dan juga gemuk bila meningkat remaja.
Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pediatrik (link ada di bahagian komen) menunjukkan tidur awal dikalangan kanak-kanak memberi kesan yang besar bila anak tu remaja. Yang tidur awal lebih sihat, kurang gemuk dan lebih berjaya dalam akademik.
Jadi, jomlah mak ayah sekalian pakat-pakat latih anak-anak untuk tidur awal. Lagi awal lagi bagus kerana tidur yang cukup:
- Membantu tumbesaran. Hormon tumbesaran dirembaskan sewaktu anak-anak tidur dengan nyenyak.
- Menyihatkan jantung. Anak yang tak cukup tidur tahap glukosa dalam darah dan kortisol depa meningkat yang menjadi punca kepada obesiti, diabetis dan masalah jantung.
- Mengelak kegemukan. Anak yang tak cukup tidur di dapati tabiat makan dia berbeza dengan yang cukup tidur dan sebab tu depa akan lebih gemuk.
- Membantu melawan kuman. Waktu tidur badan mengeluarkan protein bernama Cytokines yang mana diperlukan oleh badan untuk lawan jangkitan kuman, penyakit dan juga stress. Sebab tu waktu kita demam atau selsema badan lemah asyik nak tidur sebab badan nak keluarkan protein tu nak lawan penyakit.
- Mengurangkan risiko kecederaan. Kajian mendapati budak tidur tak cukup 9 jam selalu tercedera. Jatuhlah, berlanggar lah, patah tangan lah dan macam-macam.
- Kurang hyperaktif. Budak tak cukup tidur lebih hyper berbanding yang cukup tidur. Kalau start umur 3 tahun tidur lambat, nanti umur 6 tahun masalah impulsif dan hyperaktif akan muncul.
- Membantu pembelajaran. Tidur yang cukup memberikan daya ingatan yang baik kepada semua peringkat umur terutamanya anak-anak kecil.
Jadi, paksalah anak tidur awal yer. Tips aku dah share dalam post sebelum ni.
- Bagi depa main dan penat.
- Bagi makan awal dan elakkan benda manis.
- Lepas Isyak gelapkan rumah tutup semua lampu.
InshaAllah dalam sejam lepas tu depa akan tidur dah. Cuba dan terus cuba sampai berjaya okeh.
Teringat waktu aku tinggal di Jerman dulu.
Pukul 9.30 semua rumah dah sunyi sepi, pakat tidur habis dah. Korang tak akan nampak budak-budak di luar rumah, di kedai, di restoran, mall dan sebagainya selepas 8 malam.
Kalau diorang nampak kau bawak anak jenuh kau kena tegur dan marah dengan orang ramai. Depa kata budak-budak pukul 8 tu patut dok atas katil dah. So pukul 6-7 malam semua orang kelam kabut bawak balik anak dan bersiap untuk tidur dah.
Kita pulak bawak anak pergi mamak jam 11 malam okeh.
Hmmm.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy
Sumber: Khairul Abdullah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ainul Semakin Baik Dan Tak Lagi Kritikal. Cuma Masih Diberikan Ubat ‘Rehat’.”
“Ainul semakin baik dan dia tidak lagi kritikal” Alhamdulillah syukur Ya Allah. Ini perkembangan terkini adik Ainul Mardhiah yang dikongsikan oleh ayahnya, Ahmad Safiuddin di Facebooknya.
Walaupun begitu, Ainul masih perlu dirawat di unit jagaan rapi, masih diberikan ubat “rehat” dan masih memerlukan sokongan ventilator.
BACA [Alhamdulillah, Ainul Makin Stabil. Berkat Doa Semua Nampak Dia Tenang & Kuat.”]
Keseluruhannya, Ainul lebih baik dari semalam. Dia masih kuat melawan. Terima kasih buat para doktor yang merawat Ainul kerana berjaya selamatkan Ainul dari zon kritikal. Terima kasih kakak-kakak misi yang menjaga Ainul dengan penuh kasih sayang.
Terima kasih semua rakyat Malaysia yang ambil berat tentang Ainul dan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.
Tiada daya saya dan ahli keluarga untuk membalas jasa baik rakyat Malaysia yang berbuat baik kepada kami. Hanya mampu kami titipkan doa buat anda semua supaya Allah SWT berikan segala kebaikan yang ada di muka bumi ini kepada anda dan seluruh ahli keluarga.
Saya juga doakan buat anak-anak lain yang sedang bertarung nyawa, yang sedang berjuang melawan penyakit diberikan kesembuhan secara menyeluruh, Doktor yang merawat diberikan jalan dan kefahaman, dan ibu bapa mereka diberikan ketabahan, kesabaran, ganjaran di dunia dan di akhirat.
Semoga Allah swt cukupkan rezeki kita semua. Mohon doakan Ainul sembuh dari serangan kuman ini tanpa ada sebarang komplikasi. Amin
Kredit: Ahmad Safiuddin
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bersalin Memang Sakit. Tak Kira Anak Pertama Atau Seterusnya. Bila Keluar Fuhh Leganya..
Sakit bersalin ni memang sakit. Tak kisah la anak pertama, kedua atau yang ke berapa sekali pun. Normal atau ceaser, lelaki atau perempuan.
Disebabkan itulah, wanita yang melahirkan anak sebenarnya seorang yang kuat dan hebat. Walaupun mulut cakap serik nak beranak lagi tapi selepas itu tetap boleh mengandung dan bersalin lagi.
Bagi sesetengah wanita yang akan melalui proses bersalin pastinya akan melakukan persediaan awal untuk memudahkan bayi keluar. Tapi jika diikutkan wanita yang melalui situasi ini akan berdepan dengan 5 fasa sakit.
Perkongsian dari Puan Noor Hamidah Binti Mohd Zaki mengenai pengalamannya sendiri bersalin normal, ada 5 fasa sakit yang akan dilalui oleh ibu.
FASA 1:
Bukaan 1-4/5 cm.
Fasa ni boleh berlanjutan sampai 24 jam atau lebih.
Dekat fasa 1 ni jgk dpt rase contraction main main hingga contraction makin kerap. Waktu ni boleh sabar dan boleh tahan lagi lah walaupon muka dah berkerut kerut.. Boleh slow slow jalan buat kerja rumah kemas sikit sikit kalau masih d rumah.. Kalau dh masuk ward, masih boleh jalan jalan pusing ward.
Tahap sakit:
boleh bace semua zikir zikir yang d hafal dgn lancarnye..
FASA 2:
Waktu ni bukaan 4/5/6 cm
Contraction dah makin x bleh bawak bincang. Dah mula dah rase cramp cramp hampir keseluruh badan.. Perut pon mengeras je waktu ni..Kalau pegi tandas, wajib ade teman. Kalau kat hospital confirm kne tekan loceng bantuan sbb dh x mampu nk jalan sendri dgn baik. Nak melangkah pon dah berat.
Tahap sakit:
Boleh bace zikir lg..tp bacaan sudah mula terganggu dan mula berselang dgn tarikan nafas panjang panjang menahan sakit.
FASA 3:
Bukaan 5/6 cm (wajib masuk labour room dah kalau kt hospital)
Biasanya dgn bukaan 5/6 cm ni, doktor akan pecah kan air ketuban. Proses pecahkan air ketuban ni x sakit langsung. Tapi jaga jaga lah, lepas ketuban dh pecah, air ketuban dh kluar, sakit yang terlampau menggila akan menyerang! Bergegar katil tahan sakit.
Akak namakannya sebagai contraction antara “hidup dan mati”.
Waktu ni bukan stakat sakit x boleh bincang, tp nk kluar suara pon dah rase x boleh .Bola mata pon dh x leh fokus dh.. Kalau husband hulur jari, boleh patah seliuh jari tu nnt..x caya cube try lah mtk suami hulur jari.. Akk pernah smpai terkoyakkan kolar baju husband tanpa sedar.
Tahap sakit:
Zikir panjang2 dah x mampu bace dh walaupon dh d hafal dgn baik. Yang mampu sebut hanya lah ALLAH, ALLAH, ALLAH.. X bleh fikir apa dah.. Cuma x sabor tggu 10 cm dan nak sgt dgr dr cakap, TERAN!! ?
FASA 4: 9/10 cm.
Teran dan baby kluar. Tapi ingt, bukan skali teran je baby dah kluar.. Berkali kali jgk la baru baby kluar.
Yang org duk pesan jgn angkat punggung nnt koyak tu, haaa time ni la.. Akk x tau la angkat ke x.. X ingt dh.. Matlamat utama nk baby kluar je.
Bila baby dh kluar, fuhhhhh.. Menangis skejap.
Waktu ni menangis bukan sbb sakit, tp sbb sakit dah hilang..bersyukur nye ya Allah..
Tengok baby, sihat dan ckup sifat. Alhamdulillah? syukur ya Allah semua dh selesai dgn selamat..
Tapi.. Jgn terkejut lah kalau dtg lagi sakit lepas tu.. Sakit yang dtg tu org tua tua panggil RENGAT. RENGAT ni sakit die lebih kurang lah mcm nk branak td.. Biasa dr bg ubat tahan sakit.. Akk rase bnde ni mase bersalin anak ke 3. Anak pertama dan kedua x rase..
FASA 5:
Doktor akn tekan tekan perut kite utk kluar kan darah darah beku serta uri biasanye waktu ni.. Lepas habis smue uri kluar, proses sterusnye ialah proses jahit luka.. Jahit luka ni memg akan rasa lah..REAL gile wehhh.. Walau pon doktor cucuk ubat bius..Kite tetap akn rase sakit ngilu stiap kali doktor cucuk kulit kite dgn jarum yang berbentuk mata kail tu.. Lepas tu kite akn rase lah benang di tarik perlahan lahan..smpai lah habis semua luka d jahit..
Dah habis settle smue, bila suami dh azan/iqamat kan baby, kalau x de masalah apa apa, trus bole masuk wad.. Dan kalau x de masalah pape, sehari duduk wad dh di benarkan balik.
Di sepanjang 5 fasa sakit bersalin ni, org yang paling penting berada di sisi si isteri ialah suami.. Suami apa nak buat bila isteri tengah sakit macam tu?
1) Ajarkan isteri berzikir mengingati Allah. Meminta bantuan dari Allah s.w.t supaya memudahkan perjalanan melahirkan anak.
Biasanya baca “lailahaillaanta, subhanakinnikuntuminazzhooliminnn”
2) Ingatkan isteri supaya mendirikan solat fardhu jika masuk waktu dan isteri masih belom bersalin ketika itu. (dapatkan lebih huraian dari ustaz/ ustazah)
3) Gosok lah kepala isteri, perut isteri sambil memberi kata kata semangat pada die.
4) Solat sunat hajat mohon isteri d beri keringanan dan keselamatan sepanjang proses bersalin.
IN SHAA ALLAH, semua nya akn baik baik saja.
Sronok sbenarnye kalau ingt balik pengalaman bersalin ni walaupon tu antara moment moment paling getir dlm hidup bila terpksa bertarung nyawa.. Tp, itu lah antara nikmat nikmat yang Allah kurniakan pda kite sbgai seorg wanita.. Itu lah perjuangan.. Berakhirnye derita perjuangan ni apabila kita mula menatap wajah si comel yang kita kandung selama 9 bulan lebih ni..
Harapan dan doa akk semoga Allah S.W.T memberi peluang pada semua kaum hawa di dunia ini utk merasai pengalaman menjadi seorg ibu.. Jgn pernah sedih atau berputus asa dgn segala aturan Allah pda kite… In shaa Allah..
P/S: Lupe nk tye, mak-mak skelian, brape fasa?? Sama x fasa sakit kita?
Sumber: Noor Hamidah Binti Mohd Zaki
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI