Masalah keputihan adalah perkara normal yang berlaku kepada wanita. Ada keputihan yang normal dan ada yang teruk sehingga ia berbau serta menyakitkan. Keputihan atau lelehan faraj ialah jangkitan kulat, selalunya berlaku disebabkan oleh kulat jenis candida albicans. Keputihan lazim dialami oleh wanita, tetapi ia juga boleh berlaku kepada lelaki.
Walau bagaimanapun, terdapat desas-desus yang mengaitkan keputihan dengan kesuburan. Adakah keputihan menjadi penyebab seseorang wanita itu sukar hamil?
Adakah saya mengalami keputihan?
Keputihan biasanya tidak menyakitkan, tetapi ia memberikan kesan tidak selesa kepada si penghidapnya. Lelehan faraj yang sihat adalah cair dan berwarna jernih. Walau bagaimanapun, keputihan yang tidak sihat mengeluarkan lelehan yang pekat, berwarna putih dan ada kalanya keruh serta berbau busuk. Simptom-simptom seseorang wanita itu mengalami keputihan adalah:
Lelehan putih (seperti keju kotej, yang selalunya tidak berbau)
Kegatalan dan iritasi di sekeliling faraj
Sakit dan rasa pedih semasa melakukan hubungan seks atau semasa membuang air kecil
Namun, jika anda tidak pasti sama ada anda mengalami keputihan ataupun tidak, anda perlu memeriksa lelehan faraj anda.
Mengapa saya boleh mengalami keputihan?
Salah satu pencetus keputihan berlaku adalah hubungan seks, dan kadangkala keputihan juga disalurkan melalui hubungan seks. Keputihan berlaku disebabkan oleh kulat yang dipanggil candida, selalunya tidak menyakitkan.
Keputihan cenderung untuk membiak pada keadaan panas dan lembap, dan berkembang jika sisa bakteria berubah. Ini boleh terjadi jika:
Tiada bukti yang menunjukkan keputihan yang berlaku pada seseorang wanita itu boleh menjejaskan peluangnya untuk hamil. Meskipun keputihan atau lelehan faraj membuatkan bahagian intim anda berasa tidak selesa, namun ia bukanlah termasuk dalam kategori penyakit kelamin atau STI.
Walau bagaimanapun, gejala keputihan seperti gatal dan rengsa boleh mengurangkan nafsu seks anda. Malahan, keputihan juga boleh membuatkan anda rasa pedih selepas melakukan hubungan seks.
Jangkitan keputihan sepatutnya tidak menghalang anda untuk hamil. Namun, jika masalah ini dibiarkan tidak dirawat, ia mungkin akan menjejaskan keseimbangan pH pada lelehan faraj anda, seterusnya menyukarkan sperma untuk sampai kepada telur anda. Justeru itu, keputihan perlulah dirawat bagi membolehkan anda dan pasangan menikmati hubungan intim anda berdua, sekaligus membantu meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Anda perlu guna ubat antikulat untuk merawat masalah keputihan. Ubat antikulat ini boleh diambil dalam bentuk tablet dan dimasukkan ke dalam faraj anda. Selain itu, ubat antikulat juga terdapat dalam bentuk krim bagi membantu anda melegakan kerengsaan. Jika menggunakan ubat ini, keputihan biasanya akan hilang dalam masa seminggu, selepas 1 dos ubat digunakan atau krim disapu setiap hari.
Ads
Jika keputihan masih belum hilang, anda masih perlu menjalani rawatan. Tempoh rawatan boleh berlangsung sehingga 6 bulan. Lazimnya, doktor akan membantu anda untuk mengenal pasti punca keputihan anda, yang mungkin disebabkan oleh haid ataupun hubungan seks. Doktor juga akan menyarankan anda kekerapan menggunakan ubat tersebut.
Hati ibu mana yang tak sedih tatkala melihat anak yang dilahirkan sihat beberapa bulan lalu, tiba-tiba diuji dengan penyakit yang jarang berlaku sehingga terpaksa bergantung dengan ubat yang boleh memberi kesan sampingan pada si comel ini.
Kisah adik Nur Ainul Mardhiah, 5 bulan pernah dikongsikan oleh ibunya, Norzuzita Abd Rahman pada akhir November lalu apabila melihat keadaan Ainul yang seolah seperti terkejut atau menyentak berulang kali secara tiba-tiba sehingga meleleh air matanya.
Selepas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, doktor pakar mengesahkan Ainul menghidap penyakit Infantile Spasm. Penyakit ini jarang-jarang berlaku.
Setelah mendapat keputusan penyakit Ainul, doktor dah mula memberi ubat prednisolone tapi lepas makan ubat tersebut, Ainul masih lagi menyentak tapi tak sekerap seperti sebelum ni.
Menurut apa yang diberitahu, doktor akan tengok dulu tindak balas badan Ainul pada ubat ini kerana ia permulaan untuk Ainul menerima ubat tersebut. Walaupun Ainul dibenarkan keluar wad semalam (3 Disember) masih banyak lagi rawatan susulannya.
Ainul juga perlu melalui beberapa prosedur lain iaitu 9 Disember ini ultrasound, 15 Disember janji temu dengan pakar di Hospital Kuala Lumpur dan 25 Disember buat MRI.
Banyak kesan sampingan ubat prednisolone
Apa yang merisaukan hati seorang ibu, apabila doktor memberitahu banyak kesan sampingan ubat prednisolone ni. Antarany kurang antibodi, mudah kena jangkitan kuman, tulang mudah rapuh dan perkembangan jadi lambat.
Ya Allah berat sungguh dugaan untuk anak kecil ibu. Tolong doakan untuk Nur Ainul Mardhiah supaya cepat sembuh dan terus kuat. Ibu tahu anak ibu kuat. Sepanjang berada di hospital pun Ainul tak meragam. Makan ubat semua ok.
Terima kasih pada semua kerana selepas saya berkongsi kisah Ainul, ramai yang mendoakannya cepat sihat. Baru tahu rupanya banyak jenis sawan yang boleh berlaku pada anak kecil ni. Doakan Ainul terus kuat ya!
**Teringin nak dapatkan barangan pada harga hebat, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dunia digital hari ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan anak-anak kita. Seawal usia tiga atau empat tahun pun sudah tahu buka telefon, main permainan video dan melayari internet sendiri. Tapi awas ibu ayah, tidak semua permainan video sesuai untuk si kecil. Jika dibiarkan tanpa pengawasan, anak-anak boleh terdedah kepada permainan video ganas yang boleh menggugat kestabilan emosi dan mental mereka.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kanak-kanak yang sering bermain permainan video ganas tanpa kawalan ibu bapa berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan mental. Dunia digital masa kini memberi ruang luas untuk anak-anak terdedah kepada pelbagai kandungan yang boleh mempengaruhi minda dan emosi, katanya.
Anak Mudah Terpengaruh Dengan Unsur Ganas
Kanak-kanak belajar dengan memerhati dan meniru. Bila mereka kerap bermain permainan yang mengandungi unsur pergaduhan, tembakan atau pembunuhan, lama-kelamaan mereka boleh jadi kurang empati dan agresif. Malah, sesetengahnya mudah marah atau cepat gelisah bila dilarang bermain permainan video ganas.
“Masalah kesihatan mental boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, kanak-kanak adalah golongan rentan yang memerlukan perhatian, empati dan sokongan masyarakat,” katanya.
Dr Dzulkefly menjelaskan, masalah kesihatan mental boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, kanak-kanak adalah golongan rentan yang memerlukan perhatian dan sokongan daripada keluarga serta masyarakat.
“Tekanan emosi, keresahan dan kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja apabila berdepan tekanan hidup,” ujarnya.
Ibu Bapa Perlu Jadi Pemantau Utama
Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan besar untuk memantau apa yang anak-anak tonton dan main. Jangan serah bulat-bulat telefon atau tablet tanpa had masa. Tetapkan masa bermain permainan video ganas supaya anak tidak ketagihan dan tahu batas.
Langkah-langkah penting untuk ibu bapa:
Tetapkan masa bermain permainan video.
Semak kandungan permainan sebelum dimuat turun.
Galakkan permainan pendidikan yang bantu perkembangan minda.
Libatkan diri bermain bersama anak supaya hubungan kekal rapat.
Langkah Proaktif Dari KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menjalankan pelbagai inisiatif dalam menangani isu kesihatan mental akibat permainan video ganas dan tekanan digital. Antaranya termasuk talian bantuan Hotline 15555 dan Program K-Mindset, yang menerima peruntukan sebanyak RM21.6 juta bagi melatih pemimpin komuniti mendekati serta membantu individu berisiko di kawasan masing-masing.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Paru-Paru & Minda Sihat 2025 bersama Program Rahmah Mesra Santuni MADANI, yang juga memperkukuh kesedaran mengenai penyakit paru-paru dan bahaya rokok elektronik atau vape.
Didik Anak Guna Teknologi Dengan Bijak
Sebagai ibu bapa moden, kita tidak boleh elak anak daripada dunia teknologi. Namun, tugas kita adalah memastikan mereka menggunakan gajet dengan cara yang betul dan seimbang. Permainan video ganas boleh jadi menyeronokkan pada pandangan mereka, tetapi ibu bapa perlu mendidik supaya hanya memilih permainan yang membina minda, bukan merosakkan emosi.
Jika anak menunjukkan tanda kemurungan atau ketagihan terhadap permainan video ganas, jangan tunggu lama untuk dapatkan bantuan. Kesihatan mental anak sama pentingnya dengan kesihatan fizikal mereka.
Sakit ketika anda dalam fasa menyusukan anak adalah satu perkara yang menyusahkan dan memenatkan. Namun yang demikian, percaya atau tidak, menyusu anak anda ketika anda tidak sihat adalah selamat untuk anak anda, bahkan boleh jadi bermanfaat kepada mereka.
Bolehkah saya menyusu anak saya ketika sakit?
Dalam kebanyakkan situasi, jawapannya adalah boleh. Biasa untuk ibu merasa risau tentang kemungkinan untuk anda menjangkiti anak anda. Ini bagaimana menyusu ketika sakit boleh mendatangkan manfaat kepada bayi anda:
Ketika anda sakit, antibodi mula dihasilkan untuk melawan jangkitan dalam masa 24 jam pertama walaupun simptom belum mula muncul. Antibodi ini boleh kekal di dalam badan selama beberapa hari.
Dalam jangkitan virus pula, tempoh inkubasi boleh mengambil masa sekitar 5 hingga 7 hari, membolehkan antibodi terhasil disalurkan dalam bentuk susu badan kepada anak anda.
Ini bermakna, anak anda mendapat dos perlindungan daripada jangkitan flu atau selsema yang anda dapat tanpa mendedahkannya kepada jangkitan tersebut.
Walaubagaimanapun, anda tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila anak anda sudah mula bersin. Sekiranya anda mengalami jangkitan selsema yang biasa atau jangkitan virus berkaitan dengan sistem penghadaman – ataupun demam – tidak menjadi masalah untuk anda menyusu. Pastikan anda membasuh tangan anda sebelum sesi menyusu dan mengelakan daripada bahagian hidung atau mulut anda menyentuh muka atau tangan mereka. Sekirannya anda mengambil ubat, cuba untuk pam dan buang susu yang terhasil dalam tempoh waktu anda mengambil ubat..
Bila untuk menyusu?
Sekiranya anak anda di bawah usia 3 minggu, mereka terlalu lemah dan terdedah kepada jangkitan, justeru, menyusu badan ketika ini tidak digalakkan.
Sekiranya anda menghidap penyakit yang debilitatif (sakit jantung, buah pinggang atau anemia) atau kurang berat badan, cuba untuk elakkan menyusu kerana badan anda perlukan kalori dan lemak yang mencukupi sebelum anda boleh menghasilkan susu.
Sekiranya anda menghidap jangkitan yang teruk seperti TB yang tidak dirawat (mereka yang telah dirawat selama 2 minggu dibenarkan untuk menyusu), atau HIV/AIDS. Anda boleh menyusu jika dijangkiti Hepatitis A (jika anak anda mengambil globulin gamma) atau Hepatitis B (selepas anak anda mengambil globulin gamma dan diberi suntikan vaksin Hepatitis B)
Sesentegah bahan atau ubatan boleh menyebabkan anda tidak boleh menyusukan anak anda. Contohnya, ubat anti-barah, ubat untuk tiroid, ubat darah tinggi, penicillin, lithium, hipnotik atau perangsang, ubat tidur dan dadah atau alkohol. Sentiasa berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat kesihatan dan konsultasi.
Bila anda sakit, penting untuk anda minum air yang mencukupi untuk memastikan susu yang mencukupi dihasilkan dan juga untuk mengelakkan anda daripada tidak bermaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.