Melihat anak kecil lain yang susah dengan baju sekolah yang lusuh, kasut terkoyak, hati sesiapa pun pasti terasa sayu.
Pengguna facebook, Tie Ruzilawati turut berdepan rasa kesayuan yang sama bila mana berdepan situasi penuh rasa simpati buat seorang anak kecil yang secara tiba-tiba datang memintanya sedikit wang.
Perkongsian penuh ‘deep’ ini ternyata amat menyentuh hati dan naluri seorang ibu. Kita bantu sebaik yang boleh untuk mereka yang memerlukan. Sememangnya anak kecil tanpa perhatian ibu perlukan kasih sayang untuknya membesar.
Tengah duk tunggu Adam kat pondok sekolah tadi, ada sorang budak perempuan ni datang minta duit. Tak banyak pun dia minta, hanya untuk beli air je. Tanpa banyak cakap terus bagi.
Selepas berapa minit kemudian dia datang balik untuk pulangkan baki. Bagus budaknya. Cakap kat dia kenapa pulangkan balik baki, dia jawab, takpe acik saya nak sringit je. Pagi tadi saya dah bawa duit belanja 3 ringgit.
Dalam hati aku bekata apa nak makan zaman sekarang 3 ringit dari pagi sampai petang. Mungkin setakat itu yang familynya mampu.
Dia terus duduk sebelah aku. Petah budaknya tak padan dengan usia. Tanya dia tunggu mak datang ambil ke? Dia cakap tak. Mak takde, saya tinggal dengan wan dan ayah pun kerja. Tengah malam baru ayah balik.
Ya Allah sedihnya anak-anak membesar tanpa perhatian seorang ibu. Sambil dok sembang sempat mata melilau pandang dia. Sedih sangat tengok, dengan baju yang kotor dan lusuh. Kasut dua-dua belah nak tercabut tapak.
Nak balik tadi cakap kat dia esok tunggu acik kat sini ya. Nanti acik bawakan kasut lain. Terus dia peluk aku tu yang tak tahan sambil dia kata betul ke acik nak bagi kasut sekolah yang lain. Terkeluar air mata seorang ibu.
Sumber: FB Tie Ruzilawati
Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Tolong Jangan Biarkan Isteri “Depression” Seorang Diri. Bantu Ringankan Beban Mereka!
Para suami kena faham dan jangan pandang ringan kalau isteri ada simptom gila meroyan! Kejadian ibu kelar anak sampai mati macam tak masuk akal didengar. Tapi ramai mereka yang pakar cakap itu simptom gila meroyan atau postpartum depression.
Ini bukan kes pertama kali kita dengar, rasanya kalau ‘search’ di google saban tahun ada sahaja kes ibu kelar anak tanpa sedar.
Jangan hanya tahu tunding jari dan kecam ibu tersebut. Mungkin selama ini ramai ibu yang menghadapi masalah kemurungan tapi tak tahu nak mengadu pada siapa, atau apa rawatan yang sepatutnya dia terima.
Para suami juga jangan pandang ringan bila ada isteri yang mengadu tentang kemurungan yang dihadapi kerana ia bukan perkara remeh.
Sebab itu orang tua-tua sangat pentingkan penjagaan emosi ibu lepas bersalin kerana kesannya sangat teruk bila dibiarkan tanpa rawatan.
Sikap sesetengah suami yang buat tak peduli dengan segala bebanan yang ditanggung oleh isteri sampailah berlaku kejadian tak diingini
Sebagai wanita yang sedang mendalami bidang pengajian peringkat Phd Pharmacology/Phsiology di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Puan Siti Zubaidah menulis kupasan terbaik bagaimana berlakunya gangguan emosi dalam diri wanita bergelar isteri dan ibu sehingga boleh membawa kepada tragedi yang tak pernah terfikir di akal fikiran manusia normal.
Ia seharusnya dijadikan panduan penting di kalangan ibu lepas bersalin dan terutamanya para suami yang pastinya tak pernah terfikir atau faham tentang penyakit yang mungkin boleh berlaku ke atas isteri mereka.
KELAR LEHER ANAK SEBAB ADA SUARA YANG SURUH
Berita ibu kelar leher anak umur dua tahun hari ni cukup memedihkan hati.
Yang paling menyentuh hati, si ibu tu sama umur dengan saya, 31 tahun.
Mungkin apa yang saya tulis ini tak sedap dibaca di tengah kemeriahan hari raya macam ni.
Tapi saya rasa terpanggil juga untuk menulis juga. Menulis tentang realiti.
Rentetan bebanan menjaga keluarga yang terpikul di bahu seorang diri, ramai ibu-ibu muda yang mengalami stress, distress, kemurungan, halusinasi, depresi, postpartum depression atau sebut saja lah perkataan gila meroyan.
Gila meroyan bukan sahaja melanda ibu yang baru melahirkan atau ibu yang sedang berpantang, tapi ia boleh menyerang semua ibu-ibu selagi ibu tersebut mempunyai anak yang kecil-kecil dalam jagaannya.
Gila meroyan merupakan satu penyakit yang dipandang ringan dan disisihkan dalam masyarakat. Ibu-ibu yang menderita penyakit gila meroyan hampir ke semuanya tidak pernah mendapat rawatan sepatutnya. Jika ada pun, mungkin sudah terlewat.
Saya fikir, mungkin tiga faktor ini puncanya:
1. Ibu itu sendiri rasa malu nak dapatkan rawatan. Suami pula ambil ringan, cakap semua tu akan hilang.
2. Mak ayah adik beradik pula mungkin tak sangat nak pandang sebab mereka cakap tak nak campur urusan kelamin orang. Lagi pun mereka tak menerima apa-apa aduan. Jadi mereka diam.
3. Mak ayah mertua ipar duai lagi lah tak ambil bilang, sebab mereka kata tak ada kaitan kenapa nak sibuk ambil tahu hal rumah tangga orang. Nak bertanya pun segan, jauh sekali nak menyelesaikan.
Tu yang saya fikir. Mungkin juga fikiran saya salah.
Masalahnya sekarang, gila meroyan ni hampir wujud pada setiap ibu muda yang mempunyai anak kecil. Dah macam virus berbisa, menyerang semua perempuan muda yang melahirkan atau yang sedang menjaga anak-anak yang masih kecil.
Sebelum ini, saya ada berinteraksi dengan ibu-ibu muda seperti ini di kelab ibu hamil di Fb. Masa tu timbul satu posting tentang seorang ibu yang meminta tips bagaimana nak berubat sakit meroyan.
Rentetan dari posting itu, saya dapati ada beratus-ratus komen dari ibu-ibu muda yang lain yang mula berkongsi bahawa mereka juga ada sakit gila meroyan.
Boleh baca di gambar screen shot yang saya telah tutup nama mereka. Ada antara mereka yang suami mereka tolong, tapi ada juga yang suami yang tak faham pun. Dan ada juga bernasib baik mendapat bantuan daripada ahli keluarga.
Yang paling jelas tentang masalah ni adalah tiga isu utama:
1. Si ibu itu sendiri tidak tahu yang dia sedang meroyan.
2. Si ibu itu sendiri tahu yang dia meroyan, tapi tak tahu cara nak dapatkan rawatan.
3. Suami pula tidak tahu menahu. Tak tahu isteri sedang “sakit meroyan”, dan tak tahu cara nak dapatkan rawatan dan bantuan.
Zaman sekarang dah tiada alasan dah untuk cakap “TAK TAHU”.
Facebook ada, google pun ada. Ada berlambak posting pasal cara nak kenal simptom meroyan, dan cara nak dapatkan rawatan. Cuba baca.
Tapi menggoogle itu bukanlah cara nak merawat.
Lepas dapat maklumat sikit-sikit dari pembacaan, hubungilah seseorang yang boleh diharapkan untuk membantu.
Ini saya bagi senarai nama orang yang patut dihubungi:
1. Suami – berterus terang baik-baik pada waktu suami sedang berehat atau waktu berbaring di sebelah suami waktu malam. Dalam keadaan tenang macam tu mengadulah pada suami. Cakap kat suami, kesianlah kat anak. Minta suami bantu carikan rawatan dan bantuan. Jangan sesekali mengadu waktu suami sedang letih atau baru balik kerja. Masa tu telinga dan hati suami “tak mendengar”. Lagi sakit hati si ibu lagi ada. Makin parah pulak meroyan jadinya.
2. Ibu kandung – call dan beritahu minta tolong jagakan anak dulu buat sementara waktu. Dalam pada tu boleh ajak suami pergi jumpa doktor di klinik kesihatan atau klinik sakit puan swasta jika berkemampuan.
3. Kalau tak ada ibu kandung, call kakak atau sahabat perempuan yang paling dipercayai.
4. Kalau semua di atas tak boleh bantu, cuba hubungi jururawat yang pernah datang melawat di rumah sewaktu ibu baru melahirkan bayi. Jururawat tersebut mungkin akan meminta ibu untuk datang sendiri ke klinik untuk mengambil tarikh temujanji untuk berjumpa doktor.
Kalau di klinik kerajaan, ibu akan diaturkan untuk berjumpa doktor biasa atau doktor sakit puan dahulu. Kemudian barulah doktor tersebut akan merujuk kepada doktor pakar psikiatri untuk rawatan lanjut.
Lebih kurang macam tu lah prosedurnya. Mungkin ambil masa berminggu jugak nak tunggu jumpa doktor pakar psikiatri tu.
Dalam proses nak tunggu jumpa doktor tu, suami buatlah solat hajat, atau bawa isteri dapatkan rawatan cara Islam.
Dalam tempoh ini memang isteri sangat perlukan bantuan suami. Suasana mungkin agak celaru dan haru biru dengan keadaan anak-anak kecil yang “tiada ibu” dan si ayah yang perlu juga keluar bekerja.
Nenek dan atuk mereka mungkin tak boleh lelama sangat jaga cucu-cucu kecil yang aktif kan. Kalau boleh waktu ni carilah pengasuh sementara untuk tolong jagakan anak-anak.
Manakala mana-mana sahabat, kawan Fb, orang luar, dan makcik makcik bawang yang dapat tahu si ibu tu sedang dapatkan rawatan meroyan, jangan hina, jangan sindir, jangan buat ulasan tak bertauliah, jangan.
Tapi bersosial lah macam biasa dengan si ibu tadi. Mungkin si ibu tadi tak bersedia nak terima tetamu di rumahnya, jadi jangan sesuka hati pergi ziarah dia. Kalau nak pergi ziarah juga, bagitahu si ibu tu dulu, dan pastikan dia sudi terima tetamu, baru datang ke rumah dia.
Kalau tak kuat, mohon unsinstall Facebook
Manakala di Fb, si ibu tu juga nak bersosial di Fb, nak post gambar baby, nak share resepi, jadi kawan-kawan Fb berilah support. Beri komen-komen positif.
Dan si ibu tu sendiri perlu ingat, jangan “meroyan” di Fb. Kalau rasa tak kuat nak layan macam-macam ragam di Fb, baik jangan main Fb terus. Uninstall Fb.
Kadang-kadang, bila tengok gambar kawan-kawan post gambar bahagia bersama pasangan pun, si ibu tadi boleh naik dengki dan meroyan juga.
Apa yang paling penting adalah hubungan dengan ahli keluarga kena sentiasa rapat. Selalu lah balik kampung jumpa mak atau adik beradik. Kalau tak dapat balik, sembang melalui wasap pun ok. Bila kita banyak bersembang kosong dan bergurau dengan mereka, gundah dan depression yang ada dalam hati kita akan hilang.
Selain tu, cuba lah amal telan vitamin penenang, dan vitamin anti-stress seperti Ostematrix dan B Complex. Ia sangat membantu mengurangkan keletihan ibu, membantu tidur yang sangat lena dan menenangkan kecelaruan emosi ibu.
Dalam pada itu, jangan pernah tinggal baca surah Yassin setiap malam atau setiap kali lepas solat subuh sambil doa minta Allah sembuhkan penyakit meroyan tu. Surah Yassin ni “hati” Al Quran, in sha Allah boleh rawat hati kita. Ni pesan sahabat saya sebenarnya.
Ok tu saja Zu nak tulis. Harap bermanfaat.
Sumber: Siti Zubaidah
.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia Baru 4 Tahun Anak Dah Rabun, Ini Risikonya Terlalu Awal Dedah Gajet Pada Anak. Saranan Pakar Peraturan 20-20-20 Boleh Dipraktikkan
Rata-rata kini, sama ada di rumah, di dalam kereta, terutamanya di restoran, penggunaan gajet-gajet elektronik adalah sangat meluas, sehinggakan kita merasakan ia adalah benda paling wajib untuk membantu mententeramkan anak-anak. Telefon pintar merupakan gajet wajib untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil untuk mengelakkan mereka mengganggu ibu bapa yang sedang sibuk atau sebagai hiburan harian untuk si kecil.
Kemudian pula, myopia. Myopia atau rabun jauh telah menjadi isu kesihatan umum global sejak beberapa dekad yang lalu. Memetik statistik terkini dari jurnal optometris, myopia melibatkan kira-kira 85 hingga 90% remaja di beberapa negara Asia seperti Singapura dan Taiwan. Sebagai perbandingan, pada tahun 1950-an, hanya 10-20% penduduk China yang rabun jauh.
Ini jelas menunjukkan secara global, wujudnya kaitan antara penggunaan gajet atau skrin digital yang berlebihan dan peningkatan kes myopia. Tidak boleh dinafikan bahawa kanta lekap, cermin mata atau pembedahan LASIK boleh memperbetulkan rabun jauh, tetapi jika dilihat dari dasarnya, masalah myopia berpunca dari bola mata yang memanjang.
Sebagai kesimpulan, adakah penggunaan telefon pintar dan gajet elektronik boleh dipersalahkan? Jawapan ringkasnya adalah “ya. Ikuti kupasan lanjut mengenai bahaya pengunaan gajet kepada anak-anak kecil Bersama Dr Tan Jin Poi, Pakar Bedah Mata, Pantai Hospital Pulau Pinang.
Bahayakah Gajet Kepada Kanak-kanak?
Menurut Dr Tan Jin Poi, ibu bapa dan kanak-kanak pada masa kini gemar dengan penggunaan gajet dalam rutin harian disebabkan oleh kesan positifnya seperti hiburan atau sesuatu yang menghiburkan anak-anak dan pendidikan untuk kanak-kanak, meningkatkan kemahiran, dan lain-lain.
Tetapi ia boleh memudaratkan jika penggunaan yang berlebihan. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan gajet yang terlalu lama boleh menyebabkan kesan negatif fizikal dan mental contohnya seperti:
- kelewatan pertuturan,
- aktiviti sosial semakin kurang dan tiada kemahiran untuk berkomunikasi,
- kurang interaksi antara ibu bapa dan kanak-kanak,
- kebimbangan dan kemurungan,
- pendedahan awal kepada kandungan negatif, ketagihan dan lain-lain.
Ia benar-benar mengejutkan bahawa satu kajian yang dijalankan Amerika Syarikat mendedahkan 1 dalam 3 kanak-kanak di Amerika Syarikat boleh menggunakan tablet atau telefon sebelum mereka mula bercakap.
Biasanya kanak-kanak yang menggunakan gajet ini selalunya sangat fokus memberi tumpuan pada kandungan sehinggakan mereka tidak memberi perhatian kepada postur mereka, terutamanya jarak mata mereka dari skrin. Ia adalah perkara biasa untuk melihat gajet dengan postur membongkok, berbaring dan selalunya tidak berada dalam postur yang sihat. Dan ini akan memberi kesan kepada badan dan mata.
Bagaimana gajet boleh menjejaskan mata
Jelas Dr Tan Jin Poi lagi merenung skrin elektronik secara berterusan untuk masa yang lama boleh menyebabkan ketegangan mata. sindrom penglihatan komputer juga dikenali sebagai ketegangan mata digital adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh masa skrin lanjutan. Ia adalah gabungan mata dan bukan okular gejala
Ini termasuk: tahap penglihatan turun naik, penglihatan berganda, sukar memberi tumpuan, ketegangan mata dan keletihan, mata gatal-gatal, berair, mata merah, mata kering, sakit kepala dan keletihan, leher, belakang dan bahu sakit/lenguh.
Para penyelidik juga menyedari bahawa masa skrin meningkat di kalangan kanak-kanak adalah satu faktor risiko besar untuk pembangunan dan perkembangan sightedness pendek (myopia)
Adalah difahamkan bahawa kelaziman myopia telah meningkat dengan ketara dalam beberapa dekad yang lalu yang berlaku serentak dengan peningkatan penggunaan peranti digital.
Kesan terlalu kerap tumpu pada skrin terhadap mata kanak-kanak
Kajian menunjukkan mereka yang menggunakan skrin dengan kerap mempunyai lebih gejala mata berbanding mereka yang tidak. Didapati bahawa kanak-kanak boleh menghabiskan lebih daripada 2 jam sehingga 9 jam sehari masa pada skrin.
Skrin berkilat pada kebanyakan gajet boleh menyebabkan ‘glare’ yang boleh menyebabkan ketepatan (clear) penglihatan menurun dengan ketara dan dengan itu menyebabkan penglihatan kabur.
Kanak-kanak yang menggunakan gajet lebih daripada 4 jam sehari mempunyai sindrom penglihatan komputer lebih teruk daripada individu yang kurang fokus pada gajet. Oleh itu risiko untuk mendapat masalah myopia (rabun pendek) juga boleh meningkat pada kanak-kanak apabila mereka sering menghabiskan masa kira-kira 8 jam setiap hari pada gajet.
Jika boleh, hadkan jumlah masa kanak-kanak pada alat atau peranti dan tidak membenarkan mereka untuk menggunakan selepas masa mereka tamat. Juga menghadkan masa menonton televisyen. Kanak-kanak kecil boleh menggunakan alat atau peranti satu jam sehari dan dua jam sehari untuk kanak-kanak sekolah sebaiknya tidak perlu menggunakan komputer atau peranti mudah alih lebih daripada 4 jam secara berterusan dalam satu hari.
Penggunaan skrin digital seperti komputer riba, tablet atau telefon pintar melibatkan satu proses penglihatan yang aktif untuk mengekalkan imej yang jelas, iaitu proses akomodasi. Proses akomodasi adalah mekanisme di mana mata berubah fokus dari melihat imej jauh ke dekat dengan mengontraksi otot-otot siliari. Ini membolehkan kanta mata melengkung dan membenarkan imej dekat tertumpu tepat pada retina, dengan itu memberikan fokus yang jelas kepada objek tersebut.
Sebaliknya apabila mata berubah fokus ke imej yang jauh, proses akomodasi merehatkan oto siliari, serat mata ditegangkan dan kanta mata memanjang. Cahaya dari imej jauh akan tertumpu tepat pada retina. Pemfokusan pandangan ke objek dekat untuk tempoh yang berpanjangan, contohnya ketika menggunakan telefon pintar, memerlukan otot siliari kontraksi/mengecut untuk masa yang lama.
Apabila mata berubah fokus ke imej yang jauh, ada kalanya otot siliari gagal untuk direhatkan untuk membolehkan kanta mata memanjang dan seterusnya memfokuskan cahaya dari imej jauh ke retina. Keadaan ini dipanggil ‘Kekejangan Akomodasi’. Imej jauh tersebut akan terfokus di hadapan retina dan menyebabkan kekaburan. Sindrom ini dipanggil pseudo-myopia atau rabun jauh palsu. Pada kebiasannya, keadaan ini bersifat sementara dan akan hilang selepas penggunaan skrin digital diberhentikan.
Antara kesan-kesan kerana terlalu lama merenung skrin
Menurut kajian yang berbeza, kanak-kanak akan berkemungkinan memiliki berat badan berlebihan atau mempunyai masalah penglihatan apabila mereka menghabiskan terlalu banyak masa dengan menggunakan alat atau peranti gajet.
Pemikiran dan perkembangan emosi dalam tempoh lima tahun pertama seorang kanak-kanak adalah penting. Menghabiskan masa lebih daripada dua jam sehari pada sesuatu skrin boleh menyebabkan perkembangan kognitif perlahan dan defisit perhatian.
Oleh itu, secara keseluruhannya adalah dinasihatkan untuk mengurangkan masa skrin dan menambah penglibatan aktiviti-aktiviti lain untuk mempunyai pembangunan tumbesaran mereka yang seimbang.
Cara untuk praktikkan gaya amalan mata sihat untuk anak-anak
Mungkin tidak realistik untuk menghentikan kanak-kanak dari menggunakan alat dan peranti digital pada hari ini. Namun ibu bapa boleh mengamalkan cara yang sihat supaya mata si kecil tidak terlalu terdedah dengan bahaya penggunaan skrin yang lama. Antaranya adalah:
- Rehat yang kerap di antara: Galakkan mereka untuk mengikuti “20-20-20” peraturan: Selepas setiap 20 minit, rehatkan mata daripada skrin dan melihat sekurang-kurangnya 20 kaki dalam jangka masa sekurang-kurangnya 20 saat. Ini melegakan mata memberi tumpuan dan otot penjajaran. Ia juga adalah masa yang baik untuk berdiri, berjalan, melakukan regangan atau lain-lain tugas, untuk melegakan otot tegang dan mengurangkan keletihan.
- Aktiviti-aktiviti luar: Menggalakkan kanak-kanak bermain di luar dengan kawan-kawan dan adik-beradik yang lain. Supaya membantu dalam menjalankan penglihatan jarak jauh dan mengurangkan peluang untuk myopia. Mereka juga boleh mengambil udara segar dan senaman, dan belajar untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan kanak-kanak lain.
- Ibu bapa tidak perlu sentiasa menggunakan gajet sebagai alat untuk pengasuh. Gantikan gajet dengan aktiviti sesuai umur anak seperti membuat kraf, mewarna buku dan banyak lagi.
- Laraskan cahaya pada skrin gajet supaya ia selesa untuk kanak-kanak melihat. Lapisan anti-reflektif pada cermin mata atau atas skrin boleh membantu mengurangkan amat nyata dan ketegangan.
- Lebih masa Bersama keluarga tanpa gajet. Gunakan masa ini untuk ‘bonding’ Bersama keluarga tersayang. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk mendisiplinkan anak-anak dan mengawal pendedahan mereka kepada gajet.
Waktu sesuai untuk membuat pemeriksaan mata
Menurut Dr. Tan Jin Poi, seorang doktor atau pakar profesional kesihatan akan memeriksa bayi yang baru lahir dan ketika ibu bapa membawa anak mereka untuk pemeriksaan susulan atau apabila diberi vaksinasi. Mereka akan menyaring dan melihat sebarang jangkitan mata, kecacatan mata, katarak kongenital atau glaukoma semasa pemeriksaan dan lawatan.
Selain itu juga, bu bapa boleh membawa anak-anak mereka kepada optometris, pakar pediatrik atau pakar mata seawal 3 hingga 5 tahun untuk saringan mata selagi mereka boleh bekerjasama.
Walau bagaimanapun, jika ibu bapa mula perasan anak mempunyai masalah juling (strabismus), mata malas (amblyopia), isu mata memberi tumpuan atau mata murid berwarna putih (leukocoria) semasa mengambil foto, kanak-kanak perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh pakar mata. Sebaiknya kanak-kanak yang sudah berusia 5 tahun dan ke atas, digalakkan membuat pemeriksaan mata setiap tahun.
Tip untuk melindungi kanak-kanak dari kesan buruk skrin elektronik
Dalam era ini, ia tidak praktikal untuk menghentikan diri kita sendiri atau anak-anak kita daripada menggunakan peranti ini. Oleh itu, ia adalah penting bahawa kita harus cuba untuk mengurangkan kesan alat-alat ini pada anak-anak kita.
Ia adalah penting untuk ibu bapa dan penjaga untuk mewujudkan gaya hidup yang seimbang dan sihat untuk anak-anak mereka sejak awal usia. Ini boleh menjadi penting dalam membesarkan anak-anak yang dapat menjaga diri mereka sendiri semasa dewasa.
- Penggunaan jangka pendek telefon dalam gelap tidak berbahaya kepada mata. Masalah bermula apabila ia berpanjangan dan tiada rehat yang mencukupi. Terlalu banyak penggunaan telefon dalam gelap selama beberapa jam tidak digalakkan. Terlalu banyak pendedahan cahaya terus ke mata boleh mencetuskan tindak balas toksik dipanggil phototoxicity, yang akan membunuh sel-sel photoreceptor cahaya-sensor dalam retina.
- Sel-sel photoreceptor tidak dapat tumbuh semula. Bertambah buruk ini, apabila kita berada dalam gelap, murid-murid kami diluaskan dan ini meningkatkan jumlah pendedahan cahaya ke dalam mata kita. Tetapi apabila kita berada di dalam sebuah bilik yang terang, kontrak murid kami dan akan mengurangkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata.
- Macula adalah kawasan pusat retina kami yang bertanggungjawab dalam memberikan imej terperinci jelas dalam penglihatan pusat kami. Cahaya dari telefon pintar boleh mempunyai potensi untuk degenerasi makular yang boleh membawa kepada beberapa tahap kehilangan penglihatan dengan masa.
Makanan baik untuk mata?
- Beberapa kajian utama telah menunjukkan pengaruh faktor-faktor pemakanan dalam kesihatan mata. Penyelidik terus mengkaji dan melihat pelbagai khasiat juga dalam mata kering, katarak, dan glaukoma.
- Mata Kering (Dry Eye) : Banyak kajian telah menunjukkan manfaat minyak ikan (Essential Fatty Acids) dalam mata kering.
- Glaucoma: Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa mengurangkan oksidatif manfaat tekanan glauoma. Mereka yang mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan vitamin A dan C dan karotenoid kurang berkemungkinan untuk mempunyai glaukoma.
- Umur yang berkaitan Macular Degeneration: Makanan yang kaya dengan Omega-3 asid lemak, tembaga, zeaxanthin, lutein, zink, vitamin C dan E yang melambatkan antioksidan umur yang berkaitan kerosakan Cadangan harian semasa untuk nutrien mata yang sihat, turun seperti yang dicadangkan oleh American Academy of Ophthalmology (AAO) untuk melambatkan perkembangan mata mundur mudah, adalah: · 500 miligram (mg) vitamin C · 400 unit antarabangsa vitamin E · 10 mg lutein · 2 mg zeaxanthin · 80 mg zink oksida · 2 mg oksida tembaga
- Ia adalah lebih baik untuk makan diet seimbang yang sihat dengan banyak sayur-sayuran segar dan buah-buahan, dan gula yang minimum, garam, dan daging lebih baik daripada bergantung kepada makanan tambahan berat.
- Lutein dan zeaxanthin adalah karotenoid yang mengatasi sebarang kejadian radikal bebas. Kedua-dua yang banyak terdapat dalam sayur-sayuran berdaun seperti bayam dan kale. Ini karotenoid membentuk pigmen makula, yang memberikan macula warna kuning sifatnya. – Ikan kaya dengan Omega-3 asid lemak seperti salmon, tuna.
- Kekacang juga kaya dengan omega-3 asid lemak dan vitamin E contohnya. Walnut, cashews, Pistachios, walnut, badam.
- Seeds – Bijian contohnya. ChiaSeed, Flaxseed Oil and Black Currant Seed Oil juga mengandungi omega-3 asid lemak. Sunflower Seeds adalah sumber yang sangat baik vitamin E dan zink.
- Buah-buahan sitrus dan buah beri adalah kaya dengan vitamin C seperti lemon, oren, grapefruits dan beri -Sweet kentang kaya dengan vitamin E dan beta karotena.
- Daging seperti daging lembu, daging babi pinggang, dada ayam kaya dengan zink yang juga kelewatan yang berkaitan dengan usia degenerasi makula – Telur adalah sumber yang sangat baik lutein dan zeaxanthin, sumber yang baik vitamins A, C dan E, dan zink.
- Air mengelakkan dehidrasi yang boleh mengurangkan mata gejala kering .
- Semua jenis bijirin (grains): adalah makanan dengan indeks yang rendah glisemik (GI) boleh mengurangkan risiko berkaitan dengan usia degenerasi makula. Mengurangkan karbohidrat ditapis dan mengambil quinoa, beras perang, oat penuh dan roti gandum dan pasta. bijirin penuh kaya dengan vitamin E, zink dan niacin yang juga akan membantu menggalakkan kesihatan mata secara keseluruhan.
- Buah-buahan yang berwarna-warni dan sayur-sayuran Makanan seperti lobak merah, tomato, lada loceng, strawberi, labu, jagung dan tembikai adalah sumber yang sangat baik vitamin A dan C.
- Kekacang: kacang buah pinggang, kacang hitam bermata dan lentil adalah sumber yang baik bioflavonoids dan zink.
- Daging merah: dalam kesederhanaan, daging lembu tanpa lemak dalam diet anda juga mengandungi zink, yang membantu badan anda menyerap vitamin A.
Kemungkinan kita mesti mempunyai mengambil sejenis makanan yang cepat dimasak dan disiapkan tetapi sebaik-baiknya elakkan makanan yang telah diproses. Ini kerana makanan segera yang diproses mengandungi bijirin halus, lemak, gula, garam, dan bahan tambahan yang membawa kepada peningkatan keradangan dan tekanan oksidatif, mempercepatkan proses degeneratif.
Awas: Elakkan mengambil suplemen berlebihan. Lebih tidak semestinya lebih baik. Terdapat bahaya nutrien diulang yang boleh menyebabkan mudarat kepada badan. Berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baiknya Allah” Ustaz Ebit Lew Syukur Masih Berpeluang Kejutkan Isteri & Anak Bersahur
Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal di media sosial dengan aktiviti-aktiviti dakwahnya dan juga pendekatan yang digunakan olehnya yang sangat lembut ketika menjalankan dakwah.
Terbaru, menerusi akaun instagramnya, dia memuatnaik sebuah video dimana mereka sekeluarga sedang bermaaf-maafan sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ini. Kepsyen yang dimuatnaiknya juga menyentuh hati ramai pengikut di instagramnya.
Saya Bisik Pada Bidadari Saya Sambil Pegang Tanganya
Saya bisik pada bidadari saya sambil pegang tangannya.. Selamat menyambut Ramadhan bidadari sayangku. Terima kaseh tau sebab sentiasa doakan abang. Syukur tak sabar malam ni dah tarawih. Tibalah saat Allah nak beri kita hadiah tak berhenti-henti. Baiknya Allah..maha baik.. Dah terasa sejuk dan tenang Ramadhan. Ya Allah terima kaseh.
Bidadari Saya Sebak
Bidadari saya sebak..dia kata terima kaseh abang sayang dan bimbing saya selama ini…dia cium tangan..sebak rasa..kita cuma orang biasa dan bukan sesiapa tapi dia pilih kita lagi..untuk bersama dalam bulan Ramadhan. Kenal dan sebut namaNya
Peluk Cium Anak-Anak
Peluk cium anak-anak. Selamat menyambut bulan yang dinantikan anak-anak ayah..anak mencelah ayah. Bestnya kalau kita lapar kerana Allah. Sebab Allah sangat baikkan ayah? Dia bagi semua. Bestnya kita dapat belajar sayang pada orang miskin dan anak yatim .
Teringat Nabi saw lapar dan susah demi agama sampai pada kita..bestnya dapat buka puasa ramai-ramai.. Ya Allah….Malam Ramadhan saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah.terimaKasehAllah
Dua Waktu Jangan Terlepas Doa
Doa kita makbul…Doa itu ajaib.. 2 waktu jangan terlepas berdoa. Kejut isteri dan anak-anak bersahur. Kerana sahur itu berkat. Jaga solat Fardhu awal waktu. Solat tahajud 2 rakaat. Doa panjang-panjang. Doa dari hati dengan rendah diri dan faham apa yang di doakan. Solat Subuh berjemaah di masjid.
Bawalah Isteri & Anak-anak Baca Al-Quran
Baca Al-Quran sama-sama. Dalam syurga, Mak ayah kita diberi mahkota yang bercahaya dan pakaian yang lebih mahal dari dunia. Bila ditanya kenapa kami diberi pakaian ini. Diberitahu ini kerana bacaan Al-Quran anak kamu.
Bawalah isteri dan anak-anak sama-sama baca Al-Quran. 1 hari 1 juz. Baca Al-Quran sebelum Subuh.
Banyakkan Berdoa Semasa Berbuka
Keduanya jangan lupa banyak berdoa terutama sebelum berbuka. Sebelum masuk waktu Maghrib. Doalah panjang-panjang. Minta pada Allah
Cari orang miskin dan anak yatim. Bantu keluarga kita yang susah. Didik anak ingat korban Nabi saw dan sahabat rhum. Semoga Allah terima kita semua-ebitlew
Sumber: Ebit Lew
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI