Bila anak kecil selesema ibu bapa mula risau sebab anak akan meragam. Tak selesa itu satu hal. Selain itu, bab nak bagi anak makan ubat pun jadi masalah.
Bagi yang ada anak kecil bawah dua tahun lagilah serba salah nak bagi ubat dan macam-macam la petua yang akan dilakukan.
Kali ini Dr Taufiq Razif berkongsikan cara yang dilakukan pada anaknya dalam merawat selesema. Sangat mudah nak diamalkan.
—————————————————————-
Solahuddin ni jarang selesema tapi kalau dah selsema pun saya takkan bagi ubat. Bahaya budak bawah umur 2 tahun ni kalau bagi ubat selesema.
Ads
Ada sesetengah ubat selesema tu boleh menyebabkan anak di bawah umur 2 tahun berhenti bernafas ( Apnea ). Lagipun biasanya anak-anak yang selesema ni disebabkan virus je. Ia akan hilang sendiri walaupun tanpa antibiotik.
Jadi apa nak buat?
Ads
PERTAMA : Tengok dulu hingusnya. Kalau hingusnya kental dan berwarna disertai demam tinggi mungkin penyebabnya bakteria. Yang ni boleh je nak bawa jumpa doktor.
KEDUA : Kalau hingusnya jernih dan tak demam. Ni mungkin disebabkan virus je. Selesema disebabkan virus ni akan baik sendiri tapi selsema ni memang akan buat anak meragam sebab hidungnya tersumbat.
Ads
Ni saya ajar cara mudah supaya hidung anak kita tu jadi KURANG TERSUMBAT dan anak kita boleh bernafas dengan LEBIH LEGA.
Masakkan je sup ayam pada anak kita tu. Sup ayam terbukti boleh mengurangkan ‘nasal congestion’ . Biasanya anak meragam sebab kedua-dua belah hidung tersumbat. Dia nak bagitahu tak pandai lagi. Tu yang dia meragam tu kalau tengah selesema.
Dah tahu ni boleh terus amal pada anak masing-masing ye.
Ramai ibu bapa mengadu susah nak kawal tingkah laku dan emosi jika anak buat perangai. Lagi sedih anak kecil pun dah pandai tak nak dengar cakap, suka melawan, memberontak, tak hormat ibu bapa dan macam-macam lagi.
Sebenarnya anak seawal usia setahun ni senang dibentuk jika ibu bapa tahu cara nak kendalikan. Jangan tunggu anak dah berusia 4 atau 5 tahun baru nak ajar. Itu dah di kira lambat.
Penulis Buku Keibubapaan, 3 Krayon, 3 Kertas, 3 Pensel Warna, Adlil Rajiah yang juga merupakan seorang ibu berkongsikan pengalamannya bagaimana untuk membentuk jiwa anak supaya tidak mencabar kesabaran mak ayah.
Sikap dan tahap toleransi anak adalah sangat bergantung kepada kekuatan hubungan ibu bapa dan anak itu sendiri. Dan kekuatan hubungan itu, bergantung kepada effort ibu bapa dan anak dalam membina hubungan tersebut.
Anak-anak ni macam kita juga. Kita akan “ikut cakap” dan “ikut arahan” orang yang kita rasa “connected to” sahaja. Kan? Dan kalau orang tu macam tak penting atau takde kena-mengena, kita akan ignore je, dan feel free to break the rules.
Kajian menyatakan anak-anak yang mempunyai STRONG CONNECTION dengan ibu bapa, adalah anak-anak yang paling mudah beri kerjasama, bukan saja dengan ibu bapa, tapi juga dengan orang sekeliling.
Bagaimanapun, anak-anak ni ada angin dia jugak. Kadang-kadang mereka akan “buat perangai” dan ikut kepala sendiri, sebab bahagian otak “prefrontal cortex” mereka masih belum berkembang sepenuhnya.
Sebab itu, dalam Islam pun sebutkan mereka ini sebagai belum mummayiz. Belum ada kewarasan dan kematangan sepenuhnya.
Saya nak kongsikan 9 tip yang selalu saya amalkan dan alhamdulillah memang nampak keberkesanannya pada anak.
Menurut kajiansetiap manusia perlukan 4 pelukan untuk “hidup”, dan 8 pelukan untuk maintain emosi yang baik sepanjang hari.”
Jadi keseluruhannya kita perlukan 12 pelukan setiap hari.
Jadikan rutin untuk beri pelukan pertama lepas bangun tidur, dan pelukan terakhir sebelum masuk tidur.
Selain tu, selit la bila-bila. Masa pergi kerja ke, masa balik kerja ke, masa hantar anak sekolah, ambik dari sekolah atau pengasuh, masa tengok TV atau masa main.
Kajian mengatakan, pelukan adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi bila anak dah meningkat remaja. Hugs will trigger stronger parent-teens connection, dan lebih mudah untuk ibu bapa “mengawal” anak-anak remaja.
2. Bermain!
Setiap kali main dengan anak, wujudkan interaksi. Bukan bagi anak main sorang-sorang dan mak ayah main phone kat tepi.
Bermain dan bergelak ketawa dengan anak will keep us deeply connected and feel younger, by stimulating endorphins and oxytocin in our bodies. Ia juga akan buat anak lebih positif dan tenang setiap kali berhadapan konflik dan amarah.
3. Bila berinteraksi dengan anak, TUTUP TELEFON
Zaman sekarang ni, memang susah betul nak berenggang dengan phone, kan?
Bila orang suruh put away phone masa layan anak, kita pun beri alasan kononnya, nak rekod momen indah dengan anak, nak simpan buat kenangan, nak optimize penggunaan teknologi, dan sebagainya.
Tak salah pun nak rekod video atau gambar anak-anak untuk kenangan. Memang semua orang pun suka flashback kenangan. Saya pun sama.
Tapi jangan lah sampai setiap saat pun, phone melekat kat tangan, sampai kita lose those “live moments” dengan anak-anak.
4. CONNECT, before each activity transition
Selalunya anak-anak akan ada hard time transitioning from one activity to another. Kan?
Contohnya bila kita nak suruh anak berhenti main dan pergi mandi. Atau suruh anak switch off TV, dan bersiap untuk tidur. Mesti macam nak berperang. Panggil berulang kali, anak tetap buat derkkk je, last-last anak jiran sebelah yang menyahut.
Sebelum suruh anak buat apa-apa, datang kat anak, tengok matanya, sebut namanya, geletek sikit badan dia, sampai lah you’re confident enough that he has the inner resources to manage himself through a transition, then baru lah suruh dia buat apa-apa yang sepatutnya.
5. One-On-One Time, untuk setiap anak.
Menurut kajian, setiap anak perlukan sesi one-on-one dengan setiap ibu bapa mereka sekurang-kurangnya 15 minit sehari, untuk bina kepercayaan dan hubungan yang kuat.
Semasa sesi tersebut, boleh buat apa yang anak suka. Atau boleh alternate doing what your child wants, and doing what you want.
Ada hari, kita yang beri kebebasan untuk anak pilih apa yang mereka nak buat. Dan ada hari, kita pula yang menentukan aktiviti dan peraturan.
Lebih baik, kalau aktiviti tu ada unsur gelak ketawa dan physical touch.
6. RASA, apa yang anak rasa.
Memang, bukan senang nak consistently engaged dengan emosi anak-anak.
Tapi ingat, sepertimana kita nak orang lain faham apa yang kita rasa, macam tu jugak lah anak nak kita faham dan bimbing apa yang mereka rasa. Emosi dan perasaan menentukan sikap dan tindakan seseorang.
Bagi saya sendiri, setiap kali anak tantrum atau mengamuk, saya akan anggap itu sebagai peluang keemasan untuk saya bantu dia kenali emosi dan get connected with him. Lama-lama nanti anak akan belajar untuk kawal emosi sendiri, lebih mudah bekerjasama, dan lebih percayakan ibu bapa mereka.
7. LISTEN LISTEN LISTEN!
Melihat dunia dari perspektif anak-anak, akan buat anak rasa dihormati dan sentiasa cuba wujudkan win-win situation dalam perhubungan. Anak-anak yang selalu didengari oleh ibu bapa, akan lebih mendengari ibu bapanya.
Bila hari kita moody, keletihan atau stres, of course kita nak anak-anak dengar dan faham keadaan kita juga, kan? Oleh itu ambillah peluang untuk jadi pendengar yang baik.
8. Slow down, and embrace the moments.
Setiap rutin harian kita, sebenarnya adalah peluang untuk connect dengan anak-anak.
Masa makan, masa mandi, dalam kereta, masa tengok TV, masa duduk-duduk, masa masak atau masa kemas rumah.
Jadi gunakan setiap ketika bila anak ada bersama, sebagai peluang untuk get connected dengan dia.
9. Sesi peluk-peluk dan berbual, sebelum tidur.
Bagus juga kalau kita ajak anak masuk tidur dan tutup lampu awal daripada waktu tidur sebenar supaya kita dapat luang masa bersama bercerita dan sebagainya.
Menurut pengalaman saya, ini sahaja masa yang Haikal akan cerita SEGALANYA yang berlaku pada dia sepanjang hari tersebut kepada saya. Apa yang jadi kat sekolah, apa yang kawan-kawan atau cikgu dia cakap atau buat, apa isu yang dia alami masa saya takde dan sebagainya.
Dan setiap kali anak mula bercerita, apa yang kita perlu buat ialah dengar dan selami perasaan mereka.
Dan jangan lupa, malam seterusnya, follow up dengan isu yang diluahkan pada malam semalam.
Jika tip ini diamalkan memang akan nampak kesannya untuk pembentukan tingkah laku anak yang positif dan sama-samalah kita jadi ibu bapa hebat buat anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Disleksia atau dyslexia kerap kali dikatakan sebagai tidak pandai. Anak yang mengalaminya akan dilabel kurang bijak sedangkan ia adalah satu gangguan saraf yang berlaku yang menyebabkan keupayaannya terbatas.
Kanak-kanak dyslexia mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca, mengenal huruf, mengeja, menyebut suku kata, mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata.
Kesedaran mengenai disleksia dalam masyarakat kita masih belum meluas dan ia kerap menimbulkan persepsi negatif kepada si kecil. Ketidakupayaan mereka mencapai satu tahap yang telah ditentukan menyebabkan kanak-kanak dilabel dengan pelbagai tanggapan yang salah.
Apakah sebenarnya disleksi? Ikuti perkongsian Dr Rozanizam Zakaria, doktor psikiatri dan pensyarah perubatan mengenai disleksia.
Nama saya Aina, saya lapan tahun. Dulu saya minat sekolah, saya suka cikgu ajar melukis, buat aktiviti di padang dan belajar mengira. Tapi saya tak pandai membaca. Semua orang boleh baca dengan laju, tapi saya selalu susah nak baca. Kawan-kawan selalu gelakkan saya. Cikgu selalu tegur sebab saya tulis terbalik. Saya rasa saya tulis betul, tapi asyik dapat pangkah.
Saya tak boleh beri tumpuan sebab banyak sangat yang cikgu tulis di papan hitam saya tak dapat ikut. Saya tak sempat salin, jadi saya tak tahu apa kerja sekolah. Ada budak kata saya bodoh, sebab tu saya duduk kelas belakang. Bila kena baca di depan kelas, saya jadi takut. Saya rasa nak muntah, nak pitam atau mungkin rasa nak pengsan. Saya tak tahu apa yang saya rasa.
Saya takut dan tak mahu pergi sekolah. Saya menangis dalam bilik dan tutup pintu. Mula-mula mak pujuk, lepas tu mak marah. Ayah pun paksa tapi saya tak mahu pergi sebab saya takut. Cikgu datang sekolah pujuk, tapi saya takut dan saya malu. Kawan-kawan mesti kata saya budak malas sekolah.
Sebulan lepas tu, mak bawa saya jumpa doktor. Doktor buat ujian IQ, dia minta saya main puzzle, lukis-lukis, tiru bentuk dan jawab soalan. Doktor beritahu mak IQ saya ‘normal’. Doktor suruh saya tulis dan baca. Masa tu baru saya tahu, saya ada DYSLEXIA. Baru saya tahu, saya bukan budak tak pandai….saya cuma ada DYSLEXIA
___________________________________________________ 7 INFO MENGENAI DYSLEXIA
1. Dyslexia bukan bermakna anak tersebut tidak pandai, malas, payah diajar atau lembab. Kanak-kanak dyslexia mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca, mengenal huruf, mengeja, menyebut suku kata, mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata.
2.Ia disebabkan gangguan pada saraf otak yang secara khusus berfungsi dalam penguasaan kemahiran tersebut. Berbeza dengan kanak-kanak yang mengalami intellectual disability, kanak-kanak dyslexia biasanya mempunyai IQ yang normal, bahkan mempunyai kecenderungan dan bakat semulajadi yang istimewa dalam bidang lain seperti seni, kemahiran dan sebagainya.
10% kanak-kanak sekolah mempunyai gejala dyslexia.
3. Bukan semua kanak-kanak dyslexia mempunyai gejala yang sama. Antara gejala awal yang biasa dikesan adalah menulis huruf terbalik, tertukar suku kata, tertinggal huruf, tertinggal perkataan, tidak minat dalam tugasan memerlukan membaca dan menulis, sukar mengenal waktu dan tertukar maksud perkataan.
4. Pengesanan awal penting bagi membolehkan penilaian dibuat dan penyesuaian dibuat terhadap kaedah mengajar dan belajar bagi kanak-kanak ini.
5. Bagi yang mengalami kesukaran mengikuti pembelajaran arus perdana, mereka perlu dirujuk ke kelas khas dysleksia yang termasuk dalam program pendidikan khas integrasi yang disediakan kementerian.
6. Mengajar kanak-kanak dyslexia memerlukan kreativiti.Mereka mudah hilang fokus. Maka pengajaran perlu menggunakan pelbagai pendekatan – seni, aktiviti, warna, bentuk, games, puzzle dan sebagainya.
7. Dyslexia tidak sepatutnya menghalang mereka berjaya seperti kanak-kanak lain. Dengan pengajaran yang bersesuaian, apabila mereka dapat menguasai konsep asas membaca dan menulis, mereka biasanya boleh mengikuti proses pembelajaran seperti kanak-kanak lain.
Dah jadi kebiasaan ibu bapa apabila marah anak mesti akan keluar ayat ugutan dengan harapan anak akan takut. Hakikatnya selepas itu tak buat pun seperti yang dicakapkan. Ini silap besar.
“Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!”
Ini antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia. Nak mengugut anak dengan tujuan untuk mengajar tapi akhirnya anak jadi tak takut dan buat perangai. Kenapa keadaan ini berlaku sedemikian?
Cuba anda bayangkan jika terlalu kerap mengugut anak tapi tak buat pun apa kesannya?
Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.
Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran mereka, buat apa takut, mak ayah bukan akan buat pun. Gertak je lebih!
Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak tak kemas, tapi petang tu mama bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir buat apa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa yang nak.
Penyelesaian dalam hal ini agar anak terus mendengar cakap dan tak perlu nak marah, anda boleh cuba praktikkan cara ini.
Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.
Sumber: Muhammad Zukermi Bin Edi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.