Anak-anak biasanya punya dua masa yang berbeza, iaitu masa gembira dan juga masa buat perangai. Ini yang selalunya harus dihadapi oleh ibu bapa tiap-tiap hari, di mana sahaja berada.
Jika anak kita yang buat perangai, seperti meronta-ronta atau menangis, kita pasti tahu apa yang mereka inginkan, dan ad acara sendiri dalam menyelesaikannya.
Tapi, sekiranya kita melihat anak orang lain yang memangis dan mengamuk, apakah kita boleh memberi nasihat kepada ibu bapa tersebut, dalam cara mengawal anak-anak itu?
Sebenarnya, ia tidak banyak membantu, mengapa? Jom kita teruskan bacaan.
Secara umumnya terdapat dua jenis amukan kanak-kanak yang biasa kita lihat di tempat awam atau pun apabila berkunjung ke majlis-majlis atau rumah rakan dan saudara-mara
1. Amukan kerana tidak mendapat apa yang diingini. Ini adalah ‘tantrum’ yang sering kita alami dan lihat berlaku kepada anak orang lain juga.
2. Amukan kerana anak terlalu terbeban dengan pelbagai stimulasi di persekitaran seperti terlalu ramai orang, terlalu bising, terlalu berwarna-warni ataupun suhu tempat yang tidak sesuai.
Ini dikenali sebagai ‘sensory melthdown’ yang berlaku apabila sensori atau deria anak terlalu terbeban dengan stimulasi berlebihan.
Ads
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana anda melihat anak orang lain mengamuk di depan mata anda.
Apa yang anda lakukan? Adakah anda hanya berlalu seolah-olah tidak nampak? Adakah anda memberi nasihat? Adakah anda membantu? Adakah anda senyum? Atau adakah anda bersyukur itu bukannya anak anda yang mengamuk?
APABILA ANAK ORANG LAIN MENGAMUK
1) Tidak perlulah memberi nasihat kepada ayah atau ibu anak tersebut jika anda tidak tahupun sebab anak itu mengamuk.
Jangan membuat andaian. Jika anak kita sering mengamuk kerana inginkan sesuatu, anak orang lain mungkin mengamuk kerana stimulasi yang berlebihan. Memberi nasihat seperti “Jangan beri muka sangat pada anak tu!” mungkin tidak berkaitan langsung dengan asbab amukan anak tersebut.
Ads
Nasihat seperti “Anak ini mengantuk ni. Tidurkanlah dia.” adalah sama sekali tidak releven kiranya anak tersebut cukup tidurnya tetapi amukannya disebabkan oleh lapar. Andaian anda mungkin tidak betul.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Berilah nasihat hanya apabila diperlukan. Jangan menambahkan tekanan yang sedia ada dengan nasihat berbau kritikan, sindiran atau ‘holier-than-thou’.
Amukan anak bukanlah disebabkan kegagalan ‘parenting’ semata-mata, ia berlaku kerana anak belum atau tidak pendai meluahkan kekecewaan dengan cara yang betul.
Ads
2) Tidak perlulah merenung (stare) anak beranak tersebut sehingga mewujudkan perasaan tidak selesa mereka
Cukuplah sekadar memandang sekali lalu. Jika bertentang mata secara tidak sengaja, senyumlah kepada ayah atau ibu yang sedang berhempas pulas itu dengan senyuman memahami bukannya dengan senyuman sinis atau senyuman lega “Alhamdulillah itu bukan anak saya!”
Tidak perlu juga memandang dengan pandangan “Oh comelnya anak itu mengamuk” kerana Tuhan saja yang tahu comel atau tidak situasi sebegini kepada kedua ayah dan ibu anak tersebut.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Jika ayah atau ibu tersebut memerlukan bantuan bersifat fizikal contohnya kerana air tertumpah, atau barang terlalu banyak untuk dibawa atau perlu bantuan menolak stroller atau perlu bantuan membuka pintu dan sebagainya, hulurkanlah bantuan tersebut.
Atau mungkin ketika di rumah rakan atau saudara-mara ayah atau ibu tersebut memerlukan seseorang untuk tengok-tengokkan anak yang tidak mengamuk sementara menguruskan anak yang mengamuk, anda mungkin boleh membantu.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Sumber: ragamanak.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sensori atau deria ni sebenarnya adalah asas dalam perkembangan kanak-kanak. Jika mereka tidak dapat rangsangan yang cukup, sedikit sebanyak perkembangan mereka akan terganggu.
Kenapa penting sensori untuk anak yang lambat bercakap?
Deria terdiri daripada deria rasa, bau, sentuhan, penglihatan, pendengaran, pergerakan otot dan keseimbangan badan boleh dirangsang melalui eksplorasi dgn persekitaran. Sebab tu penting kenapa biarkan kanak-kanak bermain dan meneroka.
Apa kata harini kita uji tahap sensori anak yang dikongsi oleh Terapis Bahasa & Pertuturan .. Anak kita ada masalah dekat sensori yang mana?
Jika anak anda mempunyai masalah deria seperti di atas, segera dapatkan nasihat daripada pakar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
“Mummy janji kalau abang dengar cakap, nanti mummy beli aiskrim”. Pernah tak anda dalam situasi ini apabila berjanji dengan anak.
Janji adalah perkara yang perlu diambil berat oleh semua orang. Kita tidak boleh cakap janji sahaja sedangkan tak menunaikannya. Begitu juga dalam keadaan di mana kita berjanji dengan anak, mereka juga akan ingat dan pasti menuntut janji tersebut. Selagi tidak dapat, selagi itulah mereka akan tanya berulang kali.
Dalam skop janji ini, kita tidak boleh ambil mudah kerana ia akan terkena pada diri sendiri apabila anak mula tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh ibu bapanya. Adakah kita mahu keadaan ini berlaku?
Janji yang tidak ditepati akan mengelirukan anak-anak dan membentuk karakter anak itu apabila mereka meningkat dewasa nanti. Tak mustahil anak juga tidak akan menepati janji kerana menganggap janji itu hanya sekadar keluar dari mulut sahaja.
Janji Hadiah/Ganjaran
Apabila berjanji nak bagi hadiah pada anak, ibu bapa perlu ambil serius mengenai perkara ini. Contohnya, “kalau kakak dapat markah yang baik dalam peperiksaan nanti ayah beri set pensel warna yang besar.”
Sebagai ibu bapa kita jangan berjanji kosong pada anak. Kita kena tahu janji yang dibuat dengan anak biarlah ikut kemampuan diri. Perlu pegang pada janji kerana anak-anak dah tetapkan dalam fikiran mereka mengenai apa yang diperkatakan.
Elakkan berjanji bagai bulan dan bintang sedangkan keadaan ini akan memakan diri kita sebagai ibu bapa. Anak tak akan mengerti kewangan kita. Jadi untuk mengelakkan masalah lain berlaku ada eloknya berjanji perkara yang boleh ditunaikan.
Janji Hukuman
Janji hukuman antara yang sering diperkatakan oleh ibu bapa setiap kali anak melakukan perkara yang salah. Contohnya “ kalau tak kemas mainan, nanti ayah rotan..” “Jangan bising, nanti ibu letak dalam bilik gelap”..
Sebenarnya cara kita cakap sebegini adalah janji kita pada anak kalau mereka masih lakukan juga perkara sama. Tidak bermaksud untuk menggalakkan anak menerima hukuman tetapi ia adalah untuk mengajar.
Jika ibu bapa rasa tidak sampai hati untuk buat seperti apa yang dikatakan, usah berjanji sedemikian. Kalau tak anak akan jadi besar kepala dan tak hirau dah. Mereka rasa ibu ayah tak kan buat pun. Cuma cakap je lebih. Ini antara mesej yang ada dalam fikiran mereka.
Kesimpulannya, jika kedua-dua janji ini tidak ditepati, anak akan mula ada perasaan tidak percaya pada kedua ibu bapanya dan ini sesuatu yang mungkin akan jadi lebih serius jika tidak diberi perhatian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan sifat kucing yang manja, comel jadi tarikan anak-anak kecil untuk mendekatinya. Bahkan orang dewasa pun akan suka dan ada yang membelanya sebagai peneman di rumah.
Bagaimanapun, kucing yang tak dijaga dengan elok, mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada sesetengah individu yang antibodinya lemah ataupun yang alergik.
Perkongsian dari Puan Anna Yusof baru-baru ini mengenai kes anaknya yang alergik dengan kucing selepas bermain dengan haiwan manja itu perlu dijadikan pengajaran bersama.
Maksud Puan Anna dia bukan nak benci haiwan kesayangan Rasulullah SAW itu tetapi peringatan untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang sensitif supaya lebih berjaga-jaga.
Kali Pertama Kena Demam, Merengek
Pertama kali Muhammad Hanif Iman kena jangkitan kuman kucing ini pada Mac lalu. Masa tu kami ke rumah sepupu suami. Dia main dengan kucing jiran sepupu suami.
Kali pertama kena di bahagian perut
Balik ke rumah dia demam. Keluar biji air macam kena minyak panas. Apabila biji tu pecah terus jadi kudis besar. Masa tu memang dia merengek dan menangis je.
Masa tu memang tak tahu kena jangkitan dari kucing, Bawa ke klinik doktor tanya ada main dengan kucing ke? Ini sebab terkena jangkitan kuman dari kucing.
Biji air pecah merebek di bahagian perut
Kali Kedua Kena Di Bahagian Perut
Sekali lagi Muhammad Hanif Iman kena kuman dari kucing. Sebelum ini pernah kena sekali.
Jangkitan kali kedua dibahagian bahu
Pergi klinik, jumpa doktor. Doktor terus cakap, “Ada main kucing la ni”. Mula-mula timbul macam biji air besar. Then bila biji air itu pecah, terus jadi besar macam ni.
Kucing-kucing yang dia main bukan kucing liar, semuanya kucing yang dibela. Kali ini kucing di rumah Tok Wan dia. Padahal kucing itu sentiasa dimandikan, dijaga, cuma mungkin tak dicucuk vaksin.
Selepas ini, sesiapa yang bela kucing, bawalah kucing ambil suntikan vaksin bagi mengelakkan terkena kuman dari kucing. Selepas ini, memang ibu akan kuarantin Iman dari main kucing sebab kasihan tengok dia merengek kata sakit.
Untuk makluman, selepas anak-anak main kucing, memang saya terus mandikan anak sebab anak kedua dan ayahnya semput serta alergik pada bulu haiwan. Tetapi setiap kali main kucing, memang Iman saja yang akan kena macam ini. Nasib dia tidak berapa nak baik agaknya.
Tak semua orang bermula dengan kejayaan dengan mudah. Bagi Zul Hakim Zulhaimi, cukup berani untuk pilih jalan yang lebih susah dan akhirnya, lebih bermakna.Kalau...