Setiap rezeki, setiap anugerah dalam hidup adalah atas ehsan Allah SWT. Itulah yang penyanyi popular, Datin Alyah pegang dalam setiap langkahnya. Tanpa perancangan, tanpa jangkaan, tetapi penuh dengan doa agar Allah berikan yang terbaik untuknya.
Dalam perkongsian ini, Datin Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 44, menjelaskan bagaimana Zara hadir dalam hidupnya bukan dari rumah kebajikan atau anak yatim, tetapi darah daging sendiri, anak saudara yang kini menjadi sebahagian dari hidup mereka.
Namun, membesarkan anak angkat bukan sekadar memenuhi kehendak hati. Ia adalah amanah besar, tanggungjawab yang perlu disertai dengan restu dan petunjuk daripada Allah.
Baca perkongsian penuh Datin Alyah tentang perjalanan indahnya bersama Zara, termasuk soal ibu susuan dan ikatan kekeluargaan yang terjalin. Semoga dapat memberi manfaat buat mereka yang sedang mempertimbangkan untuk menerima amanah seumpama ini.
“ZARA, ANAK SAUDARA SAYA”
Apa yg ada pada saya semuanya atas ehsan Allah swt Alhamdulillah.Tak Terfikir pon,Merancang jauh skali.Apa yg saya selalu pinta dlm doa yg terbaik dari Allah swt buat saya.sbb saya adalah hamba yg lemah lagi lugu dalam melihat masa depan saya sendiri
Ads
Kami tak ambik Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim.Jadi minta Maaf banyak mana yang Dm atau txt saya tanya kat mana saya dapat Zara dan mcm mana nak ambik anak angkat yang comel-comel
Nasihat saya tentang yg nak ambik anak angkat ni.klu bole Jgn ikut apa orang kata atau apa rasa hati yg kita nak.Sbb yg kita nak jaga ni ialah jiwa Dan nyawa,Besar tanggungjwb ni dan tak mudah.
Jadi sebelum apa apa keputusan nak dibuat mohonlah pada yg maha kuasa juga pengendali sekelian Alam ini.Dan dgn sesungguhnya dia maha mengetahui dan perancang terhebat
Ads
Zara dgn saya bukan orang lain dia adalah anak sedara saya sendiri.
Sepekara lagi kami dah susukan zara.Jadi antara zara dan tokram (nama panggilan untuk Datuk Ramli MS) mempunyai hak seperti bapak dan anak kandung.
Ads
Harap sgt lepas apa yg saya text ni dapatlah memberi jawpan kepada pihak2 yang sering Dm atau txt saya berkenaan hal ibu susu juga ya.
Menjadi seorang ibu tak mudah, perlu jadi multitasking boleh buat macam-macam benda serentak. Untuk menyediakan yang terbaik untuk anak-anak tersayang, kita perlu bijak merancang kerja yang nak dibuat supaya lebih memudahkan.
Penat jadi seorang ibu semuanya terubat bila tengok anak-anak membesar depan mata. Tak kisahlah sama ada surirumah mahupun wanita bekerja, bila kita dapat menyediakan keperluan anak-anak memang rasa seronok sangat.
Menerusi video yang dikongsikan Adira Suhaimi melalui akaun Instagramnya, dia membuat parodi telatah ibu yang dapat menguruskan kerja rumah dengan mudah.
Yang lucunya, apabila dia hanya menggunakan kaki untuk mengutip baju yang tercicir kerana tangan ‘penuh’. Bukan itu saja, dapat juga dilihat dalam video tersebut Adira menahan penyapu dari terjatuh ke lantai dengan mudah menggunakan kaki!
Lucu bila tengok anak-anak yang terus ketakutan apabila dijeling Adira namun yang paling mencuri perhatian adalah apabila dia menggunakan kaki untuk mengambil remote TV sambil menidurkan bayinya.
Kebanyakan yang menonton video tersebut terhibur dan berkongsi pengalaman mereka;
Rasanya memang ramai ibu yang boleh relate dengan apa yang dikongsikan oleh Adira ni. Kutip barang atau ambil remote TV pakai kaki adalah sesuatu yang normal bila keadaan memerlukan. Lucu betul Adira, biarpun video santai tapi dapat juga jadi bahan jenaka yang buat para ibu hilang rasa stres .
Tiada siapa yang bersedia untuk kehilangan, apatah lagi insan yang menjadi separuh jiwa sendiri. Dalam tenang menikmati perjalanan hidup berdua dan menanti kehadiran cahaya mata pertama, personaliti media sosial Farah Fakhira dikejutkan dengan berita yang meruntun jiwa —suaminya, Zaidul Ariff, pergi buat selama-lamanya secara mengejut.
Hari yang bermula dengan senyuman dan rasa syukur, berakhir dengan tangisan yang tak berpenghujung. Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Farah meluahkan kesedihan mendalam apabila suaminya rebah secara tiba-tiba ketika bermain badminton. Saat menerima panggilan telefon dari rakan suami sekitar tengah malam, dunia seolah-olah berhenti berputar.
“Berjalan pukul 3 petang, makan sama-sama, tunggu Maghrib dekat luar sebelum balik. Sebelum dia pergi badminton pukul 10 malam, sempat spend masa dekat rumah borak-borak, sampai dia sempat hantar gambar dah sampai. Pukul 12 dapat call cakap Zaidul pengsan dan dikejarkan ke hospital. Sampai hospital dapat tahu dia dah tak ada…” tulis Farah dalam nada yang penuh sebak.
Sukar untuk percaya, insan yang baru beberapa jam lalu duduk makan bersama kini sudah tiada. Lebih menyayat hati, sebelum pemergian suaminya itu, Farah sempat berkongsi momen indah — melakukan imbasan ultrasound melihat perkembangan bayi yang sedang dikandungnya.
“1:06 harini scan baby, ya Allah baby dah besar, semua bentuk badan dia jelas, tadi doktor scan muka dia. Rasa macam mimpi sangat awak terus tak ada, tinggalkan saya dengan anak. Sampai hospital, dapat tahu dia dah tak ada…” tulisnya lagi, membuat ramai yang membaca menitiskan air mata.
Momen melihat wajah bayi dalam kandungan sepatutnya menjadi detik manis yang diingati sepanjang hidup. Namun buat Farah, kenangan itu kini bercampur dengan duka — menjadi saat terakhir dia melihat senyuman suaminya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai. Ribuan ucapan takziah dan doa membanjiri ruangan komen. Rakan-rakan pempengaruh serta pengikut di media sosial menzahirkan simpati dan harapan agar Farah terus kuat menempuh ujian besar ini.
Antara komen netizen yang menyentuh hati:
Dalam setiap doa dan kata-kata itu, jelas tergambar betapa ramai yang turut merasai kehilangan tersebut. Walaupun hanya mengenali Farah melalui dunia maya, kisah cintanya bersama arwah Zaidul menjadi inspirasi — pasangan muda yang sentiasa positif, saling menyokong dan penuh kasih dalam perkongsian hidup mereka.
Bagi Farah, setiap detik bersama suaminya kini menjadi memori yang tak ternilai. Setiap tawa, gurauan, dan perbualan kecil sebelum tidur kini bertukar menjadi kenangan yang disimpan kemas dalam hati.
Lebih memilukan, Farah kini meneruskan hari-harinya dengan membawa anak dalam kandungan — zuriat yang akan menjadi penghubung kasih antara dirinya dan arwah. Dalam setiap denyutan nadi dan setiap tendangan kecil bayi itu, di situlah kasih Zaidul akan terus hidup.
Ujian kehilangan insan tersayang semasa mengandung bukan mudah. Namun setiap takdir datang dengan rahsia Tuhan yang penuh kasih. Mungkin ini cara Allah menghadiahkan kekuatan baharu untuk Farah membesarkan zuriat mereka dengan cinta yang tidak pernah berkurang.
Walau perit menerima kehilangan, Farah tetap berpegang pada keimanan bahawa setiap jiwa yang pergi hanya berpindah ke alam lain — bukan hilang, tapi menunggu untuk bertemu semula di syurga nanti.
Dalam hantaran terakhirnya, Farah menulis kata-kata yang menggetar jiwa ramai pembaca: “Rasa macam mimpi sangat… awak terus tak ada. Tapi saya tahu, awak masih ada dalam setiap doa dan dalam anak yang saya kandung ini.”
Kata-kata itu menjadi simbol cinta abadi — kasih seorang isteri yang tidak berakhir dengan pemergian suami. Sebaliknya, cinta itu kini hidup dalam setiap hembusan doa dan langkah perjuangan yang dia teruskan demi anak mereka.
Sejak berita ini tular, ramai rakyat Malaysia berkongsi rasa simpati dan menitipkan doa agar arwah ditempatkan di syurga tertinggi serta agar Farah terus diberi kekuatan. Rakan-rakan selebriti dan pengikut laman sosial turut mendoakan agar kandungan dan kesihatan Farah sentiasa terpelihara.
“Allah tak ambil tanpa ganti. Dalam rahimmu ada hadiah paling berharga. Semoga bayi itu jadi penyembuh rindu dan penguat semangat.” – antara komen yang menyentuh hati ramai pembaca.
Dalam hidup ini, kehilangan adalah ujian paling berat — tapi juga tanda kasih Tuhan. Kadang, Allah pisahkan dua hati bukan kerana tak sayang, tapi kerana ingin satukan mereka semula di tempat yang lebih kekal.
Farah kini mungkin berjalan seorang diri, tapi sebenarnya dia tidak pernah sendiri. Dalam setiap langkah, ada cinta suaminya yang masih hidup dalam doa, dalam anak yang bakal lahir, dan dalam setiap ingatan yang tak akan pernah pudar.
Seperti katanya, “Rasa macam mimpi sangat awak terus tak ada…” — tapi di sebalik mimpi itu, ada janji yang kekal abadi, bahawa cinta mereka akan terus hidup… sampai ke syurga.
Kehadiran anak sememangnya memberi seribu kebahagiaan dalam hidup pasangan suami isteri. Apa lagi menanti sekian lama. Kegembiraan berganda inilah yang dilalui Syakirin Husnal dan suaminya kini. Bahagia kala dianugerah si comel permata hati mereka, Vea Khadeja.
Berkahwin pada tahun 2013, si comel Vea Khadeja menjadi pelengkap bahagia Syakirin Husnal bersama suaminya, Muhammad Faris Arriffin. Kata Syakirin, kehadiran Vea menjadi penyeri hidupnya dan suami.
Berkongsi kegembiraan di hari ulang tahun pertama Vea, Syakirin meluahkan rasa syukur yang tak terhingga kala diberikan rezeki untuk bergelar ibu.
Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga meraikan ulangtahun kelahiran anak sendiri. Bertahun-tahun Mommy berusaha & bersabar dengan cabaran untuk mendapatkan zuriat.
Lagi stress bila setiap kali pergi doktor, doktor kata both of us husband and wife okay je sihat je, should be no problem untuk ada baby. Ramai doktor kitorang pergi.
Tapi tulah, normal-normal pon still tak pregnant. Stress gila weyh time tu. Sampai tak tau nak buat apa dah.
Tapi Allah itu lebih mengetahui, kalau lah Mommy pregnant awal, dengan jadual kerja Mommy Daddy macam orang gila punya sibuk time tu, maybe anak Mommy kena duduk sesorang kat rumah bancuh susu sendiri ?
Bila dah dapat Vea, masyaAllah, everything falls into place nicely. Allah dah susun timing baik punya. Cantik je perjalanan. Alhamdulillah.
Kepada uncle aunty yang masih TTC (Trying To Conceive), teruskan usaha dan berdoa dan yakinlah, percaturan Allah itu lebih sempurna.
Bukan itu sahaja malah perkongsian Syakirin menerusi Majalah Pa&Ma edisi September 2019 mempamerkan terujaan dan rasa syukur bergandanya.
“Kami menanti Vea terlalu lama. Lebih empat tahun lamanya kami menunggu. Dah macam-macam cara kami lakukan termasuklah berjumpa doktor pakar sebanyak tiga kali. Saya juga dah lakukan rawatan IUI sebanyak dua kali namun masih tak berhasil.
Akhirnya selepas lama menanti, Allah kurniakan kami Vea dengan penuh kegembiraan. Tahun kelima perkahwinan, iaitu pada Ogos 2018 saya akhirnya bergelar ibu. Perasaannya tak tergambar ketika waktu itu. Tak terluah dengan kata-kata saat melihat wajahnya,” cerita Syakirin penuh ceria.
Kontraksi Ketika Live “Pengalaman paling manis pastinya mengalami kontraksi buat pertama kali. Menariknya ketika alami kontraksi buat pertama kali saya langsung tidak sedar malah ketika itu sedang live Go Shop. Saya terasa sakit tetapi tak tahu ia adalah kontraksi dan saya bertahan kerana sedang rancak bersiaran.
Tapi mujurlah selepas itu sakit kembali hilang. Beberapa hari selepas itu saya sakit lagi tetapi masih sempat keluar makan bersama suami. Balik daripada makan saya alami muntah-muntah yang agak teruk.
Saya rujuk kepada doktor dan doktor beritahu saya itulah kontraksi yang saya alami. Malamnya saya mula alami kebas-kebas pinggang hingga ke kaki. Keesokkan harinya apabila ke hospital, bukaan saya sudahpun 3cm.
Saya alami kesakitan yang agak lama ketika melahirkan Vea, sakit bermula daripada hari Khamis dan kemudiannya Sabtu pagi barulah Vea selamat dilahirkan secara normal.
Menariknya sebelum itu, kerana tidak tahan sakit, saya minta epidural dan peliknya saya demam sebaik menerima rawatan itu. Saya muntah-muntah dan menggigil kesejukkan kerana terlalu lama berada di dalam bilik bersalin.
Paling menarik Vea disambut ayahnya sendiri yang meminta daripada doktor untuk menyambutnya. Dia jugalah yang memberi semangat pada saya ketika di bilik bersalin dan dia jugalah yang menyambut Vea.
Itulah permintaannya pada doktor ketika di bilik bersalin. Saat melihat wajah Vea adalah momen paling indah buat kami berdua. Suami saya tidak putus-putus mengambil gambarnya sepanjang detik itu,” cerita Syakirin lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.