Sesekali buatkan pula menu berasaskan kentang supaya anak masih dibekalkan dengan karbohidrat yang mengenyangkan.
Menu yang satu ini unik kerana bahan utamanya bukanlah tepung tetapi kentang yang diparut halus.
Resipi Hot Dog Tots yang dikongsikan oleh Zuraita Anua ini nampak cukup mudah hendak disediakan. Tak perlukan bahan yang banyak malah cara hendak membuatkan juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama hendak di sediakan. Jom cuba menu kentang parut ini.
Bahan-bahan:
5 batang sosej – potong pendek
900gm kentang -buang kulit
1 sudu makan garam (elakkan untuk anak bawah 2 tahun)
Air secukupnya
1 cawan keju Parmesan
2 sudu makan tepung
1 sudu teh oregano
Minyak untuk menggoreng
Ads
Didihkan air dan rebus kentang sedikit lembut.
Apabila sejuk, parut kentang hingga halus.
Campurkan Parmesan, tepung dan oregano ke dalam ketang parut. Kacau sampai sebati.
Ads
Kepalkan adunan dan letakkan sosej. Balut kemas dan biarkan selama 30 minit.
Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan. Angkat.
Bagi penggemar keju, biskut dengan gabungan keju pastinya biskut yang dicari-cari pada hari raya nanti. Resipi air tangan Azlina Ina ini wajib anda cuba.
Mana tidaknya, cheese Cheddarnya terasa cair di mulut sebaik gigitan pertama. Memang padu. Jadi mama wajib cuba pada anak-anak nanti.
Asalamualaikum, yang gemar cheese, yang teringin buat biskut ada rasa cheese mencair di mulut boleh cuba ya. Jomm cheddar cheese cookies.
Bahan-bahan:
3 ++cawan tepung gandum goreng tanpa minyak bagi ringan
1 cawan tepung jagung ayak dgn 1 sk baking powder+1 sb emplek
250g pure butter dan 1 sb shortening
125 g cream cheese tatura
1 cawan gula halus
2 biji kuning telor
1 sk asen vanilla
1/4 cawan susu tepung/serbuk badam
500g /2 block 250g cheddar parut untuk hiasan
Langkah 1 Tepung jagung, tepung gandum satu kan. Kacau rata.
Langkah 2 Mix kan butter, gula dan shortening sehingga sebati tapi tak perlu kembang.
Masukkan cream cheese, esen vanilla & kuning telur. Putar lagi bagi sampai elok sebati, kemudian masukkan tepung sikit demi sikit sambil tangan gaul-gaul sebati sekejap.
Kemudian dah rasa nak jadi doh uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tepung tambah ikut keperluan kalau doh lembut sangat. Tambah lagi sikit tepung ya.
Rehatkan doh dalam 15-20 minit, pastikan bekas bertutup ya. Kemudian gelek kan doh tebal ikut la korang rasa sesuai. Potong2-potongkan dia memanjang, sapu telur kuning atasnya dan tabur cheddar yang di parut tadi.
Panaskn oven, bakar pd suhu 170-30 minit ikut oven masing-masing. Kalau tak cukup masak tambah masa, biar brown sikit bawah baru rangup.
Sesetengah kawasan dalam Malaysia sekarang ada ketikanya hujan. Kalau sejuk-sejuk ni, alangkah sedapnya kalau makan hidangan yang panas. Dapat hangatkan badan dan sedap bila ‘lalu’ di tekak.
Salah satu menu enak dimakan ketika kita mahukan sesuatu yang ringkas adalah Mi Sizzling. Kalau nak makan di food court, sepinggan harganya boleh tahan juga. Baik kita keluarkan sikit modal dan sediakan sendiri di rumah.
Bahan Kuah: 2 ayam elok paras rupa -potong dan bersihkan. Rm5 cendawan shiitake kering -rendam dengan air mutlak panas kemudian potong ikut selera ampa 20 tangkai cili kering -potong( + – ikut ampa) 10 ulas bawang putih -cincang 2 inci halia -hiris nipis 1 ketul kiub ayam 3 sudu teh serbuk lada hitam (yg dikisar sendiri) 2 senduk kicap pekat 2 senduk sos tiram 1 sudu makan minyak bijan 4 sudu makan tepung jagung yg dilarutkan dalam sedikit air Garam **Tambah ikut ampa
Cara Masak: 1. Tumih bawang putih/halia 2. Masukkan ayam (half cooked) 3. Masukkan air bg tenggelam ayam tue 4. Masuk kicap pekat,sos tiram, minyak bijan,lada hitam, kiub pati ayam, cendawan 5. Garam masuk sikit demi sikit. Selesai.
Tonton video;
**Boleh hidang dah hiasan ikut ampa ja nak letak apa.. **Teloq ayam tue boleh pecah masa buat yee mee tu **La..lupa pulak dah yee mee tue ampa celor dgn **Ayaq panas..tu ja la…ada lebih bagi la kat jiran2 sama..kalau jiran ada anak dara lebih afdal bagi lebih…Cabai kicap jgn lupa…
Kalau buat hidangan ni untuk tetamu yang datang ke rumah pun sedap juga, satu kelainan. Makan ni memang tak cukup sepinggan, pasti nak bertambah. Selamat mencuba semua!
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Roti dan bijirin merupakan sumber karbohidrat yang baik untuk anak-anak. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau resipinya boleh dipelbagaikan untuk memikat selera anak. Selain memberikan rasa kenyang, roti dan bijirin juga membantu tumbesaran si manja.
Sekiranya diberikan peluang sudah tentu anak-anak lebih sukakan rasa roti manis. Pastikan kita bijak memilih roti terbaik buat mereka. Roti mempunyai vitamin B6, vitamin E, magnesium, asid folik dan zink.
Untuk bijirin pula, ia dapat meningkatkan mood anak-anak sekiranya dimakan pada waktu pagi. Ia juga membantu untuk membekalkan tenaga pantas kepada mereka.
Oleh itu, Pa&Ma telah memilih SUSU sebagai salah satu superfood yang diketengahkan di dalam sesi live #pamaselerasimanjagolive yang telah bersiaran bermula 22-26 Februari 2021. Terdapat lima resipi berasaskan roti dan bijirin telah dikongsikan oleh Pn Fadlyani Sharidah Mohd Fadzil sepanjang minggu ini.
Jom tengok 5 resipi menarik berasaskan ROTI & BIJIRIN ini :
ROTI PISANG (Sesuai untuk anak lapan bulan ke atas dan tiada alahan makanan)
BAHAN-BAHAN :
1-2 keping roti
1 biji pisang
1 biji telur
Sedikit mentega tanpa garam
CARA MEMBUAT :
1. Leperkan roti.
2. Letakkan pisang di hujung roti dan gulung kemudian sapu telur untuk sebagi gam untuk melekatkan.
3. Celupkan roti tadi dalam telur yang telah dipukul.
4. Panaskan mentega dan goreng sampai kekuningan.
ROTI GORENG (Sesuai untuk anak lapan bulan ke atas dan tiada alahan makanan)
BAHAN-BAHAN :
1-2 keping roti
1 biji telur
Sedikit emping parsli
Sedikit serbuk ayam toddible
Sedikit serbuk labu toddible
Sedikit serbuk cendawan toddible
Sedikit mentega tanpa garam
CARA MEMBUAT :
1. Potong roti ikut kesukaan anak makan.
2. Pecahkan telur dan campurkan semua serbuk dan emping parsli.
3. Celup roti tadi ke dalam telur.
4. Panaskan mentega dan goreng roti sehingga masak.
ROTI KEJU (Sesuai untuk anak lapan bulan ke atas dan tiada alahan makanan)
BAHAN-BAHAN :
1-2 keping roti
Sedikit keju blok
1 biji telur
Sedikit serbuk ayam dara toddible
Sedikit serbuk labu toddible
Sedikit herba campuran
Sedikit mentega tanpa garam
CARA MEMBUAT :
1. Leperkan roti dan letak keju yang dipotong nipis di hujung roti.
2. Gulungkan roti dan keju tadi. Sapukan sedikit telur pada hujung roti sebagai gam.
3. Celup gulungan roti tadi dalam telur
4. Panaskan mentega dan goreng roti sehingga kekuningan.
BROWN RICE FLAKE MADU (Sesuai untuk anak berumur setahun ke atas. Untuk anak bawah setahun, boleh gantikan madu dengan puri kurma atau mentega kacang untuk bayi)
BAHAN-BAHAN :
1 cawan kecil emping beras perang toddible
2 sudu madu kelulut atau madu asli secukupnya
100gm mentega tanpa garam
CARA MEMBUAT :
1. Cairkan mentega dan masukkan emping beras perang. Kacau rata.
2. Masukkan dua madu sudu dan kacau cepat. Jangan biarkan hangit.
4. Letak campuran tadi dalam acuan yang sesuai.
5. Masak dalam microwave selama tiga minit pada suhu 380 darjah selsius.
BROWN RICE FLAKE SUSU DAN BUAH (Sesuai untuk anak berusia enam bulan ke atas dan tiada alergi kepada sebarang bahan. Boleh tukar buah mengikut kesukaan anak)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!