Cuba Guna Sabun Ni Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Pakaian. Modal RM2.40 Je!

Share

Masalah bintik hitam atau tahi lalat pada pakaian antara perkara yang sering berlaku. Tahi lalat pada baju ini timbul disebabkan kelembapan. Mungkin boleh jadi kerana terkena air kemudian diletak dalam bakul berhari-hari sebelum dibasuh. Contohnya baju anak yang tertumpah air atau susu.

Selain itu, masalah tahi lalat ini juga sering terjadi pada telekung solat. Biasanya dibahagian bawah dagu. Banyak petua yang pernah dikongsikan untuk menghilangkan kesan tahi lalat.

Antaranya menggunakan lemon, cuka, garam dan sebagainya. Cuma untuk yang nak jimatkan masa, boleh cuba guna sabun ini. Modal dalam RM2.40, kesan tahi lalat semakin pudar dan hilang.

Berikut perkongsian Saida Bushri yang boleh ibu-ibu cuba.

Suri-suri hati semua mesti ada masalah ni juga kadang-kadang kan. Saya ada google cara-cara nak hilangkan tahi lalat di pakaian ni.

Antara kaedahnya, guna cuka, guna lemon + garam, dan ada lagi 3 kaedah lain. Tapi saya dah cuba guna kedua-dua kaedah ni tapi tak berjaya.

Saya tak tahu mungkin salah teknik atau apa. Mungkin ada yang dah praktik kan jadi, tapi saya tak jadi.

Lepas tu saya baru teringat kan sabun ajaib, sabun kuning Ganso dari ECO tu. Saya cuba gonyoh menggunakan berus sabut. Alhamdulillah hasil yang memuaskan walaupun tak hilang semua. Dan kain pun tak berubah material, lembut macam guna softener.

Mungkin kena ulang basuhan 2-3 kali kan.. sebab kotoran ni dah lama. Yang penting, saya suka sabun ni sebab serbaguna. Sangat membantu dalam buat kerja harian saya.

Kredit: Saida Bushri

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

IKLAN