Bila anak dah nak mula sekolah. Mama mulalah kembali kepada rutin asal iaitu bangun seawal pagi untuk siapkan bekal anak ke sekolah. Anak peringkat usia pra sekolah, biasalah masih lagi tidak pandai dan kekok untuk cuba beli makanan di kantin.
Buat permulaan mama kenalah sediakan bekal ke sekolah. Nak masak apa? Jom cuba resipi sushi yang disediakan oleh Nurul Hidayah ni. Sedap, senang dan paling penting mudah anak nak bawa ke sekolah.
Orite..cara buat sushi homemade. Simple je sebenarnya buat sushi ni, ikut selera masing-masing ye. Ni saya buat untuk bekal anak saya.
BAHAN-BAHAN:
1. Seeweed -wajib ada ye tak da ni tak jadi lah.
2.Telur Dadar -hiris nipis
3.Lobak/Timun -terpulang nak letak dua ni pun boleh je tapi anak saya tak suka timun jadi letak lobak je la.
Ads
4.Sosej -dibelah 4
5.Tikar Buluh -untuk gulung ye
6. Nasi Pulut -beras sushi ada jual juga tapi nak jimat punya pasal guna beras pulut je. Tambahkan minyak sedikit, tak perlu garam sebab telur dadar dah masin)
Tip penting pastikan pisau tajam ye untuk memotong supaya cantik.
Ads
Cara buat tengok gambar ye.
Ratakan nasi pulut, kemudian letakkan telur dadar nipis dan hirisan sosej.
Ads
Gulungkan dan tarik biar padat. Gulung hingga selesai.
Dah siap…nak potong pastikan pisau betul-betul tajam ya. Baru cantik.
Kredit: Nurul Hidayah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa masam manis buah peach nyata cukup memikat selera seisi keluarga terutama sekali anak-anak. Sesuai dijadikan hidangan minum petang dan dimakan waktu cuaca panas. Resipi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika.
Jadi apa kata kali ini anda mencuba untuk sediakannya dan nikmati keenakan rasa yang cukup menyelerakan.
Seringkali ramai ibu bapa yang tertanya-tanya bilakah waktu sesuai untuk memberikan anak makan makanan yang pedas. Masyarakat kita memang gemar makan makanan yang pedas. Bagaimanapun, apabila ia berkaitan dengan makanan untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar, ibu bapa perlu lebih berwaspada.
Seperti yang kita ketahui bahawa bayi perlu makan makanan pejal setelah berusia enam bulan. Makanan yang diberikan perlulah mengikut kesesuaian, menepati cita rasa dan mengandungi pelbagai jenis nutrien yang berkhasiat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan bayi yang baru lahir untuk diberikan susu badan eksklusif tanpa sumber makanan yang lain. Susu ibu sememangnya berkhasiat dan ia mengandungi nutrien penting yang dapat menyokong tumbesaran anak.
Namun, apabila mereka mencecah usia 6 bulan, nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu tidak mencukupi untuk menyokong tumbesaran mereka pada tahap yang optimum.
Perkara ini menyebabkan anda perlu beri mereka makanan pepejal (pejal) berikutan:
*Selera makan mereka tidak boleh dipenuhi dengan hanya pemberian susu badan atau susu formula.
*Bayi akan mengalami masalah kekurangan zat besi dan elemen zink.
*Sistem penghadaman mereka sudahpun bersedia untuk memproses makanan pepejal.
*Anak anda sudah boleh menerima suapan makanan.
*Perkembangan ini pasti membuatkan anda teruja hendak berikan anak merasai makanan selain susu badan termasuklah makanan pedas.
Pemberian makanan juga sering dilakukan secara berperingkat. Makanan yang mengandungi rempah ratus kebiasaannya diberikan pada fasa lewat. Ia akan disertakan dengan pemberian susu badan sehingga anak mencecah usia 2 tahun.
Secara amnya, terdapat dua jenis rempah ratus. Satu yang ditambah di dalam masakan untuk memberikan kepedasan makanan dan satu lagi ditambah bagi meningkatkan aroma.
Bagi bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas, pemberian makanan seharusnya tertumpu kepada penggunaan rempah ratus beraroma. Ini berikutan makanan pedas melibatkan rangsangan reseptor oleh bahan aktif cili yang dikenali sebagai capsaicin.
Ia boleh melekat pada reseptor sakit yang terletak pada lidah bagi menghasilkan signal untuk dihantar ke otak. Ya, rasa pedas yang anda alami pada lidah sebenarnya adalah rasa sakit.
Oleh sebab itulah kita perlu berhati-hati apabila memberikan makanan berempah kepada bayi yang sedang membesar. Namun, di Asia, lazim bagi ibu bapa untuk memberikan makanan pedas kepada anak mereka semasa awal usia.
Pendedahan awal ini menyebabkan berlakunya proses adaptasi terhadap tahap kepedasan pada peringkat awal. Kelak, keupayaan mereka untuk menahan pedas meningkat.
Jika ditanya adakah boleh bagi makanan pedas kepada anak, jawapannya adalah bergantung. Tambahan pula, terdapat sesetengah bayi yang sudah pun familiar dengan rasa pedas jika anda sering mengambil makanan pedas ketika menyusu badan.
Rasa itu boleh meresap masuk ke dalam susu badan sehingga boleh mempengaruhi cita rasa bayi.
JIKA ANDA INGIN MEMBERIKAN MAKANAN SEPERTI KARI, LADA DAN SEBAGAINYA, TUNGGU MEREKA MENCAPAI SEKURANG-KURANGNYA USIA 1 TAHUN.
Kanak-kanak yang berusia di bawah 1 tahun mudah untuk mendapat tindak balas makanan dan agak sensitif memandangkan mereka hanya biasa dengan makanan asas (bubur dan sebagainya).
Beri tumpuan kepada khasiat makanan untuk perkembangan optimum, bukan makanan pedas sahaja.
Makanan merupakan aspek penting bagi kanak-kanak memandangkan ia mempengaruhi kadar pertumbuhan dan perkembangan mereka. Tumpuan seharusnya diberikan kepada makanan berzat dan mengandungi khasiat mineral yang optimum.
Namun, bukan semua ibu bapa mampu untuk membiayai kos makanan yang dikhususkan untuk bayi memandangkan harganya yang boleh jadi mahal. Maka, dalam situasi tersebut, jika anda ingin memberikan makanan yang kebiasaannya anda masak kepada bayi yang berusia 1 tahun ke atas, pastikan anda memeriksa tahap kepedasannya.
Bukan semua makanan pedas tidak baik untuk kesihatan. Malah, capsaicin yang menyebabkan rasa pedas itu sendiri mempunyai kebaikan anti barah sehingga boleh menghindarkan kanser.
Namun, ia juga boleh merangsang reseptor sakit menyebabkan anak anda tidak selesa dan mungkin meraung kepedasan jika mereka tidak biasa dengan makanan yang diberi.
Jadi, adalah lebih baik jika anda memperkenalkan makanan pedas seperti rempah ratus dan sebagainya secara berperingkat.
Makanan pedas boleh diberikan kepada anak yang masih kecil (1 tahun ke atas), namun anda disarankan untuk mengawal tahap kepedasan secara berperingkat. Jika anda bimbang sekiranya si manja tidak dapat menahan makanan pedas atau mereka menunjukkan sebarang simptom (menangis tidak berhenti, cirit birit dan sebagainya), bawa mereka berjumpa dengan doktor.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pancake pisang sesuai dijadikan hidangan sarapan atau snacking di petang hari untuk si kecil. Hanya dua bahan sahaja cukup untuk buat si kecil kenyang. Mudah untuk dibuat, sedap pula tu! Ibu ayah pun boleh makan sekali dengan anak.
Pisang mempunyai banyak khasiat untuk si kecil. Pisang dapat membekalkan sumber tenaga yang baik untuk bayi. Anak yang sedang membesar memerlukan tenaga yang mencukupi untuk melakukan pelbagai aktiviti dengan tubuh yang aktif. Pisang mengandungi komponen pektin dapat membuatkan si kecil berasa kenyang.
Pisang juga merupakan buah yang membantu melancarkan proses pencernaan. Ianya memgandungi sumber serat optimum. Setiap 120 gram pisang mengandungi lebih kurang 3 gram serat. Keperluan serat bagi anak yang berumur tiha hingga lima tahun ialah 8-10 gram sehari. Dengan dua atau tiga biji pisang sehari sudah memadai untuk anak.
Pisang mengandungi kalium, iaitu mineral yang membantu dalam mengawal tekanan darah serta mengelakkan kerapuhan tulang. Pisang juga mengandungi potassium iaitu elektrolit mineral yang mampu mengalir ke seluruh tubuh dan diperlukan dalam menjaga degupan jantung si manja.
Jom lihat resipi pancake pisang mudah yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Fairuz Hana Mohd Ghazi di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESEPI PANCAKE PISANG
Salam dan hi.
Sy kongsi resepi pancake pisang paling simple. Sy introduced masa dia umur 6 bulan lebih.
Bahan- bahan:
– 1 biji telur
– 1 biji pisang (saiz montel yang besar tu)
Tips: pisang kena betul- betul masak kalau tak, boleh buat sembelit.
Cara- cara:
1. Lenyek pisang dan kacau bersama telur.
2. Masak atas pan seperti pancake api perlahan.
3. Adunan memang cair sikit and nanti nak terbalikkan tricky sikit, sebab tu api perlahan dan lama sikit masak. Jadi elok je. Texture dia akan jadi lembut dan squashy tapi masih boleh untuk baby grab sendiri.
Saya hidang dengan food finger lain. Baby mostly BLW, ada masa saya bagi juga makanan lenyek.
Cuma mentimun sejuk tu untuk dia gigit- gigit gatal gusi (teething phase) kena monitor kalau nak bagi dia timun, biasa dia makan yang tengah- tengah tu je kalau dia dah start gigit yang keras terus ambil.
Mudah sangat resepi yang dikongsikan. ibu bekerja juga boleh menyediakan hidangan ini kerana tidak mengambil masa yang terlalu lama. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI