Pernah tengok WWE? Mesti tahu trademark ‘You Can’t See Me’ kan? Ye betul jawapan anda! Siapa lagi kalau bukan ahli gusti terkenal dunia iaitu John Cena. Dengar kata John Cena dah tukar karier jadi ahli bomba pula. Betul ke?

Oh tak! Sebenarnya John Cena hanya melakonkan watak sebagai ahli bomba dalam filem terbarunya, Playing With Fire!

Filem yang bergenre komedi kekeluargaan ini mengisahkan tentang Jake Carson (John Cena) dan rakan-rakan lain terpaksa menjadi babysitter kepada tiga orang budak selepas menyelamatkan mereka dari kebakaran.

IKLAN

Disebabkan ribut yang kuat dan ‘penjaga’ mereka sukar untuk datang menjemput mereka, Carson dan tiga lagi rakannya iaitu Mark Rogers (Keegan Michael Key), Rodrigo (John Leguizamo) dan Axe (Tyler Mane) terpaksa menempuh hari-hari yang penuh dengan kekalutan bersama kanak-kanak tersebut.

Berita baik buat peminat BTS di luar sana! Rugi tau kalau anda tak tonton filem arahan Andy Fickman ini kerana lagu ‘Fire’ dari BTS menjadi salah satu lagu tema dalam filem ini. Menarik kan?! Bukan itu sahaja, anda juga boleh ‘join’ menari sekali semasa babak lagu BTS tersebut dimainkan.

Ibu bapa yang nak tengok wayang tapi ada anak kecil, jangan risau! Filem Playing With Fire hasil Paramount Pictures dengan kerjasama Nickelodean Movies ini sesuai untuk tonton seisi keluarga dengan babak yang menarik, lucu dan turut terdapat sentimen sedih.

Berjayakah mereka melaksanakan tugas ‘khas’ sebagai babysitter ini? kalau nak tahu jangan lepaskan peluang menonton filem ini yang sudah ditayangkan bermula 9 Januari 2020! Selamat menonton!

Menjadi tanggungjawab seorang ahli bomba untuk menyelamatkan mangsa yang berada dalam kebakaran. Tapi, bersiap sediakah mereka dalam melaksanakan 'tugasan' sebagai baby-sitter kepada tiga orang budak? Nak tengok macam mana kecohnya mereka melayani perangai kanak-kanak tersebut? Jom ramai-ramai saksikan Playing With Fire di pawagam bermula pada 9 Januari 2020 ini! Yang pasti korang tak akan kering gusi lah! Jangan lupa tonton!#keluargamag

Posted by Keluarga on Thursday, 9 January 2020