Dalam bekerja dan menguruskan rumah tangga, tanpa sedar seseorang wanita itu cenderung untuk menghadapi stres. Stres bukan sekadar keletihan badan, tetapi lebih kepada mental dan emosi.
Sebenarnya stres boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang wanita. Kebanyakan wanita yang bekerja dalam profesion yang banyak memerlukan berfikir, selalunya akan berdepan dengan tekanan.
Melalui penulisannya di blog, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi kisahnya bersama pesakit yang tidak datang haid selama tiga bulan, tetapi bukan kerana mengandung. Menurut pesakit tersebut, dia mengalami tekanan kerja serta desakan dari ibu mertuanya yang meminta dia segara hamil.
Menurut Dr Zubaidi lagi, ramai yang tidak menyangka tekanan emosi dan fizikal ketika bekerja dapat mempengaruhi kesuburan seseorang. Keletihan kerana bekerja selama 10-12 jam dan tekanan dari ketua dan perlu menguruskan rumah tangga menyebabkan wanita sangat letih.
Keupayaan tubuh dan minda berbeza antara satu sama lain. Mungkin sesetengah wanita boleh hadapi tekanan dengan baik, tetapi ada yang tidak.
Dalam otak manusia, terdapat satu kelenjar besar yang dinamakan sebagai hypothalamus. Ia berfungsi untuk mengawal emosi, selera makan dan mengeluarkan hormon FSH dan LH yang merangsang pengeluaran ovum dari ovari.
Oleh kerana fungsinya saling berhubungan antara satu sama lain, gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon FSH dan LH lalu mempengaruhi sama ada kitaran haid pada masa ini mengalami ovulasi atau tidak.
Tahap stres yang keterlaluan pada seorang wanita akan menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik dan seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari. keadaan ini dinamakan sebagai stress-induced anovulation.
Jika kitaran haid kali itu tidak mengalami ovulasi, bermakna tiada ovam dikeluarka dan tidak dapat disenyawakan. Ini bermakna kehamilan adalah mustahil. Selain itu stres juga akan mengganggu emosi pasangan, sam ada lelaki atau perempuan.
Emosi yang terganggu akan menyebabkan kurang minat terhadap seks atau mengurangkan keinginan untuk ‘bersama’ yang mungkin mengganggu kebarangkalian untuk hamil.
Bagi lelaki yang mengalami stres pula boleh menyebabkan mereka ‘mati pucuk sementara’ (temporary ercetile dysfunction).
Ads
Stres dibahagikan kepada dua jenis:
1. Stres yang datang secara tiba-tiba (acute stress)
2. Stres yang selalu berlaku (chronic stress)
Untuk stres yang kronik, selalunya tubuh sudah terbiasa dan lali dnegan keadaan itu. Sebagai contoh, wanita bekerja dengan pelanggan dan sudah biasa dengan kesibukan dan menerima stres itu, maka tubuhnya tidak menghadapi masalah untuk ovulasi (mengeluarkan telur dari ovari).
Namun jika stress berlaku secara tiba-tiba seperti berlaku kematian dalam keluarga, gangguan emosi yang serius seperti ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu dan ovari tidak mengeluarkan telur.
Ads
Untuk mengetahui tahap stres yang dialami terlalu berat, lendiran yang keluar hanya sedikit dan beberapa hari sahaja. Berbeza dengan wanita yang bebas stres atau kurang stres, menjelang waktu ovulasi akan mengalami lendiran jernih keluar dari faraj dan banyak. Jika haid lewat beberapa hari tiada masalah kerana hanya akan mengganggu sedikit pengeluaran hormon (dan tidak menyebabkan ketidaksuburan).
Bolehlah buat hubungan seks bersama suami seperti biasa. Tetapi sekiranya kitaran haid terhenti selama beberapa bulan, pemeriksaan lengkap harus dilakukan. Lakukan pemeriksaan dengan doktor dan elakkan membeli produk kesuburan yang kononnya boleh membantu kehamilan.
Ibu yang mengandung boleh makan durian kerana durian banyak manfaatnya untuk kesihatan. Menurut pakar perubatan janin, Dr Patrick Chia, durian boleh dimakan oleh ibu mengandung, tetapi dalam kuantiti terhad sahaja. Ibu mengandung yang didiagnos dengan diabetes perlu elakkan makan durian kerana kandungan gulanya yang cukup tinggi.
Ibu Mengandung Boleh Makan Durian Kecuali Yang Ada Masalah Kesihatan
Walaupun hanya boleh dimakan dengan kuantiti yang sedikit, durian boleh membekalkan khasiat untuk ibu mengandung. Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan ibu dan bayi. Antara khasiat yang terkandung dalam durian ialah vitamin C, vitamin B, serta mineral penting seperti zat besi, magnesium, dan kalsium.
Membongkar mitos durian
Anda boleh makan durian semasa anda mengandung dan sebenarnya ia boleh memberi manfaat kepada anda. Durian mengandungi organo-sulphur dan tryptophan. Sebatian ini mempunyai kesan antioksidan.
Durian juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat, yang memberikan kesan yang positif terhadap kehamilan. Walau bagaimanapun, durian juga mengandungi banyak gula dan karbohidrat. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori.
DURIAN DIKIRA SEBAGAI MAKANAN GLISEMIK TINGGI. ANDA PERLU MENGEHADKAN PENGAMBILAN DURIAN SEMASA MENGANDUNG WALAUPUN SECARA AMNYA IA SELAMAT DIAMBIL OLEH WANITA HAMIL. PUN BEGITU, IBU HAMIL YANG MENDAPAT DIABETES GESTASI TIDAK BOLEH MENGAMBIL DURIAN KERANA KANDUNGAN GULANYA TINGGI.
Bagi negara-negara Asian tertentu, wanita hamil adalah dilarang daripada makan durian. Ini kerana, masyarakat percaya bahawa wanita yang sedang mengandung perlu mengelak daripada makan durian memandangkan pengamal perubatan purba mengatakan bahawa durian boleh memanaskan tubuh ibu dan bayi dalam kandungan.
Hakikatnya, tiada sebarang bukti saintifik yang menyokong kenyataan tersebut. Jika anda mengidam makan durian tetapi khuatir akan kesannya, anda disarankan untuk berjumpa doktor anda dahulu, untuk langkah berjaga-jaga.
Banyak Kebaikan Untuk Tubuh
Manfaat durian kepada kesihatan:
1. Durian tinggi dengan kalori, mineral dan vitamin. Buah ini juga mempunyai isi yang lembut, yang mudah untuk dicerna. Kandungan gula ringkas dalam durian seperti fruktosa dan sukrosa boleh memberikan lebih tenaga, menjadikan anda rasa bertenaga.
2. Durian tidak mengandungi sebarang kolesterol atau lemak tepu.
3. Durian juga adalah sumber serat pemakanan yang baik. Buah ini sama dengan laksatif semula jadi dan mencegah masalah sembelit, yang selalunya dialami oleh ibu hamil.
4. Kandungan serat dalam durian boleh membantu memastikan membran mukus anda selamat kerana ia mengurangkan masa pendedahan kepada toksin. Durian juga membantu mencegah dan menghapuskan sebarang bahan kimia daripada usus, yang boleh menyebabkan kanser.
5. Durian juga penuh dengan vitamin B dan vitamin kompleks seperti niacin, thiamin, dan riboflavin. Kesemua vitamin ini meningkatkan keseluruhan kesihatan anda dan memainkan peranan yang penting dalam menyihatkan fungsi tubuh.
6. Durian adalah sumber baik kuprum, mangan, zat besi, dan magnesium. Kuprum dan zat besi merangsang sel darah merah dalam tubuh anda, yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Mana Ada Diet Nak Elak Plasenta Previa, Ini Perkara Penting Ibu Hamil Kena Tahu
Placenta previa boleh menyebabkan risiko pendarahan semasa hamil dan juga ketika proses kelahiran. Ada beberapa situasi yang menyebabkan ibu-ibu hamil dengan kes placenta previa perlu berwaspada.
Menurut Dr Amirul Amzar, plasenta previa ialah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah rahim dan menghalang laluan untuk bersalin. Beliau juga turut memberikan reaksi kepada penyebaran info yang mengatakan ada diet tertentu yang boleh mengelakkan plasenta previa ini.
BETUL KE ADA DIET UNTUK ELAK PLACENTA PREVIA?
Makin mengarut ajaran doula ekstremis ni. Hari tu kata ada diet untuk elakkan Caesarean. Sekarang ada diet untuk elakkan Placenta Previa pulak!
Saya cari punya cari, tak ada pulak jurnal yang membuktikan informasi ini. Saya tanya pakar perbidanan dan pakar pemakanan pun tak ada jugak makanan untuk elak Placenta Previa. Mana lah doula ni belajar. Lepas tu ajar pada pada orang awam, orang awam pun percaya bulat-bulat.
APA ITU PLACENTA PREVIA?
Placenta previa adalah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah rahim dan menghalang laluan untuk bersalin.
Biasanya ia didiagnos selepas 28 minggu kehamilan kerana sebelum itu, uri yang rendah masih ada potensi naik ke atas.
Placenta previa ni ada beberapa jenis. Ada yang masih boleh bersalin normal, ada yang memang kena Caesarean.
PLACENTA PREVIA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN TERUK
Placenta previa juga mendedahkan ibu pada risiko pendarahan yang teruk. Kalau berdarah, sekejap je darah dalam badan si ibu boleh kering. Sebab itu ia perlu pemantauan rapat oleh pakar.
LAPAN FAKTOR TERJADINYA PLACENTA PREVIA
Antara faktor risiko placenta previa adalah:
1. Sejarah placenta previa pada kandungan sebelumnya.
2. Sejarah pembedahan melibatkan dinding rahim seperti Caesarean atau pembuangan fibroid (myomectomy).
3. Sejarah kandungan ramai, terutama jarak antara kandungan rapat-rapat
4. Merokok.
5. Menggunakan kokain sewaktu mengandung.
6. Sejarah pencucian rahim oleh sebab keguguran (dilation and currettage).
7. Kandungan kembar, kerana uri yang lebih besar.
8. Posisi bayi tidak normal seperti songsang atau melintang.
Tak ada lagi makanan yang menyebabkan placenta previa dan tak ada lagi makanan yang boleh membantu dalam rawatan placenta previa.
Jadi, hati-hati bila dengar informasi kesihatan dari doula ekstremis. Kalau dengar, double confirm kesahihan dengan doktor merawat. Takut bayar beratus-ratus, dapat informasi pulak mengarut-ngarut.
Doula hanya peneman. Doula tak ada kelayakan beri nasihat perubatan.
*Doula bukan bidan
*Doula bukan doktor
*Doula bukan pakar pemakanan
*Doula juga bukan farmasis.
Orang perempuan bila hamil mengidamnya kadang-kadang lain macam. Seperti pelakon dan bekas finalis Dewi Remaja, Mawar Rashid yang berkongsi tentang kehamilan keduanya yang akan dilahirkan tidak lama lagi.
Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Rashid dalam masa kurang dari sebulan dia akan lahirkan bayi keduanya.
Dalam perkongsian terbarunya di Instagram, Mawar meluahkan rasa teruja untuk bersalinkan anak perempuan dalam kandungannya itu.
Jelas Mawar seperti kelahiran sebelumnya, dia akan memanjakan diri sebelum melahirkan kerana dengan berbuat demikian dia akan lebih bersemangat dan happy untuk bertemu bayi yang bakal dilahirkan.
“Serious tak percaya kurang dari sebulan Mawar akan lahirkan baby.. Cepat betul masa berlalu..
“So macam biasa, sebelum Mawar lahirkan baby, Mawar akan pampered myself betul-betul.. because bila Mawar cantik-cantik, Mawar happy, and jadi lebih bersemangat dan happy nak jumpe my baby.. seolah-olah macam nak menyambut my baby birthday gituw. Hehe.. ye lah skali seumur hidup untuk Raden Seriku.. so i really want to appreciate moment yang diberikan peluang dari Allah S.W.T ni
“So yeah! My nails dah buff kilat2 macam air kat kuku gituw, loveee sangat thank you @lifeofnails_my ..And Mawar buat hair treatment jugak.. And harini nak buat maternity massage & mandi bunga(i just love my smell after I mandi bunga!)
Bukan sahaja memanjakan diri, malah menurut Mawar dia juga mengidam memakai barang kemas sejak awal kehamilan lagi.
Mawar juga memohon doa dari semua untuk keselamatan dia dan bayi dalam kandungan dan semoga dipermudahkan semuanya untuk dia dan baby ketika melahirkan nanti.
And kejap lagi nak g gelang Emas to Raden Seri ku.. (mengidam naw kat emas sejak pregnant Raden Seri ni)😆 @radenseriRC
Doakan Mawar & baby selamat.. dan semua dipermudahkan 🤍
Dress dari @hijabista.hub , material best gila. Sejuk pastu ada xip kat depan. Mudah utk ibu2 yg nk menyusu anak.. nak lagi dress camni please @hijabista.hub 😘
Malah dalam perkongsian terbarunya juga, Mawar dilihat ke kedai emas untuk membeli barang kemas emas untuk dirinya dan bayi perempuan yang bakal lahirkan nanti.
“Mengidam nk pakai EMAS..
“Dari sebelum dapat tahu pregnant, even kat rumah, head to toe pakai barang kemas emas..
“Ni beberapa hari sebelum give birth ni, cepat2 lari kedai emas untuk belikan emas untuk my baby girl, and mommy dia.. heheheh.. lebih kepada mommy dia sebenarnya,” tulisnya lagi.
Beruntung baby yang dipanggil Raden Seri ni, belum lahir lagi mummy dah belikan barang kemas untuk dipakai nanti. Semoga semuanya dipermudahkan buat Mawar Rashid dan baby yang bakal lahir nanti.
Mawar Rashid dan suami Raf Yaacob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac 2019.
Raf turut mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Rayyan dan Raysaa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sampai hati sebak anak yatin piatu! Kejadian yang melibatkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun didakwa ditampar dan ditumbuk seorang guru hingga lebam di...