Amalan bertindik dilakukan keatas anak perempuan sebagai perhiasan. Ada diantara ibu bapa yang membawa anak perempuan mereka seawal bayi untuk bertindik. Tidak dinafikan bertindik di telinga menampakan seseorang itu lebih cantik dan bergaya namun jika dilakukan kepada bayi tanpa penjagaan yang betul boleh menyebabkan jangkitan kuman.

“Doktor Terpaksa Bedah Cuping Telinga Anak”. Jika Anak Kecil Anda Bertindik, Ini Saranan Doktor

JIKA ANAK ANDA BERTINDIK, BACA TIPS NI.

“Doktor, bahagian belakang subang anak saya tenggelam dalam cuping telinga dia!”

Besi tertanam dalam cuping. Baca pun ngilu, kan? Terpaksa saya bedah sedikit cuping telinga anaknya itu untuk keluarkan.

Ramai ibu-ibu yang membawa anak mereka untuk melakukan tindikan di cuping telinga sejak anak-anak itu kecil lagi. Jika ia dilakukan di klinik, biasanya doktor akan nasihatkan tentang penjagaan tindikan baru.

IKLAN

Antranya, cucian luka, tanda-tanda jangkitan, dan tidak dibenarkan buka subang dalam jangka masa lama selagi belum melebihi 6 minggu dari hari tindikan. Ibu bapa lazimnya menjaga dengan baik sepanjang 6 minggu itu.

Namun selepas itu, ramai ibu bapa terlupa tentang penjagaan lubang tindikan pada anak masing-masing. Bila kali anda terakhir periksa tindikan anak-anak anda?

Jika anak anda bertindik sejak awal usia(1-4 tahun), kalian harus jaga tindikan mereka dengan baik sehingga mereka tahu mrnjaganya sendiri.

1. Jangkitan pada tindikan agak mudah berlaku pada kanak-kanak. Ini kerana, mereka belum tahu menjaga kebersihan tubuh sendiri. Mereka juga kadang kala tidak pandai mengadu jika ada tanda jangkitan.

IKLAN

2. Kanak-kanak agak lasak, dan berisiko mencederakan cuping telinga kerana subang terkait pada baju, rambut, langsir, pokok atau apa jua di persekitaran mereka.

3. Kecederaan dan jangkitan yang terabai boleh menyebabkan keradangan pada lubang tindikan, dan menyebabkan komplikasi pada cuping telinga seperti:
– bernanah
– terbelah
– bengkak(berubah bentuk)
– subang tertanam dalam cuping

Oleh itu, ibubapa yang mempunyai anak kecil yang bertindik disarankan agar mengamalkan perkara-perkara berikut:

1. Periksa cuping telinga anak anda setiap 2-4 minggu. Pastikan tidak sakit, merah, bengkak, berbau, kulit berubah warna atau bentuk.

IKLAN

2. Semasa periksa, buka subang. Bersihkan cuping telinga dengan sabun. Cuci subang dengan larutan yang sesuai. Keringkan sebelum pakai.

3. Digalakkan gunakan subang dengan material yang tidak menyebabkan alahan. Jika subang logam, emas paling kurang sebabkan alergi.

4. Elak memakai subang lebih sebulan tanpa membuka dan memeriksa. Ajar anak tentang kebersihan.

5. Jika ada tanda-tanda jangkitan atau kecederaan, bawa jumpa doktor dengan segera untuk mendapat rawatan yang bersesuaian.

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Semoga Bermanfaat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI