Memang bukan mudah menjaga pergerakan anak bawah 4 tahun kerana mereka sangat gemar meneroka apa sahaja yang berada di sekeliling mereka.
Selain berisiko terjatuh, terhantuk dan tercedera, ibu ayah kena elakkan bagi anak bawah umur 4 tahun main permainan objek kecil. Mereka sangat gemar memasukkan objek kecil ke dalam lubang hidung sehingga boleh menyebabkan jangkitan kuman dan selesema dalam tempoh masa yang lama sekiranya tidak segera dirawat.
Perkongsian pengalaman daripada Dr Hairin Anisa Tajuddin selaku Pakar Kanak-Kanak yang merawat pelbagai kes melibatkan kanak-kanak memasukkan objek kecil dalam hidung mereka patut dijadikan pengajaran oleh ibu bapa.
Assalam dan selamat pagi semua. Cuba teka apakah benda dlm gambar ini? Dan di manakah saya jumpa benda ni?
Nak tau jawapannya… Jom teruskan membaca kisah2 benar yg saya nak ceritakan di sini.
Kes 1 Kejadian berlaku semasa saya masih bertugas di PPUM. Ada seorang kanak2 Indian lingkungan usia 4 tahun datang dgn masalah hidung yg berhingus terlalu lama…klu tak silap hampir sebulan & nafasnya berbau busuk. Sambil berbual dgn si comel ini…dia bgtau kami *I got horse chasing the mouse* sambil menunjuk2 dlm hidungnya. Bila di periksa dlm hidungnya, seperti ada foreign body dlm kedua hidungnya. Setelah dirujuk kpd ENT…mereka berjaya mengeluarkan miniature permainan yg sangat kecil iaitu : kuda dan tikus… Kami yg dpt tahu hal ini memang tak habis gelak ketawa sbb rasa lucu dgn imaginasi kanak2 yg pelik2 hingga masukkan miniature kuda disebelah hidung dan sedang mengejar tikus disebelah lagi…LOL.
Kes 2 Anak saya Imran ketika berumur 3 tahun tiba2 dia kata sakit dlm hidung & mula bersin2. Kejadian berlaku tahun lepas di mana kami pulang ke rumah drpd bercuti. Waktu malam tu anak2 saya sedang bermain2 diruang tamu. Bila Imran mengadu sakit dlm hidung, abangnya Muhammad mengadu yg adiknya ada masukkan lego “kepala patung lego” warna oren dlm hidungnya. Astaghfirullah…saya bergegas ambil torchlight & mendapati ada lego warna oren dlm hidungnya….Saya suruh dia hembus keluar tapi tak berjaya. Akhirnya saya terpaksa bergegas bawa ke klinik saya (5 min shj drpd rumah), utk melakukan prosedure menarik lega tersebut keluar drpd hidungnya dgn menggunakan forcep dan nasal wash. Akhirnya kepala lego itu keluarlah dgn selamatnya…aduh anak-anak ni…selalu bikin jantung Ummi nak jatuh aje…
Kes 3 Ada satu anak berusia hampir 4 tahun juga datang dgn selesema yg kronik dan bila di periksa hidungnya…didapati ada manik putih dlm hidungnya. Saya dah cuba sedaya upaya utk tarik keluar tp ia agak dalam & tersekat. Akhirnya saya mengalah dan refer kpd ENT utk prosedur lanjut…ia adalah manik drpd tudung ibunya yg terjatuh…Allahuakbar. Macam2 budak2 ni kan?
Kes 4
Baru2 ni parents bawa anaknya demam selesema & seperti biasa, saya akan check hidungnya & saya agak pelik sbb seperyi ada sesuatu yg berwarna spt selaput putih spt bubble yg block hidungnya. Then saya tanya dia ada masukkan apa2 dlm hidungnya…dgn pantas dia angguk & jawab dia masukkan tisu. Saya tak rasa ia adalah tisu sbb structurenya mcm *foam*… Sekali lg terpaksa buat procedure mengeluarkan benda tu dgn nasal wash. Paling best experience sbb pesakit cilik comel ini pandai sangat menghembus hingus dgn kuat hingga terpancut2 ke muka saya…huhuhu. Ibuayahnya pulak dgn penuh semangat menjerit2 suruh dia hembus & hembus lagi. Kami rasa seolah2 dlm labor room pulak menyuruh ibu push2 utk keluarkan baby…hahaha. Lucu betul dgn situasi cemas tapi agak lucu ini. Akhirnya berjaya dikeluarkan dgn menggunakan forcep bila ia telah dekat dgn lubang hidung. Tahu tak kalian barang tersebut adalah sponge yg agak besar lebih kurang duit 20 sen yg baru …Sebab ia sponge yg boleh dipenyekkan maka ia sangat mudah dimasukkan dan tersekat dlm hidung. Jangkitan kuman berlaku & menyebabkan dia demam.
Daripada kes2 semua ini…parents semua perlu ambil iktibar termasuk saya sendiri utk perhatikan anak2 kalian. Elakkan memberikan permainan yg kecil2 utk kanak2 di bawah 4 tahun, dan jika anak2 alami hidung berair busuk dan berhingus, samada baru atau lama (acute or chronic), pastikan bawa jumpa doktor utk check dgn teliti samada terdapat barang2 yg tak sepatutnya dlm hidung anak2. Selain drpd hidung, barangan2 kecil spt mata pensel yg patah dan tisu dll juga boleh dimasukkan ke dlm telinga mereka sendiri. Selalunya jika telinga ada jangkitan…bawalah berjumpa dgn doktor or pakar ENT utk check dgn lebih teliti….
Berenang adalah salah satu aktiviti kegemaran ramai kanak-kanak. Kanak-kanak gemar berendam di dalam air yang sejuk dan bermain dalam kolam renang seharian. Akan tetapi, berenang bukan hanya untuk suka-suka. Dengan latihan yang betul, anak anda akan mendapat pelbagai manfaat termasuk dari segi kesihatan dan kecergasan sehinggalah kesejahteraan mental dan kelangsungan hidup.
1. Keselamatan
Penyebab utama untuk menghantar anak anda belajar berenang adalah untuk keselamatan mereka. Kejadian lemas ialah salah satu punca utama kematian kanak-kanak, terutamanya anak kecil yang berumur 1 hingga 4 tahun. Dengan belajar berenang, anak anda boleh belajar skil menyelamatkan diri penting semasa berada di dalam air ataupun apabila terjatuh ke dalam air. Jadi, amat penting untuk anda mendaftar anak ke kelas renang atau mengajar mereka berenang sejak awal lagi.
2. Hiburan
Kedua, kebanyakan kanak-kanak berkeras supaya anda mengikut mereka berseronok di dalam kolam renang. Jadi, amat penting untuk menyiapkan anak anda supaya selamat semasa percutian anda baik di dalam kolam renang, laut ataupun tasik. Daripada menghalang anak mendekati sebarang tempat yang dekat dengan air (dan pada masa yang sama anda mungkin telah menyekat kehidupan sosial mereka), anda boleh menjadi ibu bapa yang proaktif dan biarkan anak anda belajar berenang dahulu. Apabila anak anda telah mempelajari skil renang yang diperlukan, anda boleh berhenti daripada berasa bimbang jika membiarkan mereka bermain dengan rakan mereka di dalam air.
3. Kesihatan
Akhir sekali, berenang adalah sukan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Jika anda ajar anak anda bagaimana untuk berenang semasa umurnya masih muda, dia tentu akan ingat kemahiran tersebut dan boleh terus mempraktikannya. Senaman di dalam air juga amat baik untuk golongan tua memandangkan ia boleh membantu mengurangkan ketidakupayaan dan menggalakkan fungsi fizikal dan mental. Disebabkan berenang hampir tidak mendatangkan risiko, ia dikira sebagai sukan yang selamat untuk warga tua. Jadi, daripada mengambil risiko terjatuh disebabkan berlari ataupun berbasikal, lebih baik jika anak anda berlatih berenang.
Setiap kanak-kanak perlu belajar untuk berenang seawal mungkin untuk mengembangkan kesihatan mental dan fizikal mereka. Oleh sebab berenang mempunyai banyak peringkat, anak anda boleh berlatih berenang sehingga dewasa dan mendapat manfaat daripadanya. Dengan mengajar anak berenang semasa mereka masih muda, anda boleh memberikan mereka peluang untuk mengembangkan banyak skil dalam hidup mereka.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronoknya mama papa bila dengar perkataan pertama si kecil tersayang. Ada yang siap rekodkan video bila anak sebuat perkataan pertama dan ada juga tulis dalam jurnal untuk dijadikan sebagai kenangan bila mereka besar nanti.
Kemahiran anak untuk bercakap merupakan perkara penting dalam tumbesaran si kecil, jadi untuk mendidik mereka supaya cekap bercakap ada beberapa perkara yang boleh dibuat oleh mama papa sendiri.
Seperti yang disebutkan dalam penulisan Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun) di peringkat ASEAN. Ketahui lebih lanjut dalam artikel di bawah:
8 PETUA MENDIDIK SI KECIL UNTUK CEKAP BERCAKAP
Kemahiran berbahasa atau bercakap merupakan suatu kemahiran yang penting, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak pada peringkat usia pendidikan praformal 0-6 tahun (tahun-tahun sebelum pendidikan formal bemula di sekolah rendah kelak). Kita semua manusia yang hidup dalam dunia sosial sama ada dalam unit keluarga, komuniti atau masyarakat. Kemahiran berbahasa atau bercakap dapat membina jambatan antara si kecil dengan dunia sekeliling seawal usianya.
Untuk memahami betapa pentingnya kemahiran komunikasi lisan ini, anda sebagai papa dan mama hanya perlu membayangkan kepayahan yang dihadapi oleh seorang anak kecil yang tidak boleh bercakap kerana dilahirkan dalam keadaan kurang upaya atau yang lambat bercakap kerana faktor fisiologi, psikologi dan sebagainya. Dalam keadaan seperti, walaupun ia tidaklah bererti dunia sudah pun berakhir, banyak kepayahan yang perlu dihadapi sebelum si kecil dalam memahirkan diri dengan bahasa isyarat misalnya.
Oleh itu, memandangkan betapa pentingnya kemahiran berbahasa atau bercakap dalam hidup kanak-kanak pada peringkat usia sebelum pendidikan praformal bermula, pada bulan ini izinkan saya berkongsi dengan mama, papa dan pendidik prasekolah semua lapan petua yang boleh dicuba supaya si kecil akan cekap bercakap.
Pertama: Cuba gunakan bahasa orang dewasa dalam percakapan seharian
Memang benar, tujuan proses komunikasi lisan ialah untuk memastikan kita memahami maksud yang disampaikan oleh orang lain dan kita dapat pula menyampaikan hasrat, maksud atau menzahirkan perasaan yang kita rasai. Walaupun papa atau mama mahu si kecil memahami anda dengan cepat lagi mudah, itu tidak bermakna anda tidak boleh memasukkan perkataan orang dewasa ke dalam perbendaharaan kata mereka.
Sesekali gunakan perkataan, frasa atau ayat yang anak anda mungkin tidak faham, tetapi yang sering digunakan dalam perbualan orang dewasa. Pastikan anda galakkan si kecil anda untuk meminta penjelasan apabila dia tidak memahami sesuatu dan pastikan anda bersedia memberi penerangan. Penggunaan bahasa bayi (baby talk) memang comel tetapi bila dibiarkan hanya akan menjengkelkan dan mungkin memalukan si kecil anda kelak.
Dua: Berhenti membaca cerita dan minta si kecil anda untuk mula bercerita
Mungkin anda antara mama dan papa yang beruntung kerana dapat membaca cerita dongeng setiap malam kepada anak anda atau bergiliran berbuat demikian. Sudah tentu, ini cara terbaik untuk mengembangkan kemahiran membaca dan berbahasa si kecil. Apa kata selepas ini, anda simpan sahaja buku cerita si kecil dan minta si kecil anda pula untuk merekacipta kisah dongengnya sendiri, dengan bantuan anda pastinya.
Aktifkan skema minda (schema activation) si kecil dengan menunjukkan gambar, permainan atau apa sahaja bahan yang boleh membuatkan dia mula berfikir lantas berimaginasi. Pastikan anda bertanya soalan retorik semasa si kecil bercerita untuk memperkenalkan perkataan dan konsep baharu. Hasilnya kelak, bukan sekadar kemahiran komunikasi lisan si kecil yang akan berkembang maju tetapi juga kemahiran berfikirnya.
Tiga: Banyakkan percakapan bukan sama-sama menatap telefon pintar / tablet
Hari ini kita semua rata-rata seperti tidak boleh hidup tanpa telefon pintar atau tablet, lebih-lebih lagi dalam keadaan seperti Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini. Memang benar, si kecil boleh belajar berbahasa, menyanyi malah berjoget apabila menonton video di atas talian. Namun, kemahiran bahasa si kecil kesayangan anda sebenarnya lebih cepat meningkat apabila anak anda dan anda bercakap lebih banyak.
Maka, mulakanlah perbualan dengan lebih kerap sebelum si kecil comel anda ke peringkat usia remaja dan dia semakin ‘malas’ bersembang dengan anda. Kanak-kanak pada usia pendidikan praformal sentiasa menyerap semua yang mereka dengar. Semakin mereka mendengar anda bercakap, semakin banyak anda boleh mengajar mereka dan berkongsi masa dan luahan rasa dengan penuh bermakna.
Empat: Cuba main alat permainan bahasa yang sudah sedia ada
Kita semua tahu tentang permainan Sahibba atau Scrabble. Maka, jika ada pendapatan lebih silakan dibeli permainan bahasa seperti ini untuk dimainkan bersama-sama si kecil anda yang lebih tua sekitar usia 5-6 tahun. Untuk yang lebih muda, ada banyak permainan kata lain yang boleh anda cuba dengan si kecil comel anda. Hari ini, aplikasi telefon pintar atau tablet boleh dimuat turun untuk pembelajaran bahasa yang lebih bermakna dan percuma.
Cuma pastikan anda menghadkan masa yang digunakan untuk gajet dan aplikasi elektronik lain. Tidak dapat kita nafikan bahawa si kecil zaman ini teramat suka bermain dengan telefon pintar atau tablet. Oleh sebab itu, petua keempat ini memperkenalkan aplikasi belajar bahasa dengan santai sebagai helah untuk menarik tangan dan minda si kecil ke alam pengajaran dan pembelajaran tanpa dia sedari.
Lima: Tampal label-label untuk memberi nama kepada barangan di rumah
Hujung minggu ini, silakan ambil masa untuk mencetak atau menulis dengan cantik-cantik nama-nama barang rumah dan tampal sebanyak mungkin untuk manfaat si kecil kesayangan anda. Melekatkan label di atas item isi rumah anda ialah suatu cara yang hebat untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada perbendaharaan kata baharu, tidak kira usia mereka. Namun usaha ini amat baik untuk si kecil 0-3 tahun yang baru belajar bercakap.
Lebih menarik lagi, tidak kira usia anak anda walaupun dia masih belum boleh bercakap atau masih pelat dalam percakapan, label-label seperti ini dapat membantu si kecil itu mengaitkan perkataan bertulis dengan item atau barang tertentu. Pastikan papa dan mama sama-sama menyemak setiap item dengan si kecil sambil menyebut, kemudian sama-sama mengeja (apabila dia semakin cekap berbahasa).
Enam: Pantau perbendaharaan kata si kecil dan perkembangan bahasanya
Tidak ada alasan lagi, mama dan papa perlu mengambil peranan proaktif supaya si kecil dapat cepat lagi cekap bercakap serta berkomunikasi. Sekiranya papa dan mama mahu kemahiran berbahasa si kecil menjadi lebih elok dalam tempoh masa yang pendek, sila pantau perbendaharaan katanya secara serius, lebih-lebih lagi untuk si kecil 4-6 tahun yang sedang bersedia untuk memulakan pendidikan secara formal di sekolah rendah.
Apabila si kecil kesayangan anda bertanya tentang sesuatu perkataan yang telah didengar olehnya, pastikan anda mengambil peluang itu untuk mengajar definisi dan sebutan yang betul. Lakukan yang terbaik untuk memudahkan pemahaman definisi berkenaan, tetapi berikan butiran dan contoh yang banyak. Sekiranya anda ditanya oleh si kecil, “Papa, apa maksud ‘raksasa’?” Berilah jawapan dan gambaran yang lebih daripada ‘besar.’ Buat perbandingan misalnya gajah amat ‘besar’ jika dibandingkan dengan manusia, tetapi gajah adalah ‘raksasa’ jika dibandingkan dengan semut.
Tujuh: Tidak perlu diperbetulkan semua kesilapan si kecil dalam percakapan
Memang suatu yang semulajadi bagi kanak-kanak untuk tersalah cakap atau salah dalam penggunaan perkataan baharu. Yang paling utama, anda janganlah pula terus-menerus menegur atau terlalu cepat memperbetulkan anak kecil anda apabila dia membuat kesilapan yang tidak terlalu serius.
Sebaliknya, beri pujian dan sokong usaha si kecil anda itu. Tunjukkan perkataan yang dia sebut dengan betul, kemudian semak cara yang lebih tepat untuk menggunakan atau mengucapkan perkataan tersebut. Semakin menyeronokkan dan positif pengalaman yang dirasai, semakin tinggi minat si kecil untuk bercakap dan berkomunikasi!
Lapan: Banyakkan bersabar dalam mendidik si kecil anda untuk cekap bercakap
Mama dan papa mungkin perlu mengulang perkataan dan makna beberapa kali sebelum si kecil memahami konsep itu. Ini perkara normal dalam peringkat usia pendidikan praformal 0-6 tahun. Selanjutnya, jika anak jiran atau anak saudara yang sebaya dengan anak kecil anda sudah boleh bersembang seperti seorang pembaca berita lagaknya, ingatlah bahawa mendidik si kecil bukan suatu peraduan!
Kanak-kanak berkembang maju mengikut acuan dan kadar mereka sendiri. Hormati dan imbangi keperluan mereka supaya pembelajaran tidak menjadi suatu penyeksaan! Walaupun anda mahu si kecil kesayangan anda maju, anda tentu tidak mahu dia merasai perasaan negatif atau tekanan yang tidak wajar, bukan?
Penyelidikan di Universiti Arizona, Amerika Syarikat membuktikan bahawa pendedahan kepada buku, pendedahan kepada bahasa, penjelasan tentang dunia sekeiling – semua ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk cekap bercakap kelak. Apabila papa dan mama melihat si kecil manja lagi comel anda bertambah cekap berbahasa kelak, anda pasti akan lega dan puas hati dengan segala-gala usaha yang dilakukan selama ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakah kita berlaku adil pada anak sulung? Ini antara yang ibu bapa terlepas pandang. Sedarkah kita anak sulung sering kita aniayai secara sedar atau pun tidak?
Anak sulung adalah anak yang lahir dari semangat cinta dan kasih yang mendalam. Semangat seorang ibu yang mendapat anak sulungnya tentu sangat berbeza.
Perasaan dan sifat keibuan yang ada padanya dicurah sebanyak dan sedapat mungkin pada si anak sulung. Anak sulung diberikan apa saja yang baik-baik, ditatang bagaikan minyak yang penuh..tapi sebelum datangnya anak yang kedua.
Apabila mengandungkan anak yang kedua, perhatian si ibu kepada anak sulung sedikit kurang. Anak yang sulung menyedarinya seawal kandungan si ibu 4 bulan lagi. Apatah lagi jika si ibu tadi bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan keperluan rumahtangga selepas waktu bekerja.
Dalam konteks ibu bekerja, mengandung dan memberikan perhatian kepada si sulung, tentunya akan ada perkara yang akan terlepas pandang. Ada keperluan dan rutinnya yang akan berubah …dan si sulung akan menyedarinya dan menguatkan diri sebagai satu pengalaman baru menjadi yang sulung.
Matang Dengan Sendiri
Apabila si adik muncul di sisi, walau apa cara sekalipun si sulung perlu menyesuaikan diri pada yang mungkin dianggap pesaing, atau teman atau apa-apa lagi dengan naluri diri menyayangi si adik ini. Cuba anda membayangkan keadaan si sulung.
Percayalah, ada yang dapat menyesuaikan diri menyayangi adik tetapi ada juga yang sering merenggek, cuba memberitahu perasaan diri tentulah kepada si ibu yang selalunya tak mengerti.
Waktu terus berlaku, diri si sulung semakin membesar, tugas si ibu semakin bertambah. Jangan nafikan…mesti pada masa ini, tangan si sulung sangat bernilai. Si sulung mula mengambil alih sedikit tugas-tugas membantu, juga pada masa yang sama si ibu yang kepenatan mula bertukar laku. Nak garang masa inilah kan.
Di minta diambilkan cawan dan si sulung pun terpinga-pinga, banyak betul kosa kata ibu ni yang aku tak tahu rupanya. Hah! singa, naga, harimau tetapi selalunya tarzan mula hidup bersama-sama, mula memainkan peranan. Kesian si sulung…selalunya tidak faham kehendak si ibu. Bahasa sayang mula bertukar menjadi ayat-ayat suruhan yang banyak.
Si sulung mesti tahu…kau yang sulung mesti tahu! Sedarkah kita akan kosa kata anak sulung kita pada masa ini… Betulkah mereka faham akan apa yang kita sampaikan, yang selalunya kesalahan mereka membuahkan kemarahan kita. Harapan si ibu terlalu tinggi. Pukul….siapa tidak pernah memukul anak sulung mereka. Suruh…Marah…Pukul….rutin baru dalam hidup si sulung itu.
Apa jadi kepada anak kedua???????? Play save mak! I always do….
Anak kedua di mata kebanyakan ibu adalah anak yang selalu lebih baik dari yang sulung. Lebih mendengar kata, lebih alert, lebih faham, lebih segala-galanya. Kalau disuruh anak yang sulung mandi, anak kedua akan buat dulu. Di suruh membuat kerja rumah…anak kedua akan berkata dia dah siap pun. Si sulung..tahan untuk dimarah bahkan tahan juga untuk dipukul. Itu bahasa biasa ibu kepada saya, yang sulung.
Anak kedua lebih memerhati lebih melihat penderitaan yang sulung apabila dimarah dan dipukul. Tentu pendekatannya adalah untuk menyelamatkan diri agar tidak kena seperti yang sulung. Berikanlah harapan baru kepada si sulung. Fahamilah mereka. Ceriakanlah hidup mereka.
Kaulah cinta ibu dan ayah, yang sulung…
Sumber: Ibu Bapa Mithali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat julung-julung kalinya, Pa&Ma membawakan Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 yang telah berlangsung pada 24 & 25 Ogos lalu di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur yang diinspirasikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).