Elaklah Guna Kuasa “Ketam Batu’ & ‘Jeritan Petir’. Tak Bagus Pada Psikologi Anak

Share

Ada ibu bapa yang berpendapat “skil ini semua tak jalan” yang ‘jalan’ hanyalah “ketam batu dan jeritan petir halilintar” barulah anak ‘behave’.

Ayah ibu sekalian, anak-anak kita akan membesar, masuk tadika, masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah, menyertai aktiviti sekolah, bersosial di luar, masuk kolej, masuk asrama, masuk universiti, melangkah ke alam pekerjaan, jadi anggota masyarakat, menjadi suami, menjadi isteri, menjadi ayah, menjadi ibu, dan menjadi datuk nenek satu hari nanti.

Anak kita tidak akan kecil selama-lamanya. Tidak akan berada di bawah ketiak kita sampai bila-bila. Kita tidak akan selalu dan selamanya berada di samping anak kita untuk beri penangan ‘ketam batu’ atau ‘jeritan petir halilintar’ apabila anak tidak ‘behave’ walaupun sekarang ia berguna dan berkesan untuk mengekalkan kewarasan kita di rumah.

Itu tidaklah dapat dinafikan. Skil yang disebut bukan sekadar untuk memudahkan kerja kita SEKARANG di rumah tetapi juga diharapkan agar sebati dan menjadi darah, daging, jiwa dan mentaliti anak yang akan dibawa sampai bila-bila.

Agar dia terus ‘behave’ sebagai pelajar, sebagai pekerja, sebagai anggota masyarakat, sebagai ibubapa dan sebagai datuk nenek. Insya Allah.

Saya banyak menggunakan perkataan ‘BELUM’ pada poster-poster tersebut kerana ia masih berkembang dalam diri kanak-kanak. Tetapi sekiranya kita mengambil ringan dan mengabaikan penerapan skil tersebut, sampai bila-bilalah ia TIDAK AKAN terbina waima dalam diri orang dewasa dan tua sekalipun.

Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN