“Genap Empat Tahun Memen Tinggalkan Mama”. Memen Tinggalkan Mamanya Linda Rafar Kerana Kanser Burkitt Lymphoma

Share

“Genap empat tahun memen tinggalkan mama”. Anak kedua Linda Rafar Memen tinggalkan mamanya kerana kanser Burkitt Lymphoma.

Berikut ialah perkongsian Linda Rafar di posting Instagramnya sempena empat tahun anak syurganya pergi mengadap Ilahi.

Pada tarikh 5 Julai 2014 perginya anak kedua pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin ke rahmatullah setelah bergelut dengan kanser Burkitt Lymphoma. Sebagai ibu, Linda sangat kental dan kuat menghadapi kenyataan anak kesayangannya ini sudah tiada lagi.

Rezaimen atau nama manjanya Memen anak paling aktif, paling ceria dan paling sihat antara semua anak-anaknya. Tak pernah sakit malah tak pernah masuk hospital. Arwah cergas berbola sepak, bahkan kuat bersukan.

Tiada kelainan yang dilihat pada anaknya itu sehingga Memen beberapa kali mengadu sakit perut beberapa kali, sehingga satu tahap Memen kelihatan tidak boleh lagi bertahan dengan kesakitan itu. Di hospital, prosedur endnoskopi dilakukan anus dan mulut tidak menemui puncanya. Hingga Linda bertindak membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut atas nasihat doktor. Sakit perut yang disangka angkara angin oleh beberapa doktor sebelum ini akhirnya membongkar tentang ketumbuhan seberat satu kilogram di dalam perut anaknya hasil daripada MRI.

Setelah Memen dimasukkan ke sebuah hospital universiti, satu pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan itu. Pembedahan yang memakan masa sembilan jam itu mendapati ada gelembung yang masih aktif dan berpotensi untuk membesar dan menjadi ketumbuhan baru. Dan satu lagi yang merubah kehidupan Memen apabila doktor mengkhabarkan yang usus Memen terpaksa diletakkan di luar dan najis perlu dikeluarkan menerusi menerusi beg stoma sehingga usus besar sudah sembuh dan boleh disambung semula dalam jangka masa setahun.

Menerima kenyataan ini dan ingin berhadapan dengan Memen dan menceritakan segalanya memerlukan kekuatan jiwa. Ternyata ibu ini amat tabah, walau pun air mata sentiasa bergenang, tidak pernah Linda biarkan dirinya kelihatan sedih di hadapan Memen. Dia tahu dia adalah tunjang kekuatan untuk Memen dan tidak boleh menunjukkan kesedihan, dia perlu berikan semangat untuk Memen.

Linda tidak putus harapan dan terus berusaha untuk Memen. Dia tidak yakin anaknya itu boleh melalui proses kemoterapi yang sangat pedih jadi dia memilih untuk melakukan pelbagai rawatan dilakukan seperti berjumpa ustaz, perubatan Cina, herba, air rebusan akar kayu sehingga bertemu dengan seorang profesor pakar kanser yang memberikan harapan dengan sejenis pil khas berharga RM27,000.  Bersama dengan bekas suami, Linda mengambil keputusan membeli pil yang sangat mahal harganya itu untuk Memen.

Sehabis ubat itu selepas 44 hari , Memen sakit kembali dan Linda merayu rawatan kemoterapi untuk Memen. Rentetan rawatan kemoterapi kali pertama ini menyebabkan kompilkasi buah pinggang kepada Memen hinggalah ke hari pemergiannya pada 7 Ramadan tanggal 5 Julai 2014 yang merubah kehidupan Linda yang semakin tabah menghadapi kehilangan anaknya itu.

Ingin tahu bagaimana Linda melalui kehilangan yang amat hebat ini? Ikuti temu ramah Pa&Ma bersama Linda Rafar dalam rancangan Pa&Ma bertajuk “Wira Kecil Berjiwa Besar” pada Selasa, 17 Julai 2018 jam 12 tengah hari.

Sumber: @lindarafar

IKLAN