Ramai yang geram melihat keletah anak kembar yang membesar sama-sama. Malah tak kurang juga yang teringin untuk memilikinya. Mungkin bagi pasangan yang ada baka kembar, kemungkinan untuk mendapat anak kembar itu tinggi.
Tertukar Buku Rekod Kesihatan Kakak-Adik, Nurse Terpaksa Timbang Semula
Bagaimanapun, ada juga suami isteri yang tak ada baka kembar tetapi rezekinya memperoleh anak kembar. Semua itu rezeki Allah. Cuma dalam membesarkan anak kembar, awalnya mungkin agak sukar sikit untuk membiasakan diri kerana biasanya seorang menangis, seorang lagi akan ikut sama. Ataupun seorang tidur, seorang jaga.
Apa sekalipun, apabila dah terbiasa dan tahu rutin si kembar, ibu atau ayah dah tiada masalah. Malah lagi gembira kerana dapat melihat anak membesar serentak.
Seperti perkongsian ibu yang mempunyai dua anak kembar perempuan comel di TikToknya yang menggunakan akaun Twins Mikayla, wanita ini mengakui sewaktu anak kembarnya masih bayi, memang pernah beberapa kali tertukar antara kakak dan adik.
Ini kerana mereka adalah kembar seiras. Walaupun orang kata anak sendiri, kekeliruan itu tetap ada pada awal-awal kelahiran.
Ads
Disebabkan wajah, mata, senyuman, jenis rambut dan warna kulit sama memang jika nak cepat tu pernahlah tertukar sesama mereka.
Tertukar Buku Rekod Kesihatan Kakak-Adik
Pengalaman tak akan dilupakan pernah tertukar buku rekod kesihatan sebab dah keliru mana satu kakak-adik.
Bukan itu saja, ketika buat pemeriksaan kesihatan bulanan, jururawat terpaksa timbang semula berat si kembar sebab dah tak tahu mana satu kakak dan adik.
Kebetulan juga kuasa Allah, selepas balik dari buat pemeriksaan tersebut, baru perasan ada tanda lahir warna merah di ibu jari kaki kakak.
Dari situlah pasangan suami isteri ini senang nak membezakan anak kembar. Cuma selepas setahun tanda lahir yang ada di ibu jari kakak makin pudar dan terus hilang. Seolah Allah nak membantu mempermudahkan urusan jaga anak kembar.
Ads
Tapi ibu ini sangat berterima pada Allah kerana dengan tanda lahir itulah, sampai sekarang dah boleh beza muka anak kembar perempuannya yang dah pun berusia 2 tahun.
Kredit: TikTok TwinsMikayla ; IG TwinsMikayla
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak disahkan disleksia tetapi apa yang dilakukan Datin Sri Shahida ini wajar dicontohi. Tidak putus asa walau pun pada mulanya anak sukar untuk menguasai pelbagai kemahiran seperti menulis terbalik dan sukar memberikan tumpuan dalam tempoh yang lama.
Datin Sri Shahida menerusi posting Instagramnya mendedahkan yang anak keduanya, Qadejah El-Zahra, 8 tahun disleksia. Berikut ialah perkongsian beliau;
INI SIMPTOM DISLEKSIA YANG DITUNJUKKAN
Qadejah anak disleksia…Mewarisi genetik dari @aliffsyukriterlajaklaris …..Dia lambat membaca bila saya hantar ke sekolah biasa….Suka pakai kasut terbalik…Suka menulis huruf terbalik ,tak boleh fokus sesuatu benda dalam masa yang lama, imaginasi tinggi dan di luar kotak…Dan bila menulis akan nampak seperti reflek cermin… Contoh mama akan jadi amam…..Mengaji pun lambat faham berbanding Ammar dan Baem….
DIHANTAR KE PUSAT DISLEKSIA
Atas nasihat guru Qadejah saya hantar ke Pusat Disleksia selama 3 bulan….Dia tak suka, hari-hari merungut….Alhamdulillah sekarang banyak perkembangannya, menulis masih terbalik tapi banyak dah ok…
SUDAH BOLEH MEMBACA
Boleh membaca…sebab cara ajarannya tak boleh macam kanak-kanak biasa…Jadi parents kalau ada anak yang lambat atau simptom macam ni saya sarankan buat test……Jangan ingat anak kita tak pandai..
SUKA MELUKIS
Tapi apa yang saya nampak anak disleksia ni suka melukis……Bijak dan berpandangan jauh…Berfikir di luar kotak yang orang lain tak fikir…Sifat dia juga pelik2…..Buat benda yang tak dijangka…..
Posting ibu kepada empat anak dan ibu angkat kepada dua anak angkat ini menerima pelbagai reaksi netizen. Apa yang dikatakan Datin Sri Shahida mengenai disleksia diakui oleh ibu bapa anak disleksia yang lain.
Malah ada di kalangan netizen yang bertanyakan info mengenai simptom dan apa yang perlu dilakukan selepas anak menunjukkan simptom-simptom disleksia. Ia membuka mata kebanyakan ibu bapa mengenai disleksia dan saling berkongsi info mengenainya.
Berikan perhatian kepada batuk anak berpanjangan tak sembuh-sembuh, dada berombak dan mencungap. Bimbang ia batuk serius dan kronik. Periksa 8 tanda ini!
Bila anak batuk, ibu bapa tentu susah hati. Apatah lagi jika batuk yang berpanjangan. Menurut Dr Mohamad Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik SALAM Shah Alam Specialist Hospital mengenai keadaan ini.
Batuk ialah keadaan yang berlaku apabila terdapat masalah atau gangguan pernafasan. Demam selesema adalah antara punca utama batuk berlaku di kalangan kanak-kanak. Batuk juga boleh disebabkan oleh punca lain seperti jangkitan pada bahagian pernafasan atas atau kerongkong, alahan, asma, batuk kokol, jangkitan sinus dan batuk kering.
Namun, batuk yang tidak kronik akan sembuh. Anda perlu tahu bahawa batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir daripada saluran pernafasan. Ia dapat menghindarkan jangkitan kuman kepada tekak dan paru-paru.
Pada masa yang sama, batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan. Adalah normal jika anak anda mengalami batuk sebanyak enam hingga tujuh kali setahun.
Apabila anak anda batuk, apa yang akan disoal doktor ialah sejarah keluarga kepada penyakit asma, pertusis dan sebagainya. Doktor juga akan bertanya mengenai persekitaran yang didedahkan kepada si manja setiap hari seperti taska, pusat penjagaan harian atau kediaman pengasuh.
CIRI BATUK SERIUS
Terdapat beberapa situasi ibu bapa perlu segera membawa anak menerima rawatan iaitu jika mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah, demam, batuk dan selesema.
Batuk yang menyebabkan anak sering tercungap-cungap.
Nafas anak yang bergelora dan dadanya berombak.
Mengalami kesukaran untuk bernafas.
Susah untuk mendapatkan tidur yang lena kerana kerap batuk/
Nafas berdehit/ berbunyi
Batuk dan demam/ selesema teruk yang tidak sembuh selepas lima hari.
Batuk dan demam/ selesema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami kesukaran bernafas.
Batuk,selesema disertai demam berpanjangan melebihi 38° Celsius bagi berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39° Celsius bagi bayi berumur bawah setahun.
BEZA JENIS BATUK
1.ASMA
Batuk yang dialami disebabkan oleh serangan asma selalunya berlaku semasa demam. Batuk kerana asma akan berlarutan dan seringkali berulang. Pesakit akan mengalami batuk apabila terdedah kepada suhu sejuk, pada waktu malam, emosi menangis dan ketika melakukan aktiviti lasak.
2.JANGKITAN KUMAN
Sekiranya anak yang batuk mengalami nafas berdehit atau berbunyi, batuk tersebut berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan kuman pada organ pernafasan bawah (lower respiratory infection) seperti pneumonia, bronkitis dan broncholitis.
3. PERTUSIS
Pertusis atau whooping cough juga dikenali dengan nama batuk kokol. Ia dinamakan sempena bunyi batuk yang kuat “kong, kong, kong”. Batuk kerana pertusis ini tidak mengeluarkan kahak dan ia kering sehingga menyakitkan tekak.
Ujian darah akan dilakukan ke atas si manja untuk menentukan infeksi yang kronik. Jika ibu bapa menghadapi kemusykilan dan buntu anak mengalami batukterlalu lama dan tidak kunjung reda, bawa mereka mendapatkan pemeriksaan pakar pediatrik dengan segera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada peringkat awal umur anak-anak, mereka menunjukkan tingkah laku tanpa memahami perasaan sebenar yang dialami. Anak pada usia lima atau enam tahun boleh bertindak agresif. Ia berlaku disebabkan mereka tidak memahami dan tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perasaan. Semakin membesar anak-anak bermakna mereka akan memahami lebih banyak bentuk perasaan seperti cemburu, bosan dan sebagainya. Mereka bukan sahaja dapat memahami perasaan diri sendiri tetapi juga perasaan orang lain.
Ibu bapa berperanan untuk membantu anak-anak memahami dan menyatakan perasaan dengan baik.
Anak-anak yang faham dan dapat meluahkan perasaan dengan baik akan membentuk tingkah laku positif. Mereka juga dapat mengawal dan menangani perasaan kecewa atau marah dengan lebih berkesan. Ikuti tiga tindakan yang harus ibu bapa lakukan untuk membantu anak mengawal tingkah lakunya.
1.Memahami perasaan
Anak-anak dapat dibantu untuk memahami perasaan diri sendiri melalui interaksi positif yang ditunjukkan oleh ibu bapa.
Cara ini akan menggalakkan anak-anak mengenalpasti perasaan yang dialami. Apabila anak menunjukkan tingkahlaku bermasalah, ibu bapa boleh bertanyakan kepada mereka apa sebenarnya perasaan yang dirasakan ketika itu.
Juga bertanyakan kesan tingkahlaku tersebut ke atas orang lain dan juga terhadap dirinya sendiri.
Teknik ini membantu anak-anak untuk memahami perasaan dirinya sendiri dan perasaan orang lain dalam persekitarannya.
Mengawal perasaan
Kadangkala anak-anak menunjukkan tingkah laku yang bermasalah kesan daripada perasaan negatif yang dialami seperti kecewa dan marah. Ibu bapa akan menyalahkan anak atas tingkahlaku yang ditunjukkan akan menyebabkan anak keliru dan memberontak.
Ini kerana anak-anak belum cukup bijak untuk memahami dan mengawal perasaan diri sendiri.
Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah cuba memahami apa perasaan kanak-kanak sehingga bertingkahlaku bermasalah.
Melalui komunikasi secara terbuka dan berkesan, anak-anak dapat dibantu memahami perasaan dan mengawal perasaan dengan baik.
Arahan positif bertentangan negatif
Terdapat beberapa bentuk arahan yang selalu digunakan oleh ibu bapa apabila berkomunikasi dengan anak-anak. Arahan-arahan ini ada berbentuk positif dan ada juga berbentuk negatif.
Arahan berbentuk positif akan memberi kesan yang positif kepada anak-anak, manakala arahan berbentuk negatif akan memberi kesan yang sebaliknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan sekadar pelakon, tetapi seorang ibu tunggal yang selama ini berjuang dalam diam.
Ketabahan dan dedikasi Rita Rudaini Mokhtar, 49, akhirnya mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau, semalam.