Kenapa Anda tak boleh hidup tanpa Huawei MatePad Pro? Kerana Reka bentuknya yang cukup canggih dan berkelas tentu sekali menjadi idaman setiap yang memandang. Bukan hanya reka bentuk yang menjadi tarikan, malah jika anda merasai sendiri pengalaman memegang dan menggunakan Huawei MatePad Pro pastinya anda tidak melepaskan peluang untuk memilikinya.

Hidup Tak Tenang Tanpa Huawei MatePad Pro! Ciri Istimewanya Sesuai Untuk Ibu Bapa Urban

Bukan hanya tablet biasa, Huawei MatePad Pro tampil dengan pelbagai fungsi, ciri khas dan canggih yang menarik serta memberikan pengguna pengalaman sebenar menggunakan tablet.

Huawei MatePad Pro didatangkan dengan skrin 10.8 inci dengan paparan IPS 2,560 x 1,600 selain kamera dengan 8MP (kamera hadapan) dan 13MP (kamera belakang) yang kedua-duanya dilengkapi dengan auto fokus. Ia turut dilancarkan bersama dengan pelbagai aksesori, termasuk HUAWEI M-Pencil dan Smart Magnetic Keyboard yang disokong secara asli. Bersama dengan aplikasi pejabat mudah alih, tablet boleh menjadi alternatif yang baik untuk komputer riba.

Kecanggihan kamera hadapan dan belakang dengan fungsi auto fokus memang sesuai untuk ibu bapa yang bekerja dari rumah dan terpaksa mengadakan mesyuarat dalam talian ataupun panggilan video. Selain itu, video rakaman panggilan lebih jelas dan cantik memang sesuai terutama bagi keluarga yang terpisah jauh dan tetap dapat berhubung walau dimana jua mereka berada.

IKLAN

Hidup Tak Tenang Tanpa Huawei MatePad Pro! Ciri Istimewanya Sesuai Untuk Ibu Bapa Urban

Bagi yang mementingkan ketahanan jangka hayat tablet, HUAWEI MatePad Pro mempunyai Kirin 990 yang menjadi teras utama untuk mengendalikan aplikasi mudah alih atau hiburan. Chipset utama yang hebat disokong oleh RAM sehingga 8GB dan bateri 7250mAh yang besar menjadikan  jangka hayat bateri mampu bertahan sepanjang hari.

IKLAN

MatePad Pro ini juga dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi dan juga Bluetooth (Bluetooth 5.1, compatible with Bluetooth 4.2, Bluetooth 4.0, and Bluetooth 2.1+EDR) yang memudahkan urusan pemindahan data ataupun dokumen dilakukan.

Menjadikan alam semula jadi sebagai sumber inspirasi, MatePad Pro didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Forest Green, Orange, Pearl White and Midnight Grey. HUAWEI MatePad Pro hadir sama ada dari vegan leather atau fibreglass finish. Dengan tekstur yang menyerupai kulit asli, kemasan vegan leather finish untuk pilihan warna Forest Green dan Orange memancarkan daya tarikan yang unik fibreglass finish bagi warna Pearl White dan Midnight Grey menyajikan reka bentuk elegan yang tertinggi. Namun setakat ini, hanya Midnight Grey dan Pearl White sahaja dijual di Malaysia.

IKLAN

Dari segi cirinya pula, MatePad Pro didatangkan dengan empat pembesar suara dan empat saluran selain lima mikrofon dengan kebolehan fungsi mengurangkan pencemaran bunyi dan tuning harman/kardon.

MatePad Pro juga didatangkan dengan pengecas type-C, 3.5 mm headset jack dan juga eject pin yang memudahkan untuk mengeluarkan kad sim.

Bagi yang mengidam nak dapatkan Huawei MatePad Pro, harganya hanyalah RM 2,898 (RRP: RM 3,197) dan ianya didatangkan bersama HUAWEI M-Pencil and Smart Magnetic Keyboard. Boleh dapatkan di https://shop.huawei.com/my/april2020-new-launches.html

Berita baik untuk peminat tablet, Huawei akan melancarkan Huawei MatePad Pro 5G tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya okay!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI