Pemergian seorang ibu yang sedang sarat mengandung 30 minggu akibat wabak Covid benar-benar dirasai oleh seluruh ahli keluarga dan kenalan arwah.

Menerusi laporan Harian Metro, seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan Pusat, Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Artini Dzolkarnaini meninggal dunia, awal pagi tadi dipercayai akibat komplikasi Covid-19.

Berita pemergian petugas barisan hadapan itu dikongsi Fakulti Perubatan UiTM menerusi Facebook (FB), hari ini.

“Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah meninggal dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi.

Ibu Sarat Hamil, Berkhidmat Sebagai Jururawat Meninggal Akibat Covid, Bayi Selamat

“Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata kenyataan itu.

IKLAN

Dijangkiti Covid ketika usia kehamilan 30 minggu

Dalam pada itu, carian wartawan di FB mendapati pemergian jururawat berkenaan yang juga penulis buku bertajuk Penjagaan dan Pemulihan Jantung terbitan UiTM menerima reaksi duka kenalan arwah dan warganet.

Difahamkan, arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu berdasarkan beberapa komen balas daripada rakan dan keluarganya di FB.

IKLAN
Ibu Sarat Hamil, Berkhidmat Sebagai Jururawat Meninggal Akibat Covid, Bayi Selamat
Gambar Hiasan (Kredit Foto: pexels.com)

Bayi berjaya diselamatkan

Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan cesarean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.

Artini adalah jururawat program pemulihan jantung dan ibu kepada lima anak termasuk bayi baru dilahirkan.

IKLAN

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi keluarga arwah tidak dapat maklumat lanjut kerana ahli keluarga belum bersedia untuk berkongsi cerita dan mengharapkan orang ramai berdoa urusan keluarga mereka dipermudahkan.

Kredit: Metro

Ibu Sarat Hamil, Berkhidmat Sebagai Jururawat Meninggal Akibat Covid, Bayi Selamat

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI