Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Uncategorized Isu Kesihatan Mental Kanak-Kanak Jangan Ambil Mudah

Isu Kesihatan Mental Kanak-Kanak Jangan Ambil Mudah

Seperti yang kita tahu topik kesihatan mental sangat lah “taboo” dalam masyarakat kita. Menteri kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, persepsi ramai bahawa masalah kesihatan mental hanya berlaku kepada orang dewasa yang menyebabkan isu kesihatan mental kanak-kanak kurang diberi perhatian.

“Sebelum pandemik COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 10 hingga 20 peratus kanak-kanak dan remaja seluruh dunia mengalami masalah kesihatan mental manakala 50 peratus masalah kesihatan mental yang serius bermula pada umur 14 tahun,” kata Dr Zaliha. Menguatkan lagi data, melalui portal Jiwa Damai, hasil tinjauan kebangsaan dan morbiditi 2019 mendedahkan seramai 424,000 orang kanak-kanak di Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental.

Menteri kesihatan Dr Zaliha berkata berdasarkan kajian, trauma yang dialami oleh seseorang boleh memberi kesan kepada genetik dan kemudian boleh diturunkan kepada generasi seterusnya dalam keluarga.
“Oleh itu, saya merayu kepada semua, terutama ibu bapa supaya lebih peka dengan faktor-faktor yang boleh memberi trauma kepada golongan kanak-kanak.
“Semua pihak haruslah membantu dalam menyediakan persekitaran yang harmoni dan sihat demi tumbesaran emosi kanak-kanak dan remaja seperti mendalami ilmu keibubapaan,” katanya.

 

Seperti yang dinyatakan di portal Jiwa Damai, berikut adalah antara gangguan mental yang biasa nya terjadi dalam kalangan kanak-kanak:

 

  1. Kegelisahan (Anxiety) Isu Kesihatan Mental Kanak-Kanak Jangan Ambil Mudah
  2. Kemurungan (Depression)
  3. Isu Kesihatan Mental Kanak-Kanak Jangan Ambil MudahAttention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Isu Kesihatan Mental Kanak-Kanak Jangan Ambil Mudah

 

IKLAN

4. Obsessive-Compulsive Disorder (OCD)

Isu Kesihatan Mental Kanak-Kanak Jangan Ambil Mudah

5. Austism Spectrum Disorder

Isu Kesihatan Mental Kanak-Kanak Jangan Ambil Mudah

IKLAN

6. Oppositional Defiant Disorder (ODD)

Isu Kesihatan Mental Kanak-Kanak Jangan Ambil Mudah

 

IKLAN

7. Conduct Disorder (CD)

Isu Kesihatan Mental Kanak-Kanak Jangan Ambil Mudah

8. Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD)

Isu Kesihatan Mental Kanak-Kanak Jangan Ambil Mudah

Oleh itu, Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menyediakan persekitaran yang penuh kasih sayang dan memberi semangat kepada anak-anak untuk membesar dengan selamat dan sedia meluahkan perasaan secara terbuka mengenai kesihatan mental mereka.

Kredit: BERNAMA, JIWA DAMAI

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI