Ketika anak-anak berbuat salah, kita sebagai ibu bapa akan menegur mereka. Kategori menegur ada dua, bertegas dan berkeras. Yang manakah kita? Mengikut perkongsian oleh Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani, kedua-dua cara ini mempunyai perbezaannya. Bahkan sangat besar jurangnya itu. Mari lihat penerangan Ustaz, semoga dapat membantu kita menjadi ibu bapa yang lebih bertoleransi dengan anak-anak.

BERTEGAS maksudnya memarahi anak apabila mereka melakukan kesalahan dan seterusnya menerangkan perkara yang sebetulnya sehingga mereka sedar yang mereka melakukan perkara yang salah dan membaikinya.

BERKERAS maksudnya menengking anak apabila mereka melakukan kesalahan dan seterusnya membiarkan anak tersebut. Mereka tidak jelas perkara yang perlu dibuat. Keras dan terus keras. Salah. Maki hamun, tengking, semua keluar. Anak tersebut berhenti, namun berhenti mereka adalah berhenti yang memendam.

Memori anak mudah menyimpan dan mudah membuang. Fahami cara untuk menyimpan memori dalam minda anak dan cara membuang memori dalam minda anak.

Ada ibubapa yang merasakan anak perlu ditengking jika melakukan kesalahan. Jika tidak mereka tidak akan belajar, manja. Itu kata  ibu bapa tersebut. Memarahi tidak semestinya menengking.

Ada beza tinggi suara dengan menengking. Impaknya berbeza.

IKLAN

Tersilap melepaskan marah itu biasa. Akui kelemahan diri dan cuba ubah. Belajar cara menguruskan. Menyamakan zaman mereka dahulu dengan zaman sekarang. Dahulu, jika salah, ditengking, lalu akan berhenti, taubat, tidak mahu buat dah.

Perlu faham ada perbezaan di situ. ZAMAN.

Zaman berubah, pendedahan berubah, pendekatan berubah dan suasana berubah. Yang tidak berubah adalah Ibu ayah tetap ibu ayah, anak tetap anak.

IKLAN

Jangan silap perkiraan dalam mendidik anak-anak. Psikologi anak-anak berkembang mengikut pendedahan dan keadaan.

Jadikan mereka air yang mengalir tenang mengikut aliran. Jangan jadikan mereka manusia bersifat batu, kayu ataupun besi.

Ibubapa perlu berubah. Jangan pelik kenapa pelbagai sikap pelik anak-anak muncul.

Mereka ‘formless’, saat ini. Sifat air. Diletakkan ke dalam mangkuk, berbentuk mangkuk. Diletakkan di dalam cawan, berbentuk cawan, dan boleh berubah apabila ianya dituangkan ke dalam bekas lain.

Namun, apabila ia disejukbekukan. Menjadi keras. Walaupun diletakkan ke dalam besen, tetap bentuk tersebut. Hendak cepat, terpaksa ‘diketuk’, supaya pecah.

IKLAN

Hendak supaya menjadi formless semula perlu ‘dipanaskan’. Jika tidak, perlu tunggu lama, untuk tujuan tersebut. Namun sewaktu itu, struktur asal air sudah ‘berubah’. Kenapa perlu lakukan semua itu jika boleh lakukan secara baik dari awal?

Ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Ustaz Wan Asrul. Dewasa ini, iu bapa cenderung untuk menengking anak-anak apabila mereka buat salah. Kita terlupa tugas sebenar ibu bapa adalah untuk mendidik maka setiap teguran itu perlu diiringi dengan penjelasan. Memarahi anak dengan keras tidak menyelesaikan masalah malahan membuat mereka ‘menjauh’ dan kelak lebih sukar dibentuk.

Membaca perkongsian Ustaz Wan Asrul membuka minda penulis untuk menjadi lebih sabar dalam menangani sikap ‘banyak akal’ anak-anak. Sudah tentu mereka sering buat perangai kerana masih dalam proses membesar. Setiap perangai mereka itu datangnya dari akal yang dikurniakan oleh Allah SWT, seharusnya kita lebih bersyukur kerana mereka dikurniakan kecerdasan akal.

Sumber: Wan Asrul Al-Kalantani

https://www.majalahpama.my/biasakan-ketip-kuku-anak-masa-sedar-elok-untuk-fokus-dan-sensori-si-kecil/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI