Soalan biasa yang ditanya ibu bapa yang membawa anak yang berusia sekitar 4-5 tahun ke klinik gigi. Doktor, kenapa gigi anak saya berlubang?
Padahal baru beberapa bulan lepas, saya baru bawa anak berjumpa doktor gigi di tempat lain untuk pemeriksaan. Tetapi doktor tu kata tiada lubang.
NAK TAHU KENAPA?
(rujuk pada photo)
Pandangan gig atas
Bengkak pada gigi geraham bongsu
Pandangan gigi bawah
1. Ini kerana lapisan enamel gigi susu adalah lebih nipis berbanding lapisan enamel gigi kekal.
Lapisan enamel gigi susu tipis berbanding gigi kekal
2. Kaviti “caries” paling cepat merebak pada gigi susu berbanding gigi kekal dan ianya akan mengenai saraf gigi.
3. Sekiranya gigi geraham susu telah didiagnos ada karies, maka perlu membuat rawatan secepat mungkin.
4. Rawatan tampalan dibuat. Sekiranya LUBANG KARIES SANGAT DALAM DAN MENGENAI PULPA, SEGERALAH MEMBUAT RAWATAN PULPOTOMI.
Rawatan pulpotomi gigi susu.
5. Infeksi cepat merebak dalam mulut kanak-kanak, merebak ke leher, ke otak dan seterusnya menyebabkan abcess dan cellulitis ( ini situasi kecemasan).
Oleh itu, jangan ambil remeh sekiranya gigi susu anak berlubang ok !
Kebiasaannya, doktor Azila akan menyarankan ibu bapa terus membuat rawatan PULPOTOMI GIGI SUSU.
KENAPA PERLU SIMPAN GIGI GERAHAM SUSU DENGAN RAWATAN PULPOTOMI?
Gigi geraham susu akan mengalami resorpsi akar sekitar kanak–kanak berusia anggaran 9–10 tahun, (rujuk photo). Gigi yang rosak pula dirawat dan disimpan untuk:
1. Menjaga ruang yang ada sementara menunggu gigi kekal pengganti tumbuh.
2. Gigi geraham susu masih boleh berfungsi, tidak sakit dan masih ada gigi untuk mengunyah.
Sekiranya gigi dicabut terlalu awal, ada 2 kesan:
a) kanak-kanak susah untuk makan (tiada gigi untuk mengunyah).
Ads
b) Gigi kekal pengganti akan ‘struggle’ untuk tumbuh.
APAKAH PULPOTOMI?
Rawatan pulpotomi adalah pembuangan sebahagian daripada saraf, termasuk kawasan yang terkena infeksi. Ini untuk mengekalkan ‘vitality’ tisu pulpa yag sedia ada.
BAGAIMANA PROSEDUR PULPOTOMI ?
1. Pastikan kanak-kanak di dalam keadaan yang tenang dan selesa semasa duduk di kerusi pergigian. Sesetengah kanak-kanak berasa takut dan gelisah. Jadi ibu bapa memainkan peranan untuk memujuk dan menenangkan anak.
Bagaimana prosedur pulpotomi dilakukan.
2. Doktor akan meletakkan ‘Topical Anesthetic ’ pada bahagian gusi. Ia membuatkan gusi berasa kebas dan tidak sakit apabila doktor memberi suntikan ‘local anesthetic’.
Gel atau spray ‘topical anesthetic’ boleh bertahan selama 3-5 minit.
3. Kemudian ‘Local anesthetic’ diberi secara perlahan-lahan supaya pesakit tidak terasa sakit semasa di suntik.
4. Kaviti pada gigi dibersihkan dengan ‘highspeed” dan “slowspeed handpiece”. Karies di kebuk pulpa di buang dan dibersihkan hingga ke saluran pulpa.
5. Kebuk pulpa dibersihkan dimana bahagian ini adalah tempat saraf dan salur darah terletak.
• Prosedur ini TIDAK SAMA seperti rawatan saraf untuk dewasa.
Ads
6. Doktor akan meletakkan ubat Beechwood creosote atau formocresol pada kapas pellet kecil. Kemudian kapas pellet akan di letak di dalam saluran pulpa untuk berhentikan darah.
7. Gigi di bentuk semula dengan tampalan sementara berwarna putih.
RAWATAN KEDUA:
1. Buang semula tampalan sementara.
2. Jika terdapat tanda–tanda berulang, maka hendaklah di ulang semula rawatan pulpotomi pada gigi itu atau gigi perlu dicabut.
3. Jika tiada tanda–tanda seperti sebelum rawatan, ruang itu ditutup dengan ‘antiseptic paste’.
4. Setelah rawatan sudah selesai, ia boleh di tutup dengan tampalan tetap berwarna gigi atau “stainless steel crown”
Sebelum dan selepas rawatan pulpotomi.
INDIKASI PULPOTOMI
1. Terdapat lubang ‘caries’ yang besar hingga melibatkan ‘marginal ridge’.
2. Tiada sejarah sakit yang secara tiba–tiba.
Ads
3. Tiada tanda bengkak atau fistula.
4. Kontraindikasi kepada cabutan.
5. Gigi yang ‘vital’ dan tiada masalah otot ‘peridontium’.
KONTRAINDIKASI PULPOTOMI
1. Sejarah sakit secara tiba–tiba.
2. Kehadiran bengkak atau fistula.
3. Gigi yang ‘nekrotik pulpa’.
4. Pendarahan pulpa yang tidak terkawal.
5. Daripada pandangan x-ray terdapat ‘radiolucency’ pada ‘periapical’ atau ‘bifurcation’ akar.
6. Resorpsi akar yang tidak normal.
7. Dystrophic calcification.
8. Terdapat resobsi akar lebih daripada 1/3 akar.
Ibubapa sudah faham sekarang? Rawatan ini adalah rawatan yang paling banyak saya lakukan. Yang penting daya pujuk dan teknik perlu mahir, baru berjaya dilakukan.
Betullah Covid-19 ini tak kira sesiapa. Dalam keadaan dah berjaga-jaga pun, virus jahat yang tak nampak ini telah buatkan seorang ibu yang baru selamat melahirkan cahaya mata terpaksa berpisah dengan bayinya buat sementara waktu.
Menerusi perkongsian Puan Nur Ellyana, melahirkan cahaya mata ketiga kali ini dianggap satu ujian besar baginya. Tak pernah pun terlintas di fikiran sebelum ini melalui saat getir berdepan dengan virus Covid-19.
Sepanjang mengandung semuanya baik-baik saja cuma ketika di dalam wad menunggu masa untuk melahirkan bayi, tiba-tiba terasa macam nak demam dan sakit tekak. Apabila beritahu pada jururawat minta ubat, mereka suruh buat PCR.
Bagaimanapun, sehari selepas bersalin, baru dapat keputusan tersebut dan akhirnya disahkan positif Covid. Tak tahu dari mana dijangkiti virus ini kerana selepas suami dan dua lagi anak yang berada dirumah buat ujian calitan, masing-masing negatif.
Pengalaman melahirkan paling perit
Pengalaman melahirkan yang paling perit buat ami, puas la berendam air mata ditemani dik baby 10 hari di wad. Dan sekarang tambah 10 hari lagi terpaksa berpisah sebab dik baby kena duduk NICU Sungai Buloh.
Alhamdulillah 14/07/21 jam 10.47am ami selamat melahirkan baby boy ami secara normal dengan berat 2.75kg. Syukur sihat dan sempurna kelahirannya. Tapi kami diuji bila ami disahkan positif Covid-19 yang jahat ni.
Baby terpaksa kuarantin lagi sebab swab kali kedua masih positif
Puas ami berendam air mata sampai bengkaklah muka, selama ni sangat berjaga-jaga takut dijangkiti tapi siapa sangka lepas 2 hari duduk PAC sambil melayan kontraksi tiba-tiba ami demam dan terus buat PCR, resultnya positif sedangkn RTK negatif.
Alhamdulillah sekarang ami dah tamat kuarantin lepas pemantauan oleh pihak hosptal selama 10 hari sebab tahap 3, tapi dik baby yang diberi nama Mohamad Nur Rizky Zhafwan terpaksa sambung kuarantin kerana 2nd swab keputusannya positif.
Kalaulah dik baby diasingkan awal-awal, mungkin keputusan terus negatif tapi dah itu ketentuannya ami redha. Doakan dik baby terus kuat untuk melawan penyakit Covid-19 ni ye, mohon doa agar diangkat segala rasa sakitnya dan dipermudahkan segala urusannya.
Syukur juga walaupun dua kali Rizky buat swab, keadaannya masih stabil dan kuat. Sekarang bila dah balik rumah berpantang tanpa Rizky rasa sedih sangat tapi saya percaya, Rizky akan sihat sebab ramai yang doakannya.
Ami tak sabar sangat nak peluk cium dik baby sepuas-puasnya tanpa rasa ragu-ragu dah.
#covidfighter
#babycovid
Kredit: Nur Ellyana
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ni musim anak-anak demam, susah hati dibuatnya. Salah satu kaedah yang mama guna untuk turunkan suhu panas tu adalah jerlum dengan air. Ada juga yang gunakan tuala basah kemudian diletakkan atas kepala anak.
Melalui perkongsian doktor ini, menggunakan kain basah yang direndam air kemudian diletakkan atas kepala anak berisiko menyebabkan sawan. Kenapa begitu ya?
Dua sebab kenapa tak perlu letak kain basah atas kepala anak:
1. Haba panas terperangkap dan kaedah ini sebenarnya menghalang haba keluar.
2. Anak tak suka dan rimas, dia akan tepis kain tu.
Cara paling berkesan untuk keluarkan haba panas dari badan anak dengan jerlum air di kepalanya. Anak pun tak rimas. Bila mama guna kain basah, habas panas terperangkap bawah kain tu.
Jadi bila panas naik ke kepala, itulah yang menyebabkan sawan tarik. Paling bagus, mama kena jerlum air di kepala anak setiap 5 minit.
Doktor ini juga menasihatkan supaya tidak rushing untuk mandikan anak. Apabila suhu turun dengan cepat, ia juga akan naik semula secara mendadak. Jika nak mandikan anak, sebaik-baiknya tunggu 2-3 jam selepas kepala anak dijerlum dan diberikan ubat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Mahalnya Harga Seorang Anak : 5 lagi positif Difteria!
Lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria, kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ini berita yang amat-amat membimbangkan.
Tuan-tuan dan puan-puan, perhatikan anak-anak kita. Lihat juga diri kita dan pasangan kita.
Jangkitan terjadi dari 3 cara ini
Jangkitan ini mudah berjangkit melalui beberapa cara.
1. Cairan pernafasan pesakit
2. Batuk dan bersin di dalam jarak dekat dengan pesakit
3. Sentuhan pada pesakit yang tercemar dengan cecair pernafasan
Kenal pasti simptom dan gejala ini pada ahli keluarga anda!
1. Sakit pada tekak
2. Kesukaran untuk menelan makanan dan minuman
3. Selaput putih atau kelabu boleh dilihat pada kawasan tekak dan sekitarnya
4. Disertai gejala seperti demam, lesu dan tidak sedap badan
5. Bengkak pada kelenjar leher
Suntikan vaksin boleh mencegah jangkitan ini
Kita boleh mengelakkan anak-anak kita mendapat jangkitan ini dengan pemberian suntikan vaksin.
Yang masih mahu berubah, saya doakan kalian lakukan langkah ini seberapa segera mungkin untuk kesihatan anak-anak kita dan anak-anak seluruh masyarakat di negara kita.
Mengapa jangkitan difteria ini amat berbahaya?
1. Selaput putih yang terbentuk pada tekak dan farinks pesakit boleh mengakibatkan pesakit kesukaran bernafasan.
2. Ia juga boleh menyebabkan pembengkakan pada leher.
3. Toksin yang menyerap ke seluruh tubuh juga boleh merosakkan organ lain seperti jantung.
Suntikan imunisasi sangat berharga bagi anak
Bantulah komuniti masyarakat kita. Sayangi anak-anak kita. Penyakit ini mampu untuk dicegah. Lengkapkan suntikan imunisasi untuk anak-anak kita.
Ya, terlalu mahal harga untuk anak-anak kita. Ia anugerah yang tidak pernah ternilai. Hargailah ia.
Sila #KONGSI nasihat ini jika anda rasa ia amat bermanfaat untuk orang yang kita sayangi
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Otorhinolaryngologi
Telinga, hidung & tekak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Tak siapa sangka, rumah yang dulu penuh dengan suara gelak tawa kini bertukar menjadi lokasi tragedi berdarah."Awal pagi tadi, ketika kebanyakan daripada kita masih...