Penyusuan susu ibu eksklusif disarankan sehingga bayi berumur 6 bulan. Selepas itu, makanan pelengkap perlu mula diperkenalkan bagi menampung keperluan tenaga dan pemakanan bayi.
Jika terlalu awal, kebaikan penyusuan susu ibu eksklusif tidak akan diperolehi. Jika terlalu lewat pula, akan melambatkan pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Untuk 6-8 bulan pertama, bayi diberi makanan dalam bentuk dikisar, dipuri atau dilecek.
Paling penting, kepelbagaian dan keseimbangan makanan! Ada sayur, buah, karbohidrat, protein dan lemak (minyak, marjerin atau santan)
Sumber : nutritionist kota bharu, kementerian kesihatan malaysia
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kisar Makanan Yang Anak Tak Suka, Baru Lah Anak Dapat Semua Khasiat
Ramai ibu yang mengeluh anak makan banyak tapi berat tak naik-naik. Adakah anak mempunyai masalah penghadaman dan sebagainya. Tapi ibu kurang mengambil tahu carta pengambilan makanan dan diet harian yang seimbang untuk anak-anak yang betul.
“Anak saya makan banyak. Tetapi berat susah nak naik.”
Ini adalah pernyataan kebanyakan ibu ayah apabila berjumpa saya atau lewat PM mereka pada saya. Apabila ditanya contoh pengambilan makan dan diet harian, kebanyakan anak-anak tidak mendapat protein yang cukup di dalam diet harian.
Seekor ikan sehari sahaja.
Sebiji telur sekali sahaja sehari.
Ayam secubit dua setiap kali makan.
Pengambilan lauk yang terlalu sedikit akan mempengaruhi status pemakanan anak. Darah merahnya rendah. Beratnya tidak naik. Anak sentiasa lapar dan cepat tantrum. Protein bertindak untuk mengenyangkan kerana memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadamkan.
Bagaimana memastikan anak mengambil protein yang mencukupi untuk keperluan hariannya?
Cuba lihat kembali kepada jumlah pengambilan lauk pauk yang diambilnya. Adakah mencukupi?
Lihat kembali kepada infografik di bawah.
Mengikut Malaydia Dietary Guidelines, anak berumur 3 tahun memerlukan separuh hidangan ayam, separuh hidangan ikan, separuh hidangan legume dan dua hidangan susu sehari.
Ini adalah jumlah hidangan yang sepatutnya diambil untuk anak-anak yang mempunyai berat badan yang normal dan sihat. Sekiranya anak mempunyai masalah kenaikan berat badan, seharusnya pengambilan protein adalah lebih lagi daripada jumlah ini.
Tujuan saranan mempelbagaikan pilihan makanan antara ikan, ayam dan legume kerana setiap satunya mempunyai zat yang pelbagai dan tidak sama antara satunya.
Ikan misalnya mempunyai Omega 3. Ayam mempunyai zat besi. Begitu juga daging. Kaya dengan zat besi dan vitamin B. Legume pula selain kaya dengan serat turut mempunyai pelbagai jenis mineral dan vitamin diperlukan tubuh.
Mengambil ayam sahaja menyebabkan anak kekurangan vitamin B, calcium, selenium dan fosforus yang boleh diperolehi daripada ikan dan makanan laut.
Jadikan setiap hidangan makan anak adalah berbeza pilihan lauk sebolehnya.
Satu hidangan ayam untuk tengahari, satu hidangan ikan untuk malam dan satu hidangan legume misalannya di sebelah pagi.
Infografik ini menunjukkan jumlah pengambilan untuk satu hidangan lauk pauk yang mempunyai 14g protein.
Sekiranya menurut saranan, pengambilan hanyalah 1/2 hidangan sahaja sehari bermaksud hanya 7g protein sahaja diperlukan untuk setiap jenis makanan. Atau separuh daripada jumlah hidangan di atas.
Sama juga dengan jumlah hidangan untuk daging dan ayam. Kebiasannya anak usia 1-3 tidak suka makan ayam atau daging kerana perlu dikunyah dan sedikit liat. Adakala ibu ayah yang jarang memberikan daging di dalam hidangan anak seharian.
Apa yang boleh dibuat sekiranya anak tidak mahu makan isi ayam atau hanya kunyah ayam dan kemudian meluahkannya kembali?
Ayam atau daging boleh dikisarkan dan dicampurkan ke dalam makanan atau sup untuk dihirup anak. Pastikan setiap hidangan yang diambil mestilah mencukupi saiz hidangannya.
Sekiranya hidangan mee atau bihun atau pasta dan sebagainya, ambil sesenduk mee sesuai untuk pengambilan anak sahaja. Pecahkan sebiji telur dan gaulkan bersama hidangan tadi. Bukan bersama hidangan untuk seisi keluarga. Ini akan menggalakkan anak mengambil protein dengan mencukupi.
Sumber: Ruqqyah Muhd
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biar Anak Cuba Makan Durian, Boleh Bantu Kualiti Tidur Anak!
Anak tak makan durian? Sebaiknya usahakan anak untuk mencuba raja buah ini. Durian sebenarnya cukup banyak kelebihannya dan paling mak ayah perlu tahu, durian boleh membantu stabilkan mood anak dan mudahkan anak untuk tidur.
Bukan hanya baik untuk anak-anak kecil, bahkan banyak juga kelebihan untuk ibu menyusu. Baca kelebihan duit buat anak dan ibu menyusu, seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
Durian boleh bantu stabilkan mood dan mudahkan anak tidur tau. Jomlah kenalkan durian dengan anak-anak.
Dalam durian ada tryptophan. Penting untuk beberapa fungsi utama dalam badan. Waktu proses penghadaman berlaku, tryptophan akan bertukar kepada serotonin, yang mana akan bantu stabilkan mood dan tenangkan perasaan kita.
Tryptophan juga ditukarkan kepada melatonin. Hormon penting untuk kawal tidur dan buatkan kita cepat mengantuk.
Korang perasan tak, kalau ibu menyusu makan durian, mesti meriah kan susu. Sebab terlebih gembira lah tu, hormon serotonin beriya keluar. Ibu happy, susu pun banyak, anak pun seronok.
Durian tinggi dengan lemak baik jugak tau. Lemak tak tepu yang bagus untuk jantung dan saluran darah. Durian takde kolesterol ya, betulkan salah faham kita. Tumbuhan tak pernah ada kolesterol pun.
Durian pun bagus untuk imuniti anak. Ada kandungan vitamin C dan antioksida, bagus untuk lawan radikal bebas dan bantu support imuniti melawan jangkitan bakteria dan virus.
Cuma durian ni, tinggi gula semulajadi. Yang ada kencing manis, stabilkan duli kencing manis sampai dah tak perlu makan ubat, barulah boleh cari durian nanti.
Durian jugak ada kandungan sulfur. Yang mana bukan semua sesuai makan durian.
* Kembung perut.
* Muntah.
* Serangan asthma.
* Sakit kepala.
* Gatal-gatal.
Kalau korang ada simptom ni bila makan durian, elakkan dulu durian k. Betulkan perut. Tinggalkan makanan proses, banyakkan ambil real food. Ambil banyak makanan tinggi vitamin C dan antioksida yang lain.
Yang takde masalah macam ni, teruslah makan dengan senang hati. Tak selalu kan dapat nikmat makan durian. Ajar anak makan sekali tau.
Kita cuba sama-sama ya, banyakkan real food dan kurangkan proses food pada anak-anak dan keluarga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Suka Suap Makanan Sendiri? Ibu, Jangan Halang & Jangan Rasa Anak Membazir!
Bayi makan sendiri adalah kemahiran asas yang perlu bermula sejak awal. Tetapi apakah kepentingan si manja belajar makan dengan sendiri jika anda ada untuk menyuap mereka?
Kepentingan bayi makan sendiri
Kenapa pentingnya untuk anak belajar menyuap diri mereka sendiri? Tujuannya untuk membolehkan mereka belajar makan secara berdikari, iaitu antara kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan.
Selain itu ia membantu anak mengembangkan kemahiran motor halus seperti menyentuh dan memicit makanan. Ia juga peluang untuk si kecil belajar mengenai rasa, tekstur, bau dan suhu makanan. Pun begitu, anak yang masih disuap tidak dapat belajar mengawal jumlah makanan yang dimasukkan ke mulut.
Jadi, teknik bayi makan sendiri membolehkan mereka belajar kadar yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam mulut agar mudah dikunyah dan ditelan. Selain itu, si kecil juga kemudiannya akan belajar mengetahui tempoh sesuai untuk menyuap lagi makanan ke mulut.
Bayi makan sendiri: Ini yang perlu difahami
Sebaik sahaja anda memperkenalkan makanan pepejal, si kecil mungkin akan menunjukkan tanda-tanda ingin makan dengan sendiri. Bagaimana?
Mereka mungkin akan mula mencapai sudu atau mengambil makanan daripada pinggan, ini adalah perkara normal untuk anak mempunyai keinginan menyuap makanan sendiri.
Malahan anda juga disarankan untuk menggalakkan mereka melakukannya- walaupun akhirnya lebih banyak makanan jatuh bersepah berbanding yang dapat disuapkan ke mulut.
Mulakan dengan finger food
Finger food atau makanan jejari ialah potongan makanan yang mudah untuk bayi memegang dan mengunyahnya.
Jika si manja menunjukkan minat untuk belajar menyuap, anda boleh melatih bayi makan sendiri dengan memberikan finger food yang boleh digenggam mereka seperti kentang atau labu yang dimasak.
Bayi belajar makan sendiri guna sudu?
Kebanyakan bayi tidak akan dapat makan dengan menggunakan sudu sehingga berusia 1 tahun 6 bulan. Namun tiada salahnya untuk anda melatih mereka makan menggunakan sudu pada usia lebih awal.
Apabila anak makan sendiri finger food yang disediakan, perkara paling merisaukan adalah takut mereka tercekik, betul tak?
Namun jangan jadikan ia alasan untuk tidak membenarkan mereka belajar menyuap makanan sendiri. Sebaliknya pastikan si kecil duduk ketika makan, tidak bermain atau merangkak.
Anda juga boleh mengelakkan makanan yang berisiko untuk menyebabkan anak tercekik seperti makanan yang sukar dikunyah – lobak merah, ataupun kacang.
Bayi makan, bermain & menyepahkan makanan
Anak bermain dengan makanan atau makan bersepah merupakan perkembangan normal apabila mereka belajar untuk menyuap makanan sendiri.
Jika keadaan tersebut menyebabkan anda tertekan, tip berikut mungkin boleh membantu:
- Pakaikan si manja bib
- Potong makanan secara dalam bentuk jejari supaya lebih mudah diambil dan dimakan
- Biarkan si manja makan menggunakan tangan
- Lapik kertas, plastik atau helaian akhbar di bawah kerusi makan si manja
- Jika mempunyai laman yang luas dan rata, berikan bayi makan di luar
bayi makan
Apabila bayi melemparkan makanan ke lantai, jangan memberikan sebarang tindak balas atau mereka akan menganggap anda sedang bermain bersama.
Saranan terbaik adalah untuk mengabaikannya. Anda boleh mengutip makanan yang jatuh dengan tenang atau membiarkan sahaja sehingga selesa sesi makan untuk membersihkannya.
Menggunakan cawan
Sebaik sahaja bayi mencapai usia 6 bulan, mereka bersedia belajar minum daripada cawan. Namun seperti keadaannya apabila anak makan sendiri, belajar minum menggunakan cawan memerlukan masa dan akan menyebabkan minuman tertumpah serta bersepah.
Berikut antara beberapa petua untuk membantu anak belajar minum menggunakan cawan:
- Berikan anak cawan plastik kecil yang mudah digenggam dan dipegang
- Biarkan anak bermain dengan cawan agar mereka terbiasa dengannya
- Pada awal-awal tempoh anak belajar, bantu dan bimbing mereka dengan memegangkan cawan
- Untuk mengelakkan daripada tertumpah, pastikan jumlah air yang diberikan sedikit
- Ketika waktu hidangan makan keluarga, anda juga perlu menggunakan cawan bagi memberikan contoh bagaimana untuk melakukannya – bayi biasanya suka meniru ibu bapa mereka
- Air minuman yang boleh diberikan hanyalah air kosong, susu ibu atau susu formula bayi. Selepas usia setahun, barulah boleh memberikan anak susu lembu penuh krim.
Manakala minuman seperti jus buah, minuman ringan dan susu berperisa tidak disyorkan untuk bayi dan anak kecil. Ini kerana kandungan gulanya tinggi dan meningkatkan risiko untuk gigi rosak.
Cara melatih bayi makan sendiri
Berikut beberapa tip untuk mengajar anak makan dengan sendiri:
- Tunjukkan contoh teladan
- Letakkan anak di kerusi makan mereka berhampiran meja makan untuk membolehkan mereka melihat bagaimana anda makan dan pilihlah hidangan makanan yang sihat.
- Biarkan mereka turut serta makan ketika sesi hidangan makan keluarga.
- Tetapkan masa makan ketika anak lapar dan tidak terlalu penat: Umumnya, waktu makan ideal adalah sekitar jam 5 petang – kebanyakan anak kecil sudah bersedia untuk hidangan makan malam pada masa itu.
- Saiz bersesuaian: Pastikan kutleri, saiz potongan makanan adalah sesuai untuk anak. Jangan meletakkan terlalu banyak makanan di dalam pinggan mereka.
- Pilihan makanan: Biarkan anak memilih apa yang mereka mahu makan daripada pilihan yang ada.
- Jumlah makanan: Apabila si kecil mula menunjukkan rasa kenyang, usah memaksa.
- Lakukan komunikasi: Jangan biarkan si manja hanya fokus kepada makanan semata-mata. Sebaliknya, ajaklah mereka berbual dan melakukan interaksi sosial dengan ahli keluarga yang lain.
Petua utama adalah anda perlu bersabar kerana kemahiran anak makan sendiri ini akan berkembang mengikut tahap kesediaan mereka.
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI