Hati ibu mana tidak menangis apabila melihat anaknya yang sebelum ini berlari riang, ceria tiba-tiba tidak mampu berjalan selepas kedua-dua kakinya menghidap penyakit gatal.
Namun bagi Zainab Othman, 33, dia tetap tabah menghadapi ujian Allah SWT apabila anak ketiganya, Nurhana Umairah Abdul Rahim, 3, terlantar kerana menghidap penyakit gatal yang dialaminya sejak sebulan lalu.
Gatal Merebak Seluruh Badan Hingga Kepala
Menurutnya, anaknya mula gatal ketika berusia dua tahun dan hanya pada badan saja.
“Bagaimanapun sejak sebulan lalu penyakit kulit ini merebak dari seluruh badan sehingga kepala.
“Paling teruk apabila kedua-dua kakinya berkudis serta membengkak dan bernanah sehingga tidak boleh berjalan.
“Anak asyik menangis kerana sakit dan gatal malah kulit mengelupas selepas digaru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mengkuang Hujung, Kuala Pegang, Baling.
Ads
Bawa Jumpa Doktor Dan Berubat Tradisional
Katanya, dia dan suami, Abdul Rahim Che Sa, 35, sudah membawa anak mereka berubat di merata tempat termasuk perubatan moden dan tradisional tetapi penyakitnya tidak berubah.
Zainab berkata, pada mulanya Nurhana Umairah hanya gatal-gatal kecil saja pada badan sebelum mengambil ubat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
“Selepas habis makan ubat yang diberikan penyakitnya berjangkit semula ke seluruh badan dan paling teruk sejak sebulan lalu apabila merebak kedua-dua kaki.
“Dia menggaru sehingga berdarah kerana terlalu gatal dan terasa sakit selepas itu sehingga ditahan di wad selama seminggu sebelum Aidilfitri di Hospital Baling (HB),” katanya.
Ads
Gatal Makin Teruk
Katanya, keadaan penyakit anaknya tidak berubah dan semakin teruk terutama pada kedua-dua kaki.
“Semakin hari semakin teruk dan saya hanya menyapu krim serta makan ubat yang diberikan doktor bagi menahan sakit dan gatal, ” katanya.
Zainab yang juga suri rumah bergantung kepada suami yang mencari rezeki dengan menjual kopi kampung diproses sendiri.
Ads
“Saya terpaksa menjaga anak yang sakit dan dua lagi yang masih bersekolah rendah.
“Saya tidak dapat membantu suami untuk mencari rezeki bagi merawat anak dengan perkhidmatan rawatan yang lebih baik.
“Kalau ada yang dapat membantu merawat anak… saya bersyukur kepada Allah SWT kerana kasihan melihat keadaannya,” katanya.
JIKA ADA YANG INGIN MEMBERI BANTUAN BOLEH CONTACT IBU KEPADA HANA :
Zainab binti Othman No.29B Kg Mengkuang Hujung Kuala Pegang 09110 Baling Kedah no.tel +60 13-431 5537
Permainan teng teng, baling selipar, tarik upih pinang, congkak, batu seremban dan banyak lagi seakan sudah sebati bagi kita golongan dewasa. Namun permainan ini tidak mungkin sama sekali diterima oleh anak-anak kita yang bergenerasi Z. Corak permainan mereka jauh berbeza dengan kita.
Sesekali, jika pulang ke kampung atau punya kawasan lapang yang selamat untuk anak, ajaklah anak bermain ‘permainan orang lama’ ini. Bukan hanya mengasah kemahiran fizikal anak bahkan banyak kelebihan lain permainan yang di pelopori kita pada zaman dahulu.
Ini yang cuba dikongsikan oleh Dr. Rahimah Saimin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
KEMBALIKAN NOSTALGIA ZAMAN SILAM PADA GENERASI Z
Acapkali persepsi masyarakat melabelkan Generasi Z sebagai generasi digital yang obses dengan dunia teknologi dan technology savvy. Merekalah juara segala gajet dan Apps. Mereka lebih selesa mempunyai sedentary lifestyle (gaya hidup tidak sihat) dan menjadi couch potato daripada bermain, berlari mahupun melompat dan berpeluh di bawah sang mentari.
Mereka sudah jarang berada di luar rumah untuk melakukan aktiviti pergerakan fizikal. Sehinggakan ada yang memudaratkan diri sendiri. Mereka seakan bakal kehilangan kemahiran interpersonal dan komunikasi sosial. Perlu diingat bahawa secara asas, menjaga kesihatan juga satu tuntutan dan amanah Allah SWT ke atas hambanya.
Ibn Abbas meriyawatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (Riwayat al-Bukhari)
Inilah masanya untuk kita melakukan aktiviti bermanfaat di masa lapang. Beriadah boleh mencergaskan fizikal dan mencerdaskan mental dan psikologi. Bermain permainan tradisional antara yang boleh dilakukan. Sama-samalah melestarikan sekaligus mengembalikan nostalgia zaman silam dengan permainan tradisional bersama anak dan dalam masa yang sama membantu perkembangan anak.
Bermain permainan tradisional ini sebenarnya mampu meningkatkan kemahiran interaksi anak dengan sekelilingnya. Bermain permainan tradisional juga menyihatkan fizikal dan psikologi kanak-kanak. Ianya dapat menciptakan empowered kids!
Tidak salah jika menukar trend nyanyian koir, pertandingan costume atau persembahan tarian kepada permainan tradisional di sekolah apabila meraikan sambutan hari kanak-kanak atau hari guru. Guru-guru dan ibu bapa boleh ikut sama bernostalgia saat melihat berbagai permainan tradisional dimainkan oleh kanak-kanak generasi Z.
Ia juga dapat melestarikan dan mengangkat kembali nilai budaya. Permainan tradisional itu seperti teng-teng, tarik upih pinang, baling selipar, congkak, batu seremban dan banyak lagi.
Terdapat banyak permainan tradisi yang kita mainkan pada zaman dahulu melibatkan pergerakan anggota besar badan. Ianya termasuklah melompat, merangkak, berlari, memanjat, membaling, mengejar, menarik dan sebagainya. Tanpa disedari, sebenarnya pergerakan ini mengukuhkan lagi keseimbangan anggota badan sekaligus meningkatkan kemahiran gross motor skills.
Sesetengah permainan itu pula memerlukan pergerakan anggota kecil badan seperti pergelangan tangan dan jari jemari tangan. Melalui permainan traditional, kemahiran fine motor skills dapat ditingkatkan.
Mari kita lihat antara permainan tradisional yang meningkatkan perkembangan dan kemahiran kanak-kanak.
Bermain teng-teng
Dengan bermain teng-teng, pergerakan yang terlibat membina kekuatan badan, koordinasi mata dan tangan dan banyak lagi. Teng-teng mampu membantu kanak-kanak untuk menguruskan body rhythm yang merupakan teras untuk kemahiran lain. Mereka perlu mengawal dan menyeimbangkan badan untuk melompat (leaping) ke dalam kotak-kotak teng-teng. Teng-teng dirancang dengan bijak untuk mencabar keseimbangan dan orientasi kanak-kanak.
Percaya atau tidak, melompat dengan sebelah kaki atau one-footed leap adalah satu pergerakan paling kompleks. Pergerakan ini dinamakan homolateral. Bagi kanak-kanak, melompat memberikan isyarat adanya perkembangan koordinasi fizikal yang baik, keseimbangan, dan perkembangan kognitif. Anda lihat ketika anak anda memperbaiki koordinasi fizikalnya, dia juga sedang menghubungkan neuron dan saluran saraf penting di otak. Ini persiapan untuk left/right brain thinking tasks seperti kreativiti, penaakulan dan self-regulation.
Dengan memasukkan diri mereka ke dalam kotak-kotak teng-teng sebenarnya mereka juga mengembangkan spatial awareness yang membantu mereka memahami bagaimana mereka “sesuai” di dunia.
Mudah! lakarkan saja kotak-kotak teng-teng menggunakan kapur di porch rumah, atau di parkir kereta atau di laman sekolah. Di UK contohnya, anak-anak sekolah akan melukis kotak hopscotch di laman sekolah semasa musim panas. Mengapa tidak kita? Mesti seronok!
Konda Kondi
Permainan konda kondi memerlukan fokus yang tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang baik untuk menyungkit kayu anak menggunakan kayu ibu. Koordinasi dan kecergasan fizikal juga penting untuk berlari mengejar kayu yang dibaling sebelum menangkap kayu tersebut.
Permainan ini semakin hilang dari masyarakat kita. Ramai yang tidak tahu bahawa banyak kemahiran yang boleh dikembangkan melalui bermain konda kondi. Ianya termasuklah kemahiran mengatur strategi dan kemahiran gross dan fine motor skills.
Permainan konda kondi yang menyeronokkan mampu menperkuat kemahiran kognitif. Ianya juga meningkatkan focus dan perhatian anak sambal membolehkan anda memahami kekuatan dan kelemahan mereka dengan lebih baik. Carilah ruang untuk sama bermain konda kondi. Pasti anak-anak terkesima dengan keunikan dan keseronokan permainan ini!
Galah Panjang
Bermain galah panjang bukan sahaja dapat melatih fokus dan meningkatkan kemahiran motor kasar anak, malah dapat memupuk semangat berpasukan (teamwork).Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai kemahiran berlari laju serta berhenti dengan cepat ketika melepasi petak permainan yang dikawal oleh pasukan lawan.
Kesefahaman di antara ahli kumpulan penting bagi memastikan kemenangan berpihak pada kumpulan mereka. Menjadi observant (tajam daya pemerhatian) pada pergerakan pantas pihak lawan amat penting. Secara tidak langsung ianya membantu perkembangan kemahiran interpersonal dan komunikasi sosial.
Di zaman 80an dan 90an, permainan ini popular di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Inilah permainan yang akan dimain semasa menunggu sesi persekolahan bermula atau menunggu bas sekolah. Kembalikan nostalgia itu!
Layang-layang
Kanak-kanak mampu mempelajari ilmu hisab (numerasi) untuk mendapatkan ukuran bahan yang tepat bagi membuat layang-layang. Juga ilmu alam (sains) apabila bermain layang-layang di mana mereka perlu mengetahui pergerakan angin untuk menghulur dan menarik tali sehinggalah layang-layang tersebut tinggi di udara.
Mereka juga dapat mempelajari ilmu geografi iaitu memerhati dan memilih lokasi yang strategik dan tepat untuk bermain laying-layang. Contohnya di kawasan bukit tetapi lapang dan berangin.
Malah, mereka dapat mempelajari ilmu keselamatan diri dengan mematuhi peraturan asas seperti tidak menerbangkan layang-layang berdekatan dengan jalan raya atau di sekitar jaringan elektrik. Bermain laying-layang memerlukan kesabaran yang tinggi kerana perlu menunggu tiupan angin dan mempunyai teknik yang betul.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengalaman setiap ibu bersalin berbeza-beza. Ada yang mengalami kontraksi lama sehingga rasa perit untuk bersalin lagi, ada juga yang sakit sekejap, terus bersalin. Selain fasa kelahiran itu, yang buatkan ibu trauma juga adalah waktu berpantang.
Waktu berpantang sebenarnya masa untuk ibu berehat. Bagaimanapun, ada ibu yang terpaksa berulang alik bawa anak ke klinik untuk periksa jaundis anak sehingga satu tahap rasa penat. Itu belum lagi memikirkan berat tak turun, sembelit, anak menangis, susu tak keluar banyak dan macam-macam lagi.
Disebabkan itu, Jururawat, Bel Nawhen menasihatkan ibu bersalin sama ada normal atau czer jangan fikir bukan-bukan sehingga diri stres. Perlu rasa enjoy dan orang sekeliling pun harus memahami.
Biasalah tu lepas bersalin:
1. Badan tak ikut shape. Iyalah, hampir 40 minggu mengandung, kulit meregang semua. Makan masa nak kembali ke keadaan asal. Jangan sibuk bandingkan ibu tu dengan ibu lain.
2. Nampak payudara penuh dengan susu. Itu biasa. Nak pakai baju liplap liplap pun susah sebab baby anytime nak menyusu kan. Jadi, pakailah baju khas untuk ibu menyusu.
3. Ada orang, kulit pun nampak kusam, muka nampak letih. Iyalah, proses melahirkan bagi setiap ibu kan berbeza-beza. Belum lagi tak cukup tidur sebab baby berjaga malam. Nanti lama-lama dia biasa dengan keadaan sekeliling, dapatlah ibu berehat dengan baik.
4. Ada ibu, nak duduk pun nampak payah. Jalan pun pegang abdomen bagi ibu caesarean, janganlah aspect ibu boleh jadi flash balik awal-awal melahirkan. Sebab tu, amat kejam kalau datang rombongan cik kiah melawat baby yang ibunya melahirkan secara caesarean, ibu kena buat macam-macam.
Bila tak menolong dikatanya lemmahhhhh. Sebelum mai melawat, tanya dulu bersalin lagu mana. Normal delivery pun kadang-kadang ibu ada koyakan, pun sama makan masa untuk sembuh.
Sebab itu, bila nak menziarahi ibu lepas bersalin, jaga lisan. Masuk rumah orang jadi buta, keluar darinya jadi bisu. Fahami keadaan ibu-ibu yang baru melahirkan, dalam pantang sehingga ibu sedang journey breastfeeding. Bentuk badan perempuan ni perkara sensitif.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pegaga, epal hijau, lemon dan madu memang banyak khasiatnya untuk kecantikan dan juga kesihatan. Pengambilan jus daripada sayur-sayuran dan buah-buahan amat baik untuk penjagaan kecantikan dalaman selain rahsia awet muda.
Jus daripada buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Tidak dapat dinafikan di pasaran ada banyak minuman jus untuk kecantikan dalaman termasuklah minuman kolagen. Namun adalah lebih baik jika jus tersebut anda buat sendiri kerana ia lebih segar dan anda sendiri memilih bahan-bahan untuk dijadikan jus.
RESEPI JUS AWET MUDA
Cara hendak buatnya senang sahaja. Bukan setakat awet muda, jus ini juga turut membantu menambah susu badan bagi ibu yang menyusukan bayi mereka. Bahan-bahan yang digunakan ialah pegaga, epal hijau, lemon, madu dan air.
Khasiat pegaga sangatlah banyak. Selain membuatkan wajah awet muda, pegaga juga dapat menyuburkan rambut, membina kolagen secara semulajadi, meningkatkan tenaga, melancarkan peredaran darah dan sistem penghadaman.
CARA MEMBUAT:
2. Tapis pegaga untuk ambil airnya. Kalau dapat makan serat-seratnya sekali, lagi bagus. Baik untuk pelawasan.
3. Sedia untuk diminum. Amalkan selalu. Tidak perlu lagi beli minuman kolagen.
Setiap petua perlukan diamalkan secara konsisten. Barulah kita mendapat hasil seperti yang diinginkan.