Kita tahu bahaya kesan asap rokok pada perokok. Tanpa sedar thirdhand smoke atau asap rokok yang melekat di persekitaran dalam rumah juga beri kesan buruk pada orang yang tak menghisap tapi turut menghidu terutamanya kanak-kanak.
Mungkin ada di kalangan ayah yang merokok beranggapan dengan tidak menghisap rokok di hadapan anak maka si kecil bebas daripada sebarang kesan buruk asap rokok. Namun kita terlupa kesan saki-baki asap rokok tersebut telah melekat di seluruh persekitaran rumah.
Anak-anak yang sedang membesar dan berekplorasi kawasan sekeliling rumah sudah pasti tidak akan terlepas daripada menyentuh, menghidu atau menjilat peralatan dalam rumah yang sudah terlekat asap rokok hisapan si ayah.
Tanpa sedar anda sendiri yang telah mendedahkan anak kepada bahaya asap rokok!
Tahu ke apa itu thirdhand smoke? Secondhand smoke kita pernah dengar kan. Kalau nak tahu lebih lanjut baca perkongsian daripada Dr. Khairul Hafidz, Founder & Chairman of #MedTweetMY tentang bahayanya thirdhand smoke ini.
IKLAN
Tahukah kalian, selain perokok dan secondhand smoke, ada juga istilah thirdhand smoke?
Thirdhand smoke terjadi apabila saki baki nikotin dan bahan kimia dari rokok melekat pada permukaan bahan-bahan indoor, yang akhirnya bereaksi dengan bahan tersebut membentuk bahan toksik kepada manusia.
IKLAN
Bahan campuran toksik ini juga mengandungi bahan-bahan penyebab kanser yang akhirnya dihidu oleh manusia. Ia membahayakan terutamanya kepada kanak-kanak.
Contoh asap melekat di dinding, pakaian atau perabot, lama-lama reaksi kimia menghasilkan bahan toksik campuran yang berbahaya.
IKLAN
Oleh kerana itu, matlamat kami adalah untuk membentuk PERSEKITARAN BEBAS ROKOK, bukan hanya orang berhenti merokok.
Kami mahu persekitaran bebas asap rokok dan orang awam bebas dari menjadi mangsa secondhand dan juga thirdhand smoke.
Sumber: Khairul Hafidz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang menyusukan bayi, pengalaman digigit puting antara yang paling dirisaukan ibu. Insiden ini akan berlaku secara mengejut dan tak dijangka.
Memang kebanyakan masanya kita tak dapat menjangka. Ada yang hampir terlena, tapi tiba-tiba saja menggigit. Rasanya bukan main pedih. Ada yang sampai menitis air mata menahan sakit. Tapi, takkan nak marah si kecil yang tak tahu apa-apa?
Apa yang perlu dilakukan apabila bayi mengigit puting ibu?
1) Elakkan daripada terus menarik payudara dari mulut bayi. Ia menyebabkan puting akan terluka. Ibu dapat mendekatkan bayi kepada badan ibu sehingga mukanya tenggelam di dalam payudara ibu.
Dengan cara itu, hidungnya akan terhalang dan pernafasan akan sedikit sukar, bayi akan terus melepaskan payudara ibu dari mulutnya.
Ibu juga dapat meletakkan jari kelengkeng di celah mulut bayi ataupun menutup hidungnya supaya bayi melepaskan payudara ibu.
2) Elakkan daripada menjerit dengan kuat semasa bayi mengigit kerana ia dapat menakutkan bayi. Bayi mungkin merajuk ataupun menolak daripada disusukan.
3) Hentikan penyusuan sebaik sahaja bayi mula mengigit. Bayi akan mendapat isyarat yang dia tidak boleh mengigit sekiranya mahu menyusu.
Sekiranya bayi mengigit kerana gusinya “gatal’ dan mahu tumbuh gigi, berikan sesuatu untuk dia gigit seperti tuala basah yang sejuk ataupun mainan khas untuk bayi.
Ada juga gel yang dijual difarmasi untuk letak digusi bayi bagi mengurangkan kesakitannya. Boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
4) Sekiranya bayi masih terus mengigit walaupun langkah-langkah di atas sudah di buat, katakan kepadanya dengan nada tegas, tetapi jangan sampai pula sampai menjerit.”janganla gigit. Adik mahu menyusu atau tidak? ibu sakitlah.”
Kemudian, hentikan penyusuan beberapa saat. Cuba susukan kembali sejurus selepas itu. Sekiranya dia masih mengigit, hentikan terus penyusuan. Mungkin bayi sebenarnya tidak mahu menyusu.
Kredit dari Dr Faridah Idris, Terbitan PTS Millenia Sdn Bhd..
Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir. Kira-kira 60 peratus bayi mengalami jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran. Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis, doktor akan menyarankan agar bayi diberikan susu ibu dengan secukupnya.
Tetapi dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi mungkin mengalami jaundis disebabkan susu ibu sendiri. Jadi, apakah sebenarnya kaitan antara bayi kuning dengan susu ibu?
Bagaimana jaundis berlaku?
Jaundis berlaku apabila bayi mempunyai kadar bilirubin yang tinggi dalam darah mereka. Bilirubin adalah pigmen kuning yang dihasilkan semasa pecahan sel darah merah yang telah tua.
Bilirubin kebiasaannya melalui hati yang memprosesnya untuk disingkirkan melalui usus. Walau bagaimanapun, dalam bayi yang baru lahir, hati selalunya belum cukup berkembang dan mungkin tidak dapat menyingkirkan bilirubin daripada darah. Apabila terlalu banyak bilirubin dalam darah, ia boleh menetap di kulit. Ini menyebabkan kulit dan mata kelihatan kuning.
Selain masalah menyingkirkan bilirubin melalui hati dengan berkesan, bayi juga tidak mempunyai pergerakan usus yang cukup kerap. Salah satu manfaat kolostrum atau susu pertama bayi ialah ia membantu membersihkan usus bayi anda. Walaupun kolostrum hanya sebanyak satu sudu teh, ‘susu pertama’ ini akan membantu bayi anda membuang air. Jadi, jika bayi anda dipastikan menyusu secukupnya, bayi anda akan menerima banyak kolostrum dan akan menyebabkan banyak pergerakan usus, yang akan membantu bilirubin disingkirkan dengan cepat.
Susu ibu dan jaundis
Terdapat dua jenis jaundis yang berkaitan dengan penyusuan badan iaitu jaundis susu ibu (breast milk jaundice)dan jaundis penyusuan susu ibu (breastfeeding jaundice).Dalam kebanyakan hal, bayi anda mungkin mengalami jaundis penyusuan susu ibu, iaitu disebabkan tidak menyusu dengan mencukupi. Dalam keadaan ini, anda akan disarankan untuk menyusukan bayi anda sekerap mungkin, agar lebih banyak bilirubin dibuang daripada badan bayi.
Doktor anda mungkin akan menyarankan tip-tip berikut:
Sejurus selepas kelahiran, pegang bayi anda kulit ke kulit supaya menggalakkan bayi menekap di payudara. Letak bayi di dada sekerap mungkin.
Susukan bayi sejurus selepas kelahiran dan sekerap mungkin dalam beberapa hari pertama. Lebih kerap bayi menyusu, lebih kerap bayi akan membuang dan menyingkirkan bilirubin.
Pam susu anda untuk diberikan kepada bayi, jika perlu.
Jika bayi anda kerap mengantuk, pam susu kolostrum dan berikan menggunakan cawan atau sudu.
Hubungi konsultan laktasi untuk pemeriksaan teknik menyusu untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
Ketahui isyarat lapar bayi anda dan segera bertindak balas! Jangan tunggu sampai bayi anda menangis untuk mula memberinya makan.
Pastikan anda menyusu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.
Jika bayi anda tidak bangun sendiri dalam tempoh 3 jam, kejutkan untuk menyusukannya.
Buka pakaian bayi anda dan biarkan lampin sahaja agar bayi terjaga sewaktu menyusu dan menyusu dengan betul.
Teruskan menyusu. Jangan memberikan air untuk menyingkirkan bilirubin.
Jaundis susu ibu (breast milk jaundice) pula adalah penyakit kuning dalam bayi yang berlaku seminggu selepas kelahiran. Keadaan ini sangat jarang berlaku dan dilaporkan terjadi dalam kurang daripada 3 peratus bayi. Keadaan ini kadang-kadang boleh bertahan sehingga 12 minggu, tetapi jarang menyebabkan komplikasi pada bayi yang sihat dan menyusu baik.
Punca sebenar jaundis susu ibu tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia mungkin terkait dengan bahan dalam susu ibu yang menghalang protein tertentu dalam hati bayi daripada memecahkan bilirubin. Keadaan ini boleh diwarisi dalam keluarga.
Maklumat ini mungkin menimbulkan kerisauan bagi para ibu yang mengesyaki anak mereka mengalami jaundis susu ibu. Pun begitu, anda tidak boleh berhenti menyusu jika anda khawatir bayi anda mungkin mengalami jaundis susu melainkan atas arahan doktor. Susu ibu adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Ia membekalkan semua nutrien yang diperlukan dan melindungi bayi daripada penyakit dan jangkitan. American Academy of Pediatrics mengesyorkan bayi menyusu lapan hingga 12 kali sehari untuk enam bulan pertama kehidupan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu formula bukanlah salah seratus peratus tetapi perlu belajar untuk hadkannya bagi memperkenalkan makanan semulajadi kepada anak-anak berusia dua tahun ke atas. Itu ibu bapa kena tahu.
Dr Suriyakhatun berikan pencerahan mengenai susu formula kepada semua ibu bapa. Masih tak terlambat untuk mengubah pemakanan anak kecil kita. Tak gitu?
Empat tahun dulu saya mula menulis tentang susu formula bukan makanan utama anak yang atas dari umur dua tahun. Saya telah syorkan untuk hadkan susu kepada dua gelas sehari dan beri susu tanpa sebarang campuran iaitu susu segar atau susu full cream sama ada susu lembu atau susu kambing.
Sekarang semakin ramai yang jumpa saya sudah amalkan begini.
Mengapa saya mula utarakan perkara ini? Ia berpunca kepada masalah pesakit saya yang mula sakit sejak berhenti susu badan dan sambung susu formula. Perkara ini tidak disedarkan ibu-bapa tetapi menjadi jelas bila saya beritahu : Anak anda mula sakit sejak tukar ke susu……
Susu formula bukan makanan semula jadi. Ia banyak bahan tiruan dalamnya disamping mengandungi susu lembu yang ramai anak -anak mungkin ada alahan kepadanya “lactose intolerance serta cow’s milk protein allergy” serta kandungan gula yang boleh menyebabkan membiaknya bakteria patogen serta candida dalam usus .
Selain dari itu, susu mengambil tempat makanan asli semula jadi yang anak perlukan untuk membesar. Disamping itu, bila anak masih bergantung pada susu pada umur lebih 2 tahun dengan meminum 200 ml x 5 atau x 6 = 1 liter atau 1.2 liter air pada badan kecilnya akan menyebabkan fluid overload dan beban pada ginjal .
Pergantungan pada susu yang bersifat acidic food menyebabkan tulang dan gigi menjadi lemah . Ini adalah sebab buffer system badan larutkan zat galian dari tulang anak untuk kekalkan alkaline ph darah bila mana makanannya tidak memberi secukupnya ions yang kekalkan ph darah ditahap alkaline ph yang diperlukan . Gigi juga boleh busuk sebab gula dalam susu .
Ini antara masalah yang timbul bila susu jadi makanan utama dan bukan makanan tambahan . Susu bukan makanan utama anak lebih dari 2 tahun.
Kredit: Dr Surikhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!