Apabila bayi dah berusia 7 bulan ke atas, ibu boleh pelbagaikan makanan untuk bayi. Bubur nasi, pasta, makanan jejari, pencuci mulut dah boleh diberikan mengikut usia anak.
Sekurang-kurangnya anak tak jemu makan makanan yang sama. Dengan cara mempelbagaikan menu dari awal, boleh ajar anak rasa pelbagai jenis makanan dan tidaklah jadi picky eater.
Bagi ibu yang ingin mencuba hidangkan pencuci mulut pada anak, boleh buat resipi yang dikongsikan oleh Zulaikha Aida. Sesuai untuk anak usia 7 bulan ke atas. Yang penting semua resipi ni tiada gula dan garam.
Aiskrim mango
Susu full cream ( 1 kotak kecik )
Puri mangga 1 biji ( blend tanpa air)
Panaskan susu full cream, dah mendidih masukkan puri mangga tadi kedalam kuali. Dah siap boleh masukkan dalam bekas
Aiskrim naga
Ads
Susu full cream ( 1 kotak kecik )
Puri naga 1 biji ( blend tanpa air)
Panaskan susu full cream, dah mendidih masukkan puri naga tadi ke dalam kuali. Dah siap boleh masukkan dalam bekas
Bubur sum sum
Buah naga (nak guna buah mangga pun boleh)
Tepung beras 3 sudu besar
Susu full cream 1 kotak kecik
Masuk kan susu full cream bersama tepung beras. kacau ( tapi jangan bukak api dulu ) dah sebati baru bukak api kacau sampai jadi likat. dah siap bole masukkan dalam bekas.
Ads
Buah naga blend tanpa letak apa-apa.
Resepi cheesekut
Bahan :
susu full cream
biskut (apa2 brand janji nosugarnosalt ya)
cream cheese (tatura)
Cara-cara:
Ads
Panaskan cream cheese nd susu guna api slow. Kacau jangan sampai berketul.
Layer cream cheese + susu dengan biskut yang dihancurkan.
Ada waktunya kita buntu memikirkan apa menu terbaik untuk si kecil kita bagi menaikkan seleranya. Tercari-cari menu snek petang untuk anak, apa kata cuba resipi kek cawan atau cupcake gabungan labu dan lobak merah yang pastinya cukup banyak khasiatnya kepada anak kecil kita.
Bukan saja warna, bahkan rasa asli dari labu dan lobak merah yang manis buat kek comel ini pasti disukai anak-anak kita. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Yani Rosli.
Carrot Pumpkin Cupcake with Custard Sauce.
Bahan-bahan:
1/2 lobak merah ( saiz sederhana )
1/2 labu ( saiz sederhana )
1/2 cawan susu full cream
5sdm tepung pancake vanilla mfm
3sdm tepung gandum unbleach
1biji telur ( gred B )
Kukus labu & carrot.
Lepas tu blend bersama telur & masukkan tepung sedikit demi sedikit ( jangan banyak sangat nanti keras )
Kukus 30-40 minit.
Bahan sauce:
1/2 susu full cream
1 sk tepung jagung
Panaskan susu & masukkan tepung.
Kacau sehingga tidak berketul.
* Menu dinner Adam tadi. Alhamdulillah habis seketul. Ibu buat extra 3 cup, nanti kalau dia nak lagi nanti senang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak, terutamanya aspek penyusuan eksklusif, kan? Tapi ia tidaklah semudah disangka. Usah bimbang, ada resepi makanan penggalak susu yang boleh dicuba.
Antara cabaran utama ibu-ibu dalam melakukan penyusuan eksklusif adalah untuk memastikan bekalan susu mencukupi bagi memenuhi keperluan si manja.
Tetapi, masalah tersebut boleh diatasi dengan pengambilan makanan penggalak susu yang sihat dan berkhasiat.
Dalam perkongsian artikel ini, ikuti resipi yang sedap dan paling penting berkhasiat untuk ibu. Dalam masa yang sama ia juga dapat meningkatkan bekalan susu badan untuk bayi.
5 resipi makanan penggalak susu sedap
1. Smoothie epal beri
Minuman ini boleh diambil sebagai sarapan atau snek minum petang. Ia dipenuhi dengan buah-buahan yang kaya protein dan nutrien.
Yogurt Greek adalah sumber kalsium yang hebat dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk tempoh yang lama. Ia mengandungi bakteria dan probiotik sihat yang bagus untuk sistem pencernaan ibu dan bayi.
Bahan-bahan:
3 cawan jus epal
2 biji epal, dicincang halus
2 pisang beku, dipotong dua
2 cawan beri biru beku
2 cawan strawberi beku
1⅓ cawan yogurt Greek kurang lemak
Cara membuatnya:
Campur semua bahan dalam mesin pengisar. Kisarkan sehingga sebati.
Tuangkan smoothie dalam bekas minuman kecil. Sejukkan semalaman dalam peti ais sehingga pekat.
Jangan lupa goncang sebelum minum.
2. Tauhu cili manis dan bijan
Bagi ibu yang sedang mencari menu untuk makan tengah hari, mungkin boleh cuba idea resepi makanan penggalak susu ini.
Tauhu adalah alternatif daging yang baik dan merupakan sumber kalsium. Biji bijan juga tinggi kalsium, selain menjadi sumber serat dan zat besi.
Sebagai penyeri masakan, anda juga boleh menambah lada benggala. Haa, jangan tak tahu lada ini mengandungi lebih banyak vitamin berbanding buah sitrus!
Bahan-bahan:
600g tauhu lembut, dibasuh dan dikeringkan
2 sudu besar biji bijan
1 sudu kecil bawang putih dicincang halus
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos cili manis Thai
1 sudu kecil minyak bijan
¼ cawan daun bawang, dipotong
Cara membuatnya:
Masukkan tauhu ke dalam periuk bersama air sehingga menutupi permukaan tauhu. Masak atas api sederhana sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api untuk mengekalkan kepanasan tauhu. Panaskan periuk kecil pada suhu sederhana. Masukkan biji bijan dan masak selama 2 hingga 3 minit sehingga dipanggang dengan baik.
Tumbuk menggunakan lesung batu atau lenyekkan biji bijan yang telah dipanggang sehingga menjadi separuh serbuk. Lakukan kaedah yang sama dengan bawang putih.
Satukan biji bijan, bawang putih, kicap, sos cili dan minyak di dalam mangkuk kecil. Angkat tauhu dengan berhati-hati daripada air rebusan dan potong. Letakkan di atas pinggan dan tuangkan sos yang disediakan tadi. Jangan lupa taburkan daun bawang yang telah dipotong. Sedia untuk dimakan!
3. Daging bersama brokoli tumis
Makanan ini penuh dengan nutrien yang menyokong kesihatan ibu dan bayi. Daging lembu dapat meningkatkan tenaga dan merupakan sumber protein dan zat besi yang hebat. Brokoli pula adalah sumber kalsium dan vitamin A yang bagus.
Resepi ini juga sedap dimakan bersama nasi panas!
Bahan-bahan:
500g daging lembu, dihiris nipis
1 sudu besar jus lemon atau limau nipis
2 sudu besar kicap, dibahagi 2
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar bawang putih, dicincang
2 sudu teh halia, dicincang
6 cawan brokoli
2 sudu besar stok ayam/ boleh gantikan dengan campuran air bersama mentega cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 1 sudu besar air
¼ cawan air
Cara membuatnya:
Campurkan daging bersama jus lemon atau limau nipis bersama 1 sudu besar kicap. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Ratakan seluruh permukaan kuali dengan minyak.
Masukkan daging dan biarkan selama 1 minit sehingga bertukar kecoklatan tetapi tidak masak sepenuhnya. Keluarkan daging ke dalam pinggan dan ketepikan. Masukkan bawang putih dan halia ke dalam kuali, tumis selama 30 saat atau sehingga naik bau wangi. Campurkan brokoli dan tumis untuk tempoh seminit atau sehingga warnanya bertukar menjadi hijau terang.
Kemudian, masukkan ¼ cawan air dan tutup kuali. Biarkan selama 2 minit atau sehingga brokoli menjadi lembut.
Campurkan 1 sudu besar kicap, stok ayam dan sos tiram ke dalam kuali. Biarkan ia mendidih dan masak selama 1 minit atau sehingga perisanya bergabung.
Masukkan daging yang telah diketepikan awal tadi ke dalam kuali. Kacau adunan air bersama tepung jagung dan masukkan ke dalam kuali. Masak hingga kuah menjadi pekat. Sedia untuk dinikmati!
4. Puding coklat chia
Puding ini sesuai dijadikan sarapan pagi yang lazat atau pencuci mulut enak. Ia juga makanan penggalak susu terbaik untuk dimakan. Makanan ini turut tinggi kandungan protein dan dapat membuat ibu berasa kenyang.
Bahan-bahan:
1 cawan susu lembu
6 sudu besar biji chia
¼ cawan madu
2 sudu besar serbuk koko
⅛ sudu kecil garam
1 sudu kecil ekstrak vanila
Pilihan untuk topping: buah beri, cip coklat atau kacang
Cara membuatnya:
Masukkan susu, biji chia, madu, serbuk koko, vanila dan garam ke dalam mesin pengisar. Mulakan kisaran tahap rendah sebelum menukar kepada kisaran lebih tinggi, sehingga campuran bahan-bahan menjadi halus dan sebati.
Puding ini harus mempunyai konsistensi pekat dan ia sedia untuk dinikmati bersama pilihan topping anda.Jika mahukan puding yang sejuk, tuang kisaran ke bekas dengan penutup dan sejukkan dalam peti ais. Sejukkan untuk tempoh 3 hingga 4 jam sebelum dimakan.
5. Booby bites
Snek ini bagus sebagai makanan peningkat tenaga segera. Tambahan pula ia mengandungi bahan seperti oat dan biji rami yang dapat menggalakkan susu.
Bahan-bahan:
1 cawan oat
½ cawan mentega kacang
½ cawan biji rami
⅓ cawan madu
½ sudu besar ekstrak yis
1 sudu kecil ekstrak vanila
½ cawan cip coklat mini
Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan kering: oat, biji rami, cip coklat dan ekstrak yis. Masukkan mentega kacang, madu dan vanila. Gaul rata. Sejukkan adunan untuk tempoh sejam.
Keluarkan daripada peti ais dan bentukkan menjadi bebola kecil. Sudah boleh makan!
Baki bebola itu boleh disimpankan dalam bekas kedap udara sebelum dimasukkan kembali ke dalam peti ais. Snek ini boleh tahan sehingga 2 minggu!
Selamat mencuba resepi yang dicadangkan di atas. Moga bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang berusaha melakukan penyusuan eksklusif!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bosan dengan agar-agar biasa, apa kata kita cari kelainan dengan menyediakan agar-agar roti batik ini pula untuk hidangan berbuka. Anak-anak pasti sukakan warna cantiknya.
Paling menarik, hendak membuatnya pun tidaklah sesukar mana. Hanya perlu asingkan beberapa adunan agar-agar bewarna sahaja. Mudah. Jom cuba resipi perkongsian Pn Siti Hajar ini. Sedap!
Menu wajib untuk jualan di gerai-gerai pada bulan puasa. Tiap-tiap tahun saya jual RM2 sebekas sebab antar kat gerai. Bila tolak upah tuan kedai saya dapat RM1.40. Alhamdulillah.
Puding Roti Batik Resepi (ni resepi untuk agar-agar tali yang 30gm. Kalau yang sikit tengok ada di plastik sukatan air. So gula kena anggar-anggar berapa, yang warna-warna pulak tu boleh letak untuk 3 kali buat agar-agar yang letak susu dan roti tu. Kalau tak mau membazir beli agar-agar pack kecik untuk warna-warna, so gula pun kena agak-agak la berapa)
Agar-agar tali cap moon 30gm (2 pack)
Gula
Esen vanila
Pewarna
Roti 3-4 keping
Susu cair 1 tin
Telur 2 bijik
Gula batu
Masakkan agar-agar 1 pack dengan air 1.9 liter sampai betul-betul larut.
Bila dah larut masukkan gula 2 cawan dan gula batu beberapa biji.
Bila dah betul-betul larut, masukkan dalam bekas-bekas dan letak warna ikut suka hati.
Masakkan agar-agar 1 pack lagi dengan air 1.9 liter sampai betul-betul larut. Bila dah larut masukkan gula 3 cawan dan gula batu bebarapa biji.
Bila dah betul-betul larut, tuangkan campuran roti telur dan susu cair yang sudah di blend.
Masukkan esen vanila, garam sdikit dan biar mendidih. Letak dalam bekas-bekas.
Bila suam-suam, potong agar-agar warna tadi, masukkan dalam bekas agar-agar yang ada susu tadi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!