Stresnya bila anak mula koyakkan kertas dan sepahkan mainan dan barang-barang dalam rumah. Rasa rimas melihat semua barang bertaburan sana-sini. Ditambah dengan kertas-kertas yang disepahkan anak-anak.
Nak mengemas bukan mudah, perlukan masa untuk rumah kembali bersih dan cantik. Itu sebahagian rungutan mama yang pening kepala bila anak mula sepahkan rumah. Sebaiknya ubah cara pemikiran yang semacam ini kerana aktiviti sepahkan rumah ni, terutama sekali koyakkan kertas ada banyak manfaatnya dalam motor halus anak kita.
Perkongsian Puan Aminah Binti Hussain ni menarik untuk kita baca. Banyak kelebihannya aktiviti koyakkan kertas ni.
KOYAK KERTAS JE PUN
Cikgu longgokkan kertas di depan semua pelajar cilik itu. Cikgu bagi arahan mudah.
“Sila koyakkan kertas secara bebas”. Di suatu sudut ada seorang pelajar lelaki hanya menguis, memegang dan membelek kertas-kertas yang ada. Cikgu datang ambil 1 kertas dan koyakkan depan pelajar itu. Tapi pelajar itu tetap tak boleh koyakkan kertas.
Ads
“Tak pernah koyak kertas dengan mama?” Pelajar itu menggeleng!
Tahu tak aktiviti koyak kertas ada dalam silibus pra sekolah tau. Pada umur 6 tahun anak kena pandai koyakkan kertas secara bebas.
Tapi! Malangnya kita hari ini terlalu risaukan anak sampai tak bagi anak koyak kertas.
Ads
Risau anak terkunyah kertas yang koyak!
Risau anak termakan serpihan kertas!
Risau anak tertelan kertas nanti tak hadam!
Paling risau takut rumah bersepah!
Tengok tak video viral bayi umur 10 bulan koyak kertas dan ketawa mengekek tu? Itu bunyi kertas koyak boleh meransang auditory (pendengaran) anak.
Koyak kertas juga untuk tengok sama ada motor halus anak berfungsi atau tidak. Jika motor halus perlahan/slow, otak anak juga akan slow. Sebab itu ada silibus koyak kertas di tadika dan pra sekolah.
Ads
Kat rumah pun kita boleh buat. Longgokkan kertas yang terpakai depan anak
Surat khabar pun boleh. Kasi anak koyak puas- puas.
Lepas bersepah ajak anak kemaskan. Masukkan cebisan kertas dalam bakul sampah.
Anak dapat ransang motor halus! Anak dapat ransang pendengaran! Anak dapat belajar mengemas barang setelah sepahkan.
Seronok kan?
Kredit: Aminah Binti Hussain
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada usia berapa bayi mula duduk? Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia 1 tindakan tidak wajar?
Bergelar ibu bapa, pastinya anda berasa bangga apabila melihat si manja mencapai tahap perkembangan yang baik.
Antara salah satu perkembangan yang dinantikan ibu bapa adalah untuk melihat anaknya dapat duduk dengan baik.
Tetapi adakah anda tahu bila bayi akan mula duduk dengan sendirinya?
Bila bayi mula duduk?
Umumnya, seorang bayi akan belajar untuk duduk pada sekitar usia 6 bulan.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah bagi sudah mula belajar untuk duduk seawal usia 4 dan 5 bulan.
Tapi ada juga bayi yang hanya mula belajar untuk duduk setelah usia 7 dan 8 bulan.
Ia adalah sesuatu yang normal. Ini kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza dan ada rentaknya yang tersendiri. Sebagai ibu bapa anda tidak boleh membandingkan mereka.
Namun, bagaimana pula jika ada ibu bapa yang mahu melatih bayi duduk, boleh ke?
Kemahiran diperlukan sebelum bayi mula duduk
Sebelum menjawab persoalan mengenai melatih bayi duduk, berikut adalah kemahiran yang diperlukan sebelum bayi mula duduk dengan sendirinya:
Sekitar usia 2 bulan
Si manja boleh mengangkat dan menahan kepalanya pada posisi 45° sambil meniarap untuk beberapa minit.
Sekitar usia 3 bulan
Pada usia ini, bayi sudah boleh mengangkat kepala dan dadanya pada posisi 45° sambil meniarap. Keadaan kepala si manja lebih stabil berbanding sebelumnya.
Sekitar usia 4 bulan
Bayi sudah dapat mengangkat kepalanya sehingga 90° sambil meniarap. Si kecil juga mungkin sudah mencuba untuk duduk dengan bantuan.
Sekitar usia 5 bulan
Pada tempoh ini, anak anda akan mula mengangkat keseluruhan badannya semasa sesi tummy time.
Si kecil juga sudah boleh berguling. Dengan sokongan, mereka juga akan dapat mengekalkan kestabilan kepala ketika duduk.
Sekitar usia 6 bulan
Si manja sudah boleh duduk dengan bantuan. Malahan mereka juga sudah mampu berguling ke kiri dan ke kanan.
Sekitar usia 7 bulan
Kebanyakan bayi boleh duduk sendiri tanpa sokongan. Bahkan si manja mungkin sudah boleh mengangkat bahagian atas badan mereka.
Sekitar usia 8 bulan
Sudah mampu untuk duduk tegak tanpa bantuan. Pada waktu ini, anak anda mungkin mampu menggerakkan bahagian atas badannya dengan mudah dan seimbang.
Jangan terkejut, jika si manja sudah cuba-cuba untuk berdiri dengan bantuan pula.
Cara untuk melatih bayi duduk
Sudah tentu anda boleh melatih bayi duduk. Namun ada caranya.
Tummy time
Penting untuk anda memberikan masa secukupnya untuk bayi melakukan tummy time.
Apabila si manja sudah boleh mengawal kepalanya, baringkan dia secara meniarap.
Pada permulaan, letakkan dia meniarap di atas pangkuan atau perut anda.
Setelah bayi sudah semakin kuat, biarkan dia untuk berbaring di permukaan yang selamat untuk tummy time.
Back time
Tummy time langkah penting untuk menguatkan leher dan otot bahagian atas badannya. Manakala back time dapat menguatkan otot abdomen, dada dan belakang badan.
Baringkan bayi secara menelentang dan berikan dia mainan. Anda mungkin dapat melihat anak cuba untuk berguling.
Pegang bayi dalam posisi lurus
Anda boleh melatih bayi duduk dengan meletakkan mereka dalam posisi duduk. Tetapi pastikan badan si manja diberikan sokongan sepenuhnya.
Bantuan tambahan
Anda boleh gunakan pelbagai alatan tambahan atau mainan untuk membantu si manja duduk.
Gunakan bantal sebagai pelapik ketika bayi duduk di atas ribaan anda. Berikan mainan di hadapan si manja dan bantu mereka mencapainya.
Posisi melatih bayi duduk
Terdapat beberapa posisi yang boleh dicuba untuk membolehkan bayi mula duduk sendiri:
Duduk di pangkuan
Biarkan bayi duduk di riba anda dan alihkan sokongan tangan daripada badan atas ke badan bawah. Gerakkan tangan anda daripada bahagian dada ke bahagian pinggul bawah si manja.
Posisi ini sesuai untuk bayi berumur 3 hingga 6 bulan.
Duduk di kerusi
Anda boleh gunakan kerusi untuk membolehkan bayi mula duduk. Kaedah ini sesuai untuk si manja yang sudah mula untuk duduk tetapi masih perlu melakukan kestabilan bahagian badan atas.
Duduk di lantai antara kaki
Sesuai untuk bayi berusia 4 hingga 5 bulan. Bayi akan mendapat sokongan daripada dada dan kaki anda.
Duduk di lantai dengan bantal
Letakkan bantal di sekitar bayi dan mainan di hadapan mereka. Biarkan dia mencapai mainan tersebut.
Posisi tripod
Biarkan bayi duduk dengan kedudukan kaki terpisah dan letakkan mainan pada jarak yang boleh dicapai.
Biarkan bayi menggunakan kekuatan bahagian belakang badannya untuk mencapai mainan tersebut. Sesuai untuk bayi berusia 4 hingga 6 bulan.
Duduk dalam bakul pakaian
Untuk melatih bayi duduk, letakkan mereka dalam bakul pakaian atau kotak. Ia membolehkan si manja mendapat sokongan kiri dan kanan.
Posisi cincin
Sesuai untuk bayi usia 6 hingga 8 bulan. Letakkan bayi duduk di lantai dengan kaki terbuka tetapi bertemu di tapak kaki.
Ada beberapa senaman yang boleh dilakukan untuk membolehkan bayi mula duduk tetapi jangan berlebihan.
Jika anda menyedari kadar perkembangan si manja terbantut atau perlahan, dapatkan pemeriksaan doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mandi, nak mandi lama-lama. Pergi playground, tak nak balik. Pergi “supermarket”, nak lari ke sana ke mari. Main mainan orang lain, tak nak pulang. Pergi kedai mainan, nak bawa mainan keluar dari kedai.
Anak papa mama ada tak ciri macam ni? Jika ada baca perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi ini yang boleh ibu bapa lakukan bila anak dalam situasi tersebut.
Anak saya pun ada ciri-ciri di atas sebelum ini, memang susah sangat nak “move on” bila pergi ke sesuatu tempat atau pinjam mainan di mana-mana. Semua dia nak buat harta sendiri dan rumah sendiri ?
Puncanya adalah kerana semasa ini anak tak tahu lagi semua barang dia jumpa atau main bukan hak milik dia. Anak ingat bila main mainan itu, automatik dah jadi hak milik dia. ?
Saya pasti ramai juga mak ayah yang mengalami masalah ini, selalunya akan bermula dalam lingkungan 1 tahun 3 bulan ke atas. Yang mana belum tunjukkan ciri-ciri ini, ayuhlah bersedia mental dan fizikal.
Pertama perlu fikir positif sebab memang fitrah budak-budak suka bermain. Selagi tak penat dan tenaga mereka ada bateri selagi itu anak tak nak balik. Selagi belum bosan main mainan baru selagi itu mereka tak nak lepaskan.
Tapi masalah akan timbul bila setiap kali anak merengek tak nak balik, kita turutkan. Bila anak menangis nak bawa mainan keluar, kita ambil dan belikan. Belajar untuk “move on”pun penting dalam perkembangan anak. Untuk mengelakkan masalah besar dikemudian hari apabila setiap kali anak pergi supermarket akan ada episod amukan anak. Baik mulakan awal. ?
Memang kalau boleh kita nak bagi semua benda pada anak, tapi ada masanya anak juga perlu hormat keputusan mak ayah dan belajar bertolak ansur kerana tak semua dikehendaki dia akan dapat. Realiti kehidupan sebenar pun tak macam itu.
Jadi ini tips saya untuk bantu anak “move on” dari sesuatu yang anak suka. Mulakan seawal mungkin kalau anak dah mula faham ?
1. Konsep kepunyaan.
Konsep ini sebenarnya dah boleh diajar seawal umur 1 tahun kerana waktu ini perkembangan emosi anak dah berkembang dan normal waktu ini anak dah mula tahu diri sendiri berbeza dengan mak ayah. Bila pergi kemana-mana tempat yang ada mainan, beritahu anak yang mainan itu bukan anak punya.
Cara untuk ajar senang sahaja, mulakan dengan benda harian. Contohnya dalam kes saya dan anak saya;
“Ini baju Mummy, ini baju Eva” atau
“Mummy punya, Eva punya”.
Kalau anak pegang atau bermain dengan barang bukan kepunyaannya, beritahu awal-awal yang barang itu orang lain punya sebelum mereka mula ada “attachment” dengan barang tersebut.
2. Kaedah bercerita (“story telling”)
Beritahu anak tempat mana yang kita akan tuju supaya dia mula “lepaskan” perasaan seronok lebih awal. Kalau mak ayah dah tahu atau dah biasa ke tempat itu, ceritakan pada anak tujuan ke tempat itu, pergi berapa lama, apa yang ada disana dan sebagainya. Involve anak dalam setiap apa yang kita lakukan supaya anak rasa dihargai dan dihormati.
3. Time out.
Ingatkan anak masa yang anak dibenarkan main. Kalau anak yang umur bawah 2 tahun mungkin kena ada “distractions” untuk tinggalkan tempat yang anak tak nak balik. Kalau dah lebih 2 tahun boleh beritahu kenapa kena balik contohnya:
“Jom, jalan-jalan”
“Jom balik, kita pergi makan”
Kalau anak dah tahu masa, boleh beritahu masa anak dibenarkan main supaya dia “mentally prepared” dan gunakan masa dengan sebaiknya. Disarankan untuk ingatkan anak 30 minit, 10 minit dan 5 minit sebelum.
Point ini penting sangat untuk mengurangkan episod menangis. Kalau anak yang nak mandi lama-lama pun sama, mak ayah perlu tahu untuk manipulasi anak ikut kreativiti.
4. Belajar melepaskan barang.
Ini adalah apa yang saya terapkan pada anak saya supaya cepat “move on” dan untuk mengelakkan satu rumah bersepah. ?
Anak umur bawah 2 tahun ini memang sangat naif, kalau dah sayang sesuatu benda mesti rasa nak bawa benda itu kemana-mana tetapi bila dah bosan mereka akan campak mainan merata-rata. ?
Jadi untuk mengelakkan satu rumah bersepah, mak ayah boleh cuba terapka konsep main mainan di satu tempat kalau nak pergi tempat lain anak kena tinggalkan dahulu.
Contohnya mainan masak-masak ada diruang tamu, kalau anak nak pergi bilik dia kena tinggalkan mainan dahulu. Masa awal-awal memang susah sebab kalau boleh anak nak bawa kemana-mana. Kalau saya dan anak saya, saya minta anak saya “bye” semua barang sebelum pergi.
Bila anak dah biasa dengan konsep ini, insyaAllah kurang dah episod anak pergi kemana-mana nak bawak balik mainan dan masalah rumah bersepah dengan mainan. ?
Konsep saya mudah,
kalau kita nak dihormati oleh anak, hormat anak dahulu.
Kalau kita nak anak bertolak ansur, kita pun perlu belajar bertolak ansur.
Kalau kita nak anak dengar cakap kita, dengar cakap anak juga.
Kalau kita nak anak ikut kita, kadang kala kita juga perlu ikut anak ke mana dia nak pergi.
Give and take.
Jangan anggap anak seperti bayi yang tak tahu apa, tetapi anggaplah anak seperti individu yang tengah belajar tentang kehidupan.
Kesimpulannya sebelum anak belajar manipulate kita, ayuhlah kita manipulate anak dahulu. All the best! ???
Momen sewaktu anak kecil yang akan dikenang sampai bila-bila. Percayalah bila diingat semula ketika anak dah besar, kita boleh tergelak sendiri. Tak mustahil bila mereka tengok gelagat masing-masing pun macam tak percaya.
Malah pakar pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan pun mengesyorkan layanlah anak-anak sewaktu kecilnya. Bergurau dan bermain lah ketika 6 tahun pertama. Selepas fasa 6 tahun, layanan ibu bapa juga dah tak sama.
Menerusi perkongsian Zizie Izzete di instagramya, dia ada memuat naik video gelagat anak kembarnya yang cukup mencuit hati yang menyorok takut kena marah selepas memecahkan pasu bunga.
Disebabkan takut mommy marah selepas memecahkan pasu bunga di dalam rumah, pasangan anak kembar pelakon Datin Seri Zizie Izette bertindak menyembunyikan diri mereka di bawah timbunan tilam.
Perkara itu dikongsikan Zizie menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
“Dua beradik ni buat projek kat tangga sampai pecah pasu bunga mommy. Dah tau salah terus menyorok.
“Nasib tukang report (Aaric) beritahu diorang menyorok kat mana. Watak singa mommy dah keluar!,” ceritanya.
Begitupun, video tersebut mengundang perhatian netizen apabila, Zizie bertukar karakter dengan suara ‘menyinga’ kerana geram dengan apa yang dilakukan oleh anak-anaknya itu.
Apa yang mencuit hati, anak-anaknya itu sanggup bersembunyi baring di bawah tilam bagi mengelak daripada dikesan ibunya.
Zizie yang pada mulanya gagal mencari, kemudian berjaya menemui lokasi persembunyian mereka selepas dimaklumkan anaknya yang lain.
Namun, sebaik ditemui, kedua-dua anaknya itu, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 3, terus berteriak kerana ketakutan selepas menyedari kesalahan mereka.
Lucu tengok gelagat si kembar
Bagaimanapun, rata-rata lucu melihat gelagat anak-anaknya yang disifatkan cukup bijak.
“Ya Allah anak, boleh kau nyorok bawah tilam..hahah, mak nya pun tak perasan.
“Pandai senyap sembunyi, lepastu belum marah lagi dah drama dulu dah,” tulis sebahagian komen netizen.
Begitupun menurut Zizie, dia sengaja mengeluarkan suara garang kerana mahu mendidik anak-anaknya itu bahawa apa yang dilakukan itu satu kesalahan.
“Saya pun rasa kelakar juga, tapi saja je buat marah depan diorang, agar mereka tahu benda ni bukan main-main,” jelasnya.
Sumber: Ig Zizie Izette & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui punca pneumonia kanak-kanak, simptom awal, faktor risiko dan langkah pencegahan penting yang ibu bapa perlu tahu untuk melindungi anak daripada jangkitan paru-paru berbahaya.