Dalam kehidupan norma baharu, sangat penting untuk mama papa lebih peka terhadap kesihatan anak-anak. Kalau dahulu mungkin kita tak kisah anak bermain di luar rumah, tetapi sekarang sudah sedikit paranoid kerana virus Covid-19 ada di mana-mana sahaja.

Tidak perlulah sehingga menyekat tumbesaran serta perkembangan anak, cuma mama papa perlu ambil beberapa langkah berjaga-jaga supaya anak kekal sihat.

Kuatkan Sistem Imuniti Anak Dengan Cara Ini, Barulah Tak Susah Hati Lagi!

Seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anak-anak juga perlu diberikan suntikan vaksin sebagai perlindungan daripada virus Covid-19. Namun, selain pemberian vaksin mama papa juga boleh mengambil beberapa inisiatif yang lain supaya tahap imuniti serta perkembangan kesihatannya sentiasa di tahap terbaik.

Didik Anak Kepentingan Mencuci Tangan

Bukan semua anak biasa untuk kerap mencuci tangan kerana pada mereka ia hanya perlu dilakukan jika kotor sahaja. menjadi tugas mama papa untuk mendidik anak bahawa dalam kehidupan norma baharu membasuh tangan adalah sesuatu yang perlu dilakukan setiap masa.

Kuatkan Sistem Imuniti Anak Dengan Cara Ini, Barulah Tak Susah Hati Lagi!

Ajarkan kepada mereka cara-cara mencuci tangan yang betul supaya ia bersih dan bebas kotoran. Penggunaan sabun yang sesuai juga sangat penting untuk membasmi kuman sekaligus melindungi anak-anak.

Selain mencuci tangan, mama papa boleh selalu ingatkan anak untuk menggunakan hand sanitizer. Ia merupakan satu keperluan dan sangat penting untuk menggunakannya.

IKLAN

Kuatkan Sistem Imuniti Anak Dengan Cara Ini, Barulah Tak Susah Hati Lagi!

Carilah hand sanitizer yang menarik dan comel-comel tetapi berfungsi untuk membunuh kuman jahat supaya anak-anak lebih teruja untuk menggunakannya selalu.

Kerap Mandi Dan Bersihkan Badan

Selain itu juga, mama papa boleh selalu mengingatkan anak-anak untuk kerap mandi. Bukan sahaja dibersihkan dengan air, pastikan anak-anak menggunakan sabun ketika mandi. Semasa mandi dan membersihkan badan, ia sekurang-kurangnya dapat membantu untuk menghapuskan kuman yang mungkin ada pada tubuh.

Pakai Pelitup Muka

Ini sangat PENTING! Ketika keluar rumah, amat penting untuk pakaikan pelitup muka pada anak. Carilah pelitup muka yang menarik minat mereka dan selesa supaya mereka tidak merasa rimas ketika memakainya.

IKLAN

Kuatkan Sistem Imuniti Anak Dengan Cara Ini, Barulah Tak Susah Hati Lagi!

Mungkin ada sesetengah anak yang kurang suka memakai pelitup muka kerana kurang selesa, jadi mama papa perlu jelaskan kepentingan memakai pelitup muka. Mama papa pun perlu pakai pelitup muka dengan betul okay?

Minum Banyak Air & Makan Suplemen

Selain itu juga, sangat digalakkan untuk anak-anak minum banyak air masak. Ia dapat membantu mengelakkan tekak menjadi kering dan sakit. Selain itu, air masak juga sangat baik untuk membantu mengekalkan kesihatan anak.

Paling bagus sekali jika mama papa boleh dapatkan SUPLEMEN untuk anak. Mengamalkan suplemen sangat baik untuk membantu anak-anak kekal sihat. Suplemen yang terbaik haruslah mempunyai pelbagai fungsi tertentu untuk menguatkan sistem imuniti serta kaya kebaikan vitamin yang bagus untuk anak.

IKLAN

PNKIDS A to Z Multivitamin Pilihan Terbaik! 

Untuk mama papa yang mahukan suplemen terbaik untuk anak anda, bolehlah dapatkan PNKIDS A to Z Multivitamin. Ia diperbuat daripada pektin (kulit epal) dan tidak mengandungi gluten, laktosa serta GMO.

Kuatkan Sistem Imuniti Anak Dengan Cara Ini, Barulah Tak Susah Hati Lagi!

Yang bagusnya, rasa suplemen ini telah disesuaikan mengikut citarasa masyarakat Asia yang kurang gemarkan rasa manis. Usah dipertikaikan kebaikan suplemen ini kerana ia mengandungi 13 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak dalam satu gummy!

Kuatkan Sistem Imuniti Anak Dengan Cara Ini, Barulah Tak Susah Hati Lagi!

PNKIDS A to Z Multivitamin juga menyokong metabolisme serta keseluruhan perkembangan anak. Ia juga membantu menguatkan fungsi imuniti si manja tersayang! Ia berperisa rasberi yang pasti memikat selera anak anda. Ia tidak melekit pada gigi serta mudah dikunyah. Selain itu, pembelian suplemen ini didatangkan dengan mainan istimewa di dalam kotaknya. Mesti anak seronok!

Mama papa nak tahu maklumat lanjut tentang produk ini, klik SINI atau layari mana Facebook PNKids Malaysia

Boleh juga buat pembelian online di https://www.watsons.com.my/all-brands/b/167288/pnkids

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI