Seawal usia anak dua atau tiga tahun, biasanya para ibu sudah mula melatih anak-anak untuk tidak mengenakan lampin. Jika latihan dibuat secara konsisten, dalam tempoh dua minggu anak-anak akan mendapat ‘rentak’ dan sudah bersedia untuk tidak perlu pakai lampin lagi.

Pun begitu, dalam proses melatih anak jangan lupa soal kebersihan. Kadang-kadang bila tak pakai lampin, ‘terlepas’ juga. Paling sukar kalau anak terkencing atau terbuang air besar di atas tilam atau karpet. Bukan mudah untuk dicuci. Jadi sebagai ibu, kita perlu memastikan setiap najis anak dibersihkan dengan sempurna.

Ikuti perkongsian dari Yatie Emra ini.

Membersih & Menyucikan Najis Anak
===============================
Dalam pada para ibu teruja nak ajar anak potty train.. Jangan sehingga terlepas pandang bab menyucikan najis (air kencing/poo²) anak. Biasalah kes² ‘incident’ kecil masa potty train ni..pasti anak ada terlepas & terbabas kat memane.. Tu tak termasuk kes diaper bocor atas tilam/karpet/sofa atau anak kencing malam..

Artikel Lain: [Kena Pukul & Tengok Benda Ganas Anak Trauma. Besar Nanti, Mereka Pula Macam Tu!]

Sebelum ni saya pernah kongsikan cara buat spray serbaguna menggunakan sabun & larutan cuka. Spray ni juga sangat berkesan untuk hilangkan bau hancing (boleh rujuk post saya sebelum ni untuk sukatan). Alhamdulillah, lepas kering memang dah takde bau lagi.
Najis anak dikira najis mutawassitah iaitu najis pertengahan (kecuali air kencing anak lelaki bawah 2 tahun yang belum makan & hanya minum susu ibu je).

IKLAN

Najis mutawassitah ni pula terbahagi kepada 2 iaitu yang boleh nampak (ainiah) & tak boleh nampak (hukmiah). Cara membersih & menyucikan najis berbeza bergantung pada kategorinya.

Baru² ni saya dengar ceramah seorang ustazah mengenai penyucian najis anak. Alhamdulillah, cara ini juga yang saya gunakan selama ni. Saya kongsikan cara menyucikan najis ni terutamanya bagi ibu² baru yang mungkin tak banyak pengalaman. Semoga dapat dimanfaatkan..

Cara sucikan najis yang boleh nampak (ainiah)
================================
Najis yang sedikit (percikan/tompokan najis & air kencing yang sedikit)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.

Najis yang banyak & tempat terkena najis boleh diangkat;
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Basuh dengan mengalirkan/menjirus air hingga sebahagian air mengalir, menitis/menitik.
Disunatkan:
4. Membasuh dengan air sebanyak 3x.
Najis yang banyak & tempat terkena najis tidak boleh/sukar diangkat (contohnya seperti karpet yg mempunyai barang berat diatasnya, dll)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.

Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.

Artikel Lain: [Seronok Main Make Up Dengan Anak, Bukan Bonding Tapi Bahaya, Elakkan!]

Cara sucikan najis yang tak boleh nampak (hukmiah)
==================================

Najis yang diyakini kewujudannya tetapi tak boleh nampak sifatnya tetap dikira najis secara hukum. Contohnya air kencing yang telah kering, najis yang terkena lantai namun tidak melekat (boleh jadi sebab najis keras/permukaan licin) ataupun tempat yang terkena najis telah hilang sifatnya (warna, rasa & bau) disebabkan terlalu lama terbiar. Jika tersentuh tempat terkena najis hukmiah ini ketika tangan basah boleh membatalkan solat. Untuk menyucikan najis hukmiah, memadai hanya dengan;

1. Menjiruskan air di tempat diyakini ada najis & kawasan sekitarnya.
Disunatkan:
2. Membasuh dengan air sebanyak 3x
Ni pulak menurut Ustaz Azhar Idrus-
*Jika selepas kering masih ada bau – dimaafkan dalam Islam kerana hanya tinggal 1 sifat (bau sahaja)
*Tempat terkena najis yang telah dicuci masih dikira najis ketika basah & boleh membatalkan solat.
*Tempat terkena najis yang telah dicuci & kering, jika dipegang/disentuh walaupun ketika tangan/kaki basah adalah dimaafkan.

#tipdantrik
#tipmak2
#sucikannajis

Boleh juga bersihkan permukaan yang kotor menggunakan CECAIR PENCUCI yang diyakini jenamanya.