Lebihan Nasi Jangan Buang, Buatkan Apam Nasi Ni, Paling Sedap & Mudah!

Share

Lebihan nasi semalaman usah dibuang kerana banyak resipi yang boleh dihasilkan daripada lebihan nasi ini. Salah satu resipi yang paling sesuai untuk anak-anak dan keluarga pastinya Apam Nasi. Apam nasi yang satu ini bukan hanya sedap bahkan cukup mudah disediakan. Hanya blend sahaja dan kukus hingga masak.

Resipi sedap dan mudah yang dikongsikan oleh Noor Atika Mahamood ini paling sesuai dicuba. Sangat mudah!


Nah saya belanja lagi resepi Kuih Apam Nasi. Dah la senang, sedap pulak tu. Resepi yang sama yang saya guna untuk jual dulu, 3 biji RM1.

“APAM NASI”

Bahan-bahannya :
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis mauripan

Blend nasi dengan air sampai hancur.

Masukkan gula. Blend lagi.

Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis mauripan.

Masukkan bahan blend ke dalam bahan tepung. Sebatikan.

Sebatikan dan perap sekejap selama 3 jam. 

Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan.

Masukkan dalam acuan yang disapu minyak.

Kukus 15 minit. Siap!

** Senang je kan. Esok bolehlah buat. Selamat mencuba!

 

IKLAN