Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.
Trend memilih nama malaikat juga dilihat semakin popular kini namun adakah ia boleh digunakan? Ini pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.
Ads
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Wilayah Perseketuan, hukumnya adalah HARUS menamakan anak dengan mana-mana nama para malaikat.
Pun begitu, MAKRUH untuk empat nama malaikat iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
Ads
“Menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
Adapun nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan, maka tiada kemakruhan padanya.
Ads
Terdahulu, terdapat perbalahan dan pendapat seorang pengguna media sosial yang berkongsi mengenai perkara tersebut selepas seorang selebriti menamakan anaknya dengan nama Muhammad Jibril.
Selepas kejayaan mengungguli Terbuka China, Nur Izzuddin Rumsani, pemain beregu profesional negara, menerima khabar gembira yang lain apabila beliau dan isterinya, Mawar Mutiara, telah dikurniakan cahaya mata sulung mereka.
Berita menggembirakan ini dikongsikan oleh Mawar melalui Instagram, memaparkan gambar manis mereka bersama bayi yang baru lahir.
Lebih istimewa, pasangan ini menyambut kelahiran anak pertama mereka pada hari yang penuh bermakna—ulang tahun perkahwinan pertama mereka, 23 September. Dalam hantaran itu, Mawar menyatakan, “Setahun sudah kita dalam dakapan cinta, kini diberkati dengan anugerah kehidupan baru. Selamat ulang tahun pertama, sayangku.”
Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai peminat yang tidak henti-henti memberikan ucapan tahniah serta doa kepada pasangan ini. Salah seorang pengguna Instagram, wiena_153, menulis, “Gelaran Super 1000 (Terbuka China) rezeki anak rupanya. Tahniah kepada kedua-dua anda!” Manakala, nur_pyja pula mengulas, “Betullah orang cakap, rezeki anak itu luas. Tahniah!”
Izzuddin dan rakan gandingannya, Goh Sze Fei, telah meraih kejayaan yang memberangsangkan dalam arena badminton, dengan ganjaran keseluruhan mencecah RM892,000 dalam tempoh kurang sebulan. Kemenangan terbesar mereka sudah tentu di Terbuka China yang bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 1000, di mana mereka membawa pulang AS$148,000 (RM622,000).
Sebelum itu, mereka juga berjaya menjuarai Terbuka Jepun yang bertaraf Super 750, memperoleh AS$62,900 (RM264,000). Walaupun mengalami kekecewaan di Terbuka Korea Selatan dengan tersingkir awal, harapan masih tinggi untuk kejohanan seterusnya di Terbuka Hong Kong (Super 500) di mana mereka meraih AS$1,575 (RM6,622) selepas mara ke peringkat 16 terbaik.
Dengan berita gembira ini, kami mengucapkan tahniah kepada Nur Izzuddin dan Mawar Mutiara di atas anugerah kehidupan baru yang mendamaikan ini. Semoga keluarga mereka sentiasa diberkati dengan kebahagiaan dan kejayaan.
Bayi lahir ‘missing finger’ ibu jadi sebak, “jari adik Allah simpan di syurga kan mummy?” Hati ibu mana yang tidak sedih bila mengetahui bayi dalam kandungannya disahkan mengalami missing finger pada tangan kanan.
Amira Bongsu dan suaminya terkilan sebaik mengetahui perkara itu namun mereka kekal positif dan berharap paparan skrin yang ditunjukkan adalah tidak benar. Perkara itu diketahui ketika kandungannya berusia 27 minggu sewaktu melakukan imbasan ultrabunyi.
“Sebelum ini ketika mengandungkan tiga orang kakaknya, saya tidak pernah buat imbasan kandungan. Entah bagaimana perasaan saya kuat sangat untuk lakukannya… seolah-olah ALLAH SWT nak tunjuk sesuatu.
“Memang sangat terkejut masa itu tetapi saya dan suami fikir positif serta berdoa semoga ada keajaiban yang berlaku,” kata Amira.
Menurut Amira yang berusia 30 tahun, perkara pertama yang menjadi tumpuan setelah melahirkan Muhammad Syauqi Mateen adalah tangan kanan anak bongsu daripada empat beradik itu.
Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki anaknya kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT. Dia mengakui bahawa air matanya mengalir sebaik sahaja melihat keadaan tersebut kerana mengagumi ciptaan ALLAH.
“Masa itu… tidak terkata. Hanya air mata yang mengalir laju. Alhamdulillah lahir sahaja Muhammad Syauqi Mateen, saya terus maklumkan kepada keluarga mengenai keadaannya.
“Mereka semua banyak memberi sokongan dan sentiasa positif sampaikan anak kedua saya Shasha Maisarah, 5, cakap ‘jari adik ALLAH SWT simpan disyurga, kan mummy’ dan hanya ALLAH SWT sahaja tahu perasaan saya ketika itu,” jelasnya.
Dalam pada itu Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT.
Ujarnya, ibu bapa yang turut mengalami situasi sama perlu sentiasa tabah dan mengabaikan perkara atau percakapan negatif orang sekeliling.
“Apa pun keadaan anak kita, terimalah dengan hati yang terbuka kerana ia terlahir dari rahim kita. Abaikan kata-kata kurang menyenangkan kerana anak perlukan sokongan kita sebagai ibu dan ayah.
“Istimewanya kita sebagai penjaga ahli syurga dan betapa istimewanya kita menjadi orang yang diharapkan ALLAH SWT untuk menjaga amanah-Nya,” katanya.
Sejak dilahirkan pada 4 Mei lalu, pelbagai cabaran dilalui namun kecomelan si kecil, Muhammad Syauqi Mateen mencairkan hati ramai.
Perkongsian Amira menerusi akaun TikToknya, amierahb mendapat perhatian ramai warga maya. Mereka turut memberi memberi sokongan kepada Amira sekeluarga agar terus tabah dan kuat.
Ada juga warga maya yang berkongsi pengalaman sama, memiliki cahaya mata yang mengalami missing finger.
Datuk Siti Nurhaliza kongsi momen bercuti ke Korea, Afwa manja sangat dengan Aafiyah. Bercuti bersama anak-anak bukan hanya merupakan aktiviti yang menyeronokkan, tetapi juga memberi pelbagai kelebihan yang dapat memberi manfaat kepada perkembangan dan kesejahteraan mereka.
Melalui satu hantaran yang dikongsikan oleh Datuk Siti Nurhaliza, beliau berkongsi gambar kenangan ketika bercuti ke Korea bersama Aaafiyah dan Afwa.
Simpan sini buat kenangan .. Korea Trip Aafiyah & Afwa,” TULIS DATUK Siti diruangan kapsyen.
Hantaran yang dikongsikan oleh Datuk Siti itu menarik perhatian warga maya apatahlagi apabila melihat kecomelan Aafiyah dan Afwa.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Kelebihan membawa anak-anak bercuti
Berikut adalah beberapa kelebihan membawa anak-anak bercuti:
1. Mengukuhkan Hubungan Keluarga
Bercuti bersama memberikan peluang kepada keluarga untuk menghabiskan masa berkualiti bersama-sama. Dalam kehidupan harian yang sibuk, masa untuk bersama kadang-kadang terbatas. Percutian membolehkan ibu bapa dan anak-anak saling berinteraksi dengan lebih dekat, mengeratkan hubungan keluarga dan memperkuat ikatan kekeluargaan.
2. Pembelajaran Secara Langsung
Bercuti memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar melalui pengalaman secara langsung. Melawat tempat-tempat bersejarah, muzium, taman tema, atau destinasi alam semula jadi dapat memberikan mereka pengetahuan baru tentang sejarah, budaya, sains, dan alam sekitar. Pembelajaran secara langsung ini lebih berkesan dan mudah diingati berbanding pembelajaran teori semata-mata.
3. Mengurangkan Tekanan dan Stres
Anak-anak juga mengalami tekanan dan stres dari sekolah dan aktiviti harian mereka. Bercuti memberi peluang untuk mereka berehat dan menikmati suasana yang berbeza. Ini membantu mengurangkan tekanan dan memberikan mereka peluang untuk bersantai dan berseronok.
4. Membangunkan Kemahiran Sosial
Semasa bercuti, anak-anak berpeluang berinteraksi dengan orang baru dan suasana yang berbeza. Ini membantu mereka mengembangkan kemahiran sosial, belajar berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang, dan memahami serta menghormati perbezaan budaya dan latar belakang.
5. Menggalakkan Gaya Hidup Aktif
Percutian sering melibatkan aktiviti fizikal seperti berjalan-jalan, mendaki, berenang, atau bermain. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga menggalakkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Ini membantu dalam perkembangan fizikal dan kesihatan anak-anak.
6. Mencipta Kenangan Indah
Kenangan semasa bercuti adalah antara kenangan yang paling manis dan akan diingati sepanjang hayat. Pengalaman-pengalaman ini membentuk kenangan indah yang boleh menjadi sumber kegembiraan dan kebahagiaan di masa hadapan. Kenangan bercuti bersama keluarga juga menguatkan hubungan kekeluargaan.
7. Memperluas Pandangan dan Pemikiran
Bercuti ke tempat-tempat baru membantu anak-anak melihat dunia dari perspektif yang berbeza. Mereka belajar tentang kehidupan, budaya, dan adat resam yang berbeza. Ini memperluas pandangan dan pemikiran mereka, menjadikan mereka lebih terbuka dan toleran terhadap perbezaan.
8. Meningkatkan Kreativiti dan Imaginasi
Mengalami tempat-tempat baru dan berbeza boleh merangsang kreativiti dan imajinasi anak-anak. Mereka akan terinspirasi oleh pemandangan, bunyi, dan pengalaman baru yang mereka temui semasa bercuti. Ini boleh membantu dalam perkembangan daya fikir kreatif mereka.
9. Menanamkan Rasa Ingin Tahu
Bercuti ke tempat-tempat baru sering kali membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri anak-anak. Mereka mungkin bertanya banyak soalan tentang tempat yang mereka lawati, budaya yang mereka temui, atau alam sekitar yang mereka lihat. Rasa ingin tahu ini adalah kunci kepada pembelajaran yang berterusan dan mendalam.
Kesimpulannya membawa anak-anak bercuti adalah satu pelaburan yang sangat berharga dalam perkembangan dan kesejahteraan mereka. Ia bukan sahaja memberikan mereka keseronokan tetapi juga membantu dalam pembentukan karakter, pembelajaran, dan perkembangan sosial serta emosi. Oleh itu, merancang percutian bersama keluarga adalah sesuatu yang amat disarankan untuk kebaikan semua pihak.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...