Setiap anak kita memang berbeza. Ada anak yang belajar melalui pendengaran, namun ada pula anak yang belajar melalui pemerhatian. Jangan terlalu cepat salah faham pada anak, belajar kenali anak kita.
Anak Visual Learner pula agak istimewa kerana sering dianggap tidak faham dan patuh pada arahan. Hakikatnya merekalah anak yang mempunyai memori paling kuat. Semuanya melalui pemprosesan data melalui image!
Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim berkongsi ciri-ciri anak Visual Learner ini.
Jika nampak anak ada tanda-tanda macam ni, – kuat termenung – cepat bosan – susah fokus lama ( belajar ) – susah bagi eye contact – imaginasi tinggi – ralit bila pandang sesuatu – panggil susah dengar
Ads
Besar kemungkinan anak itu Visual Learner. Jangan salah faham pada dia & jangan buruk sangka pula pada dia. Jangan jangan!
Dari luar kita nampak dia macam, – tak nak belajar – kuat berangan – tak fokus – pemalas – selalu blur – slow Atau seumpamanya tapi ketahui la bahawa anak Visual Learner adalah antara anak yang ada memori paling kuat sekali. Sebab apa?
Otak mereka ni memang dah di program untuk, – proses data – capture data – analisis data Dalam bentuk image.
Ads
Setiap benda yang dia pernah nampak dia rekod dalam kepala otak bentuk image aka visual. Itu la Visual Memory, sekali nampak memang tak lupa-lupa dah.
Cuma kelemahan mereka ialah mereka sangat lemah pada data bentuk audio. Kalau setakat bercakap, tegur, nasihat cara verbal ( cakap ) memang sukar la dia nak capture.
Ads
Tu yang kalau dengan dia, cakap sekali memang tak jalan, kena ulang ulang cakap benda yang sama baru dia ambil port. Geram je kadang kadang.
Dengan anak visual ni, lukis lagi baik daripada bercakap. Huh!
Jika anda golongan ibu bapa tentu sekali anda akan diberi nasihat tentang pemakanan anak terutama bayi yang baru mula makan, seawal 6 bulan. Perkara yang paling pertama akan diberitahu tentu sekali ‘no salt, no sugar’ atau sebarang penambah rasa kerana deria rasa bayi sangat kuat.
Namun baru-baru ini tular sebuah video dimana pasangan insta famous memberikan bayinya coklat. Video tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah pakar kesihatan.
ALERT KEPADA SEMUA NEW PARENTS.
Biarkan anak menangis sebab kita tak bagi dia coklat. Dia menangis kita boleh pujuk cara lain.
Sebelum kita menangis sebab anak belum cukup bulan meninggal tak boleh hadam coklat.
Apa yang boleh Pa&Ma kongsikan, informasi daripada portal Hello Doktor mungkin boleh memberikan pemahaman kebapa ibu bapa lain.
Siapa yang tidak sukakan coklat? Kita semua gemarkannya. Manis dan lazat. Anak kecil atau bayi pastinya tertarik dengan bar coklat. Anda mungkin tertanya-tanya bolehkah memberi bayi makan coklat? Mungkinkah timbul reaksi alahan dan apakah simptomnya?
Alahan coklat
Sebenarnya, walaupun ada kemungkinan untuk wujudnya alahan kepada koko (bahan utama dalam coklat), tetapi ia sangat jarang berlaku. Ini kerana coklat itu sendiri tidak berada dalam senarai makanan alahan paling biasa, tetapi kandungan bahan-bahan tertentu di dalam coklat yang memungkinkan berlakunya reaksi alahan.
Antara bahan yang biasa menyebabkan reaksi alahan adalah seperti:
Susu
Kekacang
Gandum dan gluten
Soya
Jagung
Beri
Bila boleh berikan bayi coklat?
Sebaiknya anda menunggu sekurang-kurangnya anak anda berusia 2 tahun, sebelum memperkenalkan coklat kepadanya.
Ketika anda memutuskan untuk memberikan anak anda coklat, pastikan tiada alergen (bahan penyebab alahan) yang berpotensi untuk menyebabkan reaksi alahan. Sebaiknya anda mulakan dengan coklat gelap.
Simptom alahan
Tidak kira sama ada anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai alahan kepada makanan atau tidak, sebaiknya, kali pertama anda memperkenalkan coklat kepada anak anda, perhatikan sebarang simptom reaksi alahan seperti:
Tersedu
Kegatalan
Sesak nafas, kesukaran bernafas, atau simptom asma
Hidung berair atau kerap bersin
Mata merah atau berair
Bengkak lidah, tekak atau mulut
Muntah atau cirit-birit
Jika anak anda alami kesukaran bernafas, atau bengkak pada lidah, tekak, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Simptom seperti cirit-birit, ekzema atau sembelit mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum muncul.
Adakah coklat baik untuk bayi?
Jumlah kuantiti kafein yang sedikit itu mungkin tidak mendatang impak kepada individu dewasa, tetapi untuk seorang bayi kecil, kuantiti tersebut mungkin lebih dari cukup. Kafein boleh merangsang dan meningkatkan tekanan darah serta kadar degupan jantung.
Coklat juga mengandungi perangsang lain seperti gula, theobromine, dan phenylethylamine, yang boleh mengakibatkan kesan rangsangan dalam sistem saraf bayi. Malahan coklat juga mengandungi anandamide, bahan yang boleh menjejaskan fungsi otak.
Diubahsuai mengikut kesesuain pembaca
Sumber: Ms Ayu Aziz, Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zoo antara tempat yang paling disukai kanak-kanak. Lebih membuatkan anak-anak teruja apabila mereka dapat merasai pengalaman memegang haiwan di zoo berkenaan.
Sebelum ke zoo atau destinasi yang dituju, ada antara ibu bapa akan membaca ‘review’ terlebih dahulu. ‘Review’ kali ini memang membuatkan kita tak kering gusi membacanya, lain dari yang lain! Jom ikuti perkongsian Kak Mah ini.
Hi korang. Mah nak share harini Mah jalan-jalan ke Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan.
Bagi mah tempat ni mesra keluarga. Boleh bawa stroller, OKU pun boleh datang. Ada tangga dan disediakan laluan mudah untuk kerusi roda.
Tempat pun teduh jadi takdelah anak-anak menangis kepanasan. Banyak haiwan kita boleh explore sendiri, boleh sentuh, boleh bagi makan. Kalau penat nak jalan dekat Zoo yang besar, boleh datang ke sini. Tempatnya tak besar, takdelah berbukit-bukit sangat.
Staff sangat mesra, ada tempat boleh berehat untuk makan minum ala-ala piknik. Tapi masa berjalan di kawasan yang banyak burung sila berhati-hati ye sebab itik-itik sini dia main lepas je ‘poopee’.
Bagi mah puaslah, boleh gosok, pegang dan cuit haiwan dekat sini. Boleh naik kuda juga tapi mah takdelah naik, nanti kuda tu report dekat pejabat buruh pulakan. Hm.
Tempat ni bagus sangat nak bawa anak-anak explore tentang pengetahuan haiwan. Cuma haiwan dia takdelah limited edition macam di zoo negara kan.
Tempatnya tak besar tapi mah comfirm anak-anak mesti excited bila boleh tengok haiwan dekat-dekat.
Tiket masuk serendah tiga puluh sembilan ringgit dan kebawah (mah lupa nak tengok harga tiket lain 😆)
Parking dalam tak banyak tau. Boleh parking luar, tak jauh pun jalan. Parking free. Buka sampai pukul 6 petang. Dia tak besar mana pun. Pusing-pusing tapi cukup banyak lah haiwan dia cuma mah je tak ambil gambar keseluruhan.
Kawasan luar dari farm ni banyak gerai tepi jalan so kalau lapar mudahlah singgah tapau.
Heeloo awak
___
Joe Jambul. Mah rasa ni baka polish chicken. Memang nampak sangat handsome dia. Tapi kena ingat, sehandsome mana pun dia, fitrah kita haram jatuh cinta dengan dia ye. Banyak lagi lelaki lain.
4/10 sebab nampak macam playboy.
__
Datang sini jangan lupa ye beli makanannyer, ni bersungguh sangat dia pandang Mah. Kejap2 pandang, mata penuh sinaran. Masalahnya carrot mah beli mah dah makan sendiri. Hm
11/10 sebab mah suka yang gentleman.
__
Buaya. Kecik lagi ni. Besar nanti jadilah buaya tu.
1/10. Diam je tak buat apa. Bazir duit tengok dia.
__
Guinea pig. Mah rasa dia ni brand Coronet kot. Bulu dia nak kata panjang tak panjang mana.
2/10, tidak sopan kerana cuba serang camera mah.
__
Kat sini ada banyak itik. Ayam serama pun ada. Bermacam ayam tapi dorang tak jinak. Dia boleh selisih bahu dengan kita tapi noo touching-touching!
Yang takde gangster kampung je, angsa. Korang boleh pilih nak yang mana lepastu cakap je dekat chef nak masak apa. Salai lemak cili api pun okay je. Takdelah gurau je. Jangan tangkap makan!
8/10 sebab bagi mah pegang, gebu
__
Barbados Blackbelly. Jenis kambing yang agak besar, lebih kurang pony besar dia cuma dia takdelah berisi. Ini kalau lepas ke taman bunga Cik Melah, bukan kata bunga, sekali Cik Melah tu dia telan.
10/10. Daging nampak sedap dan padu.
__
My little pony. Mah takde nampak warna lain. Warna hitam je dedua. Biru, pink, oren tu mungkin mahal sangat.
6/10. Suka tarik kain orang. Kurang didikan sivik.
__
Giant tortoise dapat hidup sehingga 120 tahun lamanya. Spesis purba. Agak sombong, tak suka makan daun pandan. Menjeling ketika disapa.
1/10. Saya tak suka atok-atok ni.
__
Not recommended. Pertama suka kejar orang. Kedua tamak haloba. Habis dia sondol minta makan. Ketiga, pandang orang dengan pandangan menakutkan. Rasa terancam. Mah tak selesa orang pandang mah macam gitu.
5/10 je. 5 tu pun sebab nak raya haji ni.
__
Burung merak.
2/10. Tak beraksi. Memandang mah dengan sinis.
__
Meerkat.
0/10. Tak pandang kamera ketika dipanggil. Tak pandai berbahasa melayu dan gagal SPM.
Rata-rata warga maya terhibur membaca ‘review’ dari Kak Mah.
Biasa kita lihat bila bertandang ke rumah sesiapa, pada hari raya mahupun hari biasa, ada kanak-kanak yang suka masuk bilik orang tanpa minta izin, berlari-lari dalam rumah, buka peti sejuk tuan rumah. Tanpa sedar anak ini melampau batas dan keterlaluan kerana tiada yang menegur.
Mak Ayah Wajib Tegur 5 Perangai Anak Ini;
Kebanyakan perangai anak ni memang mencabar kesabaran mak ayah kan. Kadang-kadang kita boleh diamkan je tapi kadang-kadang ada perangai anak yang melampau dan keterlaluan!
YANG KETERLALUAN NI MEMANG KENA DITEGUR. TAK BOLEH DAH GUNA ALASAN ” ALAHHH..BIASA LA BUDAK BUDAK “. SEBAB TANPA TEGURAN, PERANGAI TAK ELOK NI AKAN MELEKAT DAN MENJADI ‘WIRING OTAK’ YANG KEKAL DAN SUSAH DIUBAH.
Ni 5 perangai anak yang kita kena tegur daripada kecil:
1. SUKA MASUK BILIK ORANG
Memang anak yang penuh dengan rasa ingin tahu (curiosity) ni akan sangat suka ‘explore’ tempat yang baru. Sifat ‘curiosity’ ni bagus tapi kita kena bimbing sifat tu supaya anak kita boleh teruskan sifat ‘curiosity’ nya tanpa ganggu privasi orang lain.
Ni la adab yang kurang ada pada kanak kanak zaman sekarang. IQ tinggi tapi EQ dan Interpersonal skills tak dipeduli.
2. SUKA MENYAMPUK ORANG TUA SEDANG BERCAKAP
Memang anak yang tengah teruja ni akan main sembur je bertanya tanpa tengok masa dan tempat. Suka bertanya tu bagus tapi kalau kita tengah bercakap dengan orang lain pun dia nak menyampuk, tu boleh jadi masalah.
Kenapa?
Anak yang suka menyampuk ni biasanya suka sangat nak cari perhatian ( entitle for attention ) dan sangat susah nak lawan perasaan ditolak ( unable to tolerate frustation ). Tu la kenapa kalau anak menyampuk, saya terus tegur dan bagitahu dia untuk tunggu saya habis bersembang dulu.
Daripada situ pun saya dah boleh latih anak ‘self control’. Anak yang tinggi Self Control insyaAllah akan lebih berjaya suatu hari nanti.
3. SUKA MAIN KASAR
Jangan pandang ringan kalau anak kita suka tumbuk atau cubit kawan kawannya. Tanpa teguran, sifat ni boleh jadi habit yang kekal dan berterusan sampai remaja dan dewasa.
Teguran tu pula mesti ‘on the spot’. Nampak je anak berkasar dengan sepupu dan kawannya, kita kena terus tegur dan ajar dia cara yang betul nak bergaul. Kalau kita cuma ketawa dan anggap ianya permainan semata semata bahkan siap puji puji pula, otak anak kita akan anggap ianya ‘social reward’ dan susah nak diubah sampai la dia dah besar nanti.
4. BUAT BUAT TAK DENGAR
Kalau anak tak dengar sebab mengelamun tu lain cerita tapi kalau dia buat buat tak dengar dengan sengaja itu namanya POWER PLAY.
Masa ni la anak nak uji autoriti kita. Mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan je anak menguasai dirinya. Lama kelamaan kita akan nampak anak akan semakin degil dan susah dengar cakap. Itulah yang terjadi bila kita kurang autoriti pada anak anak kita sendiri.
5. ANAK TERLALU PEMENDAM
Ada juga anak yang sangat susah nak menangis. Kalau dia sakit ataupun sedih dia ketap je bibir supaya tak menangis.
Pernah kan kita dengar falsafah “Boys dont cry ” kan?
Salah sebenarnya falsafah tu. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya okey untuk meluahkan emosi terpendam mereka.
TU LA KENAPA KALAU ANAK MENANGIS, JANGAN LA DUK TENGKING MEREKA. MENANGIS ADALAH CARA ANAK KITA MENGEKSPRESI EMOSI SEDIH MEREKA.
Cuma kita kena bantu mereka untuk kawal emosi tu je supaya ianya tak berubah menjadi amukan dan tantrum. Tengking boleh selesaikan tangisan, tapi parut dan luka psikologinya itu yang akan berpanjangan!
Jom ajar pasangan kita 5 info kat atas ni. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu ilmu dan info ni kan.
Sumber: Dr Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...