Jika sebelum ini ketika jamuan hari raya di sekolah, anak-anak yang mengadu makanan yang dibawa tidak habis atau tidak dijamah oleh rakan-rakan, lain pula kisahnya dengan seorang anak kecil ini.
Perkongsian seorang ibu, Puteri Nurul Husna menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, tidak mahu membazir malah mahu kesemua adik-adik merasai makanan yang dimakannya di sekolah, anak kecil ini membungkus kesemua makanan untuk di bawa pulang. Memang terbaik!
Haritu abang Uwais ada buat jamuan hari raya kat sekolah, aku gorengkan nugget je. Sebab time tu dengan tak berapa sihat nya, dia ok je.
Tenagh hantar dia tu, dalam kete dia duk sembang dgn ukail.’Dik, nak apa apa tak? Kawan abang banyak bawak makanan, ada jelly ball, ada cookies’
Ukail excited je dengar. Tekun sungguh.’Adik nak lahhh, apa apa je. Tapi abang ada duit ke?’ si Ukail risau.
Takde, tapi tak yah bayar sebab semua free cikgu kata, bawak makanan boleh la makan semua. Nanti abang bawakkan untuk adik ye’
Dah sampai waktu jemput si Uwais balik, jem sangat! Time sampai tu tengok budak lain berlenggang lenggok je, tangan pun kosong. Sampai je kat dia, dia terkedek-kedek bawak plastik besar.
Ads
Dari jauh nampak dia duk sengih sengih sambil angkat plastik merah besar. Aku tengok pelik dah. Masuk je kete’umiiiiii, banyak gila makanan ni umiii. Abang amek semuaaaa’
Happy dia dalam kete, si Ukail dah bukak plastik. Coklat, jajan, jelly , dadih semua ada. Siap macaroni & mihun.
“Ya Allah banggg, nape abang bawak banyak2 ni? ‘Cikgu tanya ada yg nak makanan bawak balik tak? semua org taknak, abang amek la semua’
“Ya Allah bangggg 🤣 banyak sangat niii, ada kek, ada nasi, ada semua lah. Alhamdulillah, memang makan la sampai ke malam. Dah macam umah kita pulak buat open house ni. Penuh makan.’Ingat jugak abang kat adik-adik & umi ye. Maceh abanggg’
Abang uwais ni jenis memang tak ada segan segan bab makan, sebab dia suka makan. Jadi dia nak bagi adik-adik & umi dia rasa jugak apa dia makan.
Ads
Dia cakap, ni sedap, ni sedap, semua sedappp. Abang amek lah semua. Cikgu pun pening agaknya, tapi makanan habis kihkihkih dia borong semua.
-Puteri Nurul Husna
Memang anak yang bijak malah pandai menghargai setiap makanan agar tidak berlakunya pembaziran.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Uyaina Arshad abadikan ‘baby hand-foot print’ untuk anak kedua, “saya dapat simpan memori ini sepanjang hayat.” Berbagai-bagai cara untuk kita mencipta kenangan bersama insan tersayang agar dapat dikenang sepanjang hayat.
Uyaina Arshad Abadikan ‘Baby Hand-Foot Print’ Untuk Anak Kedua
“Saya Dapat Simpan Memori Ini Sepanjang Hayat”
Melalui hantaran yang dikongsikan oleh Uyaina di laman Instagramnya, ternyata Uyaina begitu teruja dengan ‘aktiviti’ pertama buat anak keduanya.
“Kerana anak-anak terlalu cepat membesar..
Membuat cetakan kaki tangan ini sangat menyeronokkan (walaupun tidak kemas)
Dan bahagian yang terbaik? Saya dapat menyimpan memori ini sepanjang hayat.
Kenangan untuk hari tua,” tulis Uyaina di ruangan kapsyen.
Perkongsian Uyaina mendapat banyak reaksi daripada rakan artis dan juga warga maya. Ramai yang meninggalkan komen bahawa turut teruja dengan apa yang dilakukan oleh Uyaina sebagai cara untuk mencipta kenangan bersama anak tersayang.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya:
Stress rasanya bila ramai yang asyik bertanya mengenai anak. Bukan tidak mahu tetapi semua itu diluar bidang kuasa kita. Rezeki kan di tangan Allah. Rungutan yang acapkali kita dengar.
Perkataan subur menjadi satu kebimbangan bagi yang sudah berumah tangga. Risau dipersalahkan tidak subur. Lebih-lebih bagi yang sudah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak sebagai penyeri.
Menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika, hampir 15% pasangan akan menghadapi kesukaran untuk dapat anak dan 1/3 daripadanya adalah kerana masalah sperma.
Kurangkan Guna Telefon Bimbit
Ashok Agarwal, Ph.D, Ketua Jabatan Kesihatan Reproduksi di Cleveland Clinic mendedahkan lelaki harus mengubah gaya hidup mereka untuk mendapatkan sperma yang subur, sihat dan kuat. Salah satunya adalah mengurangkan dedahan telefon bimbit. Penggunaan smartphone yang berlebihan didapati mampu membuatkan sperma jadi lebih lambat. Kajian di Cleveland Clinik mendapati, lelaki yang terlalu lama menggunakan telefon bimbit akan menurunkan keaktifan sperma.
Pilih Makanan Sihat
Baik suami atau isteri, makanan kena jaga. Pilihlah buah-buahan dan juga sayuran yang masih lagi segar. Lebih baik jika anda boleh elakkan dari makan makanan yang dipanaskan semula kerana zat dan gizi makanan tersebut telah berkurangan.
Kawal Berat Badan
Tubuh yang kurus tidak menjanjikan tahap kesuburan yang tinggi. Sebaiknya cuba capai BMI yang ideal. Jika anda dan suami terlebih berat, banyakkan bersenam dan kurangkan makanan karbohidrat. Jika anda tidak cukup berat, ambil supplimen dan makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan secara sihat.
Elak Kafein
Kafein baik untuk merangsang otak malah merangsang daya seksual namun ianya kurang sesuai untuk perkembangan hormon kesuburan. Tingkatkan kesuburan anda berdua dengan amalan minum dua gelas susu sehari. Itu lebih baik!
Elak Aktiviti Berat
Bagi isteri, aktiviti yang terlalu lasak juga akan mengganggu kesuburan. Elakkanlah mengangkat barangan yang terlalu berat kerana ini akan memberi kesan kepada peranakan. Berat melebihi 20kg, sebaiklah elakkanlah diangkat. Banyak kesannya pada sistem peranakan.
Lakukan Pemeriksaan Rahim
Jika tempoh perkahwinan anda sudah agak lama, cuba ke hospital dan periksa kesihatan rahim anda. Periksa tahap kesuburan serta permasalahan lain yang boleh mengganggu anda untuk mengandung.
Masalah pada rahim seperti endometriosis, fibroid atau masalah pada ovari boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil walaupun anda sebenarnya subur. Jadi kena periksa!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Figura angkasawan negara ini bukan sahaja dikenali kerana kejayaannya dalam karier tetapi juga bagaimana dia menguruskan anak-anak yang ramai dengan begitu baik sekali.
Sering berkongsi ilmu parenting, Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri sering menjadi inspirasi kepada ibu bapa degan cara didikan mereka.Setiap perkongsian tentang hal keibubapaan beliau banyak membantu serta mendapat perhatian ramai.
Biarpun sibuk dengan kerjaya, namun Dr. Sheikh Muszaphar adalah family man yang sering menghabiskan masa dengan anak-anak untuk memastikan mereka mendapat perhatian yang secukupnya.
Mempunyai seramai enam orang cahaya mata, namun layanan kepada setiap seorang tetap sama. Semuanya manja dengan beliau! Melalui perkongsian beliau di laman Instagram dapat dilihat Dr. Sheikh Muszaphar sedang menyuap anak-anaknya makan.
Jom, tengok video ini;
“Anak-anak cepat membesar, sekelip mata saja. Inilah masa untuk jadi BFF mereka.”
Menurutnya, bila suap anak-anak makan dapat menguatkan bonding antara adik-beradik. Malah katanya lagi, semua anak-anaknya suka apabila disuap makan.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Paling menarik perhatian adalah gelagat anak bongsu Dr. Sheikh Muszaphar yang sangat concern dengan semua adik-beradiknya. Emelia memerhatikan ayahnya menyuap semua orang dan kemudian meminta Dr. Sheikh Muszaphar untuk memberikan cekodok pisang kepada kakaknya, Bella. Sweet betul!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.