Bayi yang dah menginjak umur 6 bulan dan mula makan, perkara pertama yang ibu fikirkan adalah nak bagi makan bubur. Apabila memikirkan masa yang lama untuk menyiapkannya, niat itu mula berbelah bahagi.
Bagi ibu yang tak bekerja, mungkin tiada masalah tapi ibu yang bekerjaya masa agak terhad. Banyak tip yang sebelum pernah dikongsikan seperti mengisar beras, bekukan beras dan macam-macam lagi.
Kali ini perkongsian dari Puan Raudah mengenai caranya masak bubur nasi pada anaknya sangat mudah. Hanya letak dalam periuk nasi sahaja.
Jangan cakap ibu, ayah pun boleh masak cara ni. Memang senang sangat.
Kaedah yang yang hampir sama dengan masak nasi. Bezanya lebihkan je air.
Sekiranya ibu-ibu nak jimatkan elektrik boleh je masak atas dapur dengan cara kukus. In SHAA Allah menjadi juga.
Tak faham? Ni tutorial bergambar, cara masak bubur si kecil di dalam rice cooker.
Sumber: Raudah Cenderawasih
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ahli Kimia Kongsi Cara Betul Panaskan Makanan Dalam Ketuhar, Baru Tak Bahaya!
Panaskan makanan dalam ketuhar microwave bahaya? Tidak. Ia cepat dan sangat memudahkan kerja. Namun kita perlu guna dengan cara yang betul. Untuk lebih faham, mari belajar apa yang berlaku semasa makanan dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro.
Apabila ketuhar diaktifkan, ia akan memberikan radiasi gelombang mikro (microwave radiation) kepada makanan. Harus diingat makanan yang kita lihat di depan mata kita itu adalah terdiri daripada pelbagai beribu molekul-molekul yang kebanyakkannya terikat secara fizikal melalui daya Van Der Waals iaitu ikatan hidrogen. Bayangkan setiap molekul ini ialah sekumpulan manusia yang berpegang tangan dan pegangan tangan itu ialah ikatan hidrogen.
Jumlah tenaga yang dibawa oleh radiasi gelombang mikro (bersaiz mikro, 10^-6) ini tidak lah kuat jika dibandingkan dengan radiasi yang dibawa oleh cahaya matahari (gelombang bersaiz nano, 10^-9). Nota: Semakin kecil saiz gelombang, semakin kuat tenaganya.
Oleh itu, radiasi gelombang mikro tidak mampu memutuskan ikatan kimia (non-ionising) molekul-molekul dalam makanan kita. Maka, radiasi ini TIDAK akan mengubah struktur kimia molekul sedia yang ada dalam makanan yang dipanaskan. Maksudnya, microwave TIDAK mengurang atau menambah nutrisi sedia ada dalam makanan yang dipanaskan.
Radiasi gelombang mikro hanya mampu ‘menggetarkan’ molekul-molekul yang membentuk struktur makanan yang dipanaskan.
Bagaimana makanan menjadi panas dalam microwave berlaku?
Kebanyakan makanan kita mengandungi molekul-molekul dihidrogen monoksida (H2O) aka air. Disebabkan saiz yang kecil jika dibandingkan dengan molekul-molekul lain yang membentuk struktur makanan kita, maka molekul air lah yang paling terkesan dengan radiasi gelombang mikro.
Molekul-molekul air yang menyerap radiasi gelombang mikro tadi akan meningkat tenaga kinetiknya lalu menyebabkannya bergetar. Molekul-molekul air yang bergetar ini akan cuba berhenti bergetar (kembali kepada kestabilan) dengan melepaskan tenaga dalam bentuk haba.
Tenaga haba yang dilepaskan akan dipindahkan kepada molekul-molekul lain dalam struktur makanan itu secara berterusan sehingga radiasi diberhentikan. Proses memindahkan haba ini akan menyebabkan makanan itu ‘panas’. Semasa proses ini berlaku, disebabkan getaran tadi, sebahagian ikatan hidrogen (analogi pegangan tangan) antara molekul-molekul air ini akan terputus menyebabkannya meruap keluar dari makanan.
Inilah sebabnya kenapa makanan yang dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro akan menjadi sedikit kering. Juga disebabkan tekanan molekul air (yang meruap) berbentuk gas keluar daripada struktur makanan boleh menyebabkan sesetengah makanan meletup-letup semasa proses pemanasan. Maka eloklah guna penutup khas yang disediakan untuk mengelakkan ketuhar menjadi kotor.
Apakah bekas yang sesuai digunakan dalam ketuhar gelombang mikro?
Bekas seramik, plastik (ada indikasi tahan gelombang mikro) dan kaca yang tahan haba. Elakkan penggunaan bekas berkilat seperti besi dan aluminium kerana ada potensi tercetusnya api.
Tips mengekalkan lembapan (air) dalam makanan yang dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro:
– Renjiskan sedikit air pada makanan sebelum dipanaskan, atau
– Letakkan sekali bekas air terbuka bersama dengan makanan yang dipanaskan tadi.
Nota: Perasan tak, dalam ketuhar terdapat sekeping kertas licin (biasanya pada dinding)?
Ini dipanggil penghala gelombang ke makanan (Mica Sheet). Pastikan ia berkeadaan elok, tidak kotor, koyak atau hangus. Ini bagi memastikan ketuhar gelombang mikro berfungsi dengan baik.
Kredit: ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selalu Bagi Anak Makan Ais Krim, Manis-Manis Boleh Kecutkan Otak Anak. Doktor Kongsi Bahaya Gula Tinggi
Makanan manis memang menjadi kegemaran anak-anak. Kadang-kadang waktu pagi pun anak-anak dah minta buatkan air coklat kegemaranya.
Namun tahukah anda, gula yang tinggi boleh memberi pelbagai masalah kepada tubuh badan anak? Ikuti perkongsian Dr Mazliana bagaimana gula boleh merosakkan otak anak.
Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu.
Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.
Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, explain selalu. Anak-anak akan faham.
Susah nak buat, tapi kita cuba.
Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.
Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.
Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.
Atau mungkin option yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak.
Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.
Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.
Biskut.
Roti.
Aiskrim.
Jus buah.
Jem.
Bar coklat.
Cereal.
Keropok.
Pes pasta.
Sos.
Kicap.
Sos tiram.
Pes masakan.
Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.
Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.
Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi k. Minum air kosong kan lebih sihat.
Kita cuba sama-sama ya, insyaAllah.
Kredit: Dr Mazliana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Punca Anak Tak Nak Makan Hidangan Utama Sebab Asyik Makan Manis, Keropok
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak-kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya. Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Masalah ini jarang disebabkan oleh penyakit yang serius.
Apakah yang dimaksudkan dengan enggan makan?
Keengganan untuk makan berlaku apabila kanak-kanak menolak makanan baru yang diperkenalkan kepadanya atau apa jua makanan ditawarkan kepada mereka.
Apakah makanan yang biasanya ditolak oleh kanak-kanak?
- Kanak – kanak yang berumur antara 1 tahun hingga 5 tahun biasanya takut untuk mencuba makanan baru yang diperkenalkan kepada mereka. Kanak-kanak memilih makanan dan akan makan makanan tertentu sahaja. Masalah yang paling utama adalah kanak-kanak yang enggan makan sayur.
- Masalah utama dalam kalangan bayi adalah keengganan makan makanan pejal.
Apakah penyebab masalah ini berlaku?
Menurut perkongsian Myhealth Portal, Keengganan untuk makan merupakan sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak. Pada amnya, kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit.
Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak mengalami gejala seperti penurunan berat badan, muntah dan tercekik, anak anda perlukan penilaian yang lebih terperinci oleh doktor anda. Kemungkinan anak anda mengalami penyakit lain (selain daripada keengganan untuk mengambil makanan) seperti:
- Mempunyai perasaan benci terhadap makanan
- Kegagalan otot-otot pengunyahan ( mulut)
- Penyakit “gastro oesphageal reflux”
- Kegagalan Neuro (otak saraf)-contoh:cerebral palsy (keabnormalan perkembangan otak yang menyebabkan kelemahan dan ketiadaan koordinasi pada anggota-anggota tubuh).
- Usus kecil tersumbat “Intestinal obstruction”
- Achalasia – keadaan yang mengganggu aktiviti normal otot esofagus “gulet” dan ini melibatkan perjalanan bahan-bahan yang ditelan.
Bagaimana masalah ini boleh berlaku?
Bayi anda menunjukkan masalah dengan :
- Tidak bercerai susu pada masa yang sesuai
- keengganan memakan makanan pejal.
Kanak-kanak mungkin:
- Lebih suka memilih makanan – hanya mengambil beberapa jenis makanan sahaja.
- Enggan memakan makanan baru yang diperkenalkan.
- Enggan makan apa jua jenis sayur.
- Hanya makan sejenis makanan sahaja sepanjang masa.
Jika pertumbuhan dan perkembangan anak anda berlaku secara normal, kemungkinan masalah ini adalah masalah biasa.
Tanda-tanda bahaya:
Jika anak anda mengalami tanda atau gejala seperti berikut: – sila berjumpa doktor dengan “SEGERA”
- Peningkatan berat badan yang perlahan.
- Perkembangan yang perlahan.
- Batuk atau tercekik semasa makan.
- Muntah yang berulang.
Adakah terdapat sebarang komplikasi berlaku disebabkan oleh masalah ini?
- Tiada komplikasi berlaku sekiranya perkembangan dan pertumbuhan anak anda normal.
- Walaupun anak anda hanya mengambil beberapa jenis makanan sahaja, ini tidak bermakna anak anda mengalami kekurangan zat makanan.
Adakah masalah ini boleh dirawat?
Anak anda perlu dinilai oleh doktor sebelum diberi sebarang rawatan. Walaupun anak anda memilih atau mengelak salah satu jenis makanan daripada diet hariannya, ini anda tidak perlu bimbang jika dia membesar secara normal.
Jika anak anda membesar secara normal walaupun menolak makanan, cuba cara berikut:
- Berikan makanan yang sering dielakkan oleh anak anda pada masa yang lain. Terus berusaha dan jangan putus asa.
- Terus memperkenalkan makanan baru kepada anak anda.
- Sediakan makanan yang berbeza (termasuklah makanan yang disukai oleh anak anda ) pada setiap waktu makan.
- Hidangkan makanan dalam pelbagai bentuk yang menarik.
- Elakkan makanan manis seperti gula-gula di antara waktu makan.
- Anda boleh memberi vitamin tambahan sekiranya anak anda enggan mengambil makanan tertentu dalam jangka masa yang lama.
- Elakkan makan ketika menonton tv kerana ia akan mengganggu perhatian anak anda.
- Makan bersama ahli keluarga akan menggalakkan anak anda makan. Ia juga memberi anda peluang memberi perhatian dan mengajar anak anda makan.
- Tunjukkan contoh yang baik dengan memakan perlbagai jenis makanan.
Paling penting – elakkan daripada pertengkaran ketika waktu makan.
- Belajar untuk mengurangkan perasaan risau atau bimbang kerana keadaan ini boleh menguatkan lagi keengganan anak anda untuk makan..
- Jangan memaksa anak anda untuk makan.
- Jangan bertengkar dengan anak anda semasa waktu makan.
- Jangan menghukum anak anda sekiranya tidak mahu makan.
- Berikan pujian jika anak anda mula memakan jenis makan yang selama ini ditolak olehnya.
Bagaimana masalah ini dapat dielakkan?
Anda harus:
- Menunjuk contoh dengan memakan hidangan yang lengkap bersama anak anda.
- Perkenalkan pelbagai jenis makanan baru seawal umur 6 bulan.
- Jangan berikan terlalu banyak susu atau jus antara waktu makan utama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI