Setuju ke tak kalau tugas-tugas seperti menjaga anak, menyusukan anak, memasak, mengemas rumah dan kerja-kerja rumah yang lain tu semua tugas seorang suami? Sebab ada yang tidak setuju bila suami yang melakukan tugas-tugas tersebut. Isu ini dikongsikan oleh Dr Shazril Shaharuddin di Instagram miliknya. Menurutnya dia menerima kenyataan tersebut dari seorang pengikutnya di instagram. Hampir terduduk dibuatnya apabila mendapat kenyataan sedemikian.
“Harini saya buat Q&A dan terduduk kaw kaw bila saya dapat soalan sebegini. In fact saya jawab dah soalan ni kat story tapi saya delete sebab saya rasa this question deserve a permanent post.”
Dr selebriti dan juga pempengaruh, Dr Say Shazril itu juga terkejut apabila seorang pengikut yang merupakan seorang wanita itu bertanya seolah-olah marah jika suami yang lakukan tugas isteri. Di dalam postingnya dia juga lampirkan infografik tugas suami menurut islam dari Zayyan.my.
Tambahnya lagi, dia bukanlah seorang yang ‘warak berdahi hitam’ tapi ilmu agama yang dipelajarinya tidak pernah menyebut bahawa ugas seorang isteri adalah mengemas rumah. Malahan, engemas rumah adalah tugas seorang suami menurut islam. Isteri nak tolong, tu semua atas ihsan isteri, bukan satu kewajipan buatnya.
View this post on Instagram
Dia menegaskan bahawa dalam perkahwinan ini perlulah ada ‘give and take’. “Contoh saya memang cukup susah nak bagi anak makan, isteri pula susah nak cuci outlet sinki yang berlumut. Jadi e complement on areas yg we are lacking. That is how marriage works.”-katanya lagi.
Apapun, min setuju dengan Dr Shazril. Perkahwinan ini ibarat satu pasukan bertolak ansur salah satu elemen penting. Yang paling penting adalah suami dan isteri masing-masing tahu tugas dan tanggungjawab. Semoga kita semua menjadi pasangan hidup yang melengkapi di dunia dan akhirat.
Sekadar info, Dr Shazril telah mendirikan perkahwinan dengan Dr Azura dan telah dikurniakan dua putera.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI