Mira Filzah tunai umrah bersama keluarga, “Pertama kali buat umrah sebagai isteri dan ibu.” Setiap Muslim, peluang untuk menunaikan Umrah adalah satu nikmat yang perlu disyukuri dan digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki diri dan meningkatkan amalan.
Mira Filzah Tunai Umrah Bersama Keluarga, “Pertama Kali Buat Umrah Sebagai Isteri & Ibu”
Bagi pengacara dan juga pelakon Mira Filzah, pertama kali menunaikan umrah sebagai seorang isteri dan juga ibu merupakan satu pengalaman yang baru buat dirinya. Ibu jelita ini mengakui bahawa ia satu pengalaman yang cukup berharga dalam hidupnya.
Berikut hantaran Mira Filzah di laman Instagramnya.
Ads
Pertama kali buat Umrah sebagai seorang isteri dan ibu. Challenging but very beautiful Umrah journey for me. We had only one night here. Emir volunteered untuk jaga Amir dan Mira dapat keluar ke masjid sendiri untuk tahajjud. Wallahi I had the best time ever in my life.
Thank you my love @wanemirastar.Short, but very meaningful in the most blessed place on earth.
Autisme, satu spektrum yang semakin ramai mula sedar, tapi ramai juga yang masih keliru tentang apa sebenarnya yang terlibat.
Menerusi perkongsian Dr Dr Ahmad Samhan menjelaskan bagaimana untuk mengenal pasti autism.
Katanya ada segelintir ibu bapa tidak dapat menerima hakikat anaknya menghidap autisme.
“Anak puan ada ciri-ciri autisme” … “Eh,mana ada. Anak saya normal”
Bukan senang untuk terima hakikat anak sendiri yang di kandung 9 bulan didiagnos sebagai anak istimewa.
Tahukah kalian, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap autisme sebenarnya lambat didiagnos?
Walaupun begitu, sebenarnya ada beberapa ciri ciri autisme yang boleh ibu bapa tengok pada anak-anak.
Statistik baru-baru ini mendedahkan 1 daripada 68 kanak-kanak telah didiagnos dengan gangguan autisme dan ia hanya dikesan pakar apabila mereka sudah berusia 2 tahun! Sedangkan, tanda autisme sudah boleh dilihat dari awal sejak bayi berusia 6 bulan lagi.
Apa itu autisme?
Autisme adalah masalah perkembangan kompleks. Ia melibatkan interaksi sosial seorang kanak-kanak terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.
Hampir 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapi gangguan autisme, atau lebih dikenali sebagai kanak-kanak autistik, namun gagal didiagnos dengan cepat kerana ibu bapa tidak tahu ciri-ciri autisme.
Malah, masih ramai masyarakat di Malaysia tidak mengetahui dengan jelas tentang apa itu autisme dan apakah punca-puncanya.
Pastikan anda sentiasa memerhati dan memeriksa perkembangan anak. Kalau ada apa-apa yang merisaukan, sila dapatkan pandangan pakar. Jangan ambil sikap untuk menunggu. Selain dari mak ayah perlu menerima kenyataan anak mereka didiagnos autisme, bagaimana penerimaan keluarga dan masyarakat itu lebih penting.
Semua mak ayah dambakan anak yang sempurna. Kalian tidak akan dapat merasai penderitaan dan pengorbanan mak ayah yang ada anak istimewa. Sesekali tidak! Anak istimewa ini ada hak diatas muka bumi ini. Tak pernah dipinta dilahirkan sebegitu. Terima mereka dan jangan sisihkan mereka. Siapa tahu mereka menjadi individu yang mengubah dunia.
Dah ramai mereka yang menghidap autisme telah mengubah dunia seperti Albert Einstein yang mempunyai IQ diatas 160, Isaac Newton yang menemui teori graviti dan Bill Gates adalah salah seorang paling kaya di dunia.
Share info ini sebab masih ramai yang susah untuk terima kenyataan anak mereka autisme dan ada segelintir masyarakat yang pandang serong pada anak istimewa ini.
Rentetan siri penderitaan rakyat Palestin yang tercetus kini membuatkan ramai antara kita berasa marah, sedih malah berasa sayu melihat penduduk Palestin terus menjadi mangsa kekejaman Israel.
Apatah lagi apabila melihat serangan letupan di hospital Al Ahli Arab di Gaza sehingga menyebabkan kehilangan nyawa yang sangat dahsyat. Sedikit sebanyak mengganggu emosi kita semua.
Begitu juga buat ahli keluarga pelakon Ramona Zamzam, kisah Palestin begitu dekat dengannya. Di mana mentuanya adalah berasal daripada Gaza!
Baru-baru ini melalui akaun Instagram miliknya, Ramona ada berkongsi mengenai keluhan anak perempuannya, Ivanna yang sedih kerana tidak dapat meluangkan masa dengan datuk sendiri meskipun tinggal serumah.
Menurut Ramona, anaknya berasa hairan susulan tindakan datuknya yang berasal daripada Gaza, Palestin itu yang kebelakangan ini lebih suka menyendiri.
“Anak perempuan saya datang kepada saya sebentar tadi dan bagitahu yang dia ingin luangkan lebih banyak masa dengan ‘seedo’ (panggilan atuk dalam Bahasa Arab).
“Dia pergi dan beberapa minit kemudian, dia datang dan bagitahu yang seedo tidak mahu meluangkan masa dengannya kerana katanya dia mengantuk.
“Saya kata, biarlah seedo tidur. Dia mungkin penat. Nanum, anak saya pelik sebab seedo sentiasa penat dan nak tidur,” tulisnya.
Tambah Ramona, bapa mentuanya itu difahamkan sengaja mengelak untuk meluangkan masa dengan cucunya kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap keganasan yang berlaku di Palestin saat ini.
“Rupa-rupanya bapa mentua saya memang mengelak untuk bermain dengan Ivanna. Tidak lama selepas itu, bapa mentua beritahu yang dia terpaksa berbohong.
“Dia sebenarnya sedang menonton berita mengenai konflik di Palestin dan dia tidak mahu Ivanna melihat video-video pembunuhan yang boleh mengganggu fikirannya.
“Sejujurnya, fikiran kami sangat terganggu sejak beberapa minggu ini. Anak kecil saya tidak tahu apa-apa.
“Kalaulah anak saya tahu yang kedua-dua atuk dan neneknya berasal daripada Gaza dan mereka sangat terpukul menonton laporan berita hari-hari,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia kini sedang berusaha untuk memberikan sokongan moral buat keluarganya yang terkesan dengan musibah yang berlaku di negara kelahiran mereka.
“Ia merupakan tanggungjawab saya untuk menjaga keluarga Palestin saya dan pastikan mereka berasa selamat.
“Saya akui ada beberapa kali saya pernah putus harapan kerana ini bukan kali pertama hal seperti ini berlaku sejak saya mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Ramona turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang mengambil berat tentang dirinya dan keluarga.
“Saya berdoa agar pembunuhan beramai-ramai ini akan berhenti. Saya juga berharap agar satu hari nanti, anak saya akan membesar dan memahami asal usulnya serta tahu apa yang dunia telah lakukan kepada Palestin.
“Kepada rakan-rakan yang menghantarkan mesej dan bertanya tengang Rami dan keluarga, ia sangat bermakna buat kami,” ujarnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gelagat Faliq anak Puteri Aisyah kali pertama makan ‘solid food’ buat warga maya ‘geram.’ Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi adalah satu milestone yang besar dalam perkembangan mereka.
Bagi ibu bapa, ia mungkin pengalaman yang mendebarkan, tetapi juga menimbulkan pelbagai soalan.
Menerusi satu entri terbaru Puteri Aisyah, ibu cantik jelita ini memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Faliq yang sedang menikmati ‘solid food’ yang pertama.
Paling menarik perhatian pastinya badan semangat Faliq yang begitu semangat dan kini semakin membesar.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga maya teruja melihat perkembangan sihat Faliq yang kini semakin sihat membesar dengan badan berketak-ketak. Rakan-rakan selebriti juga turut meninggalkan ‘jejak’ di ruangan komen.
Terdahulu, Puteri Aisyah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April 2024 lalu.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.