Bukan kita tidak bijak mengawal emosi tetapi kita mudah kalah dengan nafsu kemarahan kita ketika marahkan anak. Kita selalu terlupa.

Ketika marah itulah pelbagai kata dihamburkan pada anak. Sudahnya kita juga yang menyesal.

Menurut Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, berhati-hatilah dengan kata-kata yang keluar dari mulut kita ketika marah. Belajarlah untuk praktis ayat yang lebih baik dan lebih elok bunyinya. Ini yang dikongsikan beliau. Jom praktis!

Mudahnya Mak Ayah Meluah Rasa Marah, Kesannya Berpanjangan Pada Anak Yang Mendengar, Bahaya!


Walaupun emosi tengah tak stabil, berhati-hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut kita. Memang mudah untuk meluah rasa marah. Tapi kesan sakitnya boleh jadi berpanjangan pada anak yang mendengar.

Ia bukan sahaja menyakitkan, malah membunuh potensi mereka. Jom praktis. Tarik nafas sebelum bercakap. Memang mudah nak cakap,

Mudahnya Mak Ayah Meluah Rasa Marah, Kesannya Berpanjangan Pada Anak Yang Mendengar, Bahaya!

“Bisinglah! Memekak!” Tapi, cubalah bercakap untuk mendidik,

“Suara abang sakitkan telinga mama. Boleh tak cakap dengan suara slow.”

Berbanding,

IKLAN

“Mama tak maafkan kamu”

Cubalah,
“Ouch. Mama terasa awak cakap macam tu. Apa kata kita berbincang macam mana nak setel.”

Mudahnya Mak Ayah Meluah Rasa Marah, Kesannya Berpanjangan Pada Anak Yang Mendengar, Bahaya!

Berbanding,
“Mama dengar lagi kamu tanya soalan pasal seks, mama cili mulut!”

Cubalah,
“Anak mama dah besar. Dah start curious pasal ni. It’s normal kakak. Apa yang kakak nak tau?”

Berbanding,
“Nak masuk neraka ke cakap macam tu?”

IKLAN

Cubalah,
“Tak manis anak soleh mama cakap macam tu. Cuba bang cakap balik elok-elok mama nak dengar.”

Berbanding,
“Lembablah! Cepat sikit!!”

Cubalah,
“Kita kena cepat ni. Mama bagi masa awak 10 saat untuk pakai tudung.”

Berbanding,
“Benda senang pun tak boleh buat!”

Cubalah,
“Tak apa, cuba lagi. Perlu mama cuba tunjuk cara lain, atau nak cuba buat dulu?”

Mudahnya Mak Ayah Meluah Rasa Marah, Kesannya Berpanjangan Pada Anak Yang Mendengar, Bahaya!

IKLAN

Maknanya nak dekat sama. Cuma penyampaian berbeza. Kata-kata bisa mendidik dan menyembuh. Boleh juga menyakitkan.

Kata-kata yang menyakitkan itu, tak mengurangkan sayang anak pada kita. Tapi sayang mereka terhadap diri sendiri akan makin berkurang.

Mari belajar pilih.

Wawa Shauqi
Yang selalu menyesal bila termarah

Menarik: Jangan Panggil Anak Degil Bila Tak Ikut Cakap Kita, Mungkin Sebab Kita Paksa Dia Bosan

Mudahnya Mak Ayah Meluah Rasa Marah, Kesannya Berpanjangan Pada Anak Yang Mendengar, Bahaya!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI