Keibubapaan

Nak Ajar Anak Jangan Sampai Si Kecil Stress, Biar Timbul Minat Lepas Tu Tak Payah Teruk Nak Paksa Lagi

Share

Dalam membesarkan anak-anak, setiap orang ada cara dan pendekatan yang tersendiri untuk mengajar dan mendidik. Paling penting jangan sampai anak-anak rasa tertekan dan jadi tak seronok tiap kali mama papa nak ajar mereka.

Keadaan yang tertekan akan membuatkan si kecil rasa tidak seronok dan hilangnya minat untuk belajar. Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Wawa Shauqi yang banyak menulis tentang ilmu keibubapaan menyatakan dalam mengajar anak-anak, apa yang penting timbul minat kerana bila dah minat, mama papa tak perlu lagi paksa si kecil kerana mereka sendiri akan seronok belajar sesuatu yang baru atau yang kita ajar.

Berikut adalah perkongsian yang dibuat oleh Wawa Shauqi untuk bagi anak minat belajar:

AJAR ANAK TANPA STRESS.

Belajar sepatutnya tak boleh jadi aktiviti yang buat anak stres. Bahaya kesannya. Bila anak rasa belajar tu sesuatu yang tak menyeronokkan, mereka akan cuba mengelak.

Apa yang penting bila mengajar anak, mereka timbul MINAT. Bila dah minat, tak payah kita teruk-teruk nak paksa.

Yang bahayanya kalau anak tak minat. Walaupun nampak macam anak dah kuasai apa yang kita ajar, tapi once kalau tak minat, susah kerja kita nak mengajar.

Macam mana nak bagi anak minat belajar?

1) Kenali minat anak

Contohnya macam Ammar, dia minat kereta. Jadi apa saja ilmu saya nak ajar kat dia, perlu melibatkan kereta.

Contoh dalam gambar ni. Nak ajar saiz dan warna, nak tajamkan kemahiran motor halus dia, semua saya kaitkan dengan kereta.

Kalau anak minat Elsa ke, minat dinosaur ke, minat lori ke, gunakan minat-minat anak tu untuk cipta sesi belajar yang menyeronokkan.

2) Kenali ‘Types of Learners’ anak

Ada anak yang dengar sekali dua terus faham. Ada anak yang ulang cakap, dia tetap tak fham.

Kena libatkan deria sentuhan dia, bagi dia bergerak, bagi dia main, baru dia faham.

Tiga jenis ‘Types Of Learners’ anak adalah:

  • VISUAL LEARNER (VL)

Saya adalah salah seorang spesis VL. Nota-nota dan nota. Nota saya penuh kartun dan ikon. Siapa nak pinjam nota saya buat belajar, mampuih nak paham.

Sampai sekarang saya terbawwak-bawak perangai ni. Walaupun baca buku untuk diri sendiri faham, saya masih mencatit/ melukis balik.

Kekurangan spesis VL ni, mereka lebih mudah nak faham apa yang cikgu ajar jika ianya ditulis di papan putih berbanding kalau cikgu lecture kat depan kelas.

Peralatan yang sesuai untuk mereka adalah pen berbagai warna untuk tulis nota.

Mereka mudah terganggu kalau tv terpasang dan ada orang lalu lalang tepi dia. Sebab itu mereka susah kalau study group ni. Lebih baik belajar sorang-sorang.

VL juga suka tanya banyak soalan ‘to seek clarification’.
Fuhh boss saya dulu suka jeling bila saya suka ulang semula arahan dari dia.

  • AUDITORY LEARNER (AL)

Ini spesis member saya si Ayyub. Anak saya yang sulong tu pon jenis ini. Spesis ni mudah dijelesi oleh manusia lain. Manakan tidak, dengar sikit, terus lekat masuk kepala.

Pada saya AL bertuah sangat sebab boleh belajar sambil memasak, sambil basuh kain, sambil jogging. Bubuh je earphone kat telinga, setel! Jimat masa.

Cuma kekurangan mereka, kalau dapat lecturer/ cikgu yang asyik bagi task je, tak bercakap depan kelas, mereka susah nak score.

Dan kalau mereka perlu membaca, mereka perluakan suasana yang senyap untuk fokus. Mereka perlu membaca buku dengan kuat kalau nak senang faham.

AL mudah menghafal dari lagu,
selesa terima verbal instruction berbanding kena baca sendiri buku manual, enjoy dengan kerja berkumpulan, diskusi, debat dan sangat mudah menghafaz.

Pendek kata, AL ni lebih enjoy belajar dengan mendengar berbanding membaca.

Sementara Visual learner tools mereka adalah pen dan buku,
Auditory Learner pulak digalakkan mempunyai alam perakam (recorder) dan earphone.

  • KINESHETIC LEARNER (KL)

Kanak-kanak adalah kinesthetic learners pada peringkat awal. Sebab itulah memaku mereka di tempat duduk sambil pegang buku untuk dibaca hanya uaha yang sia-sia.

Keupayaan mereka untuk fokus pun tak lama.

Pun begitu, nak kasi anak punya punya penumpuan, kita perlu mengajar dengan melibatkan deria-deria badan mereka.

Medium pembelajaran mereka lebih berkesan bila melibatkan pergerakan dan sentuhan. Bila bergerak, sentuh benda dan buat macam-macam aktiviti, barulah senang faham dan ingat.

Nak mengajar pun kena pinjam suara watak-watak kartun. Ingat diorang nak dengar ke kalau kita mengajar pakai nada suara membosankan.😂

Anak-anak perlu banyak bermain dan bergerak, supaya badan mereka kenyang, seterusnya mereka boleh beralih kepada cara pembelajaran visual atau auditori bila dah besar sikit.

Kalau tidak, susah jugak nak suaikan diri untuk belajar di sekolah yang kebanyakannya memerlukan kita jadi visual/ auditory learners.

Bayangkan depa ni kalau nak faham belajar, tangan, kaki atau badan perlu bergerak untuk dapatkan kepuasan belajar. Tak ke asyik kena baling kapur dengan cikgu.

Pun begitu, potensi untuk mereka skor belajar sampai universiti masih cerah. Cuma mudah hilang tumpuan dengan lecture panjang-panjang.
Jadi kalau di dalam kelas, mereka perlu take frequent break dan perlu kerap bangun dari tempat duduk.

Untuk tackle kinesthetic learner ni, parents/ teachers digalakkan mencipta permainan out of whatever they are learning.
Izinkanlah mereka untuk bergolek dan berbaring jika mereka tak selesa bila belajar duduk. Maafkanlah keaktifan luar biasa mereka.

3) Make it fun!

Belajar untuk anak bawah 5 tahun, tak sepatutnya terikat hanya dengan pakai buku. Dan tidak terikat dengan duduk diam atas meja.

Kalau boleh melompat, berlari, lumba-lumba, lagi anak seronok. Terutamanya yang lelaki.

Nak bercakap pun, guna nada suara yang entertaining. Lawan kesedapan suara kartun yang anak dah biasa tonton.

Biarlah kita rasa macam orang tak betul. Asalkan mata anak bersinar-sinar tak sabar nak join ikut kita belajar/ bermain.

Wawa Shauqi
Cikgu Anak-Anak.

Memang tak dinafikan setiap orang ada cara mereka tersendiri dalam mendidik anak-anak yang sedang membesar. Tapi dalam memberikan ilmu yang berkesan, tak salah mama papa dan ceduk ilmu lain dari pelbagai sudut. Mana tahu tak berkesan yang pernah dibuat, cuba yang baru dapat memberi kesan positif kepada anak-anak.

Sumber: Wawa Shauqi

 

IKLAN