Penyusuan anak kembar memerlukan semangat dan usaha yang lebih berbanding menyusukan seorang anak. Keyakinan dan percaya pada diri bahawa ibu boleh melakukan sudah pasti membuahkan kejayaan. Kalau positif sentiasa, pasti dapat menyusukan si kembar dengan baik malah tak cemas sepanjang menyusu.

Menurut Puan Asma Moin, kaunselor laktasi daripada Global Trading, terpulang pada ibu untuk menyusukan bayi secara serentak atau berasingan. Cara rentak dan keserasian sebelum menyusukan kedua-dua anak. Adalah lebih mudah jika ibu menyusu secara berasingan pada awalnya dan meneruskan penyusuan serentak apabila sudah mula yakin untuk menguruskan kedua-duanya serentak.

Nak Susukan Anak Kembar Harus Tepat Caranya, Barulah Anak Kenyang Dan Tak Menangis Waktu Menyusu!

Masa yang di ambil juga tidak terlalu lama jika proses penyusuan ini di lakukan serentak dan ibu punya waktu untuk berehat dan mempunyai masa yang berkualiti sebelum meneruskan penyusuan pada sesi seterusnya.

Buat ibu yang menyusukan anak kembar, haruslah mengambil pemakanan yang cukup berkhasiat mengikut piramid pemakanan yang telah di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pilih makanan seimbang dan ambil jumlah sayur dan susu yang mencukupi.

Empat Teknik Penyusuan Kembar


 

IKLAN

Nak Susukan Anak Kembar Harus Tepat Caranya, Barulah Anak Kenyang Dan Tak Menangis Waktu Menyusu!
1. Football & Cradle 
Ia adalah gabungan daripada dua posisi. Salah seorang bayi akan menyusu secara front cross manakala seorang lagi akan berada dalam posisi football.

 

 

2. Front Cross
Posisi ini di panggil posisi double cross. Bayi di letakkan bersilang di mana anda posisikan bayi pertama pada payudara sebelah kanan. Pastikan bayi anda melekap dengan selesa terlebih dahulu sebelum mengangkat bayi kedua dan meletakkan pada sebelah kiri payudara. Pastikan ibu dan bayi selesa.

Nak Susukan Anak Kembar Harus Tepat Caranya, Barulah Anak Kenyang Dan Tak Menangis Waktu Menyusu!

IKLAN

3. Upright Latch
Posisi ini anda boleh lakukan dengan keadaan diri anda duduk bersandar 45 darjah. Kedua-dua bayi anda letakkan dalam posisi menegak dan meniarap atas perut anda. Seakan-akan football hold dengan mulutnya kearah payudara anda. Gravity akan membantu proses penyusuan anda. Posisi yang amat di sarankan untuk ibu yang berada dalam keadaan kepenatan.

Nak Susukan Anak Kembar Harus Tepat Caranya, Barulah Anak Kenyang Dan Tak Menangis Waktu Menyusu!

4. Football/Clutch Hold
Bayi akan berada atas bantal penyusuan ketika menyusu dan bahagian perutnya berada di sisi kiri dan kanan badan manakala kakinya menghala ke bahagian belakang ibu. Kedudukan kedua-dua bayi ini di sokong oleh bantal penyusuan yang di reka khas atau bantal yang sedikit besar.
Empat posisi di atas sangat membantu ibu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu tanpa tekanan dan ibu boleh memilih situasi yang sesuai untuk dirinya bersama bayi.

Nak Susukan Anak Kembar Harus Tepat Caranya, Barulah Anak Kenyang Dan Tak Menangis Waktu Menyusu!

IKLAN

Tip Sebelum Menyusu
1. Kenal pasti payudara sendiri terlebih dahulu. Minta nasihat daripada doktor yang merawat untuk melakukan pemeriksaan payudara agar proses penyusuan berjalan dengan baik.
2. Lakukan penyusuan dengan penuh hikmah dan kasih sayang dan sentiasa menjaga emosi agar lebih tenang dan positif.
3. Dapatkan teknik penyusuan yang tepat melalui pembacaan atau boleh juga menyertai kelas-kelas yang disediakan oleh hospital.
4. Pastikan peralatan dan kelengkapan ibu dan bayi semasa proses penyusuan susu disediakan lebih awal.

Nak Susukan Anak Kembar Harus Tepat Caranya, Barulah Anak Kenyang Dan Tak Menangis Waktu Menyusu!

Sokongan Ketika Menyusu
1. Langkah penyusuan anak kembar serentak
a). Pastikan anda menggunakan kusyen atau bantal bagi menyokong posisi penyusuan anak kembar. Bantal ini juga untuk menyokong tubuh badan bayi semasa penyusuan berlaku.
b). Anda boleh menggunakan batal yang berbentuk V shape yang di reka khas untuk menyusukan bayi.

c). Dapatkan bantuan dari suami atau orang terdekat untuk meletakkan bayi pada posisi yang betul sebelum proses penyusuan. Biarkan bayi selesa dengan kedudukannya sambil anda membetulkan posisi penyusuan dengan sendiri mengikut keselesaan bayi dan anda.

d). Anda boleh melakukan proses penukaran bayi dan posisi dengan selesa mengikut keadaan anda ketika menyusukan bayi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI