Semua orang suka makan nasi goreng. Ada macam-macam jenis. Yang pedas, kurang pedas atau langsung tidak pedas. Ikutlah selera masing-masing. Salah satu jenis nasi goreng yang menjadi kegemaran ramai adalah nasi goreng kampung.
Resipi untuk nasi goreng kampung pun ada banyak versi. Yang guna belacan, yang hanya guna ikan bilis, ada juga yang tak guna bawang merah ketika menumis dan macam-macam lagi. Mungkin para ibu ada resipi nasi goreng kampung sendiri, tapi tak salah rasanya untuk belajar cara orang lain.
Untuk cara-cara membuat nasi goreng ini, bolehlah lihat gambar di bawah:
Ads
*Siapa suka sayur letaklah, anak anak ibu ni kalau sayur memang nya deorang ni, macam nak kena tembak dengan askar israel takutnya.
Boleh buat telur mata tau kalau nak lagi beselera. Anak anak ibu suka macam ni lagi.
Tak susah pun, mana-mana resipi nasi goreng lebih kurang sama saja cara memasaknya. Yang membezakan adalah bahan yang digunakan serta mungkin ada petua yang diamalkan untuk menyedapkan lagi rasa nasi goreng.
Jika anda berminat untuk mencuba resipi ini tapi ada anak kecil, kurangkan penggunaan cili padi. Guna cili masak pun dah cukup kalau anak kecil yang nak makan. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nugget memang antara makanan kesukaan anak-anak. Kalau nak lebih sihat sebaiknya mama buat sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan mudah.
Paling best boleh buat banyak-banyak dan simpan. Tiap kali anak nak makan tinggal goreng sahaja. Confirm sedap anak mesti berebut nak makan!
Resepi Nugget Homemade
Resepi Nugget homemade…buat banyak-banyak letak dalam peti bila nak goreng je..tak payah beli-beli dah. Kalau buat sndiri ni nak letak ayam banyak mana pon boleh..puas makan
Bahan-bahan:
Isi Ayam (3 ketul)
serbuk roti (5 sudu)
Telur (1 biji)
carrot ( optional)
tepung ubi ( 1 sudu)
Garam ( 1 sudu kcil)
lada hitam (1 sudu kcil)
Cara-cara:
3 ketul isi ayam saya tumbuk-tumbuk je
Campurkan isi ayam, garam, serbuk lada hitam dan tepung ubi..gaul sebati
lepas tu buat la bentuk-bentuknya..ikut la nk buat bentuk macam mana pon..lepas tu letak dalam peti ais 20 minit
Salutkan dengan serbuk roti dan telur
Goreng dengan api sederhana..sebab serbuk roti tu cepat hangit
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban hari menikmati hidangan nasi, apa kata PKP 2.0 ini kita sajikan aneka mi pula untuk anak-anak dan suami. Sajian simple tapi super sedap yang dikongsikan oleh Muhammad Zakwan ini bukan calang-calang. Lain macam sedapnya. Patutlah dapat perkongsian sampai 10K di facebook.
Resipi yang dikongsikannya cukup ringkas tapi power. Sedap, pedas dan menyengat! Rugi kalau tak cuba!
Bahan-bahan:
2 gulung yee mee
Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (dicincang)
5 batang Sawi (dipotong dan dicelur)
4 sb kicap pekat
4 sb sos tiram
3 cawan air
2 bj telur
1 sb tepung jagung
Serbuk lada hitam
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
3. Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.
4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih,kemudian tutup api.
5. Panaskan hot plate, masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.
6. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak bosan makan nasi, apa kata malam hari buatkan anak dengan Bread Stik atau Jejari Roti yang rangup tapi lembut di dalam. Lagi sedap buatkanlah sup berkrim untuk anak-anak. Laju anak makan.
Time malam macam ni, anak-anak saya jenis suka makan ringan-ringan. So hari ni kita buat breadstik ataupun jejari roti. Wangi je bau mix herb ni.
Ni saya sertakan resepi tapi resepi saya tiada sukatan. Cuma agak-agak sahaja berdasarkan pada banyak roti.
Bahan-bahan:
3 sb tepung gandum
1 sb tepung beras -boleh ganti dengan tepung bistari jika ada
Telur
Serbuk kunyit
Mix herb @ oregano herb
Lada sulah
Lada hitam jika suka
Garam/ perasa
Bancuhan buat jangan pekat sangat, jangan cair sangat. Biar sampai coating tu elok lekat pada roti.
Bancuhan ni pun digunakan untuk gorengan lain.
Terpulang pada koranglah bancuhan macam mana pun korang nak buat.
Ni kalau makcik goreng pisang buat pun boleh menyandar kenyang.
Gaul sebati semua. Ni kalau ada sup ni sedap cicah.
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.