Bila pelakon Nynaa Harizal berkongsi gambar raya dengan ‘baby barunya’ ramai warga maya geram dengan kecomelan bayi lelakinya. Nynaa dan suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas memilih nama, Isaac untuk anak lelaki mereka.
Nynaa Harizal Kongsi Gambar Raya Dengan ‘Baby Baru’
Isaac merupakan anak kedua Nynaa. Terdahulu, Nynaa sudah pun memiliki seorang anak perempuan, Zara Ariyanaa yang dilahirkan pada 29 Januari 2023. Pastinya rasa seronok dan teruja menjadi seorang ibu melenyapkan rasa lelah untuk membesarkan buah hati kesayangannya.
Pemilik nama lengkap Nurul Hanynaa Hariza yang juga bekas peserta Dewi Remaja 2019 itu menganggap momen bergelar seorang ibu merupakan suatu perkara yang mengubah kehidupannya.
Comel Betul Isaac
Ads
Berikut perkongsian Nynaa di laman Instagramnya:
Selamat Hari Raya from our little Family. The outcome of our 1-minute photo session with Arianaa dan Isaac, tulisnya.
Untuk rekod, Nynaa mendirikan rumah tangga dengan bekas pelumba kereta F3, Mohamed Fahmi Ilyas pada 28 Ogos 2021. Kehadiran sepasang cahaya mata mereka, Ariyanaa dan Isaac menyerikan lagi rumah tangga pasangan ini.
Murid tahun 1 dirai dengan maskot Bumblebee, Optimus Prime, terus hilang rasa berdebar. Murid tahun 1 sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Mungkin ada yang sudah biasa dengan suasana di sekolah namun tidak kurang juga yang berasa asing bila berada di sekolah.
Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perai meriah apabila murid-murid yang memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2025/2026 termasuk Tahun 1 disambut oleh maskot gergasi Bumblebee dan Optimus Prime, watak popular daripada siri filem Transformers.
Dengan ketinggian hampir tiga meter, kedua-dua maskot tersebut menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan murid malah ibu bapa serta guru yang hadir mengiringi anak-anak mereka untuk sesi persekolahan pertama tahun ini.
Menurut Guru Besar SK Kuala Perai, Aini Najwa Othman, idea tersebut tercetus bagi mengurangkan rasa cemas dan takut dalam kalangan murid-murid baharu yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.
“Kami memahami bahawa hari pertama sekolah boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan bagi murid-murid Tahun 1.
“Oleh itu, pihak sekolah ingin melakukan sesuatu yang berbeza, sesuatu yang boleh membuatkan mereka teruja dan gembira untuk memulakan perjalanan baharu ini.
“Usaha ini juga sebagai peniup semangat kepada murid-murid sekolah terutamanya prasekolah dan Tahun 1. Kedua-dua maskot robot dan Sang Kancil akan berada di sini selama dua jam,” katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah di sini pada Isnin.
Beliau berkata, SK Kuala Perai menerima 46 murid Tahun 1 dan lebih 40 murid prasekolah bagi sesi 2025/2026.
Dalam pada itu, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka turut memuji usaha pihak sekolah dalam menceriakan hari pertama persekolahan.
Muhammad Daniel Abdullah, 33, berkata, dia berasa lega apabila raut wajah anaknya bertukar ceria selepas ternampak dua maskot robot di hadapan sekolah.
“Saya memang risau sebab anak saya prasekolah, jadi ini kali pertama dia masuk sekolah. Tadi di rumah, muka dia nampak risau, takut. Saya pun risau anak saya menangis selepas sampai di sekolah.
“Tetapi apabila sampai depan sekolah, raut muka dia dah berubah. Dia nampak seronok dan tidak menangis selepas masuk ke kawasan sekolah. Lega saya. Bagus sekolah buat usaha ini,” katanya.
Pekerja kilang, Zan Azriani Rahim, 36, berkata, usaha sekolah dengan membawa dua maskot robot di hadapan sekolah adalah tindakan bijak.
“Saya puji dengan usaha ini, murid-murid jadi semangat nak masuk sekolah terutamanya murid Tahun 1 seperti anak saya.
“Mereka lupa dengan perasaan gementar untuk mengikuti alam persekolahan,” katanya.
Suri rumah, Saforah Awang, 31, berkata, dia berharap agar pihak sekolah meneruskan usaha seperti ini dalam memberi semangat kepada murid-murid untuk datang ke sekolah.
“Usaha ini wajar diteruskan, bukan saja murid-murid malah kami sebagai ibu bapa pun seronok tengok anak-anak gembira masuk sekolah,” katanya.
Ketika membeli barangan dapur, kita sering kali melihat label “Use By” dan “Best Before” pada bungkusan makanan. Namun, tidak semua orang benar-benar memahami maksud di sebalik istilah-istilah ini. Mengetahui perbezaannya bukan sahaja penting untuk keselamatan makanan, tetapi juga membantu mengurangkan pembaziran.
Label “Use By” merujuk kepada tarikh terakhir makanan itu selamat untuk dimakan. Ia biasanya digunakan untuk makanan yang mudah rosak seperti susu, daging segar, atau makanan yang perlu disimpan sejuk. Jika makanan telah melepasi tarikh ini, ia tidak lagi selamat dimakan walaupun kelihatan, berbau atau rasa masih baik. Makanan seperti ini boleh menyebabkan keracunan makanan.
Contoh makanan berlabel “Use By”:
Susu segar
Yogurt
Daging mentah
Makanan siap masak sejuk beku
Selepas tarikh ini, makanan tidak lagi selamat dimakan walaupun ia mungkin masih kelihatan baik atau tidak berbau.
Sementara itu, label ini merujuk kepada kualiti makanan, bukan keselamatannya. Tarikh ini menunjukkan sehingga bila makanan itu berada dalam keadaan terbaik dari segi rasa, tekstur dan nutrisi. Selepas tarikh ini, makanan masih boleh dimakan tetapi mungkin tidak lagi mempunyai kualiti terbaik.
Contoh makanan berlabel “Best Before”:
Biskut
Pasta kering
Bijirin sarapan
Coklat
Selepas tarikh ini, makanan masih boleh dimakan, selagi ia tidak berkulat, berbau pelik, atau berubah rasa drastik.
Gunakan akal dan deria: bau, rasa dan lihat.
Simpan makanan di tempat kering, sejuk dan gelap (pantry atau almari makanan).
Tahukah anda? Sejuta tan makanan dibazirkan setiap tahun di seluruh dunia kerana salah faham tentang label ini. Dengan memahami perbezaan ini:
Anda boleh kurangkan pembaziran makanan.
Jimat wang dengan guna makanan secara bijak.
Elakkan keracunan makanan dengan ikuti panduan penyimpanan.
Semak tarikh sebelum beli, terutama untuk makanan segar.
Gunakan makanan yang berlabel “Guna Sebelum” dulu sebelum tarikh tamat.
Labelkan makanan dengan tarikh buka, jika tiada.
Bekukan makanan sebelum tarikh “Guna Sebelum” jika tak sempat guna.
Amalkan sistem FIFO (First In, First Out) di dapur, guna stok lama dahulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir hanya mampu ketawa bila mana anaknya memecahkan televisyen di rumah mereka baru-baru ini.
Menerusi Insta Storynya, ibu kepada dua cahaya mata ini memuat naik beberapa video mengenai kisah anak keduanya yang memecahkan televisyen di rumah mereka.
Menerusi perkongsian Anzalna, si comel Emirhan memecahkan televisyen di rumah menggunakan kayu permainannya.
Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah respon suami isteri itu yang hanya mampu tertawa selepas mengetahui tentang perkara tersebut.
“Emirhan you pecahkan tv ke?,” tanya Anzalna lembut.
Malah Anzalna juga turut tertawa melihat telatah anak kecilnya itu yang kini semakin membesar.
Menerusi satu video yang dikongsikan, Emirhan yang kini berusia dua tahun mengaku akan perbuatannya apabila disoal oleh Anzalna. Memang comel.
Terdahulu, Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Eidress dan Emirhan.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.