Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Perkahwinan adalah penyatuan dua hati yang saling melengkapi. Jika seorang ada kekurangan, seorang lagi akan menutup kekurangan itu.
Percayalah jika saling menerima dan memahami, macam mana sekalipun pasangan kita, kita mampu menghadapinya dengan baik. Membandingkan pasangan kita dengan orang tak wajar. Itu akan buat kecil hati.
Begitu juga bila dah kahwin bertahun-tahun, pasangan kita dah tak seperti zaman kita mengenalinya, jangan cuba ungkit lagi. Terimalah seadanya kerana kecantikan itu bukan jaminan kebahagiaan.
Ads
Kalau kita pandang isteri atau suami sendiri, kemudian kita rasa dia tak cantik lagi, dan tak kacak kembali, percayalah yang dalam hati kita sebagai suami dan isteri ni dah hilang satu benda yang paling utama dalam rumah tangga ini.
Nikmat.
Sebab apa? Sebab kita banyak mengisi ruang nikmat itu dengan maksiat. Dengan terlalu banyak hiburan. Tak sedar Tuhan cabut nikmat sebenar, dan diberikan laknat.
Ads
Moga Allah jauhkan ini. Jauhkan ya Allah. Sebab itu, jangan memandang isteri seperti pandangan sepi sendiri. Jangan memandang suami hanya pandangan biasa hari-hari.
Pandang dia dengan pandangan yang Allah beri. Pandang dirinya bukan melihat pada yang cantiknya sahaja. Bukan rupa semata-mata.
Kes kemalangan yang melibatkan kanak-kanak dilanggar van sekolahnya sendiri meninggalkan kesan amat dalam bagi mak ayah. Apa lagi yang terpaksa memilih untuk menghantar anak menggunakan khidmat van sekolah.
Bukan pilihan namun itu sajalah pilihan yang ada bagi membolehkan urusan anak ke sekolah berjalan lancar. Namun bahaya yang datang tiada siapa yang tahu malah mempersalahkan orang lain bukan jalannya.
Apa kata kita cuba latih anak kita mengikut yang disarankan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, seperti yang diajarkan kepada kanak-kanak di Jepun. Mana tahu ia sedikit sebanyak membantu.
Kes kemalangan kanak-kanak dilanggar oleh kenderaan yang mula maju (frontover) atau mundur (backover) lazimnya adalah melibatkan kenderaan jenis SUV, van dan lori.
Ini kerana posisi duduk bagi pemandu kenderaan sebeginj adalah lebih tinggi berbanding kereta. Posisi tinggi ini memberi kelebihan untuk pandangan jauh, tetapi satu keburukan untuk pandangan dekat.
Kenderaan besar begini boleh mempunyai titik buta setinggi 4-5 kaki (130-150cm) di hadapan bamparnya.
Secara kasar, itu bersamaan ketinggian seorang kanak-kanak berusia 6-8 tahun. Ini menjadikan kanak-kanak darjah satu dan dua berisiko tinggi untuk dilanggar jika mereka melintas betul-betul di hadapan kenderaan seperti van sekolah dan bas sekolah.
Di Jepun, salah satu langkah keselamatan jalan raya yang diajar kepada kanak-kanak adalah mengangkat tangan ke atas ketika melintas. Secara teori, ini akan menambahkan ketinggian mereka.
Bermakna, jika mereka berada di titik buta pada hadapan kenderaan, sekurang-kurangnya pemandu akan terlihat tangan mereka sewaktu mereka melintas di hadapan kenderaan itu.
Amalan ini tidaklah 100% berkesan mengelakkan kemalangan, namun ia sesuatu yang kita boleh ajarkan kepada anak-anak untuk dijadikan amalan bagi mengurangkan risikonya.
Selain itu, ia tanggungjawab pandu van dan bas sekolah untuk memastikan penumpang(murid) selamat tiba pagar rumah masing-masing sebelum memandu pergi.
Antara amalan lain yang boleh dilakukan oleh pemandu adalah hanya benarkan penumpang(murid) turun di belah bahu jalan. Larang penumpang turun di sebelah jalan raya.
Disarankan juga, ketika kanak-kanak sekolah rendah naik dan turun daripada kenderaan sekolah, perlu ada orang dewasa (penjaga/ibubapa) yang mengawasi dan membantu mereka.
Sama-sama kita berusaha pastikan kes seperti ini tak berulang lagi. Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan, Keselamatan dan Perubatan
Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanyalah mana-mana wanita apa hasratnya bila dah berkahwin. Jawapannya mestilah nak suami sayang dan romantis. Tapi adakah kita perasan setiap lelaki perwatakan mereka tak sama. Ye memang ada yang romantis tapi ada juga lelaki simple dan tetap jalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai suami dan ayah.
Namun bila kita dapat suami yang bukan kategori romantis, perasaan kita pasti akan rasa cemburu tengok pasangan lain dan terdetik dihati untungnya dia. Betul tak?
Kadang tu si isteri pula yang cuba paksa suami tukar perwatakannya semata-mata nak puas hati. Bila suami tak dapat nak tunjukkan realiti sebenar dalam diri mereka, mulalah masam muka. Ingat sampai bila kita nak gaduh manja macam ni?
Tiada kesudahannya kecuali isteri reda dan faham sikap sebenar suaminya. Selagi suami jalankan tanggungjawab dengan baik, itu adalah HADIAH paling bernilai buat kita dan anak-anak.
Jom kita baca perkongsian Dr Nurul Huda Ariza yang cukup kena dengan situasi suami isteri.
When You Married A Simple Man
Seperti biasa, tajuk sahaja dalam Bahasa Inggeris. Gempak sikit kononnya.
Ya. Suami saya seorang yang simple. Baik dari tutur kata sehinggalah perbuatannya. Simple.
Dan saya yakin ramai suami diluar sama ‘simple’ macam suami saya.
Simple 1
Tak payah nak expect kata-kata romantis dari dia. Tak payah nak sedih dia tak cakap ‘I love you’ kat kita. Cukuplah tengok dia santuni kita dan anak-anak. Itu bukti dia sayang. Kalau dah kepingin sangat, cakap je terus terang, tak perlu buat-buat merajuk sebab suami kita bukan hero hindustan (itupun dalam movie je) yang sentiasa rajin menunjukan sikap romantis. Nehi kabi nehi.
“Bang, I love you. Cakap balik kat sayang I love you.”
“Lebiu.” Ringkas. Dan saya puas hati, bahagia gila. Contented.
Tak payah nak mengada-ngada, “Betul ke abang sayang kat sayang ni?” Memang mencari kesedihan.?
Simple 2
Beli baju raya. Seperti biasa, kita ni isteri apa pun nak tanya suami.
“Abang, ok tak baju ni?”
“Ok.” Sepatah
“Abang tahun ni nak pakai warna apa?”
“Ikut sayang.” Sempoi.
Sakit hati? Buang masa. Saya anggapkan jawapan ini endorsement dari encik Hubby. Takde masa saya nak banding-banding dengan suami orang.
Bahagiakan diri.
“Bang, tahun ni sayang nak kita pakai baju kaler ni. Abang pakai kurta tau.”
“Ok.”
“Yey!!!”
Mudahkan. Gi shopping, asal muka encik hubby manis, hakak ok. ?
Simple 3
‘Seronoknya tengok suami dia anak dah ramai pun dok pegang tangan bini dia.’
Tak payah. Tak payah la mengundang stress untuk diri sendiri. Pegang tangan anak-anak tu. Perhatikan apa encik hubby pegang.
Kalau pergi membeli belah, dia offer nak dukungkan anak kecil, itu cukup romantis pada saya.
Logik. Simple. Anak 4, kecil-kecil, dah kalau nak berpegang tangan laki bini sapa nak pimpin anak-anak.
Balik rumah dalam bilik pimpin la puas-puas.???
Settle.
Simple 4
Time kita demam, kalau sayalah, selagi boleh buat sendiri, memang saya buat sendiri. Makan ubat, mandikan anak-anak, apa sahaja.
Susah, susah sekali dapat dengar Encik Suami tanya, “Sayang ok?”
Kecil hati? Buang masa.
Cukuplah kita tengok dia ambil alih urusan kita waktu kita sakit. Terutamanya menguruskan anak-anak.
Hulurkan ubat apatah lagi. Memang takla. Terukkah suami saya? Tak langsung. Simple. Dia tengok saya masih ok walaupun demam panas, jadi semuanya berjalan seperti biasa.
Pernah demam dan pergi kerja. Kalau kitalah, jika suami kita demam dan keluar bekerja, agak-agak berapa puluh kali kita text?
“Abang ok?”
“Abang dah makan ubat?”
“Abang lalu ke makan?”
Suami simple kita jawab,
“Ok.”
“Dah.”
“Ok je.”
Geram? Takda makna. Dia reply message pun besar rahmat dah.?
Dan bila kita demam, haram sekalipun nak tanya khabar kita time kerja. Tak payah nak majuk-majuk. Chill. Text dia.
“Abang, since abang lupa bini abang tengah demam, dan haram sekali bertanya khabar, sayang nak buat laporanlah bahawa sayang ok.”
“? lupa sayang tengaj demam.” Jujurkan.
Kecil hati? Takde makna. Dia bersikap jujur pun rahmat besar dah. Balik rumah nanti cubit manja la sikit lepaskan geram.?
Simple 5
You tak cakap, I tak tau.
Simple principle.
Jadi rugi besar kalau kita kecil hati hanya sebab dia tak respon ‘bisikan’ hati kita.
Apa kau ingat laki kau wali boleh baca kata-kata dalam hati?!?
Jangan hint. Kelak kita yang kecewa.
Mudah sangat berkomunikasi dengan orang simple. Jangan buat ayat complicated, nanti tak sampai.
Ayat Salah – “Abang, dah lama kita tak makan tomyam
kedai tu kan. Sedap kan. Kedai tu punya tomyam paling sedap.”
Suami simple jawab,”Ha ah.” Then bye bye.??
Ayat yang betul,
“Abang, balik kerja nanti kita terus singgah kedai siam tu sayang nak beli tomyam.”
Done. Tomyam dapat, hati tak sakit.
Dan, saya bahagia melayari bahtera dengan lelaki simple ini. Saya belajar untuk tidak menjadi terlalu ‘perempuan’. Yang suka mengungkit, yang suka membesarkan perkara yang kecil, yang suka kecil hati atas perkara remeh, yang suka mengidolakan suami orang, yang suka merasa kita sahaja teraniaya.
Ni nak tanya, agak-agak mudah ke suami kita nak hidup dengan manusia complicated bernama ‘PEREMPUAN’ ni?
Dan berapa kali kita dengar mereka mengeluh dan membebel kerana tidak puas hati dengan kita?
Bandingkan. Nak buat kira-kira atas kertas pun boleh. Lihatlah siapa lebih redha dalam sebuah perkahwinan.
Kita atau suami?
Sayangilah dan cintailah suami kita kerana Allah. Terimalah dia seadanya bagaimana dia sentiasa menerima kita seadanya.?
P/s status ini bersifat general. Adapun dikalangan kita ada juga yang suasana rumahtangganya jauh berbeza dari kebanyakan kita. Itu tidak termasuk dalam penceritaan saya ini. Harap maklum.
‘Sebarkan Cinta’
❤️ Dr. Nurul Huda Ariza
Penulis Beban Yang Tumpah
Buku U-Turn Ke Syurga
Siri Muhasabah Diri Bercakap Dengan Cermin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mandi sememangnya rutin wajib yang dilakukan oleh semua orang termasuk anak kecil. Di sebalik fungsinya untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran, rutin mandi sebenarnya memainkan peranan penting terhadap perkembangan tumbesaran anak anda.
Masa mandi bersama si kecil merupakan waktu terbaik untuk meningkatkan ikatan antara anak dengan ibu bapa. Ia kelihatan seperti tugas harian yang wajib dilakukan tetapi sebenarnya ia masa terbaik merangsang otak si kecil anda.
Menurut kajian yang dilakukan, otak kanak-kanak terbentuk sebanyak 85% pada usianya tiga tahun. Dalam tempoh tersebut rangsangan sensorik memainkan peranan penting bagi perkembangan anak untuk sihat dan gembira. Peratus daripada perkembangan otak mereka dicapai menjelang usia tersebut. Pada peringkat ini daya penyerapan kognitif amat tinggi, sistem saraf dan neuron pula berkembang pesat.
Perkembangan kognitif anak juga dipengaruhi aroma. Aroma yang baik dipercayai dapat menstimulasi bahagian otak sehingga menguatkan ingatan anak di kemudian hari. Pilihlah mandian yang wangi buat si kecil agar mereka juga gembira dan teruja setiap kali mandi. Selain itu, saat mandi jangan hanya digunakan sebagai waktu untuk membersihkan diri, melainkan melakukan stimulasi. Berikan sentuhan lembut, ajak anak berbicara, dan lakukan hubungan mata.
Oleh itu jadikan waktu mandi anak sebagai satu detik istimewa bukan sahaja untuk meningkatkan ikatan antara anda dan si kecil malah untuk membantu mereka merangsang perkembangan mereka dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.