Tahukah anda yang pelukan seorang ayah mampu membuatkan anak membesar bijak dan berdikari? Pelukan bukan hanya mampu memberikan rasa selamat tetapi juga mampu memindahkan keberanian dan sikap berdikari pada anak anda.
Pelukan merupakan salah satu bentuk kasih sayang ibu bapa secara sentuhan fizikal pada anak yang sangat mudah dilakukan. Itulah sebabnya kenapa ibu ayah mesti menjadikan pelukan pada anak sebagai sebahagian dari rutin harian.
Hasil kajian yang ditulis dalam buku The Miracle of Hug menunjukkan bahawa pelukan antara ibu bapa dengan anak mampu meningkatkan kecerdasan otak, menrangsang hormon oksitosin yang dapat memberikan perasaan tenang kepada anak, serta dapat memberi kesan yang positif pada perkembangan anaknya.
Selain mampu membuatkan anak bijak dan berdikari, pelukan dari ayah juga membuatkan anak rasa dihargai dan disayangi.
Melihat kepada fakta tersebut boleh kita kaitkan dengan real subject yang ternyata mendapat kesan positif daripada limpahan kasih sayang dan pelukan seorang ayah. Siapa tak kenal dengan Lara Alana, si comel bijak, anak kepada selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
Sebagai bapa, Awal memang rajin melayan kerenah puteri sulungnya sejak Lara bayi lagi sehingga kini. Macam-macam rangsangan dan aktiviti yang mereka buat bersama telah membuahkan hasil apabila si comel Lara membesar dengan bijak.
Paling seronok melihat telatah ayah dan anak ini yang gemar membuat rakaman video dengan hashtag #kisahlaradandaddy ketika mereka berbual tentang banyak hal sepanjang perjalanan ke sekolah Lara atau semasa mereka berdua menghabiskan masa bersama di rumah atau di mana sahaja.
Nyata sekali dengan menerima limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari daddynya serta pelukan sepanjang masa, Lara membesar sebagai anak yang berkeyakinan tinggi selain bijak dan pandai berdikari.
Bukti bonding yang sangat kuat antara bapa & anak, ini reaksi Bella & Tasha bila tahu Dr Sheikh Nuszaphar bakal menunaikan haji. Sebak melihatnya!
Bonding yang antara bapa dan anak tidak seperti bonding antara ibu dan anak. Ia perlu dipupuk dengan pelbagai cara. Tapi secara semula jadi, ikatan antara anak perempuan dan ayah sangat kuat.
Semalam, Datuk Dr Sheikh Muszaphar memaparkan video yang memaparkan reaksi kedua-dua anak perempuannya apabila diberitahu tentang pemergiannya untuk menunaikan ibadah haji selama 10 hari.
Ternyata bonding si ayah dengan anak sangat kuat apabila puteri-puterinya memberikan reaksi yang amat mengharukan. Anak sulung beliau, Bella, 7 tahun terus menangis mengenangkan ketiadaan si ayah dalam tempoh yang lama. “I don’t like when you are not here”, itu ungkapan yang keluar daripada mulutnya dengan tangisan yang sangat kuat dan air mata yang bercucuran.
Manakala anak kedua beliau Tasha, 5 tahun kelihatan enggan menerima kenyataan pemergian daddy selama 10 hari yang mungkin dirasakan sangat lama. Dia menyangka hanya dua hari, tetapi rupa-rupanya tempoh sebenar ialah 10 hari.
Bagi menenangkan kedua-duanya, beliau meminta Bella dan Tasha untuk membuat pergerakan kod rahsia iaitu menepuk dada sebanyak dua kali. “Hanya tepuk dada sebanyak dua kali dan daddy akan ada dalam hati kamu.”Dia kemudian memeluk kedua-duanya.
Video – Reaksi anak-anak perempuan saya ketika saya beritahu yang saya akan pergi…
Saya baru mendapat berita yang saya bakal menunaikan ibadah haji tahun ini. InsyaAllah, tapi Visa & tiket penerbangan masih belum boleh dipastikan. Semoga dipermudahkan ….
Bella menangis apabila saya memberitahu yang saya akan meninggalkan mereka selama 10 hari dan Tasha kelihatan gembira.
Saya sangat rapat (attached) dengan anak-anak saya terutama sekali anak perempuan, kerana saya sentiasa cuba untuk ada bersama mereka. Dunia saya berkisar tentang mereka dan ia amat sukar untuk saya juga. Kerana sebelum ini saya perlu meninggalkan mereka untuk ke Sinapura, reaksi mereka sama seperti ini juga.
Semoga Allah sentiasa melindungi kamu anak-anak perempuanku. Daddy akan sentiasa ada bersama dengan kamu berdua, hanya tepuk kamu dada dua kali dan daddy akan berada dalam hati kamu. Itu kod rahsia kami.
PS – Hanya saya dan ibu saya akan menunaikan haji kali ini kerana Bella akan menghadapi peperiksaan manakala anak-anak lelaki kembar saya masih terlalu kecil, InsyaAllah.
Video ini menerima pelbagai reaksi daripada para follower beliau. Namun hampir kesemuanya meluahkan rasa sedih melihat respons Bella apabila mendengar berita itu.
Pilihan permainan yang betul diberikan kepada anak akan membantunya menjadi bijak dan aktif. Oleh itu, jika anak hendak beli permainan bukan sekadar beli je, tetapi ibu ayah kena ketahui faedah kegunaan barang permainan itu untuk perkembangan anak. Jika salah pilih dan bukan mengikut tahap usianya tentu akan memberi kesan kepada perkembangannya.
Secara umumnya alat mainan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu
-Aktif
-Manipulatif
-Kreatif
-Belajar
-Main peranan
6 KATEGORI PERMAINAN 1.ALAT PERMAINAN AKTIF
Faedah: Membina tubuh badan dan fizikal yang kuat. Dia juga boleh belajar bergaul dan membina jaringan sosial, belajar untuk bertolak ansur dan mengambil giliran, bersabar, memahami orang lain dan kerja berpasukan.
a)Tolak dan tarik
Antara permainan menggunakan mekanisme tolak dan tarik ialah seperti kereta tolak mainan (wagon), troli, kereta sorong bayi mainan dan skuter.
b)Tunggang
Mainan yang boleh ditunggang pada usia ini ialah basikal dengan roda tambahan, kereta mainan yang mempunyai kawalan stereng atau kuda mainan yang bersaiz besar.
c)Alat mainan luar rumah
Gelongsor, buaian dan mainan pengimbang adalah antara yang dicadangkan untuk si manja pada usia ini.
d)Peralatan sukan
Mama dan papa boleh membeli bola, papan luncur, kasut beroda, layang-layang, kolam renang mudah alih, tali skip dan sebagainya.
2.ALAT PERMAINAN MANIPULATIF
Faedah: Menggalakkan si manja untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah, mempelajari bentuk objek, tekstur, saiz dan perbandingan daripada segi warna, memberikan perhatian dalam masa yang lama dan mempelajari tentang kesan-akibat.
a)Pembinaan
Terdiri daripada blok kiub kayu besar dan kecil, objek plastik yang boleh disambung (interlocking), blok yang boleh membina objek lebih realistik.
b)Puzzle
Pada usia ini, set puzzle yang sesuai tidak lebih daripada 50 keping. Pilih yang diperbuat daripada kadbod keras dan mempunyai warna yang ceria.
c) Reka kreatif
Anda boleh mendapatkan alat permainan manipulatif jenis ini iaitu manik besar yang boleh dicucuk pada tali (Manik perlulah dielakkan jika si kecil suka memasukkan objek ke dalam mulut). Set mainan felt berlubang dan benang untuk menjahit serta getah yang boleh dikaitkan menjadi gelang atau rantai.
d)Alat permainan manipulatif
Suai padan perkataan dengan objek, mengasingkan antara warna dan jenis; nesting toys, objek berkonsepkan geometri dan model mekanikal yang lebih kompleks.
e) Pakaian dan tali
Mainan seperti patung yang mempunyai latihan untuk memakaikan pakaian dan memasang butang. Jarum yang besar dan tumpul serta benang kasar boleh diberikan dengan pemantauan.
f) Mainan pasir dan air
Pasir mempunyai tekstur dan bertindak terhadap merangsang deria sentuhnya. Mainan untuk dimainkan di dalam bilik mandi seperti pam air dan sebagainya.
3.ALAT PERMAINAN KREATIF
Faedah: Boleh memajukan kemahiran intelektual dan pemikiran kritis serta menyeimbangkan emosi si manja. Ia juga menajamkan skil motor halus.
a)Alat muzik
Alat muzik yang mesra kanak-kanak seperti xylophone, harmonika, wisel dan rekoder serta piano.
b)Seni dan kraf
Perkakas seni seperti pensel warna, krayon, tanah liat, gunting kanak-kanak, papan hitam dan kapur, buku mewarna serta peralatan menjahit dengan jarum besar dan tumpul.
c)Audio visual
Kamera untuk merakam apa yang diminati sama ada gambar atau video.
4.BELAJAR
Faedah: Si manja boleh mempelajari perkara asas mengenai sesuatu perkara dan mendapatkan informasi yang tepat. Si kecil juga boleh mempelajari tentang kesan dan akibat.
a)Permainan
Kad, domino atau bingo (bergambar). Permainan seperti ular dan tangga juga boleh diberikan kepada si manja.
b)Skil spesifik
Contohnya seperti mempelajari tentang warna, bentuk, huruf dan nombor. Permainan berbentuk model juga sesuai untuk menunjukkan bahagian tubuh. Magnet, lampu picit, kanta pembesar, stetoskop, akuarium adalah objek sains yang boleh diperkenalkan pada usia ini. Jam boleh digunakan untuk mengajar si kecil mengira masa.
c)Buku
Pada usia lima hingga enam tahun, si manja lebih tertarik kepada buku-buku yang mempunyai kisah yang realistik. Kamus bergambar atau ensiklopedia junior boleh diberikan di samping buku berkisar haiwan (yang bersifat seperti manusia) dan alam semula jadi.
5.MAIN PERANAN
Faedah: Si manja boleh mengembangkan imaginasi dan membina daya intelek. Ia juga membantu menguatkan memori, pemikiran logik, kreativiti dan melontarkan pendapat. Ia juga latihan untuk si kecil untuk memberikan tumpuan dalam tempoh yang lama.
a)Anak patung
Pada usia ini, anak patung yang lebih realistik yang mempunyai rambut, membuka mata dan kaki dan tangan bersendi.
b) Mainan lembut
Seperti sayur dan buah yang diperbuat daripada kain felt dan diisi serat lembut boleh digunakan untuk masak-masak.
c)Puppet
Patung puppet yang boleh disarungkan pada jari dan tangan dan pentas puppet mini untuk tujuan bercerita.
d)Berlakon
Permainan seperti set dapur kecil untuk bermain masak-masak sesuai dibelikan pada usia ini. selain itu, anda juga boleh menyediakan kostum seperti kostum puteri, kot doktor atau telefon mainan untuk dia bermain peranan sebagai pelbagai watak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demam biasanya dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan anak. Bagaimanapun, demam yang disebabkan jangkitan kuman serius adalah kecil. Namun demam yang biasa dialami anak-anak adalah dari jangkitan virus.
Sebagai ibu bapa pastinya risau apabila melihat anak demam apatah lagi jika suhu sangat tinggi dan anak yang sebelum ini aktif dan ceria menjadi letih dan kurang bermaya. Lebih merisaukan sekiranya anak tersebut pernah mendapat penyakit serius sebelum ini.
Perkongsian dari Dr Hana mengenai cara betul yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bila anak demam boleh dijadikan panduan supaya lebih peka dan cepat bertindak.
Demam Virus
-Kebanyakan demam tinggi ni disebabkan virus.
-Dan viral fever ni biasanya memang akan lega sendiri within 3-5days.
-Tak perlu minta kat doktor nak antibiotik
-Lama mana demam? Bergantung pada “kekuatan” virus dan kekuatan imuniti kita nak lawan virus. Ala-ala macam ultraman lawan raksasa
-Kekuatan virus takleh ubah, tapi kita boleh kuatkan immuniti badan, contohnya ambik vitamin C-rich food.
Monitor
-Tugas mak ayah monitor hydration, makan minum, dan keaktifan anak yang demam.
-Kalau demam sampai takmau makan dan minum, pastu dehydrated lembik melepek je, kena bawak ke hospital. Kalau ragu-ragu bawak je jumpa doktor untuk pemeriksaan.
-Kalau demam virus biasa ni, bila demam kebah, anak-anak masih aktif, masih nak main.
-Lagi satu, kalau anak ada batuk selsema sampai nafas laju, atau nampak macam nak penat/semput, atau cirit-birit sampai lembik, sila bawa jumpa Dr.
Ubat Demam
-Ada mak ayah yang takut bagi ubat demam banyak-banyak. Kena bagi ubat demam regular 6 jam sekali masa demam tinggi, antaranya sebab nak elak sawan demam. Sawan lagi bahaya!
-Bagi ubat demam 6-8 jam sekali. Ubat demam paracetamol generally selamat. Kalau anak suka luah balik ubat, takut tak berkesan, bagilah ubat punggung (suppository PCM) 6 jam sekali.
Jelum
-Buat juga tepid sponging. Jelum dengan air.
-Air suhu bilik je pun OK
-Pastu dah jelum dengan tuala basah, jangan pulak tepek tuala tu sampai 10 minit atas kepala budak nanti haba lagi terperangkap tak leh keluar, padahal kita nak turunkan suhu dia. Cara yang betul, jelum dan angkat. Jelum dan angkat tuala basah tu. Biar air kering sendiri atas badan anak
Denggi
-Lepas 3 hari kalau demam tak kebah, boleh bawa ke klinik/hospital untuk cek darah. Takut demam denggi, atau demam yang ada secondary bacterial infection (jangkitan kuman) yang perlukan antibiotik.
-Tapi kalau lepas ambik darah, terbukti demam virus, sekali lagi, tak perlu minta antibiotik.
Ruam
-Kadang-kadang ada anak-anak lepas demam kebah, dia akan naik ruam merah satu badan. Kita panggil viral exanthem.
-Biasanya tak merbahaya dan akan hilang sendiri.
-Tapi kalau takut ruam lain seperti campak, ruam sebab denggi, dan sebagainya, sekali lagi boleh jumpa Dr untuk diperiksa.
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...