Periuk berkerak lagi-lagi selepas hangus dan rentung dek kerana terlupa tutup api buat kita rasa down. Memang payah hendak membersihkannya.

Tak perlu sental lebih-lebih, kaedah mudah dengan air rendaman bahan ini sebenarnya sangat membantu. Jom cuba perkongsian tip Makudacun Ibra.


Hai semua, teman nak share tip yang berguna untuk mak-mak kat dapur, biasa kita selalu nampak post kes terlupa semasa memasak , almaklum kadang kita ralit pada kerja yang lain atau kadang terlena, tau-tau ada ada bau semerbak satu rumah.

Maka mula la kita panik, sedih, kecewa sebab periuk sudah hitam, tetambah kena periuk yang agak mahal, maka disini teman kongsikan cara bagi periuk tu bersinar kembali.

Periuk Rentung Lepas Terlupa Tutup Api, Begini Cara Mudah Nak Bersihkannya, Memang Berkilat!

IKLAN

Sebenar ada 7 cara tapi yang ini salah satu cara yang pernah teman cuba dan menjadi, kita guna bahan yang ada kat dapur saja iaitu menggunakan baking powder atau soda bikarbonat dicampurkan bersama lemon atau cuka.

Kalau tak ada soda bikarbonat kita boleh guna baking power sahaja pun dah ok.

Mula-mula kita panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat atau baking powder.

IKLAN

Biarkan sejuk lepas tu masukan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik keseluruhan periuk rendamkan.

Biarkan berapa jam kemudian barulah disental, kadang-kadang ia akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manda dah berkilat semula.

IKLAN

Periuk Rentung Lepas Terlupa Tutup Api, Begini Cara Mudah Nak Bersihkannya, Memang Berkilat!

So mak-mak semua selamat mencuba ye.

P/s periuk stanless steal lebih menyerlah.

Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!