Perkenalkan makanan jejari pada anak seawal mungkin dapat elak anak mengalami masalah ketidakupayaan menulis (Dysgraphia). Keadaan ni akan beri kesan pada penulisan dan pembelajaran anak. Tahu tak dengan introduce finger food seawal mungkin kepada anak dapat mengelakkan anak anda menghadapi masalah ni.
Memperkenalkan finger food bukan sekadar untuk kenyangkan perut tapi sangat penting untuk perkembangan motor halus (fine motor skills)
BILA PERLU PERKENALKAN FINGER FOOD?
6 BULAN Finger food boleh diperkenalkan seawal 6 bulan.
Kita boleh perhatikan semasa makan anak juga sibuk nak memegang makanan kan. Jadi ibu boleh beri dia finger food berbentuk “stick shapes” atau yang lebih besar supaya mudah di pegang contohnya carrot yang dah di stim, buah buahan yang di masukkan dalam food pouch bagi elakkan risiko tercekik.
7-9 BULAN
Mula perkenalkan finger food berbentuk bite – sized. Potong makanan yang lembut dalam bentuk kiub-kiub kecil. Pada umur ni baby akan mula mengutip menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Inilah skill baru yang kita sebut “pincer grasp”
Ads
Makanan yang sesuai untuk pincer grasp practice ialah:
Ads
– brokoli dan carrot yang di stim lembut
– pasta shapes yang direbus
– tembikai, buah naga, blueberry, avocado ( buah yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras) pastikan buah kecil seperti blueberry dipotong 2 atau 4. Elak beri dalam bentuk sebiji-sebiji bagi elakkan tercekik.
Ads
Elakkan biskut-biskut pada bayi usia ini supaya dapat elak tabiat nak makan makanan manis. Elakkan juga buah-buahan kering kerana buah kering ni manis dan boleh membentuk tabiat makan yang tak elok pada masa hadapan.
Finger food sangat penting untuk perkembangan anak. Spoon feed terlalu lama boleh membataskan perkembangan anak, kecekapan menulis dan akan bagi kesan pembelajaran semasa anak di alam pra sekolah.
Selain tu fine motor skill finger food juga menguatkan otot otot muka yang meningkatkan perkembangan percakapan.
Sebenarnya menjadi satu kerugian sekiranya ada ibu ayah yang memilih untuk tidak menghantar si kecil ke tadika.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan, salah seorang Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun) memberikan hujahnya kenapa rugi bila ibu bapa tidak menghantar anak ke tadika.
Dunia hari ini semakin aneh, begitu juga kisahnya dalam dunia si kecil kontemporari! Hari ini sudah wujud golongan yang menolak imunisasi dengan pelbagai alasan bodoh, misalnya. Dalam pendidikan si kecil pada usia pendidikan praformal 0-6 tahun pula, sudah ada papa dan mama yang hilang kepercayaan kepada taman bimbingan kanak-kanak (tadika) dan taman didikan kanak-kanak (tadika).
Maka, bermulalah era ‘sekolah di rumah’ untuk mama dan papa yang berkemampuan dan yang masih boleh hidup selesa walaupun dengan satu sumber pendapatan sahaja. Malah, geng penyokong ‘sekolah di/dari rumah’ memberi banyak hujah yang membuatkan ramai pula papa dan mama di luar sana hilang percaya kepada tabika dan tadika.
Cikgu-cikgu tadika dan pemilik tadika pula terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan mama-mama dan papa-papa agar tetap menghantar si kecil kesayangan mereka ke tadika. Pada masa yang sama, insiden si kecil dibuli, dipukul dan terkena penyakit berjangkit di tadika tidak membantu mengembalikan keyakinan kita semua kepada institusi pendidikan prasekolah di negara ini.
Jika difikirkan secara kritis, perlukah si kecil 4-6 tahun dihantar ke tadika? Penting sangatkah pendidikan tadika? Bagaimana pula insiden buli, pukul dan penyakit berjangkit di tadika? Dan, yang paling utama, adakah si kecil comel anda akan kerugian jika dia tidak dihantar ke tadika?
“Tapi, saya percaya kalau saya jaga anak saya di rumah dan bagi dia belajar di rumah, anak saya boleh jadi genius macam Einstein!”
Albert Einstein pun ada masalah perkembangan!
Papa dan mama yang tahu salasilah sang genius Albert Einstein tentu tahu bahawa beliau salah seorang produk ‘homeschool’ yang amat berjaya. Tetapi, mama dan papa juga perlu tahu bahawa Einstein mempunyai masalah perkembangan kognitif yang memerlukan pemerhatian khas daripada ibunya! Maka, jika anda sefamili mempunyai kewangan yang kukuh dan boleh meluangkan masa mendidik si kecil anda di rumah, ini pilihan yang mungkin sesuai untuk famili anda.
Pada masa yang sama, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tidak ada masalah sebenarnya jika si kecil kesayangan itu dihantar ke tadika. Malah, tidak semestinya anak pada usia pendidikan praformal yang dididik dalam situasi rumah akan menjadi seorang genius. Begitu juga sebaliknya untuk si kecil yang dihantar ke tadika. Banyak lagi faktor lain menjadi kayu ukur kejayaan si kecil dari segi akademik dan perkembangannya.
Kalau benar kita hendak melahirkan generasi genius, ‘ulul albab’ dan ahli masyarakat yang positif dan benar-benar berilmu pengetahuan tinggi, bukankah kita perlu menandingi kemampuan kanak-kanak lain yang mungkin lebih hebat? Atau, adakah kita juga bakal membentuk seorang lagi ‘jaguh kampung’ yang tiada jati diri dan tiada kekuatan dalaman untuk menyaingi kehebatan kanak-kanak lain yang jauh lebih hebat?
Alasan anak takut dibuli
“Kami suami-isteri takut kalau anak kecil kami kena buli, kena pukul di tadika. Baiklah biar pengasuh atau bibik yang jaga di rumah sampai masuk Darjah 1!”
Benar, isu buli dan dera di institusi pendidikan prasekolah tidak akan ada penyudahnya tanpa pemantauan dan hukuman keras dari pihak yang berwajib. Pada masa yang sama, tidaklah bijak kalau kita semua ada persepsi bahawa tadika itu tempat yang berbahaya! Kejadian buli dan pukul juga terjadi di sekolah rendah, menengah, malah sampai ke institut pengajian tinggi hinggalah ke tempat kerja!
Dalam erti kata lain, adakah bijak kalau papa dan mama ‘menyembunyikan’ si kecil itu di rumah sahaja dengan alasan dunia sebenar di luar sana terlalu banyak bahaya, dugaan dan pancaroba? Bila agaknya masa yang sesuai untuk si kecil itu dibenarkan keluar ke dunia sebenar? Percayalah, cikgu-cikgu tadika yang prihatin amat memandang serius akan insiden buli, pukul dan segala macam bahaya lagi di peringkat prasekolah. Kami memang dilatih bukan sekadar untuk mengawal tetapi juga mencegahnya sedari awal lagi!
Masalah seperti buli dan pukul masih lagi pada tahap terkawal, jika dibandingkan dengan negara membangun lain. Malah, negara maju juga tidak dapat lari daripada masalah syaitan-syaitan yang bertopeng manusia di tabika dan di tadika. Isu penyakit berjangkit pula, rata-rata kerana orang tua yang hanya mementingkan diri sendiri dan yang malas untuk menjaga anak mereka yang sakit di rumah.
“Tak payah cakap banyaklah, budak kecik kalau tak masuk tadika pun okay saja. Bukan rugi apa pun kalau anak kami tak masuk tadika!”
‘Rugi’ memanglah tidak rugi kalau kita fikirkan secara logik, lebih-lebih lagi apabila mama atau papa tidak bekerja dan boleh memanjakan serta mendidik si kecil 24 jam sehari tanpa gangguan orang lain.
1.Namun begitu, institusi prasekolah terlalu banyak manfaat yang tidak boleh diukur di atas kertas sahaja. Ambil sahaja contoh Tadika KEMAS sebagai institusi sosialisasi terawal yang mendidik si kecil untuk hormat-menghormati antara kaum dan meraikan kepelbagaian agama, adat dan budaya.
2. Di rumah, bolehkah anda memberi pendedahan yang sama kepada si kecil? Yang pasti, begitu banyak manfaat dapat diraih oleh si kecil di tadika nanti dan manfaat yang akan diraih jauh lebih bermakna daripada cabaran dan dugaan yang mungkin dia hadapi kelak. Sebagai tapak persediaan untuk pendidikan sekolah rendah dan menengah, pengalaman di tadika tidak ada tolok bandingannya!
3. Penyelidikan demi penyelidikan disiplin sains sosial pula membuktikan bahawa kanak-kanak cepat belajar dan menguasai cabang-cabang ilmu apabila mereka bersaing dengan kanak-kanak lain dan khasnya apabila mereka belajar dalam situasi berkelompok bersama rakan-rakan sebaya. Maka, adakah rugi apabila si kecil anda tidak dihantar ke tadika? Fikir-fikirkanlah sendiri!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa perlu saya buat kalau anak saya sawan? Soalan ini yang ramai ibu bapa selalu tanya. Risau dan tak tahu nak buat apa.
Ni panduan dari Pakar Kanak-Kanak, Dr Salehuddin Sulaiman mengenai apa tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bila berhadapan dengan situasi ini.
Masa sawan:
Jangan panik. Tengok jam (untuk masa berapa lama sawan)
Mengiring ke kiri, pegang baby/anak (supaya tak tergolek)
JANGAN masukkan apa-apa dalam mulut.
Kalau demam, boleh masukkan ubat demam dalam punggung, tapi ni bukan priority
BIARKAN BAYI SAWAN.
yes, u read it right.
Tak perlu urut-urut tangan atau kaki yang tengah kejang . Tak perlu goncangkan baby supaya dia bangun atau buka mata.
Lihat jam sekali lagi. Masa baby sawan, masa seakan berlalu dengan perlahan. Rasa macam dah 2-3 jam sawan. Sawan usually berhenti dalam 5-10 minit. Kalau tak berhenti selepas 10 min, bawa ke hospital segera.
Selepas sawan berhenti, baby akan letih/ tertidur. Tak perlu kejutkan/ beri susu semasa baru lepas sawan. Biarkan baby ‘rehat’ sampai dia betul-betul sedar atau pulih.
Masa ni, kalau demam, boleh masukkan ubat demam melalui punggung (kalau belum diberi sebelum tu) atau nak basahkan/ jerlum dengan air.
Once sawan berhenti, bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Didik anak kenal Allah supaya mudah solat bukan suatu yang mudah bagi anak yang masih kecil terutama anak yang berusia lima dan enam tahun. Pada usia ini mereka tidak mengenali Allah. Pasti ada anak-anak bertanya, “Ummi, Allah tu macam mane?”
Terdapat pelbagai cara untuk mendidik anak supaya mengenali Allah dengan cara yang mudah. Apabila anak sudah mengenali Allah, dengan mudah anda dapat mengajak anak solat bersama. Berikut 5 cara mudah bagaimana membina anda memperkenalkan Allah kepada anak.
1.Gunakan sumber yang sahih
Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik?” Dengan ini, anak menyedari dirinya dicipta oleh Allah, oleh itu, seharusnya dirinya bersyukur dengan mengejakan solat.
2.Ingatkan ganjaran Allah
Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Afiq solat dengan mama, lepas tu tolong mama susun pinggan. Mesti Allah suka tengok Afiq buat baik dengan mama dan sediakan Afiq pahala banyak-banyak di akhirat nanti!”
3.Imbangi kisah teladan
Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.
4.Kaitkan kejayaan mereka dengan rahmat Allah
Contohnya apabila anak kita mencapai satu kejayaan, kita boleh katakan pada mereka, “Alhamdulillah, Aiman dah usaha sungguh-sungguh. Mesti Allah nampak Aiman usaha dan Allah berikan keputusan yang baik untuk Aiman. Oleh itu, Aiman juga kena solat untuk berdoa supaya sentiasa berjaya.”
5.Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka
Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keguguran 12 minggu merupakan pengalaman yang sangat menyedihkan bagi ibu bapa. Ketahui apa yang berlaku kepada bayi, punca degupan jantung janin terhenti, kesan terhadap tubuh ibu serta peluang untuk hamil semula menurut pakar perubatan.