Puding Oreo Milo Ni Bukan Je Sedap. Mudah Sangat Nak Buat & Confirm Jadi!

Share

Barulah lengkap rasanya jika usai menikmati hidangan menu utama disusuli pula dengan menu pencuci mulut. Bukan sahaja lemak manis rasanya malah bertambah enak apabila dijamah sejuk-sejuk seperti Puding Orea Milo ini. Barulah sempurna!

Jadi apa kata anda sediakan menu yang sangat mudah untuk disediakan ini dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti biskut oreo, milo dan susu cair.

Nak lagi detail, jom semak resipi yang dikongsikan oleh puan Fauziah Yahya . Selamat mencuba.

Permintaan anak2 petang ni… Yummy 😋😋😋

RESEPI PUDING OREO MILO FY

Bahan-bahan:

1 bungkus agar-agar @ 25gram

6 cawan air

1 1/2 cawan gula pasir

1 tin susu cair

1 cawan serbuk Milo

1 bungkus Oreo 137gram

Cara-cara:

Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut

Masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati.

Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.

Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.

Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati.

Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan.Siap!Selamat mencuba 😍😍

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

IKLAN