Biasanya puding roti menjadi pilihan untuk minum petang. Menu ini antara yang paling mudah nak buat dan sedap serta boleh dinikmati oleh anak-anak sekali.
Kadang bila roti dah nak expired daripada membazir macam tu je, terus buat puding roti sekejap je licin anak-anak makan.
Kali ini kelainannya mama boleh cuba buat puding roti pandan kelapa Gardenia bersama sos kastard untuk minum petang. Selalu buat roti putih kan? Kali ni guna roti pandan kelapa.
Resepi apam nasi ini sangat ringkas. Bahan-bahannya pula sangat senang didapatkan. Blend nasi bersama air dan gula, gaul bersama adunan tepung dan kukus hingga lembut. Makan cicah dengan kelapa parut campur garam, sedap sangat.
Bahan-Bahan:
Bahan A
2 cawan nasi sejuk
1 stgh cawan gula pasir
2 cawan air
(Blend semua)
Bahan B
😎 2 stgh cwan tepung beras
1 stgh cwan tepung gandum
1 paket yis
(Letak dalam mangkuk besar@besen. (sebab adunan akan naik membuak2 dengan jayanya 🤣)
Bahan C
Kelapa parut putih suci bersih
Garam
Kukus juga supaya tak cepat basi.
Cara penyediaan:
Tuangkan (A) dalam (B). Gaul sebati.
Tambah air sikit masa ni. Sorry tang ni takde sukatan sebab melalui pengalaman n pakai mata, cairkan sikit adunan utk apam lebih lembut.
Agak2 je..jangan cair sgt nanti masa kukus die kempis kat tengah.
Biarkan adunan berehat sejam. (boleh la multi tasking kat dapur apa yang patut 😉)
Setengah jam terakhir tu leh la sambil panaskan kukusan, boleh juga sambil2 kukus kelapa parut nk wat cicah tu dulu.
Lepas cukup sejam boleh la tmbah pewarna ikut suka hati kita. Nak ton pastel, jangan bubuh banyak sgt pewarna. Sikit2 taw tambah.
Dah puas main warna, boleh la tuang dalam acuan yang disapu sedikit minyak n terus kukus.
Bosan dengan idea yang sama setiap hari, apa kata cuba resipi yang satu ini sebagai sajian minum petang anda dan keluarga. Puding Pisang Bersos Kastard ini lain dari yang lain. Rasanya cukup enak. Lagi-lagi digabungkan dengan pisang yang digoreng dengan sedikit marjerin. Harum baunya. Tak ada pisang nangka, pisang apa pun boleh.
Resipi yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat dan Linda Zaid ini memang sedap. Apa lagi dimakan ketika pisang goreng masih panas. Paling menarik, cara hendak menyediakannya amatlah mudah. Jom cuba!
Idea minum petang harini. Puding Pisang Bersos Kastard. Serius senang je dan tak banyak bahan!
Bahan-bahan:
Pisang nangka -di goreng dengan sedikit Planta.
Sos kastard
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 biji kuning telur
2 Sb tpg kastard
2 Sb gula pasir
Sehelai daun pandan disimpul
Goreng pisang dengan sedikit planta hingga masak. Ketepikan.
Masak semua bahan sehingga pekat.
Dah suam masukkan ke dalam peti ais.
Letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring, tuang kan sos kastard tadi dan taburkan sedikit kismis.
Bahan hiasan terpulang pada masing-masing.
Sumber: Noriza Awang Hamat & Linda Zaid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aneka pasta seperti spageti bolognis, carbonara dan sebagainya mungkin sudah biasa bagi anak kita. Apa kata cuba kelainan dengan jadikan pasta ini sebagai finger food buat anak. Olah gabungan pasta bersama bahan lain dan jadikan menu sampingan anak.
Resipi Pasta Buddies Stick yang dikongsikan oleh Puan Myra Shafie ini nampak sedap. Rebus sahaja pasta dan gabungkan dengan bahan-bahan lain yang mengeyangkan. Anak pasti suka. Bahannya pun ringkas sahaja. Selamat memcuba.
Bahan-bahan:
Bawang putih
Isi ayam
Pasta buddies (lenyek-lenyek)
Isi jagung
Tomato puree 1 sudu besar
CBS 2 sudu besar
Lada hitam
Mix herbs
Jangan lupa rebus pasta terlebih dahulu dan lenyekkan.
Tambahkan unbleach flour and gaulkan.
Agak-agak adunan tak melekat boleh la bentukkan.
Kukus lebih kurang 10 minit. – boleh serve terus, – atau boleh grillkan sekejap. – boleh jugak nak salut oat then goreng.
Jom cuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.