Seorang wanita bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh beliau setelah melahirkan anak secara normal. Beliau mengalami sakit di hujung tulang belakang (tulang ekor) yang berlarutan beberapa minggu. Akibat daripada ketidakselesaan dan kesakitan ini, beliau tidak dapat melakukan kerja-kerja rumah dengan sempurna.
Kehamilan dan melahirkan anak adalah proses fisiologi yang normal. Wanita yang hamil dan melahirkan anak bukanlah dianggap pesakit. Namun begitu proses yang normal ini adakalanya mendatangkan kemudharatan diri. Oleh itu banyak perkara yang perlu diambil perhatian dalam kedua-dua proses ini.
Menurut perkongsian Dr. Zubaidi, salah satu punca kesakitan pada tulang ekor (coccyx) ialah proses melahirkan anak. Kesakitan pada tulang ekor ini dinamakan coccydynia. Ia kerap berlaku pada kelahiran normal melalui faraj.
Tulang ekor (coccyx) ialah sekumpulan tulang yang terakhir pada tulang belakang kita. Ia mempunyai 5 tulang yang berbeza. Adakalanya tulang-tulang ini bercantum menjadi 2 atau tiga segmen. Ia dicantumkan pada tulang belakang yang lebih besar oleh ligamen, yang membenarkan pergerakan antara tulang belakang dan tulang coccyx.
Ketika melahirkan bayi, bayi dikeluarkan melalui saluran peranakan (rahem dan faraj). Pergerakan bayi dari rahem ke luar melalui faraj memberikan tekanan fizikal pada tisu di sekeliling. Tekanan ini boleh menyebabkan bengkakan dan koyakan pada tisu-tisu tersebut.
Jika tekanan itu terlalu kuat, ia boleh menyebabkan tulang coccyx terseliuh (dislocate). Dalam kes yang jarang berlaku ia boleh menyebabkan tulang coccyx ini patah. Dalam kes-kes yang agak ekstrem, tulang yang patah boleh menusuk ke saluran dubur dan menyebabkan pendarahan.
Selalunya wanita yang sedang sakit ketika proses melahirkan tidak perasan tulang coccyxnya patah. Ini kerana kesakitan ketika melahirkan lebih kuat dari kesakitan akibat patah tulang coccyx. Setelah beberapa hari, barulah sakit di bahagian hujung tulang belakang dapat dirasakan. Walaubagaimanapun kadang-kala patah tulang coccyx dapat dikesan ketika lahir apabila terdengar bunyi seperti ranting yang patah.
Oleh itu wanita yang hamil anak yang bersaiz besar dinasihatkan menjalani pembedahan Caeserean kerana fizikal yang besar boleh menyebabkan tulang coccyx tercedera. Begitu juga jika bayi dilahirkan secara songsang. Proses kelahiran yang sukar akan memudahkan kecederaan ini.
Adakalanya wanita yang hamil itu sendiri mempunyai tulang coccyx yang tidak normal. Kelima-lima tulang itu mungkin bercantum menjadi satu dan melekat pada tulang belakang menyebabkan ia tidak boleh lagi bergerak bagi memberikan laluan ketika ketika bayi dilahirkan. Ia mudah patah atau terseliuh apabila wanita meneran bayi keluar.
Wanita yang pernah mengalami kecederaan tulang coccyx perlu memberitahu doktor yang menyambut kelahiran bayi bagi mengelakkan kerosakan tulang tulang coccyx lebih teruk. Kecederaan tulang coccyx biasa berlaku pada wanita yang agak obese dan terjatuh dari tangga dengan posisi duduk. Hentakan pada tulang coccyx menyebabkan tulang itu cedera. Sekiranya wanita itu hamil dan melahirkan bayi bersaiz besar, ia akan menyebabkan kecederaan pada tulang coccyx ini bertambah teruk .
Kesakitan akibat kecederaan tulang ini semasa proses kelahiran selalunya ditanggung beberapa minggu terutama apabila ketika duduk atau berubah posisi dari bangun ke posisi berdiri. Kesakitan ini membuatkan pesakit tidak dapat melakukan kerja rutin seharian dengan baik.
Saya menasihatkan wanita yang mengalami kesakitan pada tulang coccyx akibat melahirkan anak harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan fizikal dan xray akan dilakukan untk mengesahkan kerosakan pada tulang coccyx. Selalunya kecederaan sebegini akan pulih dalam masa beberapa minggu. Kebiasaannya 6 hingga 8 minggu.
Saya merasa simpati jika musibah ini berlaku pada wanita yang melahirkan. Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali doktor akan memberikan ubat penahan sakit sama ada berbentuk tablet atau suntikan. Pembedahan tidak membantu kecuali mengeluarkan tulang yang patah. Pembedahan bukanlah rawatan terbaik kerana banyak ligament dan otot yang melekat pada tulang coccyx ini. Ia boleh membawa komplikasi yang lebih teruk. Saya menasihatkan wanita yang hamil banyakkan berdoa agar proses kehamilan dan kelahiran anak mereka dipermudahkan.
Selain dari menggunakan ubat penahan sakit, banyakkan rehat dan boleh tuamkan ice pack pada kawasan itu beberapa kali untuk mengurangkan bengkakan dan sakit.
Ketika tidur, posisi yang sesuai ialah berbaring mengiring untuk mengurangkan tekanan pada punggung dan tulang coccyx. Bagi mengurangkan kesakitan ketika dalam posisi duduk, boleh gunakan bantal berbentuk doughnut supaya tulang coccyx tidak menekan pada lantai.
Berendam dalam kolam air panas atau dalam tab mandi boleh membantu merehatkan otot-otot pelvis yang melekat pada tulang coccyx itu. Jika tidak dapat, berendamlah dalam basin (warm sitz bath) bagi mendapat faedah ini.
Pesakit harus menjaga pemakanan bagi mengelakkan sembelit. Sembelit akan menyebabkan kesakitan yang lebih teruk pada tulang coccyx yang tercedera. Pastikan banyak minum air dan makan makanan yang banyak serat bagi mengelakkan sembelit.
Bagi kehamilan seterusnya, pesakit harus memberitahu doktor masalah yang dihadapinya. Saya percaya doktor akan mencadangkan pembedahan Caeserean bagi mengelakkan kecederaan tulang coccyx berulang. Namun haruslah berbincang pro dan kontra sebelum memilih cara kelahiran itu nanti.
Wallahu a’lam.
Rujukan:
Foye P, Buttaci C, Stitik T, Yonclas P (2006). “Successful injection for coccyx pain.”. Am J Phys Med Rehabil 85 (9): 783–4.
Kim NH; Suk KS] (1999 Jun). “Clinical and radiological differences between traumatic and idiopathic coccygodynia”. Yonsei Medical Journal (40:3).
Postacchini F, Massobrio M] (Oct 1983). “Idiopathic coccygodynia. Analysis of 51 operative cases and a radiographic study of the normal coccyx”. The Journal of bone and joint surgery (65(8)).
#HealthDrZubaidi
Sempena kemerdekaan yang ke-63 tahun ini dengan tema Malaysia Prihatin, NU Ideaktiv juga menunjukkan sokongan dengan #kitakansama. Semoga Malaysia terus sejahtera dan berjaya di masa hadapan!
#kitakansama #MalaysiaPrihatin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cacar air adalah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap.
Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).
Ianya merebak melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin. Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister).
VAKSIN CACAR AIR (CHICKEN POX)- PENTING KE?
Soalan ini biasa diajukan apabila saya mula menceritakan kepada ibubapa mengenai imunisasi yang disyorkan untuk anak kecil mereka.
Jawapan mudah saya adalah ▶️▶️ YA
Vaksin cacar air adalah salah satu vaksin yang tidak termasuk dalam jadual imunisasi kebangsaan, tetapi ia tetap PENTING.
Ini antara sebab-sebabnya:
✅Cacar air sering dianggap sebagai satu penyakit ringan, tetapi ia juga boleh menyebabkan komplikasi yang serius, lebih-lebih lagi pada bayi, wanita hamil, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Komplikasinya adalah seperti jangkitan kuman ataupun keradangan PARU-PARU, keradangan OTAK dan juga jangkitan bakteria pada kulit dan tisu lembut kanak-kanak.
✅Ia penyakit yang SANGAT mudah berjangkit. Cacar air boleh merebak melalui UDARA apabila batuk atau bersin dan menyentuh atau BERNAFAS partikel virus yang datang dari lepuhan cacar air.
✅Pengambilan vaksin dapat mengelakkan dari tidak hadir ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak kerana ia dapat memberi perlindungan terhadap penyakit berjangkit, Ibubapa juga tidak perlu mengambil cuti kerja untuk menjaga anak yang sakit. Penyakit cacar air kebiasaanya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk sembuh sepenuhnya.
✅Ia bukan sahaja dapat memberi perlindungan kepada anak kecil yang mengambil vaksin itu, malah juga memberi perlindungan kepada orang yang berada di sekelilingnya. Sebagai contoh, sekiranya anak kecil itu sudah diberi imunisasi, sekaligus ia juga dapat melindungi ibu yang sedang mengandung ataupun atuk/nenek yang tinggal serumah, sekiranya mereka belum ada imuniti terhadap chicken pox.
✅Ia dapat mencegah anak daripada kegatalan dan ketidakselesaan akibat cacar air. Sekaligus ia dapat mengurangkan risiko untuk mendapat parut daripada ruam cacar air.
‼️Ingatlah bahawa hanya 2 dos diperlukan bagi memberi perlindungan sehingga 98% bagi kanak-kanak.
✏️Pernahkah anda mempunyai pengalaman mendapat cacar air ataupun menjaga anak yang dijangkiti cacar air? Share with me ☺️
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu yang pertama kali hamil dan bakal melahirkan, semuanya pasti rasa kekok dan janggal. Pengalaman pertama dalam melalui Sembilan bulan tempoh kehamilan pastinya sesuatu yang cukup indah untuk dilalui. Setiap orang ada cabaran dan dugaan yang tersendiri baik ketika hamil mahupun ketika melalui proses bersalin. Pasti ada cerita yang boleh dikongsikan untuk bakal ibu yang lain.
Dalam satu thread yang dibuat oleh seorang wanita yang merupakan pegawai perubatan, dia berkongsi tip untuk ibu-ibu yang pertama kali bakal melahirkan bayi untuk lebih bersedia menghadapi saat melahirkan bayi buat pertama kali.
Here’s a thread for mommies yg nk beranak during admission in hospital. This is sincerely based on my observations as houseman cabuk :
Bawa baju anak yang sesuai untuk mudahkan kerja doktor dan jururawat
Perkongsian oleh Athira Halim yang bertugas sebagai doktor pelatih di sebuah pusat perubatan memang sangat menarik kerana apa yang diketengahkan kebanyakkannya memang berlaku dalam masyarakat kita.
Amalkan konsep redha nak kena ‘seluk’
Doktor tersebut turut menasihatkan wanita yang bakal melahirkan agar lebih bertenang terutamanya sewaktu proses pemeriksaan bukaan Rahim. Suasana yang tenang akan memudahkan urusan pemeriksaan dibuat.
Masa nak beranak jangan panik, dengar je arahan nurse
Buat ibu yang pertama kali melahirkan pasti debarannya berganda. Maklumlah tak tahu apa yang nak dibuat ketika dalam dewan bersalin. Doktor ini sarankan jangan panik dan dengar sahaja arahan yang diberikan oleh jururawat.
Yang C-Sec biar sembuh secara semulajadi
Doktor ini turut menasihatkan ibu yang telah melahirkan secara pembedahan atau c-sec untuk tidak terlalu bergantung pada pati ikan haruan. Sebaiknya biarkan luka sembuh secara semulajadi. Menurutnya sumber protein juga tidak hanya ada pada pati ikan haruan malah boleh juga didapati dari ayam serta jenin ikan yang lain.
Sila rancang kehamilan seterusnya
Turut diselitkan sedikit nasihat buat yang baru melahirkan agar merancang kehamilan seterusnya agar si ibu dapat sembuh secara keseluruhan
Ni ha aku share trus page last buku pink. Sini mommies boleh baca jnis2 perancang. *pinjam buku pink patient hehe* pic.twitter.com/StAOruesQn
Setiap kelahiran pastinya saat yang ditunggu-tunggu oleh seorang ibu dan keluarga yang lain. Manakan tidak setelah sembilan bulan hamil, ia adalah waktu yang dinantikan oleh setiap ahli keluarga. Apatah lagi ia suatu kelahiran yang mungkin sudah lama dinantikan.
Namun ketentuan Allah itu tiada siapa yang tahu. Baru dua hari dilahirkan ke dunia, seorang bayi telah pergi menemui sang pencipta tanpa sempat ibunya menyusukan. Tidak dapat dibayangkan kesedihan dan keperitan yang bakal dilalui sang ibu bila melihat kelengkapan bayi yang telah dipersiapkan tanpa ada yang akan menggunakannya.
Kisah sebegini tentunya bakal meruntun jiwa siapa sahaja yang membaca atau mendengarnya. Apatah lagi empunya badan yang perlu melaluinya. Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Hidayah Abdullah menerusi ciapan di Twitternya. Menurut Hidayah, ibunya kini menghadapi detik sukar apabila terpaksa melalui proses berpantang tanpa si kecil di sisi.
Ini bukan anak aku tapi adik aku… Anak syurga mama dan ayahku. Yes my mom masih muda. Aku tak boleh bayangkan my mom berpantang tanpa anak di sisi. 😭 pic.twitter.com/7eVaKBohDX
Melahirkan anak secara pembedahan, menurut ciapan Hidayah, selepas dilahirkan, arwah adiknya itu terus di bawa ke NICU. Sepanjang hari ibunya tidak sempat memegang bayi dan juga menyusukan bayi yang baru dilahirkan itu.
Nak bawa tengok anak di NICU, tapi akhirnya ke bilik pengurusan jenazah
Arwah adiknya itu hanya sempat merasa hidup di dunia selama dua hari sebelum meninggal dunia. Menurut Hidayah jururawat ada mendatangi ibunya dan memaklumkan akan bawa ibunya untuk melihat bayi yang dimasukkan ke NICU. Tapi tak sampai beberapa jam, jururawat datang kembali dan membawa ibunya ke bilik urusan jenazah.
Dalam ciapannya yang lain, Hidayah ada berkongsi mengenai Hernia Diagfarma yang mungkin merupakan faktor penyebab kepada kematian arwah adiknya.
Perkongsian Hidayah ini mendapat perhatian ramai netizen dan rata-ratannya meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar urusan keluarga ini sentiasa dipermudahkan tuhan. Selain itu, ramai juga yang mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Hidayah.
Semoga ibu Hidayah dan ahli keluarga yang lain tabah menghadapi ujian ini. Marilah sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat arwah adiknya yang hanya sempat melihat dunia selama dua hari. Semoga Syurga milikmu!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.