Sebut sahaja ayam goreng pasti anak-anak tak senang duduk. Selagi tak tersedia di atas meja hidangan, selagi itulah anak asyik bertanya kelaparan.
Resipi ayam goreng ala KFC dengan kriuk-kriuk rangup ini pasti buat anak makan berebut. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Hazlina Hassan ini. Memang mantap!
Sis nak hadiahkan resepi ayam goreng ala Kepci pada korang. Sis dapat pun dari kakak sis. Lepas ni boleh la korang cuba. Silap-silap tokey kepci nangis.
Bahan-bahan:
Ayam
Tepung bestari pedas -untuk anak ganti yang biasa
1 cawan tepung
2 cawan air
Lepas basuh ayam bersih-bersih, lumur dengan tepung bestari pedas ye korang. Pakailah sarung tangan plastik. Kalau untuk anak-anak boleh ganti dengan tepung bestari biasa je.
Ads
Lepas lumur, rendam dengan bancuhan tepung bestari pedas tu 1 cawan tepung, 2 cawan air. Biar 15 minit okei.
Lepas 15 min korang masukkan dalam tepung lagi. Gaul-gaulkan. Buat sampai dia jadi berkuping tuh haa.
Ads
Goreng ayam mesti tenggelam dalam minyak. Api sedang.
Tu rupa dia. Baru angkat. Korang jangan letak tepung banyak sangat sebab nanti tak berapa garing.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Popis atau popia pisang adalah makanan yang berasal dari negara seberang, Indonesia. Mereka menjadikan ia sebagai menu bersahur seisi keluarga. Kebiasaanya hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah seperti kulit popia, pisang segar dan coklat.
Tapi mama boleh olah supaya sesuai untuk anak kecil mama. Kalau nak tahu resipi jom ikuti perkongsian ini.
POPIS COKLAT VERSI BABY 💓
Bahan-bahan:
Kulit popia
Pisang secukupnya ( dibelah dua )
Minyak untuk menggoreng
Untuk Coklat:
1/3 cawan susu penuh krim
1 sb mentega tanpa garam
1 sk tepung jagung
2 sb serbuk koko
3 sb puri kurma Fawwaz The Little Kitchen ( AN_babyfood )
Mula mula, sediakan bahan bahan untuk coklat. Satukan ke semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi likat. Coklat ini juga boleh dijadikan sebagai sapuan coklat dan coklat cip. Kemudian biarkan sejuk sebelum digunakan
Untuk membuat popis coklat , ambil sekeping kulit popia , letakkan pisang dan tuangkan sesudu adunan coklat di atas pisang tadi. Lipatkan popia dengan kemas
Sapukan sedikit air pada bahagian hujung kulit popia agar tidak terbuka ketika digoreng. Ulang proses sehingga selesai. Panaskan minyak, gorengkan popia menggunakan api sederhana besar sehingga garing. Angkat dan toskan. Hiasan popia dengan bahan topping. Siap , selamat mencuba !
FB : Farisha Sofea
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakkan ibu buntu dan kekeringan idea nak bagi anak finger food apa yang senang dan berkhasiat. Kalau dapatkan di kedai anak mesti jemu. Tentu sekali ibu-ibu nak anak rasa kelainan dalam pemakanan.
Ikuti perkongsian Resipi French Fries dari Puan Nurul Hanim Omar untuk anaknya yang mudah dan cepat. Kalau beli di kedai makanan segera sudah tentu tidak sihat, garam berlebihan dan kuantiti serbuk perasa yang tinggi amat bahaya untuk anak.
Jadi ibu-ibu disarankan untuk buat sendiri. Boleh dijadikan stock simpanan untuk anak. Orang dewasa pun suka dengan resipi ini.
Finger Food and Snack Time;
Simple but nice and yummy
Ibu buat untuk kimi practice finger food tapi last-last nya jadi finger ibu sebab makan dalam kereta ibu taknak comot-comot.
Resipi ni guna 2 biji kentang. Dapat banyak. Sebab ibu pun nak join kimi makan dan buat frozen
Cara-cara 1. Buang kulit kentang dan potong memanjang/wedges. 2. Kukus 10min. 3. Tumbuk bawang putih hingga lumat. 4. Perapkan kentang yg telah dikukus bersama bawang putih & parsley kering. 5. Goreng hingga sedikit garing menggunakan unsalted butter/oil. (Utk frozen goreng kejap je terus angkat, sejukkan dan frozen) 6. Toskan dan sedia di makan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak pastinya orang yang cukup terpukau saat dihidangkan dengan kek, apa lagi dengan warna yang cantik. Kek pandan gula melaka kurang manis ini pilihan tepat buat anak. Kurang manis tapi sedap.
Resipi Kek Pandan Gula Melaka dengan buttercream padu ini dikongsikan oleh Ariana Rose Ahmad. Menariknya, langkah demi langkah turut dikongsikan secara terperinci agar anda yang baru hendak mencuba tidak tersilap langkah. Jadi jangan bimbang, pasti menjadi!
Hari ni Ariana nak share resepi Kek Pandan Gula Melaka. Kek ni tak terlampau manis dan bila dah makan sedap.
Resepi Kek Pandan Gula Melaka
Bahan Kek
5 biji telur gred B
3/4 cawan @ 135g gula halus
2 cawan @ 220g tepung gandum
1 sudu besar ovallete
1sk cream off tartar
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk emulco pandan coconut
2sk pewarna hijau apple
5 sudu besar minyak masak
Bahan Syrup gula melaka:
2 keping kecil @ 90g nisan atau gula melaka
2 helai daun pandan
1/2 cawan @ 100ml air
1 sudu besar tepung jagung
Bahan Buttercream:
300g butter (sejukkan dalam peti ais 20 minit)
5 biji telur putih sahaja (gred B)
90g gula kastor
1sk esen vanila
2 sudu besar syrup gula melaka
Untuk buat kek, mula-mula masukkan telur, gula, ovallete, pewarna hijau dan emulco pandan. Mix hingga sebati dan bertukar warna hijau cerah sedikit tapi masih cair.
Lepas tu masukkan dan ayak tepung gandum, soda bikarbonat, cream off tartar & baking powder. Mix lagi hingga sebati sahaja. Tak perlu mix lama.
Bila dah sebati masukkan pula minyak masak. Warna nmpak terang sebab cahaya. Kacau laju dengan menggunakan spatula sahaja.
Ambil loyang 8 inci dan lapik dengan baking paper. Tuang kesemua adunan. Hentak-hentak loyang supaya takda angin dalam adunan.
Panaskan oven dan bakar dengn suhu 160°c selama 30 minit (api atas bawah) tapi bergantung pada oven masing-masing juga.
Cara buat syrap gula melaka
Sementara tunggu kek masak, buat syrup gula melaka pula. Masukkan gula melaka @ nisan bersama air dan daun pandan. Masak hingga hingga cair. Jika guna nisan@ gula melaka yang kurang manis boleh tambah sedikit nisan @ gula melaka.
Bila dah cair masukkan tepung jagung supaya syrup ni lagi pekat. Kacau sebati.
Bila dah masak tapis dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk lagi pekat.
Tanggalkan baking paper dan Lepas 10- 15 minit baru terbalikkan semula pada kedudukan asal. Biarkan kek sejuk dulu.
Cara buat buttercream
Untuk buat buttercream, telur putih dan gula kastor ni kena pukul hingga gula cair dengan cara double boil.
Bahagian ni kena betul-betul teliti. Suhu air mesti tidak melebihi 60°c. Jika air kat bawah tu terlampau panas, telur akan masak. Cara lebih mudah , sentuh sikit dengan jari (hati-hati), jika air tak panas sangat, boleh pukul laju-laju hingga gula hancur. Gula dah hancur terus stop.
Lepas tu, letak dalam bekas dan mix hingga jadi merigue atau bahasa lebih mudah, adunan tu jadi warna putih dan bila di terbalikkan adunan tak jatuh.
Sampai jadi macam ni.
Masukkan pula butter sikit demi sedikit. Mix hingga jadi licin. Jika nampak macam berketul, teruskan mix hingga lah licin. Bila dah licin masukkan pula esen vanila dan syrup gula melaka.
Mix hingga sebati. Bila dah siap sejukkan sekejap dalam peti ais selama 10-15 minit bagi buttercream tak mudah cair. Jika lepas keluarkan buttercream dan nampak ada wap dari syrup gula melaka, mix je sekejap bagi sebati.
Lepas tu potong kek kepada 2 bahagian. Bahagian atas pun potong sikit supaya permukaan sekata dan tiada benjolan. Letak syrup gula melaka dan rata kan. Nak letak semua keliling kek pun boleh.
Letak pulak buttercream. Ratakan hingga licin. Ambil kek bahagian atas dan letak kat atas buttercream.
Tuang atau sapu sekali lagi syrup gula melaka atas kek dan barulah letak pula buttercream. Untuk lebih kemas, potong nipis bahagian tepi. Kalau taknak potong dan nak sapu buttercream pun boleh.
Potong pada 16 bahagian atau ikut size yang kita nak. Buat pula bunga menggunakan buttercream. Nak guna acuan macam mana pun boleh je. Titis pula syrup gula melaka dan letak daun pandan.
Siap!
Tips : Kek kekal lembut
Kalau nak simpan dalam peti ais, letak dalam bekas tertutup. Lembutnya macam baru siap bakar. Kalau nak simpan macam tu pun boleh tapi pastikan tak bercampur dengan benda yang berbau.
Tips : Untuk buttercream, kalau lepas dah masukkan butter dan lepas dah mix adunan jadi cair, masukkan dalam peti ais selama 20 minit. Lepas dah keluarkan dari peti ais, terus mix hingga jadi licin.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.