Ayam goreng ala mamak di restoran mamak sememangnya cukup digemari anak-anak kita. Bukan saja rasanya sedap bahkan terlebih rangup. Tak hairanlah anak cukup suka.
Kali ini apa kata kita cuba menyediakan sendiri di rumah. Macam mana herba dan rempah ratusnya? Resipi air tangan, Sheena Supramaniam ini mama kena cuba. Memang sedap!
Hi kawan-kawan, hari ni saya share recipe. CHICKEN 65 (tanpa pewarna). Biasanya kat kedai warna dia macam merah-merah sikit sebab add food colouring. Kalau nak letak colour boleh jugak no problem.
Bahan-bahan:
2 sb b.putih n halia kisar
1 sb serbuk jintan manis
1 setengah sb serbuk ketumbar
1sk serbuk kunyit
2sb serbuk cili
2sb s.cili kashmiri (optional)
2sb tairu/yogurt
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit garam
Gaulkan ayam bersama semua bahan rata.
IKLAN
Tutup dengan aliminium foil atau masukkan dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk. Perap minimum 1 jam maximum semalaman. Saya perap 4 jam.
Selepas perap. Saya masukkan 2sb tepung jagung dan 1sb tepung beras.
IKLAN
Masukkan sikit daun kari dan gaul rata.
Panaskan minyak banyak sikit. Api slow biar minyak betul-betul panas. Lebih kurang 5 min. Apabila minyak betul-betul panas. Masukkan ayam dan naikkan api medium.
IKLAN
Lepas masukkan ayam. Jangan kacau untuk 2 mins. Lepas tu pusing sebelah lagi dan biar 2 minit. Ulang step ni untuk seminit atau 2 minit. Total masa untuk masak ayam ni dalam 5 to 7 minit je.
Perah sedikit jus limau nipis sebelum makan. Makan panas-panas sedap.
Anak-anak pasti akan manja dan rapat dengan ayahnya jika boleh dibuat ‘geng’ dan tidak garang. Menjadi ayah yang tidak garang bukan bererti anda membenarkan anak-anak hilang hormat dan ‘memijak’ kredibiliti anda.
Ada cara untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni dengan cara yang lembut tetapi impaknya ‘dalam’. Seorang isteri menginkan suami yang bertoleransi serta romantik, manakala anak-anak mahukan ayah yang sporting dan berkaliber.
Lelaki kelakar bukan sahaja boleh menjadi suami yang menyenangkan, tetapi akan menjadi penghibur tetap anak-anak. Ada beberapa sebab mengapa suami dan ayah yang kelakar itu sangat dihargai oleh keluarganya:
1. MUDAH DIDEKATI
Suami yang kelakar pandai mencari jalan untuk membahagiakan isterinya tanpa perlu berusaha keras. Dia pandai mencari titik ketawa dalam diri isterinya. Ayah yang kelakar pula biasanya menjadi ‘pak karut’ dalam rumah yang selalu menjadi penghibur dalam rumah. Malahan, ayah yang kelakar mudah didekati dan membuatkan anak-anak suka berkongsi cerita dengan mereka.
2. TENANG & SELESA BILA BERSAMA
Suami dan ayah yang kelakar pandai mengawal keadaan. Semasa keluarganya dalam keadaan bersedih, mereka akan mencuba sehabis daya untuk mengembalikan keceriaan insan-insan tersayang. Suami dan ayah yang kelakar juga tidak mudah marah tetapi sentiasa bertenang berhadapan dengan situasi tidak terjangka.
Gambar Hiasan
3. BOLEH DIBUAT KAWAN & TIDAK SUKA MEMAKSA
Suami dan ayah yang lucu ni biasanya tidak suka memikirkan sesuatu perkara terlalu serius pada saat-saat tegang. Mereka akan mengawal situasi ketika itu dan pada masa yang sama berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Yang bagusnya, suami atau ayah yang kelakar tidak suka membebankan keluarganya. Mereka akan mewujudkan suasana tenang dan memujuk keluarganya untuk tidak terlalu stres.
Gambar Hiasan
4. PALING PENTING, GARANGNYA BERTEMPAT!
Ini mungkin yang membuatkan si isteri dan anak-anak paling suka. Bila suami kelakar ni, isteri nak berkongsi cerita pun jadi selesa. Lebih-lebih lagi selepas isteri buat salah, tak adalah ‘cuak’ sangat nak mengaku.
Untuk anak-anak pula, kalau ada buat perkara yang salah mereka tidak takut mengakui kesalahan mereka. Ayah yang kelakar tidak akan marah dengan kasar, tetapi menggunakan pendekatan untuk menasihatkan mereka.
Tak boleh nak elak, sesekali pasti anak akan terjatuh atau terhantuk sebab mereka lasak dah boleh berdiri atau berjalan. Kalau jatuh biasa-biasa tanpa luka mungkin tak ada masalah tapi kalau sampai benjol, adakah berbahaya untuk anak? Memang risau kalau anak sampai benjol atau cedera, tapi mama papa kena faham kesan hentakan sama ada ia serius atau tidak.
1. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak.
2. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius.
3. Selain luka ada juga kecederaan kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ia bermakna pendarahan itu berada di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.
Sumber foto: www.freepik.com
4. Benjol di kepala yang disebabkan pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendiri. Ia mungkin ambil masa 1-2 minggu.
5. Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecederaan kepada kulit sahaja dan kedua-duanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit.
6. Jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan, bukan bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak.
7. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ia bermaksud hentakan yang berlaku sangat kuat dan ada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.
8. Kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana bahagian dalam otak.
Antara simptom-simptom pendarahan dalaman otak atau kecederaan kepada otak:
– Pengsan selepas trauma.
– Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua anggota badan tidak boleh bergerak.
– Amnesia/hilang ingatan.
– Keliru.
– Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya.
– Sawan.
– Muntah lebih dari sekali.
– Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah.
– Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga.
– Mata hitam tidak sama saiz.
– Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu.
Jika ada simptom-simptom ini janganlah berlengah lagi untuk membawa anak ke hospital yang berdekatan. Jika doktor sudah memeriksa anak dan membenarkan anak di bawa pulang, kebiasaanya doktor akan memberi nasihat untuk memerhatikan anak sekurang-kurangnya dalam 24 jam yang pertama untuk tanda-tanda seperti di atas.
Sumber foto: www.freepik.com
Sekiranya anak anda tidak ada tanda simptom tersebut, kemungkinan berlaku pendarahan dalam otak sangat tipis tetapi proses pemulihan daripada hentakan tersebut mengambil masa yang lama sehingga berminggu bahkan ada yang berbulan.
Bagaimanapun mangsa tidak akan mengalami sebarang kesan jangka panjang walaupun proses pemulihan mengambil masa yang lama.
Rawatan segera yang boleh dibuat:
a. Jika berlaku pendarahan akibat luka anak terjatuh, anda perlu segera menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa anak ke klinik atau pusat kesihatan yang paling dekat sambil meneruskan tekanan terhadap luka tersebut.
b. Benjolan yang berlaku selepas terjatuh akan meninggalkan rasa sakit dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. ‘Cold compress’ atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang.‘Hot compress’ atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak.
c. Memberi paracetamol jika perlu ubat untuk mengurangkan sakit (paling baik dapatkan nasihat doktor).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Dr. Amalina Bakri yang merupakan pakar bedah dan pernah mencipta fenomena di negara kita kerana kecemerlangannya di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dahulu kini sudahpun berada di trimester ketiga kehamilannya. Sejak disahkan mengandung, Amalina banyak berkongsi tentang kehamilan di media sosial untuk memberi info kepada para pengikutnya.
Terbaharu, isteri kepada Alexander Charles ini telah memuatnaik fotonya ketika sambutan baby shower bersama teman-teman di England. Bukan itu sahaja, Amalina juga membuka ruang buat pengikutnya untuk bertanya soalan.
Soalan yang paling mendapat perhatian adalah berapa lama cuti bersalin yang bakal diambilnya selepas melahirkan anak nanti. Menurut Amalina, cutinya akan bermula dari minggu jangkaan bersalin.
Dia juga diberi pilihan untuk melanjutkannya sehingga tempoh setahun. Namun katanya, dia mungkin akan bercuti selama 10 bulan sahaja supaya suaminya juga boleh mengambil cuti bersama.
Ada juga yang bertanya tentang gajinya sepanjang tempoh bercuti dan jawapan dari pakar bedah ini ternyata membuatkan ramai ternganga!
“Gaji penuh akan diberikan oleh tempat kerja saya sekarang selama lima bulan selepas bersalin dan untuk bulan seterusnya akan dibayar oleh kerajaan. Lain organisasi mempunyai polisi berbeza, ia bergantung di mana anda bekerja.”
Perkongsian ini ternyata mendapat perhatian ramai. Dengan tempoh selama itu dapatlah Dr. Amalina memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bayi yang akan dilahirkan.
Ibu dan bapa mana yang tidak gembira bila melihat prestasi anak-anaknya yang mampu menguasai pelbagai subjek dengan baik di sekolah. Satu kebanggaan atas usaha selama ini.