Jika selera untuk makan nasi semakin berkurangan, menu ringkas berlaukkan ikan goreng sudah cukup membuatkan selera bangkit. Pun begitu menu ringkas hilang serinya tanpa sambal yang menaikkan rasa.
Mahukan rasa ringkas tetapi padu dan power, Sambal Totok Jawa dengan Petai Rangup yang dikongsikan oleh Srezuan Nazlan Ismail ini pastinya buat anda makan bertambah. Paling ringkas, senang hendak disediakan dan cukup menyengat. Wajib cuba!
Sambal Totok Jawa dengan petai rangup. Tengok gambar je mesti boleh buat lepas ni. Awas! Boleh jadi ejen penambah nasi ! Bahaya untuk diet anda.
Bahan-bahan:
Ikan bilis -digoreng
Petai
Cili merah
Cili padi hijau
Bawang merah
Belacan
IKLAN
Panaskan minyak dan goreng garing ikan bilis. Ketepikan.
Kemudian goreng cili dan bawang.
IKLAN
Tumbuk lumat cili dan bawang. Kemudian masukkan ikan bilis goreng. Tumbuk sebati.
Tak ada idea nak sediakan sarapan untuk anak? Jom cuba resipi roti sandwich berinti telur dan isi ketam yang dikongsikan Pn Suriaty Abd Talib.
Memang mudah dan sedap. Nak buat pun senang. Gabungan inti telur dan isi ketam. Sedap!
Jom breakfast. Roti nak dekat-dekat expired dah sebenarnya. Ada la 4 keping lagi, tak tau nak masak apa pagi ni untuk cik myka. Terlintas pulak nak buat roti inti teloq ni. Mak mak boleh la try kalau ada roti-roti lebih kat rumah tu insyaaAllah anak-anak dengan mak-mak sekali dok makan.
Bahan-bahan:
Roti -sila la leperkan dengan cara apa sekalipun, tepi-tepi roti tu potong tapi jangan buang tau
Crab stick (sosej pun boleh)
Telur rebus
Telur sebijik untuk salut roti
Serbuk roti
Susun telur dan stik ketam atas roti tu satu-satu. Ikut suka kita nak susun macam mana.
Pastu kepitkan roti tu. Ciksu gam pakai telur tu ja, sapu tepi-tepi tu pastu penyek guna jari.
Salut dalam telor.
Salut dalam serbuk roti pulak.
Tadaaaaaa. Gini la rupanya.
Ni hat tepi-tepi roti tu jangan buang tau. Celup sekali dalam telur tu.
Lepas tu salut dengan serbuk roti.
Sila la goreng dalam minyak yang penuh. Api jangan kuat sangat takut hitam pulak roti tu kepanasan.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari minggu kadang-kadang mama pun buntu nak masak apa, tapi anak-anak selalu minta makanan kan? Apakata mama buatkan jemput-jemput sebagai juadah pagi ataupun petang.
Resipinya sangat mudah, tapi kalau nak hidangkan untuk anak bawah 2 tahun jangan masukkan garam ya.
JEMPUT-JEMPUT RANGUP LEMBUT
Hi uols.
Hari ini saya nak share resepi jemput-jemput feveret anak-anak kat rumah. Korang boleh cuba menu ini anak-anak pasti suka
Menu ini sesuai untuk buat menu makan petang atau pagi pastu pakej sekali dengan air kopi 0 panas pasti tak pandang mertua lalu depan dah.
Kalau korang nak tambah benda lain macam kentang ke ikut suka pun boleh.
Cara Penyediaan;
-Ayam dan nasi dalam segenggam blend halus pastu campurkan sekali dengan bawang,carrot, cheese dan daun sup.Letak tepung gandum sikit. Masukkan garam gaul je macam nak buat cucur tu.
-Panaskan minyak goreng bulat-bulat hingga garing.Dah garing toskan minyak dan siap untuk dimakan.Rangup diluar lembut didalam
Selamat mencuba uols
Kredit: kongsi rezeki masakan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas melahirkan anak, tidak dinafikan kita selalu menghadapi masalah lenguh-lenguh badan, angin dan sebagainya. Selain menjaga pemakanan, senaman dan pengambilan suplemen yang tepat, petua tradisional dan orang-orang lama juga tidak kurang hebatnya mampu membuang angin dalam badan.
Resipi dan petua perkongsian Pn Suhaizah Sagi ini mama wajib cuba. Boleh juga dimakan bersama nasi panas. Memang sedap!
BUAT SENDIRI RESEPI BUANG ANGIN Bila dah jadi hemak-hemak ni biasalah kan, kerap sakit kepala, tumit, kaki dan macam-macam lagi. Dan banyak keadaan tu asbab dari angin jahat dalam badan.
Sebab Mokcik pun sama, so ni gigih lah buat sendiri benda ni untuk buang angin. Ada juga yang kata hangatkan badan. Pun ye jugak. Kita tengok bahan dan cara dia eh. Mudah je semua pon boleh buat. Jom cek it out.
BAHAN-BAHAN
2 sb biji halba
2 sb lada hitam
7 ulas bawang putih
2 inci halia
1. Cuci biji halba dan lada hitam. Sangai bagi kering dan ringan. Kisar halus ye.
2. Tumbuk lumat bawang putih dan halia.
3. Campurkan semua bahan dan gentel bagi comel-comel agak lalu sekali makan.
4. Siap dan boleh simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Boleh makan sebiji pagi dan malam. Sebab rasa pedor gitu kan, Mokcik buat lauk makan dengan nasi panas.
Sebenarnya ramai yang dah buat resepi ni, tapi tu lah nak seru semangat tu yang mencabar. Anyway korang pun boleh cuba ye.
Jangan lupa baca doa dan selawat. Niat dapat manfaat dari rezeki Allah. InsyaAllah.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!